Jump to ratings and reviews
Rate this book

Head With Serban

Rate this book
JANGAN SIBUK NAK
‘BERGETAR TULANG RUSUK’,
KALAU SUBUH PUN NAK KENA KEJUT SAMPAI
‘BERGEGAR TIANG RUMAH’.
Dalam banyak-banyak pintu, pintu apa yang terbuka luas?

152 pages, Paperback

First published January 1, 2015

9 people are currently reading
57 people want to read

About the author

Najmi Nawawi

4 books4 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
19 (26%)
4 stars
29 (40%)
3 stars
18 (25%)
2 stars
2 (2%)
1 star
3 (4%)
Displaying 1 - 18 of 18 reviews
Profile Image for Zaghol .
1,115 reviews
February 19, 2019
Sedapla jugak buku ni, pancungan pancungan tajam ke leher orang2 muda. Juga kritikan terhadap daie2 fake. Semoga penulis yang lagi muda daripada aku ni istiqamah dalam jalanNya. InsyaAllah.
Profile Image for Fatini Zulkifli.
434 reviews40 followers
October 28, 2018
Cover buku cantik betul. Merah-putih menarik perhatian berbanding buku-buku lain disekitarnya. Design pula biasa-biasa, bersih, kemas. Siapa yang buat cover ni kena dinaikkan gaji sikit.

Tulisan penulis cantik. Tersusun. Bahasa cantik. Idea cantik walaupun ada beberapa tajuk yang huraiannya saya tidak berkenan. Contohnya dalam bab:

1. Sabar (pp. 36-37): Penulis 'mengkritik' orang yang mempunyai had dalam bersabar yang mana bagi penulis, sabar itu seharusnya tidak mempunyai limit. Penulis percaya setiap orang mempunyai kelemahan, kita kena maafkan mereka. Untuk beberapa konteks, sabar tanpa limit boleh diamalkan. Tetapi untuk memaafkan dan melupakan perbuatan seseorang yang telah menyebabkan harm kepada diri sendiri dan orang lain, rasanya bukan tindakan yang tepat sebab sabar tanpa limit itu akan membebaskan pesalah. Ia akan menggalakkan pesalah untuk tidak bertanggungjawab atas kesalahan yang dilakukan. Contohnya: Ada salah seorang ahli dalam kerja kumpulan buat kerja sambil lewa, copy paste daripada internet atau plagiat, diskusi tak datang berkali-kali... dengan sikap begitu memang tak la nak forgive and forget. Sebab kamu seorang habis lima orang member dalam group itu kena hadap hukuman plagiat.

2. Lagu (pp. 53-56): Penulis antara kumpulan-kumpulan yang tak dengar lagu rock, pop dan lain-lain yang mana beliau cakap "Saya bukanlah peminat muzik dan lagu macam ini". Penulis dengar ayat al-Qur'an. Sebabnya, mungkin penulis rasa lagu sebegini lagha. Ini dah kira pukul rata semua lagu pop, rock dan lain-lain lagha. Penulis mesti tak pernah dengar lagu When We Stand Together oleh Nickelback tentang bersatu padu membantu sewaktu diberi ujian seperti penyakit, perang, kemiskinan. Penulis mesti tak pernah dengar lagu I'll Find You oleh Lecrae tentang kanak-kanak yang berjuang melawan kanser. "Kristy Are You Doing Okay?" oleh The Offspring tentang kekesalan penyanyi akan sikap dia apabila ada seorang remaja perempuan mengalami gangguan seksual di sekolah tetapi tiada siapa mahu mengambil tahu. Entahlah. Rasanya macam penulis nak cakap, "Aku dengar al-Qur'an mereka dengar lagu. Aku lebih baik daripada mereka."

3. Air Mata (pp. 123-125): Penulis menegur golongan yang mudah mengalirkan air mata hanya sebab ketawa tengok rancangan TV, tonton cerita-cerita Korea. Kita dilahirkan dengan emosi kot. Takkan nak suppress? Kalau tak boleh ketawa sampai menangis, habis kalau tonton cerita lucu takkan nak bagi respon marah kot? Kalau tengok cerita sedih takkan nak bagi muka tanpa emosi? Ada orang level dia lain-lain, ada jenis mudah terhibur. Manusia diciptakan oleh Allah SWT dengan kepelbagaian untuk saling kenal-mengenali. Biarlah dia nak ekspres emosi dia selagi tak haram.

4. Budak Usrah (pp. 25-27): Penulis menegur (atau memerli?) golongan yang menyindir. Menyindir kawan-kawan yang pergi usrah tapi subuh tak bangun, result teruk. Tegur tu dah bagus. Tetapi untuk "membiarkan pihak yang pergi usrah get away dengan kesalahan" tak berapa nak bagus. Yang pergi usrah itu kenalah sedar diri. Ambil teguran penyindir dengan positif. Lebih elok sekiranya penulis turut menegur geng usrah yang subuh tak bangun, kelas tak datang, assignment ala kadar untuk menunjukkan contoh yang baik kepada orang-orang lain.

Tu je. Komen-komen ini hanya mewakili 2%. Lagi 98% itu sukaaa. Well-done and well-written.
Profile Image for Ita.
19 reviews7 followers
January 20, 2016
Beli buku ni sebab terpikat dengan cover yang simple dan background colour merah. Dari jauh dah nampak kat atas rak buku tu. Bahan bacaan yang bermanfaat dan ringan untuk diterima,namun menuntut kita berfikir lebih dalam ttg apa yang dibincangkan. Semuanya berkait rapat dgn realiti hidup yang kita semua lalui hingga hampir lupa tugas terhadap sang Pencipta. A good reminder. Simple, gaya bahasa yg sempoi, kat mana mana pun boleh layan baca. usaha to be an original da'i :)
Profile Image for مستور١ مكنن.
90 reviews8 followers
January 18, 2017
buku ni anak buah aku yang promote. semangat dia kata best gilo. so aku pun beli je lah. dan wah!! memang best. rasa dekat je dengan diri sendiri.
Profile Image for Natasya Wiah.
200 reviews48 followers
December 10, 2016
Buku ni dimulakan dengan quote sentap
"Dalam banyak2 pintu, pintu apa yg tbuka luas?
Pintu taubat! kita je yg tak nak melangkah ke dalamnya"

Dan diakhiri dgn quote sentap juga yg bbunyi
"Dalam byk2 tragedi, tragedi mana yang paling seram?
tragedi bangun pagi esok. Sedar-sedar dah ada dalam kubur. Tapi isyak semalam tak sembahyang"

Alhamdulillah, byk yg sy dpt dr buku ni. Buku ni membuka fikiran sy tentang dakwah. Antara tajuk2 yang dikupas dalam ni adalah usrah, cinta, solat, lagu, sensitiviti etc. My friend Ninie let me borrow this book from her. She doesn't like to read actually tp dia tertarik untuk beli buku ni dekat popular setelah baca 1 hgga 2 muka surat pertama. she said buku ni sentap, ayat quote pun cntik, tak panjang berjela-jela. So bila sy baca, sy agree dgn kwn sy tu. Buku ni mmg best sbb straight to the point. Lagi satu, suka dgn quote yg penulis bg dlm buku ni. Pokoknya, buku ini mmg thumbs up lah. Sgt2 digalakkan bg mereka yg baru berhijrah dan baru mula nak berjinak2 dgn dakwah. Bukan setakat utk yg baru shj bhijrah , tp jg utk yang dah lama berdakwah tu, yela manusia sifatnya pelupa. Perlu diingatkan berkali2.

Saya akhiri review sy dengan tasbih kaffarah dan surah al-asr. (cara penulis mengakhiri topik penulisan beliau dlm buku ni, i just follow) hehe
Profile Image for Lipp.
67 reviews
January 23, 2016
Tertarik dengan design muka depan yang simple dan nampak menarik. Sebelum ni tak pernah pun follow, malah tahu pun tak pasal kewujudan HeadWithSerban. Betul lah orang kata, ciri 'pembungkusan' itu penting bagi menarik pelanggan. Tapi kalau bungkus saja menarik, isi tak sedap tak guna jugak. Secara keseluruhannya, isi amat bagus untuk dibaca menjadi wakeup call kepada umah Malaysia. Malah ada beberapa entri yang betul2 menghiris hati. Tahniah
Profile Image for Noninuna.
861 reviews34 followers
July 8, 2017
Isinya mungkin berulang kali ditimbulkan dalam banyak buku tarbiah masakini tapi bahasanya yang ringkas & padat, membuatkan buku ini mendapat 5 bintang.
Good job, sir! And keep up the good work. Looking forward for more of your writing.
Profile Image for Zulkifli Khair.
Author 21 books30 followers
January 12, 2024
Jarang jumpa buku santai ajak dakwah, meneruskan sunnah Nabi Muhammad SAW. Ini lah kekuatan buku ini, di atas semangat ayat 33 dalam surah al-Fussilat.

Selain itu, ada beberapa bait puitis berima sentap seperti 'Usah takbur, kerana kita semua akan ke kubur' dan '... sibuk cari tanda Illuminati... tapi tak sibuk tingkatkan iman hadapi fitnah Dajjal nanti...'.

Dakwah perlu seiring dengan tarbiyah. Agar tekal lurus, dan istiqamah. Istiqamah dalam dakwah termasuklah istiqamah berjiwa sensitif dengan maksiat juga kedajalan musuh Islam.

Ada banyak lagi tip dalam melaksanakan tanggungjawab ini, termasuklah tidak mudah menghukum dan menjauhi maksiat yang disampaikan secara lansung dan tidak langsung.

Selebihnya merupakan komentar dan tazkirah (bukan seruan supaya pembaca lelaki kena pakai serban... hehe). Buku ini memliki gaya bahasa yang dekat dengan generasi muda kini, tahniah.
Profile Image for Erin95.
152 reviews5 followers
May 17, 2021
Penulisan Najmi Nawawi, lebih kepada pesanan sempoi/santai untuk para daie. Siapa Daie? Kita la Daie.Daie kena tau batas tugasnya. Jadi Daie jangan sampai keluar fatwa. Letakkan sesuatu pada tempatnya.

Gaya penulisan memang santai je. Bukan dakwah sentap. Kira macam sembang² gitu, tapi ilmiah dan berisi. Buku ni lebih tekankan tentang tugas dan tanggungjawab kita menjadi seorang daie. Turut menekankan betapa pentingnya ilmu dalam hidup ni.

Ada beberapa analogi penulis yang aku rasa macam tak kena sangat. Tapi takpe, mesej tetap sampai. Isu yang dikupas secara santai semua isu² yang kita sering dengar. Macam couple islamik, sensitiviti, kahwin awal, niqabis, air mata dan etc.

Light read. Untuk bacaan santai. Nak cakap cover dia cool!
Profile Image for Sabrina Kerana Wahyu Pertama.
13 reviews
December 1, 2024
Bacaan ringan namun menyentap ke hati.

Tak perlu untuk mengikut urutan bab, tapi yang pasti semuanya kena pada diri yang mengambil tanggungjawab daie.
Profile Image for Nora Karim.
13 reviews
April 13, 2019
Ulasan buku: Head With Serban
Penulis: Najmi Nawawi
Terbitan: Komrad Buku
Tahun terbitan: 2015
Ketebalan buku: 137 muka surat
Harga: RM20.00

Dai adalah perkataan Arab yang merujuk kepada pendakwah.

Nampak berat perkataan 'dakwah', seperti ia hanya layak dilakukan oleh ustaz, ustazah, pendakwah mahupun para alim sahaja. Namun sebenarnya, ia adalah tanggungjawab setiap mukmin.

Perbuatan, cara komunikasi, cara menulis, tingkah laku mahupun apa jua yang kita lakukan adalah dakwah secara tidak langsung.

Senyum juga dakwah.

Menulis masuknya waktu solat di Facebook juga dakwah.

Berkongsi sesuatu yang menjadi manfaat kepada orang lain juga dakwah.

Belanja kawan makan juga dakwah.

Pendek kata, apa jua perkara baik yang kita lakukan dan bermanfaat pada orang lain, itu semua dakwah.

Buku ini adalah bacaan santai, bahasa dan jalan ceritanya disusun kemas. Mudah difahami.

Sampul bukunya (baca: cover) yang berwarna merah seolah-oleh memberitahu apa yang boleh dan tidak boleh seseorang itu lakukan dalam usaha menyampaikan dakwah.

Ada beberapa bab yang menyebabkan saya tersentap dan berfikir panjang. Begitu juga dengan kata-kata hikmah di dalamnya, yang kena batang hidung.

"Jangan sibuk nak 'bergetar tulang rusuk', kalau subuh pun nak kena kejut sampai 'bergegar tiang rumah'."

Sangat #deep dan #makandalam.

Nora Karim
Moga Allah pandang usaha penulisan saya sebagai dakwah, dalam cubaan menyebarkan manfaat. InsyaAllah, amin...
http://dialoguda.blogspot.my
#ulasanbuku
#headwithserban
#najminawawi
#malaysiamembaca
Profile Image for Aina Hilmi.
Author 7 books104 followers
Read
May 14, 2016
Bismillahirrahmanirrahim.

Kata-kata ringkasnya ringkas tapi sentap. Suka bahasanya yang sedikit formal. Mata juga boleh tumpu membaca hingga akhir :)
1 review
May 30, 2016
ayat simple dan apa yg nak disampaikan tu sgt jelas... banyak sentap jgk baca buku ni. Alhamdulillah
Profile Image for Muhammad Zulhilmi.
41 reviews5 followers
May 28, 2017
eloklah ostat-ostat dan ostazah-ostazah baca. orang biasa pun sebenarnya digalakkan jugak baca buku ni. kita ni kan da'i.
Profile Image for Ace Heart.
10 reviews
March 29, 2017
Maybe not really my reading style. Target audience penulis maybe those yg minat light reading. I feel like the book does not talk deeper on every section. But then again, i do enjoy this light reading. Good effort from the writer.
Profile Image for Irfan Retro.
10 reviews
March 24, 2018
Menjadi Bacaan sampingan aku bagi mengimbangi jenis buku yang aku baca yang kebanyakannya bacaan haluan kiri (bagi neutral sikit) Alhamdulillah, secara keseluruhan berpuas hati dan telah tertarik dengan beberapa penulisan walaupun ada sesetengahnya aku kurang setuju. Tahniah penulis, lama tak baca bahan2 motivadi tarbiah begini
Displaying 1 - 18 of 18 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.