Syahdu mempesonakan, kisah sebuah semenanjung. Tanahnya emas, lautannya perak berkilauan. Ada pohon dan tanam-tanaman. Ada hujan menyegarkan. Ada sungai-sungai mengalir perlahan. Ada awan-gemawan melitupi meneduhkan. Ada binatang jinak sering bermanjaan. Ikan-ikan semuanya boleh dimakan. Ada laut yang bergelora permukaan tetapi tenang di dalam. Wefada tidak pernah lelah belayar, sejak masih anak-anak. Dia keluarga dari lautan. Wefada juga dilanda cinta muda, sejarah lampau dan kemelut suadara. Kisah pelayaran menyusuri Nusantara yang agam gemilang oleh ketamadunan Melayu - Islam. Di sini kita akhirnya mengerti, mengapa alam emas ini sering menjadi rebutan, menjadi tarikan dan tumpuan. menjadi sukma di hati. Sebuah saga tepu falsafah, tentang laut, bedar, niaga, perang, cinta, tauhid, peradaban dan sejarah luka. Bedar Sukma Bisu pasti menggugah rasa.
Dr Mohd Faizal Musa adalah penerima Anugerah Seni Negara 2006 oleh kerajaan Malaysia dan Tokoh Penulis Muda Negeri Melaka 2009 oleh Kerajaan Negeri Melaka. Beliau dikenali sebagai Faisal Tehrani.
Faisal Tehrani adalah lulusan Ijazah Sarjana Muda Syariah-Politik dari Universiti Malaya (1998), Ijazah Sarjana Sastera dari Universiti Sains Malaysia (2000), Doktor Falsafah dari Universiti Kebangsaan Malaysia (2010). Dr Faisal bertugas di Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau adalah bekas penyelaras Kursus Intensif Keterampilan Bahasa Melayu (KIKBM) di ATMA, UKM sejak tahun 2013. Juga merupakan felo penyelidik bersekutu di Faculty of Regional Studies at the Al-Mustafa International Research Institute, Iran sejak Mac 2011. Beliau turut menjadi penasihat kepada Islamic Republic of Iran Broadcasting (IRIB) bagi rantau Asia Tenggara. Sebagai Felo Penyelidik di Institut Alam dan Tamadun Melayu bidang kajian beliau ialah mengenai Minoriti Syiah di alam Melayu. Penyelidikan beliau tersebut berdaftar dengan Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (CRIM) UKM dengan kod GGPM-2011-062. Kepakaran beliau diiktiraf oleh Front Line Defenders (FLD), sebuah badan dengan status khas di United Nation iaitu Consultative Status with Economic and Social Council of the United Nations. FLD diketuai oleh sebuah kounsel yang dianggotai oleh Archbishop Desmond Tutu, Mr Robert Badinter, Dr Hanan Ashrawi, Bono, Indai Lourdes Sajor, Mr Adolfo Perez Esquivel, dan His Holiness the Dalai Lama. Beliau juga adalah felo World Public Forum: Rhodes Forum yang dianggotai oleh sarjana besar dari seluruh dunia. Badan ini adalah sebuah badan keanggotaan yang menggalakkan kepada dialog antara peradaban. Anggota lain dari Malaysia ialah Dr Chandra Muzaffar dan Profesor Dr Syed Farid Alatas. Dalam tahun 2013, Dr Mohd Faizal Musa menerima geran penyelidikan FRGS Fasa 2/2013 untuk mengkaji mengenai hak asasi manusia yang terkandung dalam sastera Melayu. Kod kajian beliau adalah FRGS/2/2013/SS03/UKM/03/2.
Dalam bidang penulisan, antara novel beliau yang telah diterbitkan adalah Cinta Hari-hari Rusuhan terbitan Creative Enterprise (2000), ia dicalonkan ke peringkat akhir Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2000-2001. Juga Perempuan Politikus Melayu oleh Penerbitan Pemuda (2000). Ia dicalonkan ke peringkat akhir Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2000-2001. Selain itu 1515 oleh diterbitkan Utusan Publications and Distributor (2003). Ia memenangi tempat pertama Hadiah Sastera Utusan Malaysia-Exxon Mobil tahun 2002. Novel ini juga menerima Anugerah Buku Negara tahun 2005 (untuk kategori Buku Umum Fiksyen Bahasa Melayu). 1515 turut dijadikan teks bacaan mahasiswa pengajian Melayu di Universiti Cologne, Jerman. Pada tahun 2011, 1515 diterjemah dan diterbitkan oleh Institut Terjemahan Negara. Karya lain termasuklah Maaf Dari Sorga, novel pertama dalam pembikinan tetapi hanya diterbitkan pada tahun 2003 oleh Zebra Publications; Rahsia Ummi yang diterbitkan oleh Zebra Publications 2003. Dalam pada itu terdapat juga Tunggu Teduh Dulu yang disirikan di ruangan agama Utusan Malaysia dan tamat pada Disember 2003. Novel ini diterbitkan oleh Penerbitan Se-lain (2004) dan Ameen Publishing (2008). Sebuah lagi novel beliau yang terkenal adalah 1511H Kombat oleh Utusan Publications and Distributor (2004). Ia memenangi tempat pertama Hadiah Sastera Utusan Malaysia-Exxon Mobil tahun 2003; dan Advencer Si Peniup Ney oleh Utusan Publications and Distributor (2004). Ia memenangi tempat pertama Hadiah Sastera Utusan Malaysia-Exxon Mobil tahun 2004. Sebuah novel remaja awal yang turut digemari ramai adalah Detektif Indigo oleh Utusan Publications and Distributor (2004). Ia memenangi tempat kedua Hadiah Sastera Utusan Malaysia-Exxon Mobil tahun 2004. Dalam pada itu sebuah novel sejarah turut dikarang tahun berikutnya, iaitu Surat-surat Perempuan Johor oleh Yayasan Warisan Johor (2005). Ia memenangi Sayembara Novel Sejarah dan Tradisi Johor 1. Turut dihasilkan Ikan Fugu, Lukisan & Jimson oleh Utusan P
Cinta. Politik. Ekonomi. Bedar. Kesungguhan dan kecekalan seorang bernama wanita.
Antara karya Faisal Tehrani paling prestige yang pernah aku baca. Bahasa tulisan yang digunakan sangatlah lembut dan nyaman. Macam aku sedang baca A. Samad Said gitu.
Sekiranya Faisal Tehrani adalah Van Houten. Aku adalah Hazel Grace dan Agustus Water. Yang masih berkira-kira untuk menghantar pesanan mel kepada penulis kerana perasaan meluap-luap ingin mengetahui penamat cerita. Boleh jadi rangka pesanan mel aku seperti ini;
Subjek: (Sila sarankan subjek bagi mel ini)
Kehadapan Pak Faisal,
Moga Ilah merahmati tuan. Buku tuan berjudul 'Bedar Sukma Bisu' telahpun selesai saya khatamkan tempoh hari. Nampaknya tuan tetap tuan; telah saya jumpa dan bersalam di tulisan-tulisan lalu.
Melalui penulisan ini, gabungan ilmu perkapalan, ekonomi, politik, pelancongan dan islamik kelihatan memesonakan sekali apabila disandarkan kepada perihal melayu dan intektual, ia manis dan menjadi ketagihan. (Sedikit sebanyak telah menggugat saya untuk cuba percutian yang bertemakan pelayaran).
Tuan bermurah hati sekali kurniakan pembaca karisma dapat mengetahui tiap satu yang membatin di hati karekter. Plot yang tuan susun juga tidak kurang harmonis. Seakan-akan awan nan menyejat air, tuan timpakan kami dengan pertanyaan. Setelah penuh, hujan pun jatuh dari kantung isinya memburaikan persoalan-persoalan. Aduhai tuan, hal ini membuatkan saya lebih tergesa-gesa mahu selesaikan membaca.
Namun, sayang seribu kali sayang tuan pula memilih mahu berahsia seperti nenek Wafeda, Fatimah. Tuan memilih untuk menjadi bedar sukma nan bisu. Sehinggakan membawa saya membuka lembar-lembar di sesawang mencari penghabisan cerita. Ini kan yang tuan mau?
Oleh hal yang demikian, saya tidak lagi kecewa perihal cerita yang tergantung ini kerana tuan telah berhasil temukan saya kepada sesuatu yang lebih menarik.
Terima kasih, tuan.
Yang Bersungguh-sungguh, Maii Radhiallah.
***
Aku mengira untuk tidak menghantar pesanan mel ini bagi mengetahui penamat cerita. Allahu A'alam.
Saya tidak mahu tahu, apakah FT ini Syiah kah, Liberal kah, atau entah apa-apa dia. Yang cuma saya tahu, karya ini terlalu mengagumkan. Dan penulisnya sangat hebat.
Bagaimana satu buku yang cuma ada 300 helaian mampu memuatkan kisah tentang pelayaran, pembuatan bedar Melayu, kegemilangan Selat Melaka, Semanjung dari segi hasilnya, undang-undang dan ekonomi, sistem ekonomi semasa, sistem ekonomi Islam, sistem pertahanan dengan segala macam kecanggihannya sama ada nasional dan antarabangsa.
Semua itu diadun rata dengan kisah cinta yang membubuh manis, mengindahkan rasanya.
Kau jadi bangga, kau mahu berjasa kepada Semenanjung Emas ini. Kau jadi marah, kau mahu lawan pemimpin korup yang menjarah segala kekayaan bumi ini.
Bedar Sukma Bisu ini merupakan novel yang diterbitkan pada tahun 2007, usianya telah menjangkau 10 tahun namun untuk tahun ke sepuluh ini baru ia berada di tangan aku. Ini merupakan karya FT yang keberapa sempat aku baca.
Seperti biasa aku sentiasa teruja bila FT bersungguh-sungguh mengetengahkan sesuatu isu dalam penulisannya. Untuk kali ini, industri perkapalan menjadi pilihan beliau untuk mencoret. Kisah percintaan yang diselitkan juga seringkali berbeza-beza coraknya. Namun seperti biasa yang menariknya bagi aku adalah tema yang disampaikan beliau.
Bagi aku dan aku yakin semua pembaca naskhah beliau juga begitu merasakan bahawa FT bukanlah penulis yang sambil lewa apabila menceritakan sesuatu apa yang pasti segala fakta sebolehnya akan dikemukakan beliau sehingga pembaca itu yang pada awalnya kosong akan terisi setelah menghadam naskhah-naskhah dari beliau. Aku mengharapkan peminat-peminat novel cinta akan terpikat dengan novel-novel beliau kerana pengisiannya lebih menarik berbanding novel cinta zaman ini.
Satu perkara yang sentiasa saya boleh andalkan terhadap FT adalah aspek susunan bahasa beliau. Keindahan estetika bahasa yang nyaman, indah dan mengalir.
Kedua, bahasa yang sudah dihias rapi itu pasti bersulam ilmu. FT sangat teliti dalam memasukkan fakta dan huraian akademi di dalam novel beliau.
Novel ini sebuah novel yang membicarakan hal bisnes, ekonomi, perkapalan, perdagangan, perjuangan wanita dan pastinya cinta. Watak perempuan diangkat sebagai watak utama, dengan segala sifat yang wajar menjadi tauladan buat wanita luar sana.
Tema Melayu-Islam-Intelektual masih lagi menjadi tunjang utama dalam gaya kepengarangan khusus FT.
"Mengecewakan" adalah sesuatu yang mustahil jika anda menyelami karya FT.
Permulaannya agak perlahan dan membosankan bagi saya sebelum satu demi satu watak dirungkai sedikit demi sedikit. Pengenalan untuk sesuatu karakter itu mengambil masa yang terlalu lama sehinggakan seusai menghabiskan bacaan, saya terpaksa mengulang kembali pada prolog di bahagian awal novel barulah saya dapat menangkap kembali pengisian cerita sebenar.
Sejarah awal Ben Qortubi dan Tengku Fatimah, watak misteri Ayah Par, watak Muawiyah yang sering diketepikan, ternyata memerlukan pemerhatian pembaca walaupun sebahagian kisah lebih tertumpu kepada Wefada.
Kekuatan novel ini bagi saya sudah semestinya pada fakta yang terkandung di dalamnya seperti ilmu ekonomi, perkapalan, sejarah, budaya, falsafah dan perniagaan. Nampak seolah-olah buku ini bukan fiksyen tetapi itulah keistimewaan penulis yang mampu merangkumkan kesemuanya di dalam naskah ini.
Semasa membaca novel ini, saya terasa seolah-olah ada bayangan Sidney Sheldon di dalam gaya penulisan Faisal Tehrani kali ini.
Sidney Sheldon memang gemar sekali menampilkan watak wanita sebagai watak utamanya. Wanita yang berjaya dalam kerjaya, mempunyai segala kelebihan yang pasti dicemburui wanita lain; iaitu dari segi kecantikan, kekayaan, bakat, kepandaian, kesungguhan, dan macam-macam lagi.
Sungguhpun FT tidak pula menyatakan secara terperinci akan sifat fizikal Wefada dalam Bedar Sukma Bisu (BSB) seperti Sheldon, tidak dapat tidak saya sebagai pembacanya merasakan elemen Sheldon wujud dalam novel ini.
Inilah kali pertama saya menjamah novel FT yang menyelitkan unsur percintaan. Walaupun itu mungkin bukan tema utamanya, saya merasa seperti 'diasak' bertalu-talu dengan perjalanan cinta dalam hidup Wefada. Mahu tak mahu, akhirnya terbuai dan terpesona juga dengan kisah percintaannya, tetapi tiba-tiba dicantas pula dengan akhiran yang tergantung! Aduh!! Geram sungguh saya pada Faisal Tehrani. Semacam menonton cerita Sommersby lakonan Jodie Foster dan Richard Gere pula.
Sememangnya novel ini seperti karya FT yang lain tidaklah mengecewakan, tetapi saya agak terkilan dengan akhiran yang tergantung, yang memaksa pembaca membuat kesimpulan sendiri. Hmm, mungkinkah ada sambungan novel (sequel) BSB nanti?
This entire review has been hidden because of spoilers.
Buku ini dari 2007. Bila dikira-kira umur Dr Faisal ketika menulis Bedar Sukma Bisu (BSB) adalah sekitar awal 30-an, iaitu adalah umur saya ketika ini yang pertama kali membaca BSB. Tapi banyak perkara dalam buku ini yang baru saya tahu; pembuatan kapal, hal-hal maritim, ekonomi islam, perdagangan dan banyak juga isu-isu yang disentuh.
Buku ini saya kira menggunakan formula yang sama dengan Surat-surat Perempuan Johor, Bagaimana Anyss Naik Ke Langit & Manikam Kalbu (mungkin ada karya-karya yang lain, tapi saya baru baca SSPJ, BANKL & MK). Penulis memilih satu topik/plot utama (dalam kes ini; bedar melayu) dan seiring dengan bergeraknya cerita, berencam sub-topik yang lain cuba dimasukkan dalam perahu-perahu dan kemudian dialirkan dalam sungai utama. Sangat padat, dan melelahkan. Saya banyak berhenti untuk mencatat dan mencari info-info. Berbeza dengan Rahsia Ummi & Cinta Hari-hari Rusuhan yang lebih santai dan manis-manis tapi garang.
Ada beberapa pertanyaan dibiar misteri. Mungkin Bedar Sukma Bisu bukan saja misteri tetapi satu sumpahan? Hampir semua waris lelaki ditimpa celaka. Tapi akibat penat membaca BSB, saya hiraukan saja apa jadi pada penutup yang tergantung. Mahu segera habisi muka terakhir dan berehat.
Latar cerita disusun berselerakan menjadikan pembaca perlu lebih peka. Mungkin itu cara Dr Faisal menyekolahkan pembaca seperti saya?
Bedar Sukma bisu ini membawa cerita yang asyik; kisah keluarga, politik orang korporat, falsafah pertukangan kapal layar, budaya dan adat orang Melayu dan juga cerita cinta. Seperti biasa, pembaca akan terbuai dengan gaya bahasa FT di dalam karya-karyanya yang juga disulami fakta.
Bedar yang ditukangi orang Melayu bedar yang unik, barangkali kerana Melayu dan laut berpisah tiada. Namun saya rasa pasti sangat sedikit anak muda yang menceburi bidang ini hari ini. Sayanglah jika teknologi orang Melayu ini pupus ditelan zaman.
Di dalam karya ini juga apa yang menarik minat saya ialah falsafah cinta yang dinukilkan oleh FT. Bagaimana pasangan yang ideal itu bukan terletak pada fizikal, sebaliknya pada nilai intelektual.
This is my first Faisal Tehrani book and looks like it won’t be my last. I read the English translation and I have to say that it was very well translated. I’ve come across very bad translations of Malay to English books but this is one of the best so far.
Overall it was an interesting read. The plot and premise was not something I’ve read before except maybe the family tussle over control of the company are rather familiar. Although in this case, the reasons behind it and the conclusion to the tussle separates this book from the other books with family dramas.
There is also romance, from the past and also in the present. And that sometimes appears to be the central theme of this book as it delves into interracial and inter generational relationships.
But the main focus of this book is the life of a modern day seafaring family. Their love for the ocean and how deeply connected they are to it. From birth and for some, to death. And this is where the author excels as I could feel how passionate they are in their connection to the sea.
There are however two things that affected my enjoyment of the book. I do appreciate the author’s intention to describe in the detail the mechanism of the financial world, even the corporate and political dealings but it did feel a little too academic at times. And putting it in bullet points did not feel right in a novel. I must confess that I actually skipped some of those pages.
Secondly, it’s just my personal preference. I prefer the books I read to have a clear and an unambiguous ending. I need to move on people! So just tell me how it ends okay?
A 4⭐️ from me. A very well written and researched and also a very well translated book.
Bedar Sukma Bisu adalah karya Faisal Tehrani yang sarat dengan ilmu; emosi dan perspektif. Bahasa cerdik pandai dalam bidang ekonomi dan kewangan Islam di jadikan begitu menarik dan semacam enteng oleh FT melalui Prof Dr Wefada. Ilmu pengurusan, politik dan ekonomi maritim pula diluncurkan begitu fluid dan kelihatan sangat menggugat minat untuk tahu lebih banyak lagi melalui Tan Sri Marwan. Emosi excited Waqeel bila mencapai "eureka moments" waktu ber-retreat di atas kapalnya dan emosi berkecamuk Muawiyah yang mungkin sampai sudah tak faham mengapa beliau dipandang sebelah mata oleh kerabatnya sendiri.... tragis rupanya asal usul beliau namun, it's not his fault. Benci mencanak dengan jepun laknatullah yang menzalimi Fatimah dan orang kampungnya.
Rasa bertuah dapat temui karya hebat ini. Macam juga cerita Ketupat Cinta 2, Bedar Sukma Bisu tergantung di saat paling genting. Apa akan jadi pada pewaris Ben Qortubi dan Tengku Fatimah? Tak tahu. Wahhh... Ayah Par panjang unur dan dah nak hujung buku baru tahu siapa beliau (penyimpan kisah hidup Ben Qortubi & Fatimah).
Watak paling saya suka, Marwan & Rashidah. Yang paling kurang saya suka Elamime. Kenapa? Haha ...ada lah.
Bagiku peribadi, apa yang menarik tentang buku ini bukanlah terletak pada plotnya, tetapi lebih kepada watak-watak yang mempunyai kisah silam dan perspektif yang berbeza. Buku ini memerihalkan tentang perkapalan melayu, tentang perniagaan didasari atas keislaman, cinta, falsafah, dan sebagainya. Seperti biasa, Faisal Tehrani akan sentiasa mengetengahkan "melayu-islamnya" sebagai tema pokok, dan watak, plot, dan latar menjadi reranting redup.
Ia adalah bacaan yang santai, tidak perlu mengerutkan dahi untuk menghadam inti, dan kadang-kala, apabila terlalu banyak deskriptif yang digunakan (terutama dalam pembinaan kapal), maka cerita akan jadi sedikit bosan. Faisal berkata-kata tentang jenis kayu, teknik, proses yang sudah tentu asing bagi mereka yang tidak pernah terlibat atau melihat bagaimana untuk membangunkan sebuah kapal.
Jika Manikam Kalbu berkisar tentang busana, Ketupat Cinta menghidangkan lauk-pauk pemakanan, 1515 bersuara tentang sejarah, maka Bedar Sukma Bisu membawa kita belayar kedunia perniagaan dan perkapalan yang unik.
Berkisarkan tentang ekonomi negara dan keunggulan pertukangan perkapalan melayu. Bedar Sukma sebuah syarikat perniagaan turun menurun yang diterajui Dr. Wefada secara mendadak kerana merupakan waris paling layak selepas abangnya Waqeel. Badai kehidupan lampau telah membawanya jauh daripada lautan dan berkeputusan untuk hanya berbakti di darat melalui akademik bidang ekonomi. Namun darah diraja melayu dan pelaut Oran yang mengalir dalam pembuluh menjadi pendorongnya sebagai nakhoda wanita yang akan mengemudi Bedar Sukma membelah gelora lautan perniagaan. Kehadiran Elemaine atas nama pelajar yang bernas buah fikir dan juga sahabat kepada anaknya Haiqal, perlahan-lahan menyingkap kembali pintu hati yang sekian lama terkunci rapi. Di situ bermula semula ombak perasaan yang selama ini tenang tanpa sebarang riak-riak kecil sekalipun. Seperti jangkaan awal, Dr. Faisal Tehrani tidak pernah gagal mempesona dengan kehebatan warisan melayu dan kali ini menerusi bahtera.
Secara jujurnya,saya mengenal perempuan Melayu yang kaya dengan daya inteleknya,budi pekertinya serta betapa halusnya sesuatu peradaban hingga mampu melahirkan wanita yang sedar akan dirinya.
Walaupun lambat membaca karya ini,tapi ia mencerminkan pemikiran penulis bahawa peradaban yang bertunjangkan faham agama mampu membangunkan rohani dan fizikal bangsanya.Ya,saya fikir Barat menjadi maju kerana memegang sungguh sekularisme sebagai tunjang peradaban.
Persoalannya,adakah kita umat Islam akan menjadikan tawhid sebagai tunjang peradaban atau berpatah balik menjadi mundur?
Suatu penulisan yang beasaskan pengkajian yang cukup teliti dari seorang anak muda, selaku seorang pensyarah akademik. Kisah bedar, kajian bedar ;benar-benar membawa aku lebih mengenali tentang asal usul negeriku. Terengganu Darul Iman .
Mengisahkan perjuangan Wefada binti Marwan, yang lahir dengan darah pelaut mengembangkan lagi empayar Pulau Sukma. Novel ini sarat dengan konflik keluarga, kritikan sosial, kisah cinta, perniagaan, ekonomi dan ketamadunan Melayu-Islam yang cuba diketengahkan berlatarbelakangkan alam Nusantara Pasca Perang Dunia Kedua (bermula zaman penjajahan Jepun). Istimewanya, konsep "baldatun Thoyyibatun warrahmah" yang disebut Faisal Tehrani dalam novel ini merupakan antara asas yang mendokong kepimpinan kerajaan negeri Terengganu sekarang yang menggunakan slogan, "Maju, Berkata dan Sejahtera". Meskipun penulisnya merupakan novelis kontroversi namun Besar Sukma Bisu merupakan antara karya yang wajar dibaca dan dibedah bersama-sama.
Mudah untuk meletakkan Besar Sukma Bisu antara karya terhebat Faisal Tehrani. Prosa yang lembut mengalir menjadikan pembacaan karya ini seperti berenang di lautan karang, tanpa tersekat dan meluncur laju sambil terbuai buai dengan keindahannya.
Saya juga menyukai novel ini kerana antara pokok perbincangan utamanya adalah tentang persoalan yang sering ditanya dalam politik sebuah negara, antara kemakmuran/kestabilan dan keadilan/kebebasan, manakah yang harus dipilih?
I learned a lot from this book. It’s hard to differentiate between non-fiction and fiction here and it is easy to believe that this is just a retelling of a true story. I like Faisal Tehrani’s writing (this is my second FT’s book) but I do feel his strength is in writing non-fiction. Not a fact, and I would have to judge more based on his other books. Keep an open mind, be prepared to absorb a lot of new infos and you will be able to enjoy this.
Sarat dengan fakta tentang dunia laut dan perkapalan dan juga ekonomi dan perniagaan. Yang kuat pada novel ini bukanlah perjalanan cerita tetapi character's background. Setiap watak ada rahsia dan kisah sendiri. Dalam background Wefada ada cerita tentang suami, neneknya dan pakcik. Dalam background pakcik ada rahsia tentang nenek. Dalam cerita nenek ada kisah tentang istana, Ben Qortubi dan sejarah mereka.
Bila aku nampak je buku ni kat library terus aku grab tanpa baca sinopsis. Tapi bacaan aku slow seperti biasa. Aku dah macam tahu gaya penulisan FT. Aku kira boleh menerima sama ada kisah pengakhiran Ben atau Wefada atau Haikal akan menemui jalan kisah yang sedih. Aku kira tulisan FT memang takkan ada yang mampu untuk diplagiat.
Ketika awal pembacaan, saya agak teruja apabila diceritakan tentang pembinaan bedar dan zaman dahulu, tetapi apabila terlalu banyak bab ekonomi dan perniagaan diceritakan, saya rasa terpaksa skip bab-bab tersebut. Mungkin sebab jiwa saya bukan pada bidang-bidang tersebut😬
Ini karya kedua penulis yang saya baca selepas Manikam Kalbu dan saya lebih suka Manikam Kalbu kerana penulis fokus pada subjek “kain” dan “jahitan”. Berbanding Bedar Sukma Bisu, terlalu banyak sub-cerita yang panjang pada watak-watak utama.
Saya akan cuba baca karya penulis seterusnya iaitu 1511.
alhamdulillah, finally after 4 weeks bergelut dgn assignment + presentation + pretest, berjaye jugak mgkhatamkan buku nie.. overall, ianya x mengecewakan.. malah, berbaloi mencuri mase utk abiskan buku nie, even dlm lecture hall pon ngadap buku nie.. ape yg best tentang buku nie, ia memaparkan bagaimana gigihnye kluarga Wefada untuk meneruskan legasi perkapalan yg diasaskan oleh datuknya, Ben Qurtubi, seorg Arab yg expert dlm membuat bedar.. too many things yg kt bleh blaja dri buku nie.. antaranya, kegigihan & kecekalan dlm mmpertahankan warisan.. then, pemikiran, pandangan, ilmu agama, prinsip, hala tuju, kekretifan, smuenye perlu seiring utk mncapai kjayaan dan bukan senang utk mmperthnkan kejayaan tersebut.. wahh, mmg best la buku nie!!! Thanks to Dr Faizal Tehrani yg boleh come out ngan buku yg superb mcm nie!!
Dua hari tenggelam bersama Bedar Sukma Bisu. Saya cadangkan novel Bedar Sukma Bisu ini sebagai bacaan pelajar ekonomi dan ahli perniagaan dan ekonomi. Tema utama novel ini tentunya berkait ekonomi. Saya sangat suka cara Faisal Tehrani memperkaitkan sejarah, budaya, agama dan kekayaan alam dengan ekonomi. Soal etika dalam perniagaan pun sangat menarik. Dan kisah percintaan Wefada dan Elemine tentunya suatu kisah percintaan impian saya. Karya Faisal Tehrani tak pernah mengecewakan. Bila bercakap tentang ekonomi dan perniagaan, seolah-olah dialah ahli ekonomi. Bila bercakap tentang pembuatan bedar, seolah dialah tukangnya. Bila bercakap tentang cinta, seolah dialah sang pencinta.
Aku kurang pengetahuan dalam bidang ekonomi, oleh itu banyak perbincangan yang aku kurang faham dalam buku ini. Mungkin kerana itulah aku sedikit bosan dan ingin cepat-cepat selesaikannya. (Babak cinta tidak pernah menjadi sesuata tarikan bagiku untuk membuat sesebuah karya itu menarik). Tetapi aku amat setuju tentang suatu perkara, seharusnya ada usahawan yang membina sebuah hotel yang mempunyai ciri-ciri keislaman secara total, kerana buat masa ini aku rasa belum ada lagi yang buat sedemikian.
Kepengarangan Faisal Tehrani terserlah dalam novel ini yang sarat dengan ilmu bantu dalam bidang perkapalan dan ekonomi. Agak sukar untuk menghadam novel ini sekiranya tiada asas dalam ilmu-ilmu tersebut. Dan Faisal Tehrani tidak pernah mengecewakan dalam aspek susun atur bahasanya yang amat puitis. Malahan, berbanding karya-karyanya yang lain, estetika bahasa yang digunakan di dalam novel ini adalah lebih tinggi.