Jump to ratings and reviews
Rate this book

Atuk

Rate this book
"Temankan atuk, nak!"

Mereka bukan pemburu hantu. Jauh sekali penjejak hantu. Mereka adalah penyiasat paranormal yang memenuhi undangan pelanggan untuk menyiasat sesuatu tempat sama ada benar-benar berhantu ataupun tidak. Namun ketika sedang menjalan tugas yang terpikul di bahu masing-masing, sesuatu yang tidak terduga telah berlaku kepada mereka. Sesuatu yang tidak pernah berlaku selama mereka menjadi penyiasat paranormal. Dapatkah mereka melepaskan diri dari cengkaman roh-roh atuk yang berkeliaran di dalam sebuah bangunan usang yang sedang disiasat oleh mereka?

“ALLAH, kenapa pintu tak boleh buka? Aku tak mahu terperangkap di sini. Aku kena keluar dari sini seberapa segera. Kami kena tinggalkan tempat ni.” Nurhirmawaty

“Hir...ma...mu...lut a....ku han...cur.” Murazean

“Hirma, tolong aku. Mereka tak nak lepaskan aku. Puas aku merayu suruh mereka berhenti tapi mereka tak mahu. Tolong aku, Hirma. Aku dah tak berdaya lagi.” Azidi

“Tolong! Jangan seksa aku begini lagi. Aku sakit. Kenapa kamu seksa aku?” Aisy Yumni

“Tidak!!! Ini semua mainan ilusi. Aku tak mungkin berada di lembah berapi.” Sazrin

“Jangan takut nak, atuk datang untuk menamatkan penderitaan anak.” Roh atuk

“Saya tak menderita atuk. Jangan buat saya macam ni!” Edinur

688 pages, Paperback

First published December 20, 2015

5 people are currently reading
52 people want to read

About the author

Ebriza Aminnudin

38 books30 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
32 (42%)
4 stars
13 (17%)
3 stars
18 (24%)
2 stars
3 (4%)
1 star
9 (12%)
Displaying 1 - 24 of 24 reviews
Profile Image for Cik Hati Kertas.
11 reviews2 followers
February 29, 2016
ikut hati nak bg 2 1/2 bintang je..tapi tak leh lak....dapat la 3...bagi 2 kang..cam sedih sgt pulak...kan???
mula2 baca je aku rasa teruja...makin lama makin hilang teruja...rasa mcm nak cepat habiskan...tak jujur pun aku baca setiap perkataan..aku skip mana yang aku rasa..diulang semula..patut la tebal...itu je yg diulang2..jalan cerita yg berserabut...yg berpusing2..ending pun hampeh..tak sampai la ke jiwa aku novel ni....rasa nyer tak nak repeat beli dari penulis lagi lepas ni..sorry...genre seram or thriller bukan bidang penulis..better tulis je la novel cinta ke kanak2 ke....
Profile Image for M Haris.
15 reviews9 followers
October 4, 2016
Buku yang sangat tebal ni sarat dengan pengajaran, babak seram dan mencemaskan. Geram juga dengan segala kekejaman yang terjadi kepada orang2 tua itu..
Kepada2 peminat Novel seram, koleksi anda tak akan lengkap tanpa Atuk...
Profile Image for Shah Si Pencinta Buku.
479 reviews43 followers
December 8, 2023
Sekumpulan 6 orang pemuda yang gemarkan aktiviti paranormal mendapat jemputan menyiasat sebuah bangunan usang. Dan tanpa diduga mereka terperangkap di dalam bangunan tersebut dengan entiti-entiti yang sangat menyeramkan.

Separuh pertama cerita agak perlahan dan berulang-ulang. Cerita yang hampir sama cuma berbeza lokasi dan mangsa. Rasanya bahagian di dalam bangunan tersebut jika dipendekkan dan dimampatkankan akan jadi lebih menarik. Terasa lewah di separuh pertama. Sebab bermula selepas ditarik masuk ke tempat lain, penceritaan lebih laju dan lebih menarik.

Cuma SH merasakan ada sedikit yang bercanggah di dalam naskah ini. Kumpulan paranormal tersebut digambarkan seolah-olah agak kuat pegangan agama mereka. Tapi mereka mempercayai yang gangguan dan entiti-entiti ghaib yang mereka lihat adalah roh. Sedangkan roh itu urusan Tuhan dan tak mengganggu atau menghantui manusia. Yang sering dikatakan hantu atau penampakan itu adalah jin dan juga syaitan.

Tapi SH memang geram dengan penjaga di pusat penjagaan tersebut. Kejam sungguh mereka. Sampai hati buat dekat warga emas sampai macam tu sekali. Memang tak berhati perut. Dan naskah ini sememangnya mengandungi banyak sangat pengajaran yang boleh kita terapkan dalam kehidupan.
Profile Image for heril azwan.
524 reviews62 followers
January 27, 2016
Maaf, not my cup of tea.

Baca sinopsis, imagine ala2 macam ghost hunter da.. tp makin lama makin hilang mood nak baca.

1st, nama. Kenapa la nak pilih name yang terlalau panjang & susah nak sebut.. Siyesly, menganggu pembacaan & mood seram.

2nd, campur tangan penulis. rasa nya banyak kali terjumpa seolah2 kisah ini diceritakan semula, bukannya sedang dialami. Struktur ayat yang digunakan seolah2 penulis sedang bercerita kembali apa yang berlaku. Ayat2 seperti "begitulah kumpulan ini apabila bersama..". rasanya cukup penulis menggambarkan keakraban watak2 tersebut melalui dialog & perbuatan mereka. Biar pembaca menilainya sendiri tanpa perlu diingatkan penulis.

3rd, setiap dialog penulis akan bagi huraian panjang lebar. Apa yang dilontarkan akan diulas balik oleh penulis di belakang dialog. Saya tak pasti itu teknik untuk memanjangkan novel ini tapi terlalu banyak pengulang memang menyesakkan pembacaan. Contoh, kalau dialog "tolong ambilkan..." kata X meminta pertolongan daripada. Kata tolong itu sendiri sudah menunjukkan meminta pertolongan, jadi penulis tak perlu menghuraikan perkara yang sama.

4, awalnya digambarkan setiap mereka mempunyai kelebihan masing2 dalam perkara berbeza tetapi separuh dari pembacaan hanya penyiasatan mereka, kena kacau & cedera berulang2. Bukan kah lebih baik kalau diperincikan, contoh adengan flash back yang details mengenai asal usul bangunan itu, cara2 mereka mencari jalan keluar, penumuan misteri seperti nota lama/jurnal etc yang lebih merangsang pemikiran dari penyiasatan yang tak memberi apa2 hasil. Sesambil tu patut diselitkan kelebihan masing2 yang ditonjolkan di awal2 bab. Tapi, hampa.. tiada watak yang nampak 'kukuh'.

And Sodiqin, yang berada diluar. Setelah beberapa hari kawan2 nya terperangkap di dalam bangunan, apa yang dia lakukan? Tak terniat ke nak minta bantuan??

idea nya menarik pada saya tapi maaf, jalan cerita nya kurang. Apapun, tahniah buat penulis.

ps - ini sekadar pendapat peribadi saya, maaf terasa.
Profile Image for ghoainsy.
21 reviews
April 21, 2022
Buku yang paling tebal yang pernah saya baca. Lebih 600 mukasurat!!

Bagi saya jalan ceritanya agak berpusing-pusing. Nama-nama watak pun agak panjang nak sebut. Tapi buku ni memang ada mesej yang hendak disampaikan.
Profile Image for Kayblack.
34 reviews1 follower
November 12, 2017
temankn atuk nak... hahaha..not bad this novel..good job dear
Profile Image for Hamidah Effendi.
370 reviews3 followers
November 2, 2025
Atuk oleh Ebriza Aminnuddin

Kisah ini mengikut sekumpulan penyiasat paranormal yang masuk ke sebuah bangunan terbiar untuk menyiasat misteri di sebaliknya. Apa yang mereka sangka hanya ambil masa satu malam bertukar menjadi mimpi ngeri — mereka tersangkut dalam dunia berbeza, merentas masa dan berdepan pelbagai peristiwa ghaib yang semakin mengganggu jiwa.

Mereka terperangkap bukan sekadar pada ruang, tetapi juga pada masa dan realiti yang bercelaru. Dalam situasi yang makin mencemaskan, mereka tetap berjuang untuk mencari jalan keluar. Selepas baca, memang rasa nak berhenti tengok TV atau skrin malam-malam 😅.

Genre: psiko-thriller, mistik, perjanjian dengan syaitan, persahabatan, time travel, aksi, elemen penderitaan orang tua.

Pandangan peribadi:
Jalan cerita menarik dengan elemen time-travel dan misteri yang solid. Saya paling suka bahagian backstory tentang orang tua yang terseksa — itu yang buat emosi tersentuh dan menambah kedalaman kepada plot.

Cuma rating saya 4 bintang kerana ada elemen percintaan yang rasa terlalu dibuat-buat dan bab agama yang disampaikan agak “try hard”, jadi mood thriller sedikit terganggu di beberapa bahagian.

Namun keseluruhan pengalaman membaca tetap memuaskan dan menghiburkan.

Kesimpulan:
Atuk menawarkan gabungan seram psikologi, aksi dan misteri merentas masa yang menarik. Jika anda suka kisah paranormal yang bukan sekadar hantu menjerit, tetapi juga bermain dengan dimensi dan trauma manusia — buku ini patut masuk dalam senarai bacaan. Buku tentang kisah kegelapan tamakkan kuasa.
Profile Image for nurrou.
84 reviews1 follower
August 11, 2024
Sejujurnya? Saya baca semata-mata nak habiskan dengan cepat sebab buku ni banyak meleret daripada part diorang kena ganggu dalam rumah tu berhari2 and part diorang kena apa? Kena ganggu lagi dekat masa lalu dalam bangunan tu. Takde perubahan langsung.

Kalau saya nak reread balik buku ini, rasanya banyak saya akan skip.

Like dah boleh agak dah. Plot tak berkembang dekat situ. Diorang kat situuuu jer. Anytime part saya lalu Sodiqin punya pov, saya SKIP jer. Sebab dia benda sama jer.

Contoh : Sodiqin cuba untuk masuk -> takleh -> solat -> still takleh -> berharap pada Allah SWT -> RINSE AND REPEAT

Awal2 dah hype nak baca, writing pun mantap juga. Details gangguan tu memang pergh boleh tahan ah. Lepastu kau ulang agi berapa chapter sampai rasa muak nak baca sebab benda yang sama jer diorang hadap.

Plot twist? Bolehlah.
Ending? Meh. Tak rasa satisfied eventhough happy ending

Tak rasa apa-apa bila baca buku ni. Tulah apa akan jadi kalau penulisannya asyik meleret jer benda sama. Dah hilang rasa seram.

Genre : time travel, ghost hunter, paranormal
Tahap keseraman : 2/5

="Sometimes, little writing detail is much better"=
Profile Image for Vida Ariff.
117 reviews
January 15, 2025
Kisah sekumpulan penjejak paranormal yang menerima satu tugasan yang disangkakan biasa seperti tugasan yang lepas.
Ternyata tugasan yang disangka akan selesai dalam satu malam, telah mengheret mereka melalui peristiwa pelik dan mengerikan berhari-hari lamanya.
Watak Azidi bagai menyimpan seribu rahsia, demikian juga si Sotong yang kadangkala mencurigakan.
Walaupun ada suatu ketika jalan cerita agak mendatar, ada kepuasan di akhirnya dengan aksi pertempuran penuh mistik.
Cerita ni memang kaw-kaw babak 'hantunya'.
Cuma aku tak begitu terkesan, mungkinlah kerana ia tidak selari dengan definisi peribadi aku tentang konsep seram itu sendiri.

Tapi masih juga ada seramnya, sebab ada satu malam tu aku jadi kecut perut masuk tandas sebab terbayang muka atuk. Hahaha.
8 reviews1 follower
March 20, 2016
Akhirnya, reyna berjaya melepaskan diri dari bangunan hospital lama setelah terkurung selama beberapa hari bersama kumpulan Ghost Facer.Tamat sudah bacaan Atuk.Ngeri dan ngilu menyelubungi diri reyna sewaktu mengembara ke dalam buku ini.Tertarik pada pengenalan watak di awalan cerita ini.Penulis memperkenalkan watak secara terperinci dan memudahkan bacaan tanpa menimbulkan sebarang pertanyaan siapakah gerangan watak-watak yang muncul di muka surat seterusnya.Jalan cerita yang tersusun dan menarik serta diceritakan secara teliti membuatkan kepala reyna tidak terasa beban ketika membaca buku ini.Pada mulanya reyna menjangkakan buku setebal ini pasti berat bacaannya tetapi ternyata telahan reyna salah,malah rasa makin seronok dan laju membaca buku ini di setiap helaian.Terasa tidak mahu berenggang kerana penulis pandai bermain dengan emosi yang mengundang pelbagai perasaan,ada sedih,geram,ngeri,marah dan suka.Selain dari seram,penulis juga menerapkan nilai-nilai persahabatan yang kukuh,kasih sayang,cinta dan juga kekeluargaan.Penulis membawa kita menyelami hati orang-orang tua yang tidak berupaya yang memerlukan perhatian serta kasih sayang.Tersentuh hati reyna bila baca dibahagian seksaan serta keganasan yang dilakukan terhadap orang-orang tua yang berada di hospital.Mesej yang ingin disampaikan oleh penulis adalah supaya kita menghormati dan menghargai mereka yang lebih tua dari kita.’Hargailah mereka selagi mereka masih bernyawa.’

‘Temankan atuk,nak!’

Sedikit ringkasan cerita ATUK :

Mengisahkan sekumpulan penyiasat aktiviti paranormal yang menggelarkan diri mereka Kumpulan Ghost Facer yang terdiri seramai tujuh orang yang diketuai oleh Aisy Yumni,Azidi,Nurhirmawaty,Murazean,Sazrin,Edinur dan Sodiqin.
Kumpulan ini ditawarkan untuk menyiasat kewujudan entiti paranormal di sebuah tapak bangunan lama sebuah hospital pusat jagaan orang-orang tua.Setelah kata sepakat diambil,mereka bersetuju menerima tawaran tersebut.

Bermulalah episod seram bila mana mereka menjejakkan kaki ke dalam bangunan itu dan tiada jalan untuk keluar kembali bagi sesiapa yang masuk ke dalam bangunan itu.Terperangkap di dalam bangunan tersebut , membuatkan mereka lebih mengenali siapa kawan dan juga siapa lawan di antara mereka.

Pelbagai gangguan yang mereka terima hingga hampir meragut nyawa mereka.Pelbagai jenis seksaan ke atas roh-roh atuk yang tidak tenteram juga terhidang dihadapan mata mereka.Bagaikan hilang sikap perikemanusiaan orang-orang tua diseksa tanpa henti hingga meragut nyawa satu persatu.Organ-organ dalaman mereka diambil secara hidup-hidup untuk santapan manusia yang berhati syaitan.Darah mereka pula dijadikan minuman untuk menguatkan ilmu sihir yang ada.

Kehadiran kumpulan ghost facer memang diundang secara sengaja oleh roh salah seorang atuk di situ untuk membebaskan serta menghentikan seksaan ke atas roh-roh mereka yang tidak pernah aman.Bukan satu atuk yang perlu diselamatkan,tetapi berpuluh-puluh roh atuk yang perlu mereka bantu.


Profile Image for AL Sihite.
194 reviews6 followers
April 10, 2016
lelah .. lelah membacanya

bukan sebab ceritanya membosankan , tapi sebab ceritanya sangat HEBAT
terbawa sekali jiwa semasa membaca ..

part bertempur dengan syaitan tu superb , laju jantung berjalan .. berdebar2
part azidi terangkan siapa diri dia yang sebenarnya tu , sedih sikit

saya tertanya2 , dari manalah penulis dapat idea hebat begini .. tahniah Sis Ebriza
Semoga suksess untuk karya2 seterusnya . insyaallah
dua ibu jari untuk karya ni .. (^_^)
Profile Image for ahz88.
2 reviews
August 21, 2016
Pada sy boleh tahan naskah ni. Walaupun panjang, rasa x sabar nak habis, tp sy tetap baca satu persatu. Kena hadam betul2. Rugi kalau baca x hadam betul2..hihi. Penat penulis cari idea utk naskah mcm ni. Pengolahan jalan cerita, watak, bab pelik2, bab seram, ngeri, bab sedih..semua boleh tahan. Puas hati la baca. Tq "ATUK"
Profile Image for Obsidian Black.
8 reviews1 follower
August 23, 2018
Personally, memula best tapi makin lama baca makin hambar. Bosan. Asik ulang ulang senario yg sama cuma scene je tukar. seriously x best
100 reviews3 followers
September 3, 2021
Jalan cerita dah best.Saya suka dengan segala gabungan idea ilmu rawatan islam,silat,alam jin samada jin islam dan juga kafir.Tetapi banyak juga pengulangan.Watak2 yang selalu bercakap dengan diri sendiri.Ada ayat seperti campur tangan penulis seperti sedang bercerita?? Dan tak seronok rasanya bila banyak penggunaan amat,terlalu,amat sangat,tersangat,maha..sehingga dah jadi kurang sedap pula di baca..bila semuanya di ekstrimkan.hehe.. ada juga lompong2 dalam cerita yang tak puas hati rasanya..ngeee.. tetapi apapun novel ni seronok di baca dan ada pengajaran.Ada juga ilmu yang diselitkan.Rindu pada ayah dan mak jadinya.
Profile Image for Syafiqha.
66 reviews2 followers
August 16, 2024
Pembukaan yang menarik dan sedikit cliche. Ghost hunter, dapat surat untuk siasat sesuatu bangunan dan mereka pergi.

Scene seram yang padu dan berterusan tapi aku mula bosan start page 150+ dan buku ni mengandungi 600+. Scene yang berulang-ulang. Penyiasatan, diganggu, cedera dan larikan diri. Tak ada misteri sangat, lebih kepada scene seram. Susah nak baca setiap perkataan sebab tak engaging.
Aku skip most of the part sebab rasa sangat repetitive.
Profile Image for Marlya Azlan.
10 reviews1 follower
December 6, 2022
First time baca karya Ebriza Aminnudin. Sejujurnya aku lelah dengan cerita ni. Bukan sebab ceritanya membosankan, tetapi sebab ceritanya sarat dengan pelbagai emosi dan penuh dengan pengajaran. Aku berpuashati dengan cerita ni.

Tapi, ada tapinya. Aku kurang gemar dengan penggunaan nama watak yang terlalu panjang. Sedikit-sebanyak mengganggu mood waktu membaca. Penulis juga kerap masuk campur dalam penceritaan.

Overall, idea yang sangat menarik. Kepada author, kudos!
16 reviews
May 25, 2024
masa mereka di dalam rumah tersebut, setiap watak berpisah, setiap watak melalui gangguan yang sama so dah boleh agak... for me agak bosan, boleh nampak yang author selitkan pengajaran..ending dia, semua orang balik rumah parents, semua orang nak diceritanya so itu la yang membuatkan buku tebal... tapi tak pernah baca cerita mcm ni, bangunan mcm ni.. so..ok laa
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Ciknim.
24 reviews
January 8, 2019
Geram , sedih , kesian dengan nasib yang menimpa atuk-atuk yang ada dekat situ. Sambil baca tu sambil terbayang "Macam ni ke situasi dekat rumah orang tua-tua" "Macam ni ke layanan yang diberikan pada orang tua yang dihantar ke rumah orang tua".
3 reviews
April 14, 2020
Bagi aku la,Novel Atuk best!! Aku suka jalan cerita dia!Ada pengajaran dan banyak beri motivasi.Sebagai pembaca aku puas hati dengan jalan cerita dia,Teruskan penulis untuk buat lagi kisah seram macam ni ok! Saya minat karya anda!❤😘
Profile Image for Syahir.
6 reviews
March 21, 2024
Cerita tentang ahli Ghost Facers agak membosankan dengan penceritaan yang berulang-ulang. Watak-watak dalam plot nampak serupa dan tak banyak perkembangan. Lebih banyak variasi dalam penceritaan dan perkembangan watak mungkin boleh buat novel ni lebih menarik.
1 review
April 1, 2020
sya dah baca novel ni , jalan cerita dia best .










Profile Image for Atie Attyra.
64 reviews5 followers
March 30, 2016
Tepat jam 11:15 pagi aku menamatkan pembacaan novel ini.
Pelbagai perasaan dialami sepanjang membaca novel ATUK ini... Masa yang diambil lama kerana terpaksa berhenti kerana tidak sanggup untuk meneruskan pembacaan.

Tahniah buat kak Ebriza kerana berjaya menghasilkan novel seperti ATUK ini.
Karya kak Ebi genre seram tak pernah menghampakan..
Menepati citarasa saya... cukup rempah ratus...

Novel ini memberi pengalaman yang unik. Bagaimana sebuah kumpulan yang menyiasat aktiviti paranormal akhirnya mengalami sendiri kejadian mistik yang pada kita mungkin mustahil.
Diseksa oleh roh-roh yang tidak tenteram..
Mereka ditakdirkan untuk merentas masa ke zaman dulu.. rasanya masih dalam era yang sama untuk membantu menghapuskan kebatilan dan menolong atuk-atuk disana dari penyeksaan yang tidak dapat diterima akal.

Setiap kejadian diceritakan secara terperinci hingga membuatkan aku terasa kesakitan yang atuk tu rasai. Mungkin ada yang mengatakan penulis menulis kejadian yang sama berulang-ulang untuk menebalkan novel ini tapi pada aku penulis ingin menceritakan apa yang sebenarnya berlaku. Tidak mustahil penyeksaan yang seperti ini berlaku dalam realiti dan akan berulang setiap hari.

Sesungguhnya kuasa Allah tidak dapat dikalahkan oleh kuasa kejahatan atau syaitan.
Hanya pada NYA tempat kita memohon pertolongan dan sembah. Kita perluka yakin bahawa DIA tidak pernah meninggalkan kita terutama dissat kita amat memerlukan pertolonganNYA.
Aku harap amalan songsang ini hanya wujud dalam novel ATUK. Tidak dapat aku gambarkan sekiranya amalan ini sememangnya berlaki di realiti. Tidak dapat dibayangkan bagaiman ada manusia yang sanggup memakan daging dan organ dalaman manusia dan minum darah mereka seperti minu air sirap! Harap2 aku taklah fobia dengan air sirap.

Aku jatuh cinta dengan watak Nurhirmawaty. Srikandi wanita yang terpilih untuk membantu menyelesaikan kes paranormal ini. Aku kasihan melikat Murazean yang cepat ketakutan. Aku faham... apabila ketakutan menyapa.. kadangkala akan membuatkan kita terlupa bahawa Allah itu ada. Tapi kadangkala sakit juga hati ini melihat tingkahlaku Murazean yang asyik ketakutan.

ATUK.... terima kasih kerana memberi aku satu pengalaman baru. ATUK .. terima kasih kerana mengajar aku bahawa kita anak anak muda tidak harus bersikap kasar atau buruk lagi2 menyeksa warga warga emas. Mereka berhak menjalani hidup dipenghujung usia...
ATUK mengajar aku supaya hati ini tidak lekas marah dan sentiasa dalam keadaan mengingati Allah. ATUK juga mengatakan bahawa sesuatu itu tidak mustahil berlaku sekiranya diizinkan Allah.

Tahniah sekali lagi kak Ebriza atas naskah ATUK.
Semoga setiap pembaca mendapatkan sesuatu yang positif selepas membaca novel ini.
Profile Image for Sha Mohamed.
2,525 reviews1 follower
March 25, 2016
Novel ini memang buat Sha confuse, seram, sedih dan juga geram..
Ohsem sangat perjalanan cerita dalam novel Atuk ini..
Rasa macam kita turut mengembara bersama mereka..
Kisah yang menyayat hati juga..
kekejaman manusia yang dibayangi nafsu jahat..

Sedih dan takut bersatu dalam masa yang sama..
Seram dan juga terasa real bila watak dalam cerita mengalami gangguan..
Rasa macam terasa-rasa je kita yang kena..

Bila start baca jer rasa macam bila nak habis..
Dalam masa yang sama, janganlah habis lagi..
tengok betapa confusenya perasaan..
Hehehe... Ending dia sedikit sedih..

Novel Atuk nie bukan sekadar hiburan tapi ada pesanan, nasihat dan peringatan..
Kepada yang membaca jadikanlah pedoman dan juga panduan..
Jangan abaikan mereka yang pernah menjaga kita..
Percaya dan yakinlah hanya Allah yang berkuasa..
Displaying 1 - 24 of 24 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.