Aduhai Papa! kenapa tidak engkau bercerita..saat jatuh cinta dengan mama ? Agar aku lebih bersedia menerima masa remajaku ? Aku tidak pasti isi hatiku saat ini. Rasa debar dan cemas. Itukah cinta ?. Kalau begitu aku pasti akan lemas dalam dakapan janji terhadap si dia, juga denganmu.
Haruskah aku meredah belantara rasa yang aneh ini dan meminggirkan janji yang telah kita pahat bersama papa ? janji ? Oh! janji untuk gemilangkan Tengku Moner dan menjulang nama kamu berdua. Lantas aku akan kehilangan dia ? Aduh!
Mampukah aku sebijakmu dan mama melestarikan kedua-dua impian ? Sedang aku juga mahu menjadi sepertimu….mencipta sesuatu yang indah di masa remajaku. Aku juga ingin melihat bunga kembang mekar dan menghidu baunya yang wangi di taman orkid itu dengan dia agar kenangan papa dan mama sentiasa hidup.