Jump to ratings and reviews
Rate this book

GILA: Kumpulan Cerita Kontot

Rate this book
GILA?
Terencat - Mental - Psiko - Obsesi - Terlampau.
Letak sahaja sebelum, selepas, atau di antara apa-apa perkataan - kata 'GILA' masih boleh digunakan. Luwes dan menyeluruh untuk apa sahaja. Harta - Seks - Kerja - Kentang - Orang - Aku - Kau.
GILA ada di mana-mana.
Berikutan itu, inilah himpunan cerita-cerita gila yang GILA DAHSYAT!
Kau dan aku boleh relate.
Sebab apa?
Sebab kita semua gila.

158 pages

Published November 1, 2015

829 people are currently reading
30071 people want to read

About the author

Apit Jamal

2 books37 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
952 (22%)
4 stars
963 (22%)
3 stars
910 (21%)
2 stars
709 (16%)
1 star
761 (17%)
Displaying 1 - 30 of 57 reviews
Profile Image for Asmar Shah.
Author 20 books136 followers
January 20, 2016
2.5* untuk naskah ini.

Aku langsung tak faham, apa maksud corak pada muka hadapan buku ini. Adakah ianya sekadar corak random atau pun punyai maksud yang tersirat. Tapi secara jujurnya, belum ada kaver pihak Lejen Press yang mampu membuatkan aku terngangah mulut dengan luas. Ya, aku memang judge buku melalui kaver. Maaf~

Naskah ini mengandungi 40 buah cerita kontot yang mengangkat tema 'GILA'. Cuma hanya beberapa buah saja yang mampu memukau jiwa. Selebihnya, ada yang hanya aku baca sekilas pandang, ada yang aku rasa bersyukur sebab kisah itu hanya sebuah certot dan ada certot di dalam ini hanya untuk dibaca tapi bukan untuk diingati.

Apa-apa pun, anda cubalah sendiri. Mana tahu naskah ini kesukaan anda?

Peace!
Profile Image for Bil Halim.
82 reviews10 followers
September 30, 2016
kohkohkoh baru lima certot aku dah rasa nak naik angin ,meronta dan tertanya tanya apeni woiii? but then aku baca balik,yang gila je akan faham cerita cerita gila dalam ni.

aku taktahu apa criteria yang mmbolehkan certot certot ni lolos.sejujurnya ada yang "Wow", "bolehlah" tapi banyak yang "apeni woi"? tapi sebab aku beli buku time promo and it just costed me about rm4 kot,so aku tak ada lah ralat dan menyesal sangat.
Entahlah labu.
Profile Image for Arif Zulkifli.
Author 28 books186 followers
March 12, 2016
Majoriti certot hanya jenis yang tangkap muat saja.
Profile Image for Projek Frekuensi.
15 reviews6 followers
Read
August 2, 2016
Untuk pengetahuan semua, saya tidak akan review setiap certot yang ada tetapi hanya review keseluruhan buku sahaja ya. Pertamanya, apa itu certot? Maksudnya cerita kontot. Bilangan patah perkataan dalam lingkungan 500-700 sahaja. Secara kasarnya, penulisan certot lebih sukar ada makna deskriptif yang padu. Dan mungkin fokusnya hanya pada plot atau mesej sebenar. Jadi, untuk buku Lejen Press; Certot Gila saya merasakan tema ini terlalu bebas untuk dirungkaikan. Bergantung pada kreativiti penulis.

Untuk keseluruhan buku ini, buku ini lebih bersifat humor, psiko, misteri. Dan kurang ada fakta dalam setiap certot. Juga tiada falsafah yang berat untuk kita telan. Ia lebih seperti kita menonton short video yang durasinya seminit sahaja. Mudah!

Di dalam buku ini ada 40 certot dari 40 penulis. Jadi, saya merasakan tugas Lejen Press sangat sukar. Kerana masing masing ada kelainan. Dan dengan menerbitkan buku ini bagi saya satu pendekatan baru untuk penulis baru mencuba nasib dan idea yang takut-takut untuk disalurkan. Bukanlah certot sekiranya tiada kejutan (Twist) di dalam cerita. Dan ini sangat mempengaruhi perjalanan cerita. Ada penulis yang cuba guna bahasa mudah, dialog mudah untuk ideanya. Ada juga yang lebih profesional mengolah ayat. (Mungkin dari pembacaannya)

Dengan tajuk bukunya Gila, buku ini mampu buat kalian gila sebentar. Kerana sarat dengan plot gila rekaan penulis. Fuh! Buku ini juga meletihkan. Untuk menghadam 40 cerita dengan 40 emosi/cara, buku ini harus dijadikan bahan bacaan selingan waktu lapang. Ia juga bergantung dgn tekak selera pembaca. Ini sekadar pendapat saya. Buku ini penuh dgn jenaka, misteri yang tak membosankan. Serius. Tetapi untuk menghabiskan total 40 certot ini gila bagi saya! Kerana beberapa penulis hanya menekankan pada maksud 'Gila' yang hampir sama. Gila yang ada darah-darah. Gila yang ada bunuh-bunuh. Sampailah saya jumpa satu certot yang rare dalam buku ini. (Selepas habiskan 30 certot)

Untuk certot pertama sampai ke 30+ saya sudah bosan. Taktik penulisannya sama. Twist. Jadi saya berharap akan ada certot yang punya falsafah. Untuk puaskan hati sendiri dalam pembacaan saya yang hampir setengah buku, saya highlightkan 3 certot yang lain sikit daripada yang lain. Ini bukan saya mengatakan certot lain bosan. Tidak. Ini senarai pemenang kontes okey! Ini pilihan dari panelis Lejen Press sendiri.

Tetapi himpunan certot yang ada seperti dari satu kumpulan yg sama dalam corak idea dan gaya cerita. Saya fikir penulis kita masih dalam proses mencuba. Dan saya sedar himpunan certot ini datang dari kontes tulisan publik. Dan saya merasakan bahan bacaan 'bagus' yang menjadi rujukan bakal penulis kita masih kurang. Dan saya sedar ada certot yang berani fokuskan pada politik, pengurusan bola dll. Tetapi lebih direct. Sy harap ada satira/maksud 'deep'. Mungkin juga barisan panelis Lejen Press hanya mahu memfokuskan genre cerita begini-begitu atau penerimaan karya 'rare' yang kurang.

3 certot yang Wow! (Bagi saya)
Gila Itu Normal | Abrar Chekthe
Pensel | Nurrul Faiz
Tiga Tujuh | Muhamad Zaini Elias

“Certot terlalu sikit word count. Jadi panel cari facts yg ada terselit dalam cerita, bukan facts yang literal. Lagipun itu terbuka untuk bukan penulis. Kebanyakannya dapat blend cerita, emosi, penyampaian & facts dalam tulisan yang sangat ringkas.” kata salah seorang panelis dari Lejen Press, saudara Syafiq Aizat di akaun Twitternya.

http://projekfrekuensi.weebly.com/gil...
Profile Image for Ogy Yusof.
Author 14 books109 followers
October 25, 2017
Melayan 40 kisah gila ni macam-macam perasaan timbul. yelahkan, 40 kisah. ada yang memang terkena betul dengan keadaan semasa dan ada rasa errkk... kisah apa ni? yang tak best pun ada terselit. ada yang memang best dan agak seriau bila baca. korang bayangkan fanatik pencinta bahasa tak boleh salah satupun benda yang dia baca, nanti dia cari siapa yang tulis. salah guna dari dan daripada pun dia cucuk korang dengan pensel, nak? ada kisah yang terlalu stress belajar sampai berdarah-darah kepala bila rambut direntap-rentap sendiri sampai satu tahap terjun bunuh diri.. jangan buat pasal beb!

gila ni perasaan manusia yang tak terkawal dah. kita insan normal jangan terlalu nak mengutuk mencerca insan sebegini kerana kita sendiri tak tahu hujung pangkal kisah. cumanya kalau tahu ada insan lain yang terlalu melayan perasaan, bantulah. takkan korang sanggup nak tengok kawan makan daging mentah sebab obses dengan kecantikan? takkan korang sanggup tengok adik-adik yang terdera mental sebab ayahnya yang mendera? jangan main-main. penyakit ini sememangnya makin menular. bila jiwa dah terlalu kosong... moga kita dijauhkan...
Profile Image for Fadillah.
830 reviews52 followers
February 9, 2022
“Jika laila ini seorang Majnun, dia malu mengaku waras”.
- Laila yang Majnun (GILA)
.
.
This book contained of 40 short stories about craziness / lunacy / absurdity. Some stories got potential, some just meh, some were like how is this even got selected to be part of this book. But, i can applaud that at least majority of the story is not repetitive in the interpretation of what is amount to ‘’madness”. There are straight up gory, some are breaking the fourth wall and addressing the readers, some managed to write a decent plot twist and some are just typically Malaysian ghosts story. There are only 5 favourite stories that i can say has a distinctive plot, managed to surprise me and carry a great message. The rest is entertaining while reading it but simply forgettable.
1. Laila yang Majnun by Zana Tingtong (A radical Environmentalist)
2. Makan Diri by Khairuk Ariff (Social Media commentary - people do whatever they can to get the clout)
3. Pensel by Nurrul Faiz (A literal Grammar Nazi - except he’s not correcting you, he’s killing you for not writing a proper sentence)
4. Air Mukjizat by Fahmi Mustaffa (A pseudoscientific medicine - ‘penunggang agama’ and ‘i do my own research’ kind of people)
5. Berenang by Zahidah Abdul Karim (A modern ‘Pak Pandir’)
Profile Image for Mohd Hafizuddin Mohamad Ghazali.
72 reviews8 followers
July 23, 2018
Buku ni bukanlah cerpen. Aku rasa sesuai dipanggil Certot. Sebabnya2 muka surat je dah habis cerita. Sehabis ringkas pihak Lejen Press minta penulis-penulis reka cerita. Dari 260 cerita yang dihantar, 40 certoto yang terpilih. Ok sangat dah tu, banyak-banyak kang jadi muak pulak.

Dalam buku ni, banyak certot pasal thriller, dengan idea-idea gilanya. Nampak macam biasa je cerita, ending dia tu buatkan aku gila tak terpikir pulak ending macam ni. Banyak jugak, idea-idea baru yang terhasil. Jalan penceritaan santai & bahasa salnga banyak digunakan. So, mudah faham setiap certot yang terhasil. Sebab pendek sangat kot, tak perlu bermain dengan minda sangat. Konflik cerita pun cukup rasa.

Bagi aku, buku ni biasa-biasa je. Takda yang umph pun. Certotnya bes juga, cuma tak dapat cukup penghayatan bagi aku. Mungkin aku terlalu high expectation untuk buku Gila ni. Tapi kalau kau baca, kompom gila. Memang gila buku ni la.
1 review
Currently Reading
November 11, 2023
7meter adalah situs sportbook paling populer dan merupakan pionir sebagai platform agen taruhan terpercaya di Indonesia. Daftar sekarang juga dan dapatkan kesempatan mendapatkan promo menarik, hanya dengan 1 akun saja setiap member berkesempatan memainkan semua game yang disajikan 7meter seperti Sportbook, Idnlive, Slots, Live Casino , Bolatangkas, Togel, E-sports, IDNTrade dan Poker. Pelayanan terbaik 7meter melalui customer service profesional hadir selama 24 jam setiap hari menemani dan menjawab pertanyaan seputar permainan.
1 review
March 29, 2019
Buku ini punya arti sendiri ,saya tidak mengerti apa maksud buku ini.
This entire review has been hidden because of spoilers.
1 review1 follower
April 11, 2019
a
This entire review has been hidden because of spoilers.
1 review
July 11, 2019
Bbb
This entire review has been hidden because of spoilers.
1 review
August 12, 2019
Says suka cerits ini
This entire review has been hidden because of spoilers.
1 review1 follower
December 30, 2019
good
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Doci.
1 review1 follower
Read
May 5, 2020
.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Displaying 1 - 30 of 57 reviews