ketika saya berjumpa dengan para pesakit ataupun saat menerima banyaknya persoalan menerusi akaun media sosial saya, ternyata ada persoalan sama sedang dihadapi oleh ramai orang iaitu: bagaimana untuk mengatasi masalah dalam kehidupan.
hakikatnya, masalah akan sering berlaku. cuma, bagaimana kita menghadapinya sahaja. jawapannya ada cuma kita harus mencarinya.
N: "kenapa boleh ada manusia macam awak di dunia ini?" Muharikah: "macam mana tu" N: "sangat positif"
barangkali, begitulah kehidupan kita harus diteruskan.
Muharikah or her real name is Nur Aisyah Zainordin is a medical physician pursuing her speciality in endocrinology. Her passions in writing poem and novels. Her books include non-fiction motivational books and medical fictions.
She graduated from University of Dundee and did her master in medicine in UiTM.
She was also founder of publishing house in Malaysia, Iman Publication and Iman Shoppe Bookstore.
Her works appears in radio IKIM and had won Anugerah Buku Negara 2019.
Kanvas adalah buku pertama daripada penulis Muharikah yang aku baca. Buku grafik ini berkisar tentang kehidupan yang diterjemahkan dalam catatan pendek yang ringkas. Sesuai dijadikan buku wajib ada bagi setiap orang. Buku yang comel dan nipis yang padat dengan kata-kata berunsurkan peringatan dan motivasi.
Warna warni buku ini daripada kulit buku sehingga ke helaian terakhir bersama intipati yang bagus membuatkan aku susah berhenti membacanya. Hasilnya, aku baca buku ini in a single sitting. Buku yang turut membawa aku berfikir secara mendalam walaupun nampak ringan saja sesuatu topik yang diutarakan.
Manusia. Ada seribu satu masalah dan setiap masalah pasti ada penyelesaiannya. Hanya satu kuncinya iaitu kembali kepada Allah. Buku ini mengingatkan kita agar sentiasa mengingati Allah dan berbaik sangka kepadaNya walau apa pun yang terjadi dalam kehidupan kita.
Semoga semua yang membaca buku ini dapat mendalami catatan positif daripadanya.
Buku yang dibaca adalah cetakan kedua. Hip kan naskah ini tahun lalu?
Selama ini aku memang hanya abaikan buku ini walaupun ia kerap kali menegur dan ingin mengajakku bermesra bersamanya. Buku-buku sebegini yang mana tahun lalu menjadi naskah-naskah yang sering top di carta toko-toko buku, bukanlah menjadi keutamaan untuk aku baca pun. Sebab ia lebih kepada quote yang indah, kata-kata semangat atau sewaktu dengannya. Malahan ianya boleh tahan mahal berbanding buku-buku yang lain. Bagus beli buku Mitch Albom, Stephen King dan lain-lain. Tapi, ternyata tanggapan aku salah. Kanvas mampu menjadi teman yang baik walau sejenak.
Isi dalamnya cantik. Susunan kata-katanya ringkas dan mampu menyentuh hati, minda dan jiwa. Orang-orang biasa seperti aku, mungkin akan tersentuh dengan bait-bait kata yang disajikan. Banyak kata-kata yang ditulis di dalam ini, buat aku tarik nafas dalam dan yes, aku kena buka minda dan bersyukur dengan hidup dan nikmat yang ada walaupun dugaan sering kali mendatang.
Sering kali yang hadir dalam hidup kita adalah yang tidak kita cari dan tidak juga yang kita jangka. Hiduplah sepenuhnya, Allah pasti datangkan bahagia!
It's okay to get hurt. Life is full of struggle. You just have to lift yourself up again. No matter what happens, you have to move on. Good things will happen next. Insya-Allah!
Allah hadirkan seseorang dalam hidup kita untuk kita pelajari sesuatu daripadanya. Kita sering kali berjumpa dengan orang yang salah, untuk kita lebih hargai orang yang betul pada akhirnya!
Korang tak nak baca ke? Bacalah. Kanvas memang manis untuk membakar semangat untuk terus hidup.
Apa-apa pun silalah cuba. Mana tahu kalian lebih menyukainya?
Bukan senang nak bagi sebuah buku 5 bintang. Tapi buku ini, saya berani bagi.
Jujurnya sebagai seorang yang suka membaca, baca buku ni rasa kurang puas sebab catatannya pendek-pendek - boleh dihabiskan dalam masa sekejap. Tak dinafikan, Muharikah sebagai seorang figur dakwah berjaya menginsafi kita dengan kata-katanya yang ringkas tapi membawa makna mendalam dan muhasabah yang panjang. Sebahagiannya kita sudah sedia maklum tapi tentunya sebagai manusia kita harus sentiasa diingatkan.
Apa yang kagum dengan buku ini adalah susunan menarik penuh berwarna - tahniah kepada designer dan penerbit buku ini!.
Sesuai untuk dijadikan hadiah - mungkin kerana berkulit tebal, berwarna dan 'tahan lama'
Naskhah ini diberikan oleh penulis kepada saya, sewaktu bertemu dengannya di NU Sentral - beberapa jam sebelum saya terbang semula ke Manchester bagi menyambung pengajian @ 28 Disember 2015.
Muharikah merupakan satu figura yang dikenali di dunia blogging. Dan saya bertemu dan bertanya Dr Aisyah di alam maya. Di saat kekecewaan melanda, sarat rasa sedih, merupakan antara tahun-tahun awal di mana saya bertemu muharikah di alam maya. Artikel yang ditulis cukup menggugah jiwa, yang paling dekat dengan jiwa saya ketika itu ialah cerita usrah. Dr Aisyah yang saya kenali (mungkin dia pun tidak mengenali saya kerana hanya sesekali sekala saya meninggalkan nota di entri blognya satu tika dahulu) berjiwa besar, sangat positif, mendamaikan, banyak mengingatkan kita kepada Tuhan melalui tulisannya.
Buku ini memuatkan 100 himpunan kata & cerita inspirasi pendek, berwarna-warni. Tidak puas membacanya. Menyengat. Mendalam. Saya rindu akan tulisannya, sungguh. Dan Dr Aisyah ini di samping berdakwah, turut meneruskan profesionnya sebagai seorang doktor.
Tulisan pendek yang mendalam:
"Kita mencari bahagia daripada manusia. Tetapi kita lupa, yang memberi bahagia itu adalah Allah Tuhan yang Maha Esa. Maka, carilah Dia. Nescaya kau akan bahagia."
"Pesakit: Saya rasa diri saya tak layak berkahwin pun. Doktor: Kenapa? Pesakit: Sebab penyakit yang saya hadapi ini adalah akibat perbuatan maksiat saya. Doktor: Awak, everyone deserve a second chance. Kalau awak dah bertaubat, dan tak ulangi, Allah akan berikan kesembuhan dan jalan keluar. Penyakit awak akan sembuh, dan Allah akan kurniakan nikmat perkahwinan yang barakah, insya-Allah!" Setiap penyakit ada ubatnya, Allah itu Maha Pemberi Rahmat buat hamba-Nya
p/s Thanks Anfaal untuk tandatangan Muharikah, bukan senang nak dapat tu :)
Buku ni sesuai untuk dijadikan 'buku wajib ada' dalam bilik sebab kata-kata dan penulisannya santai dan berunsurkan motivasi. Jadi, kalau saat tiba-tiba rasa down dan putus asa itu, bolehlah baca buku ini sebagai peringatan dan pemangkin semangat. :)
memang trending buku buku catatan sekarang. tetapi yang ini terdiri dari catatan positif mengingatkan diri berTuhan. kena baca slow slow baru masuk ke hati. disamping lukisan yang comel. rasa tak cukup 100 catatan. well done.
Jika jasad memerlukan makanan untuk meneruskan hidup begitu juga dengan jiwa. Buku ini untuk jiwa-jiwa yang laparkan makanan yang baik dan memberi khasiat. Tidak rugi membeli dan menghadamnya.
Bentuk buku mengingatkn saya pd buku #88lovelife. Cuma beza warna cover dan catatannya yg lebih menjentik hati agar hidup berTuhan. Pada manusia itu ada 1001 mcm masalah, dan bagaimana kita mengatasinya. Kuncinya hanya satu... iaitu kembali pada ALLAH.
"Mengapa hidup kita tidak sempurna? Kerana Allah mahu kita merasakan kesedihan dalam hati mereka yang tidak pernah sempurna kehidupannya"
Have you ever had those moments where you met a random, wise stranger out of nowhere and somehow it does not feel awkward yet it is more comfortable to talk about life especially? Well, this is how I felt when I read this book. One thing I noticed about this book is the constant reminder that good things take time and no matter what, trusting Allah's plans requires patience because Allah has the best plans for us. I'm always in a rush to get the things that I want in life which always leads me to the greatest disappointments, to the point where I tend to forget to be patient and have trust in Allah. This book is a great reminder for me and I would recommend others to read this as well.
One of my favorite quotes is also this, "Adakah masa untuk berehat?" "Ada. Di Syurga nanti."
First impression tentang buku ini; Cantik, berwarna-warni. Walaupun kulit tebal tapi buku ini ringan. Bagi sesiapa yang suka lihat benda warna-warni akan menikmati grafik di dalamnya. Saya jumpa catatan di awal mukasurat, buku ini adalah hadiah daripada seseorang kepada seseorang.
Cetakan kedua tahun 2016, buku ini buat saya mengimbas kembali situasi diri pada tahun itu. Bacaan pada hari ini menjentik hati terutama pada bahagian dakwah (tentang masa, taubat, mengenal Allah) cuma tak puas bila ringkas sangat. Tapi bila fikir balik, kalau panjang-panjang mungkin lagi lambat nak habiskan.
Oklah, saya nak tayang-tayang buku ini kepada anak-anak saya. Manalah tahu sidaknya suka.
Pembacaan pada masa yang tepat . Terasa dekat untuk situasi yang berlaku dalam diri sekarang . Dibaca sewaktu nak hadapi profesional exam, jadi rasa lebih yakin dan berserah dengan semua keputusan yang bakal Allah berikan .
Isi kandungan yang santai dan sampai . Grafik yang comel dan menarik memudahkan pembacaan dan penghadaman .
Contengan kanvas yang datang tulus dari hati akan terembes pada hati-hati juga.
Sesiapa yang biasa menikmati buku-buku motivasi atau agama pasti biasa dengan setiap bait kata dalam buku ini. Kusimpulkan ini sebagai sebuah naskhah peringatan buat umur insan.
My favourite motivational quotes book so far. The choices of words are very wise. Baca sikit demi sedikit setiap hari seolah-olah makan supplements. It is indeed a supplement for soul and brain. Its spirit uplifting. Grafik kat dalam pun cantik-cantik.
Love the illustrations and content of the book!! Filled with inspiring and motivational words from the author. Recommended for everyone who needs a push in life and be reminded that everything will be ok as long as we have him ❤️
Hari ini saya ingin berkongsi tentang buku Kanvas by Muharikah. Buku ini adalah sebuah buku grafik seperti #88LoveLife dan #AboutLove tetapi istimewa dan lain dari yang lain.
Buku ini berkisar tentang kehidupan tetapi dalam bentuk quotes-quotes pendek yang menyegarkan jiwa dengan peringatan.
Sesuai buat sesiapa yang tercari-cari motivasi dan inspirasi dalam kehidupan. kanvas+muharikahQuotes yang ditulis oleh Muharikah ini memujuk jiwa kita dan membawa kita kembali kepada Tuhan. Quotes yang ditulis disertakan ilustrasi menarik sangat sesuai untuk jiwa remaja. Anda pasti sukakannya!
Bagi yang sukakan bahan bacaan ringan, buku ini untuk anda. Namun begitu, quotes yang ditulis oleh Muharikah ini sebenarnya membawa kita berfikir walaupun nampak ringan.
Cadangan saya setiap orang perlu memiliki buku ini dan di bawa bersama ke mana saja kerana terlalu banyak manfaat yang ada di dalamnya.
Buku ini sangat comel dan awak patut milikinya!
Saya kongsi beberapa pages dari dalam buku ini untuk tatapan rakan-rakan :