Jump to ratings and reviews
Rate this book

Serasi di Hati

Rate this book
Dia lelaki berdosa. Dalam usia muda sudah menjadi 'anak ikan' pada Zalina Asha, isteri seorang VVIP yang tak pernah puas dengan suami sendiri.

"Lately ni aku asyik kena berkepit dengan si tua tu. Bosan tau. Lembik! Dahlah bau cerut! Tak macam Zarul, rasa manis macam jagung." - Zalina

Hidup dengan kemewahan tapi jiwanya kosong. Sehinggalah dia ditemukan dengan Intan Edrinaz di alam maya. Baru kenal, dia rasa rapat dengan wanita itu dan boleh bercerita apa saja termasuk kisahnya bersama Datin Zalina.

"Ala...kesiannya! Nampaknya you dah tak freelah lepas ni ye. Dah nak kena rantai balik!" Edrinaz gelak-gelak.
"Sakan gelak? Sampai hati you! I bosan tau! You tau tak, lepas ni I for sure kena 'gulai' cukup-cukup!" Zarul cuba menagih simpati. Tak timbul rasa malu berbicara begitu.
"Ala, okey apa? You pun dah lama 'puasa', kan?" Suka betul Edrinaz mengusik Zarul.

Bagi Edrinaz, Zarul memang kacak. Punya tarikan tersendiri. Tapi, setia dan kasihnya pada sang suami tak pernah tergugat. Walaupun dia rasa dia tak dilayan selayaknya sebagai isteri.

"Abang! Sepanjang kita kahwin, abang langsung tak bagi Inn nafkah zahir. Okay, fine, Inn reda sebab Inn faham keadaan abang. Tapi sekarang ni, nafkah batin Inn pun abang abaikan!" - Edrinaz

Dan, bila dia tahu yang sebenarnya dia telah dicurangi sang suami, Zarul juga yang dia cari untuk mengadu.

Apa akan jadi bila Datin Zalina tahu tentang Edrinaz dan Zarul? Dan akan bertahankah rumah tangga Edrinaz bila segalanya bukan lagi menjadi rahsia?

Ini kisah hitam tentang kecurangan, bila manusia lupa makna kesetiaan...

698 pages, Paperback

First published December 1, 2015

2 people are currently reading
68 people want to read

About the author

Rose Harissa

35 books220 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
17 (31%)
4 stars
27 (50%)
3 stars
9 (16%)
2 stars
1 (1%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 14 of 14 reviews
Profile Image for Nonieღserenity2bliss.
2,023 reviews377 followers
February 21, 2016
Announcement before review: N nak jual buku ni for RM18. Pada sesiapa yang berminat, boleh lar PM :)

FAIR WARNING: THIS NOVEL IS NOT SUITABLE FOR THOSE UNDER 18.

N rasa N faham kenapa novel ni dikeluarkan sebagai limited edition. Rasanya inilah kali pertama N baca novel Melayu yang se-"berani" begini. Memang betul-betul bertemakan kecurangan lar!

Ia sebuah cerita yang agak gelap. Rasanya macam semua pasangan dalam cerita ni curang. Sama ada physically curang or emotionally curang. Dan banyak sungguh watak-watak bertanduk dan berhati busuk. Agak stress jugaklah baca novel ni.

Tunjang utama novel ini adalah seorang toyboy yang sudah mula bosan dengan gaya hidupnya dan seorang isteri yang tak bahagia dengan si suami dingin. Si toyboy yang dikongkong oleh si sugar mummy berkenalan dengan seorang isteri melalui Facebook. It was instant connection between them.

Si toyboy sudah berkenan, tapi si isteri masih kekal setia dengan seorang suami ibarat mendukung biawak hidup. Si sugar mummy pulak dapat tahu si toyboy sudah ada hati pada orang baru. Pelbagai rancangan cuba dijalankan tapi acap kali dapat dipatahkan oleh si toyboy yang rupa-rupanya bukan calang-calang orangnya...sehinggalah si isteri mendapati dirinya mengandung dan timbullah cerita-cerita 'panas' yang sengaja dicipta.

Overall, I was very satisfied with it, walaupun rasa stress yang teramat! That is until N rasa Inn ni macam setia tak menentu apabila dia mengecewakan Zarul. Aduhaii....pada N si Azman tu tiada apa untuk dikasihankan dan tak layak langsung untuk diberi peluang.
Profile Image for Kamaliah.
199 reviews29 followers
May 2, 2018
Fuhhh.... berpeluh achik baca buku ni.

Honestly.... one of the "berani"est malay novel that I have read. [Yang bukan keluaran FIXI la kan]

The whole story is actually what is happening in real life. To actually read about it is a bit of mind boggling to me... Makcik old school la katakan... kannnn...

Cerita tentang 5 watak.
1 - perempuan yang setia tak bertempat
2 - perempuan yang curang tak masal
3 - lelaki yang tak sedau dirikkk
4 - lelaki yang sedau tapi tak leh nak larikkk
5 - watak tempelan mangsa keadaan. Too soft n yet in the end, he earned my respect

Ni semua la ni... Baca buku RH... kalau blood tak go upstairs... memang tak sah...

All I can say is....

To all the INN out there.... WAKE UP! Live life to the fullest. Your kenkunun significant other tu tak define who u are. You are who u are. Don't keep on living under their shadow and let them treat you like dirt!! Remember... Money and Love can't buy your pride and dignity.

To all the ZALINA out there.... sudah2 la mak cik oiii... Rumah kata pergi... Kubur kata mari

To all the ZARUL out there.... Berfikir dengan otak bukan dengan.....

Sekian.
Profile Image for Izzati Aisyah.
263 reviews40 followers
December 4, 2020
Fuhhh, cerita ni bercabang betul kecurangannya 😂 Tapi watak2 yang curang tu memang menyakitkan hati. Nak2 Shamsul Azman dgn Zalina Asha. Tahap annoying dengan dua watak ni adalah sangat tinggi.

SDH ni memang korek segala isu rumah tangga yang disimpan bawah karpet. Untuk watak Zarul aku kesian kat dia ni. Bukan dia mintak jadi macam tu cuma disebabkan rasa ingin tahu dan mencuba zaman remajanya tu buat dia hilang arah. Nak2 lepas kena goda Zalina ngok ngek tu. Dan lama2 cahaya keinsafan tu muncul asbab daripada perkenalan dgn Intan Edrinaz.

Inn ni pun mangsa keadaan suami yang tak ada rasa tanggungjawab. Asyik bergantung dekat isteri. Tak cuba nak berusaha untuk merubah hidup. Pastu selalu tak endah perasaan Inn. Asyik nak suruh orang ikut cakap dia je. Tak ada hati perut. Kejam suami gini. Tak patut rasanya Inn bagi dia peluang masa nak ending2 citer tu.

Nasib citer ni tetap happy ending. Memang Zarul layak diberi peluang kedua untuk berubah ke jalan Allah. Dan mcm benda dia buat untuk Inn. Patutnya Inn tak payah fikir 2 kali untuk terima dia. Tapi cinta Inn dekat suami tak guna dia tu dalam sangat. Tapi nasiblah Shamsul Azman tu sedar diri dan berhijrah. Barulah senang sikit hati Inn. Tak ada gangguan lagi utk bahagia bersama Zarul.
Profile Image for heril azwan.
524 reviews62 followers
January 19, 2016
Novel rose harissa yang diterbitkan semula atas permitaan ramai.

Jalan cerita yang agak berbeza dengan novel2 rose harissa dengan kaki novel (comedy-romantic), novel ini lebih gelap isi. Olahan yang menarik, walaupun sepanjang pembacaan memang menyampah dengan Zalina & Shamsul Azman.

Perhubungan Zarul & Edrinaz dilakarkan dengan baik, bermula dengan pet sister & akhirnya terjebak dalam percintaan.

Cerita yang ok, cuma adakalanya terlalu banyak konflik yang ditimbulkan menyebabkan rase rimas & sesak membacanya. Edrinaz digambarkan seorang yang berpelajaran, mempunyai perniagaan sendiri tetapi terpaksa tunduk dengan keegoan seorang suami atas dasar cinta. Mungkin novel ni keluaran lama, so itu boleh dimaafkan. Secara jujur, saya lebih mengharapkan watak heroin yang lebih dominant, indipendent (maybe sebab selepas Belahan 2 Jiwa yang heroin nye lebih kurang asyik ditindas je...).



Profile Image for Haq Raihah.
300 reviews55 followers
March 24, 2016
#100

Keliru sama ada nk bg 4*@5*

Frankly speaking, novel ni sgt best! Tp watak heroin tu...agak annoyed and stupid ckittt...huhu

Disbbkan perwatakan dia yg menyakitkan hati tu, aku jd confuse nk bg 4 bintang ke...5 bintang...(?_?)

Setelah aku fikir sedalam-dalamnya, aku buat keputusan utk bg 5*. Tahniah lerr~~

Sbb apa aku bg 5*? Sbb aku pikir mcm ni ;

Takkanlah krn 1 shj kelemahan yg terdpt dlm novel ni, terus aku lupa segala kebagusan yg ada dlm novel ni? X adil lah mcm tu...(sama juga mcm manusia)

Btw, buku ni...errrr...agak 'berbahaya'(if u know what I mean). Memang x sesuai utk bdk bwh umur aku rase.

N...sepanjang dlm pembacaan, aku terkejut jugak sebenarnya sbb tak sangka ceritanya 'giler' sebegini. Tak pernah lg aku bace novel kisah mcm ni(ni first time tau!). Memang betul2 kisah hitam tentang kecurangan, bila manusia lupa makna kesetiaan...

p/s : buku ni byk typooooooo
Profile Image for Faradina Azlin Azahar.
507 reviews47 followers
January 26, 2016
BODOH PUNYA JANTAN!!!! SI SHAMSUL AZMAN TUE LA... SEYES MENYAMPAH GILER BAB KAT JANTAN X GUNA TUE!!! DAHLA MENGHABIHKAN BOREIH, KUANG AJAQ PLAK TUE...

N come to part Zarul ngan Intan, sweet jer. mmg gaya Intan Edrinaz tue mcm easy going bebenor. jahat betul apa yg laki dia wat. sib baek la si Zarul nie masih laie blh control semua bagai.

part towards the ending sweet sgt. bahagia si Intan tue membahagiakan pembaca. ahaks
Profile Image for Sweet♡ساكورا.
189 reviews14 followers
May 23, 2016
Nasib baik yg pelik2 penulis tulis dalam bahasa English ... so tak de la ketara sgt bila baca... huhu...

Tapi jalan cerita ada kisah negative yg perlu kita sebagai pembaca menjadikan pengajaran dlm kehidupan...

Tiada manusia yg sempurna melainkan DIA maha pencipta.
Profile Image for Yazlina Saduri.
1,546 reviews41 followers
June 14, 2017
Cerita yang sikit complicated sebab ramai kot yang terlibat secara langsung, bukan hanya sepasang watak utama lelaki / wanita. Zarul anak ikan Zalina yang keluar dari lalai disebabkan Edrinaz, wanita bersuami dikenali melalui FB chat room. Shamsul Azman memang bengap, tak sedar dek untung dengan layanan istimewa Edrinaz, boleh pula jslin hubungan dengan bekas girlfriend yang dah bersuami. Memang pusing kepala kalau nak tengok dari sudut moral, banyak adengan dan bicara direct berstatus 18SX. Curang sana sini. Lakonan sana sini. Jalan cerita tak sulit nak faham, maybe sebab terlampau "terlampu" dan direct jadi kita tak dipeningkan dengan konar emosi.
Profile Image for goldencave.
463 reviews9 followers
February 27, 2025
Novel Serasi Di Hati oleh Rose Harissa berserta cover baru ini diterbitkan pada tahun 2015 oleh Idea Kreatif Publication.
Cetakan pertama novel ini pula ialah pada tahun 2008 menggunakan nama pena Nora Ismail dan diterbitkan oleh NB Kara Sdn Berhad dengan tajuk yang sama.
Pada saya, 95% isi cerita dan jalan ceritanya sama cuma ada tambahan scene untuk terbitan IKP.
Zarul ialah watak hero dalam cerita ini. Bekerja sebagai bodyguard pada Zalina, isteri kedua Dato Kamaruddin. Namun bagi Zarul yang masih muda dan baru mengenali perempuan, Zalina ambil kesempatan untuk puaskan nafsunya dengan Zarul.
Saya tak berkenan dengan Edrinaz yang cengeng dan lemah kerana sangat cintakan Shamsul Azman, suaminya yang tak guna itu.
Selepas keguguran, Edrinaz discharged dari hospital jam 3 petang. Bila sampai di rumah, Azman terus ceraikan Edrinaz dan halau dia dari rumah.
Saya hairan dalam hujan lebat, Edrinaz telah basah kuyup tapi hari pun tiba-tiba jadi lewat malam bila dia pandu kereta dari rumah Azman ke kondo Zarul. Discrepancy is obvious here.
Selain Zalina dan Azman, lagi satu watak antagonis ialah Junaida yang berdendam dengan Azman kerana tolak cintanya dulu.
Watak Zalina pula terus hilang dari radar. Dia dah kena tangkap polis ke atau dah lari ke mana? Semua tergantung sepi.
Walau bagaimanapun, ini adalah sebuah karya yang tidak mengecewakan cuma kurang dikemas kini termasuk banyak ejaan yang salah.
Profile Image for Norliza Yusop.
333 reviews9 followers
May 4, 2016
SDH - Citer sama, tajuk sama cuma cover lain..apa pun tetap saya suka!
Profile Image for Qayiem Razali.
886 reviews84 followers
July 24, 2018
#44

Serasi Di Hati (Rose Harissa)

Serasi Di Hati berkisah mengenai cinta yang datang tanpa dipinta, kecurangan yang tidak diinginkan, dan kesetiaan yang tiada batasnya. Jatuh cinta pada isteri orang? Zarul jadi nanar sendiri. Dalam masa yang sama, dia 'terjerat' dengan Zalina, perempuan yang hidupnya bertunjangkan seks semata. Mengenali Edrinaz, buatkan Zarul perlahan-lahan mencari jalan pulang. Tapi... kedegilan Zalina buatkan dia resah sendiri. Sudahnya, bagaimana kisah cinta Zarul dan Edrinaz?

Novel ini 'dihidupkan' semula atas permintaan ramai. Namun, saya kurang gemar pabila sesuatu novel itu dicetak semula dengan 'edisi kemaskini' tapi kesalahan ejaan tetap juga muncul. Editor dan penulis sepatutnya lebih berhati-hati.

Kedua, novel ini merupakan antara novel terawal Rose Harissa. Disebabkan itu, saya terasa seperti ada kurang rencah jika dibandingkan dengan novel terkini penulis lagi-lagi Hatiku Untuk Dia. Walau bagaimanapun, keberanian penulis membawa kisah 'gelap' ini sewajarnya diberi pujian kerana tiada babak meleret dan lompong yang mampu mengganggu mood pembacaan. Apa-apa pun, tahniah buat penulis atas kelahiran semula novel ini.

p/s : Buat ibu bapa di luar sana, kawal pembacaan anak-anak anda ye kerana novel ini novel 'dewasa' walaupun bahasa yang digunakan masih terkawal.
Displaying 1 - 14 of 14 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.