Jump to ratings and reviews
Rate this book

#Hurt

Rate this book
TIGA tahun. Bukan waktu yang singkat untuk dilalui namun harapannya tetap ada, agar di balik tembok tinggi ini ada cahaya yang bergemerlapan buat dirinya. Tapi, sekali lagi ujian menyapa. Bersua dengan Raqib, buatkan Aatiq menaruh harapan indah tanpa dia tahu, lelaki itu hadir untuk terus buat dia rasa berdosa.

“Baru berapa kali jumpa Encik Raqib, saya mengaku memang saya tak terhadap. Saya tak tahu apa salah saya.” - Aatiq
“Sampai aku mati, akan sentiasa ada lain kali antara kita. Dan, kalau kau nak tahu apa salah kau pada aku, kau pandang mata aku.” - Raqib

Tangan Aatiq berlumuran darah. Berkali-kali dibilas, kesan itu tak mahu hilang. Sedaya-upaya dia menutup kebenaran, kenapa hatinya kian terluka?
Tiga tahun Raqib menanti bersama rasa benci kerana pada dia, Aatiq adalah pesalah pada dia dan keluarganya. Tapi, kenapa kini perasaan lain yang muncul? Raqib lelah bersaing dengan cinta pertama Aatiq yang muncul tanpa disangka.

“Kedai kau, tapi kenapa aku kena bayar gaji kau?” - Aatiq
“Sebab, kau nanti jadi Mrs. Shafiq.” - Shafiq

Kata abah, Raqib sepatut ada dengan Aatiqnya. Tapi, kesakitan Raqib dan Aatiq kali ini bukan lagi sakit yang biasa bila Raqib tak mampu menahan Aatiqnya pergi.

“Maafkan saya kerana melukakan awak, Aatiq…” – Raqib
“Dan, saya pun terluka sebab dah buat awak terluka…” – Aatiq
“Fiq, aku serahkan dia untuk kau jaga, untuk kau cinta dan sayangi dia bila aku tak berdaya dan tak layak pun untuk sayangi dia…” - Raqib

Kerana hati yang #LUKA, Raqib ke kiri dan Aatiq ke kanan. Di mana titik pertemuan mereka, hanya takdir menentukan.

593 pages, Paperback

First published January 1, 2016

38 people are currently reading
534 people want to read

About the author

Rehan Makhtar

43 books1,034 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
219 (43%)
4 stars
178 (35%)
3 stars
76 (15%)
2 stars
26 (5%)
1 star
1 (<1%)
Displaying 1 - 30 of 113 reviews
Profile Image for Nonieღserenity2bliss.
2,029 reviews377 followers
February 10, 2016
Announcement before review: N nak jual buku ni for RM16. Pada sesiapa yang berminat, boleh lar PM :)

Memang drama from start to finish. Dua watak utama yang mempunyai baggage from the past; seorang berdendam, seorang lagi kesal tak sudah.

N suka dengan watak Aatiq; seorang gadis muda yang tabah dan penyabar. Air matanya yang mudah mengalir tidak bermakna dia lemah.

N juga suka dengan watak Raqib; seorang anak dan abang yang hilang punca atas dua kehilangan berturut-turut. Kebenciannya yang tidak pernah surut masih tidak mampu dari menahan diri dari merasai rindu dan cinta.

N suka betapa fokus jalan ceritanya. Semuanya bersangkut paut, semuanya menuju ke satu hala: forgiveness and redemption.

Tiada satu babak pun yang pada N hanya sia-sia. N rasa that's the mark of a great writer; a sign of clear plot and direction. Bukan hanya menceceh atau omong kosong untuk menebalkan sebuah novel yang akhirnya tiada sebarang pengisian.

Profile Image for Mai.
312 reviews62 followers
January 2, 2019
Phewww!! Sesak nafas, sampai lupa tgk LKT sbb nak habiskan malam ni juga. Thanks PNM.

2 Jan 2019

1. Seperti tajuknya, kisah hati-hati yang terluka sebenarnya. Kisahnya nampak berat tapi entah mengapa kali ini saya boleh layan tanpa banyak masalah atau "complaint".

2. Raqib-Atiq, pada saya dua-dua orang ni memang menyakitkan hati tapi dalam sakit hati tu boleh pula saya yang jatuh hati. Sebab nampak keserasian mereka berdua. Walaupun yang sorang asyik nak marah je yang sorang lagi banyak sangat nak mengalah sebab rasa bersalah. Saya seolah-olah merasai kekesalan Atiq, walaupun dia sepatutnya bangkit dengan yakin, dia memang tidak bersalah tapi bila ia melibatkan nyawa manusia tu mmg hal berat. Berhati-hatilah kalau berhadapan dengan situasi seperti Atiq-Raisya.
Profile Image for Cik Pah.
290 reviews102 followers
March 26, 2016
chia chia chiaaa mengayat je RM dalam #hurt tapi mainan perasaan untuk buku setebal sebegini memang melelahkan. Harap sgt RM tak meneruskan penulisan sebegini untuk novel seterusnya.
Profile Image for SS.
512 reviews5 followers
June 14, 2019
Em. Personally, saya lebih suka lagi Objection dari #Hurt. Storyline #Hurt sometimes buat saya rasa nak skip page yang meleret. Bukannya apa, rasa curious tapi nak baca part syok je. Part yang meleret taknak baca. Sbb tu rasa nak skip. Tapi tak skip la sebab kalau skip takut terlepas cerita best. Haha.

Kematian Raisya yang mengejut tu mmg setimpal dgn perbuatan dia dekat Aatiq. Bukannya apa. Pergi sekolah bukan nya kau nak belajar. Kisahkan sangat pasal lelaki. And kau kacau org lain yg nak belajar. End up, timbul isu buli sedangkan kau tu yang buli org. Bila si Raisya ni mati. Ada la terkeluar perkataan 'padan muka'. Dan kematian mak Raisya tu bukan la benda yg kita expect. Ajal maut semua di tangan Allah.

Makanya, si Raqib. Abg kepada Raisya kononnya berdendam dgn Aatiq selama 3 tahun. Katanya Aatiq la punca adik dan mama kesayangan dia mati. Em. Mungkin sbb Aatiq sendiri tak bela diri masa dekat mahkamah and terima je tuduhan tu buatkan Raqib yakin utk teruskan dendam dia. Walhal bkn salah Aatiq. Suka dgn penerimaan ayah Raqib dan mak Aatiq. Terima qada' dan qadar dgn tenang.

Entahlah. Jalan cerita menarik. Watak pun okay. Cumanya ada few part yang buat saya lari sikit mood. Bila Raqib sedar perasaan dia dekat Aatiq. Aatiq larikan diri. Main tarik tali cmtu yang buat rasa nak tido tu hehe.

Profile Image for zairaidah.
407 reviews40 followers
May 26, 2018
Tiba-tiba e-sentral dalm hp aku tak boleh buka. Gelabah sebab banyak novel dalam tu yang tak dibaca lagi. Akhirnya dapat diselesaikan.

Tahniah sebab dah buat aku tak boleh nak berhenti baca. Yes kalau novel RM kalau tak lelah tak sah. Banyak ayat-ayat berunsur nasihat untuk setiap watak. Ayat untuk kita bermuhasabah dengan diri sendiri. Dan Allah jadikan manusia ini untuk kita berkongsi. Jangan disimpan dalam hati sorang-sorang. Hati ini Allah yang pegang, jangan suka mendabik dada bila berkata-kata. Tengok apa yang jadi pada Raqib bila kebenciannya bertukar kepada rasa cinta yang tak bertepi kepada Aatiq. Manakala Aatiq memilih untuk tanggung semua penderitaan itu sendiri sehingga sanggup ketepikan rasa hati pada Raqib.

Sweet revenge!!!
Profile Image for Haq Raihah.
300 reviews55 followers
February 7, 2017
LELAH!

lelah sgt nk boleh ke jumpa perkataan 'TAMAT' utk karya RM kali ini. mungkin aku saja yg berperasaan begitu kot...

tp, byk2 karya RM yg aku dah baca, #H ni lah yg plg x kena dgn citarasa aku.

mungkin aku fed up dgn scene tarik tali antara Raqib dan Aatiq.

bila Aatiq menyerah, Raqib butakan hati.
bila Raqib merayu, Aatiq pula menafikan.

bg aku, jln cite #hurt ni simple aje, tp watak2nya sendiri buat kisah hidup mereka jd complicated!

dan sungguhlah, aku juga fed up dgn watak Aatiq!

apa2 pun, lain org lain citarasa. jgn krn komen aku ini, korang rasa xnk try baca novel ni. belum cuba belum tahu, kan? ;)
Profile Image for  Kak Zie.
370 reviews60 followers
May 26, 2018
Banyak air mata aku yang merembes keluar di awal pembacaan sehingga ke beberapa bab. Tak tau la kenapa aku jadi cengeng sangat apabila ia bersangkut-paut dengan emosi. Tambahan pula, aku nak sangat tau apa yang terjadi kepada Aatiq tu dan kenapa si Raqib tu berdendam sangat dengan dia.

Lepas Aatiq berhenti kerja, pembacaan menjadi normal macam biasa. Dah takde rasa macam naik roller coaster dah. Haha.
Profile Image for Azizah.
385 reviews6 followers
February 20, 2019
3.5 star

Lelah emosi KakChik, naik turun emosi macam roller coaster untuk 3/4 keseluruhan cerita.

Syukurlah tersenyum lepas TERLUKA. :)


#8/30
Profile Image for Fara.
235 reviews19 followers
January 29, 2019
Berat betul beban yang ditanggung watak Aatiq ni. Maka lojiklah kalau dia cepat je rasa rendah diri. Dalam pada tu dia juga digambarkan sebagai seorang yang sangat penyabar. Dan kerana 'hilang sabar' pernah menjadi punca tragedi, maka dia pun teruslah bersabar walaupun dibuli lagi berkali-kali kerana tak mahu menyakiti sesiapa. Bab ni geram sikit, sebab pasrahnya tu tak kira tempat.

Pada Raqib, dendamnya berasas. Walaupun isu sebenarnya adalah salah faham je. Biasalah kan, manusia... Tapi itu bukan pas percuma untuk dia lemparkan layanan buruk terhadap Aatiq. Saya rasa Raqib keterlaluan dan keanak-anakan. Atas sebab tu juga saya tak dapat rasa tarikan antara mereka. Saya cuba nak percaya dalam setiap konfrontasi, mereka sebenarnya suka sama suka tapi tak dapat. Maaf ye. Dan bila mereka saling mengorat dalam 30 bab pertama tu, saya rasa macam eh???



Tapi bab-bab di Kemboja yang mana mereka mencari dan menemui diri sendiri itu, pada saya menarik. Apapun, kudos buat penulis yang tak lupa menyelitkan nasihat-nasihat manis melalui watak-wataknya buat pembaca :) 2.5*
Profile Image for Eda Eda.
177 reviews20 followers
August 27, 2023
Genre: Melodrama

Cerita yg biasa saja. Untuk novel hurt ni penulisan agak meleret dan sedikit bosan. ML dan FL mempunyai perasaan yang sama tetapi masing-masing masih bermain teka teki dan tarik tali. Hero dalam '#Hurt' boleh dikategorikan yellow flag berbanding hero dalam 'Objection' yang sememangnya red flag di awal. Tapi Objection best lagi la heeee
Profile Image for Ella.
794 reviews92 followers
March 22, 2017
HURT
Memang sakitlah yg anda akan rasa.

Memohon maaf bersyarat.
Terima maaf pun bersyarat.
Nonsense!!!

Sakit kerana terus2an dibuli.
Sakit kerana cinta ditolak berkali2.
Sakit kerana terlalu menyanyangi.
Sakit kerana terlalu mempercayai.
Sakit kerana tersalah hukum.
Sakit kerana tak mampu membenci.

Sakit lagi bila saya tanya pada akal, adakah tindakan yg diambil itu category membodohkan diri sendiri hingga sanggup di luka dan melukai.
Sakit kerana anda rasa si dia sanggup membentengkan ego yang melangit enggan menerima dan mengaku cinta setelah kemaafan di terima.
Sakit kerana keikhlasan kemaafan setelah di perolehi dicacatkan dengan rasa tidak puas hati dan dendam untuk segala rasa sakit di hati.

Jadinya, buat apa susah payah memperhambakan diri dan memohon maaf jika itu kesudahannya. Kenapa tiba2 berdendam sedangkan itu yg di mahukannya. Macam kelakar kerana tiada siapa yg suruh pun untuk mengikut telunjuk orang. Choices given, decision made.

Bermacam2 sakit yg anda akan rasa dalam novel ini. Itulah yg dikatakan PENYAKIT HATI yg harus disirami dengan kalimah Allah dan sentiasa bermuhasabah diri.

Kalau di awal cerita saya simpati dengan nasib Atiq..setelah kebenaran terbongkar saya rasa tak patut pun dia harus dikasihani..kejamkan saya? Ya sebab apa..tak berani nak menegakkan keadilan. Sangat menzalimi diri sendiri. Sanggup dijadikan mangsa hingga kesabarannya sendiri semakin nipis, ada nyawa yg tanpa sengaja melayang. Eventhough that person deserved it. Kat sekolah kut..17 tahun, pemikiran belum cukup matang..khairan kenapa tak laporkan sahaja. Kesucian hatinya telah dimalapkan habis oleh egonya yg meninggi di suku akhir novel. I think Raqib lebih ikhlas terhadap Atiq compared to her.

______*****______

5* to Shafiq kerana menjadi pencinta yg setia akhirnya kawan yg berani menegur dan sentiasa menceriakan keadaan walaupun hati terluka.
5* to Raqib kerana penyesalan yg dia rasa..Dalam dendam terbersit cinta. Dalam membenci tetap melindungi.
1* to Atiq atas segala tindakan yg diambil. Ego dan dendam yg sepatutnya tidak merajai hati di suku akhir cerita.
2* to Atiq sekali lagi atas ketabahan dia mengharungi kehidupan sebelum dan sesudah kejadian malang.
Profile Image for mRs bOo ^_^.
234 reviews13 followers
January 25, 2016
bila dendam bertukar rasa sayang

cume aura buku ni kurang lah masih menarik cuma tak sehebat seperti yang sebelum2 ni
Profile Image for Yuni.
257 reviews81 followers
February 15, 2016
Dah pernah try beberapa buku penulis ini, macam tak berapa masuk dengan Yuni. Takpe, kita cuba lain kali yek
Profile Image for addreads.
279 reviews25 followers
March 25, 2023
"𝐀𝐤𝐮.. 𝐧𝐚𝐤.. 𝐩𝐞𝐧𝐝𝐞𝐫𝐢𝐭𝐚𝐚𝐧.. 𝐤𝐚𝐮!"

3 tahun berada di balik tembok tinggi bukan mudah. Apa yg diharapkan Aatiq ialah sinar cahaya untuk dirinya. Tapi ujian yg hadir tidak semudah yg disangka. Bila Aatiq berjumpa dengan Raqib, bukan madu yg diberi tapi racun yg diterima. Apa yg jadi 3 tahun lepas? Raqib dendam apa dengan Aatiq? Agak-agak apa Raqib buat untuk puaskan 'dendam' yg satu itu.

"𝐁𝐢𝐚𝐫 𝐚𝐤𝐮 𝐣𝐚𝐝𝐢 𝐛𝐚𝐲𝐚𝐧𝐠-𝐛𝐚𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐤𝐚𝐮. 𝐁𝐢𝐚𝐫 𝐤𝐚𝐮 𝐫𝐚𝐬𝐚 𝐤𝐚𝐮 𝐚𝐝𝐚𝐥𝐚𝐡 𝐦𝐚𝐧𝐮𝐬𝐢𝐚 𝐩𝐚𝐥𝐢𝐧𝐠 𝐦𝐚𝐥𝐚𝐧𝐠 𝐝𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐝𝐮𝐧𝐢𝐚 𝐧𝐢. 𝐁𝐢𝐚𝐫 𝐤𝐚𝐮 𝐫𝐚𝐬𝐚 𝐤𝐞𝐬𝐚𝐥 𝐝𝐢𝐥𝐚𝐡𝐢𝐫𝐤𝐚𝐧 𝐤𝐞 𝐝𝐮𝐧𝐢𝐚 𝐢𝐧𝐢."

"𝐉𝐢𝐤𝐚 𝟑 𝐭𝐚𝐡𝐮𝐧 𝐚𝐰𝐚𝐤 𝐦𝐞𝐧𝐝𝐞𝐫𝐢𝐭𝐚, 𝐝𝐚𝐡 𝐬𝐚𝐦𝐩𝐚𝐢 𝐦𝐚𝐬𝐚 𝐝𝐞𝐫𝐢𝐭𝐚 𝐢𝐭𝐮 𝐣𝐚𝐝𝐢 𝐦𝐢𝐥𝐢𝐤 𝐬𝐚𝐲𝐚 𝐬𝐞𝐦𝐮𝐥𝐚."

Dalam pada benci, kenapa perasaan lain hadir?
⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯
Solid 5! without thinking! storyline, character development, nasihat, manis, pain. Secukup rasa🤌🏻 Buku ni buat Ad tak pandang lain once dah bagi sepenuh perhatian.

Aatiq, siapa sangka gadis manis, lemah lembut, baik ini ada sejarah hitam yg nak sangat dilupakan. Hidup dia tak pernah tenang sebab sentiasa dihujani dengan rasa sebersalah, menyesal, takut. Ad nak sangat peluk Aatiq & bagitau yg dia kuat.

Raqib, hidup dan dirinya berubah hanya kerana sebuah dendam. Matlamatnya satu, iaitu seksa Aatiq sampai puas. Lagi Aatiq sakit lagi dia puas. Am i hate him! NOT AT ALL!🙈sebab Ad faham why dia jadi camtu. Kalau ada kat tempat Raqib mesti faham. Dalam pada nak sakitkan Aatiq dia still caring. elehhh

Buku ni patutnya Ad sedih but sedih tu jadi light sebab Ad more interesting dengan feelings dorang towards each other🤭 sumpah cute, love sangat development both. Dorang very matured. Raqib version berubah OMO, sy nak jadi madu Aatiq eh😝Tulah dh kata jangan benci sangat nanti sa? yang.. hehe Silalah baca🤍

"𝐇𝐞𝐫𝐞 𝐢 𝐚𝐦.. 𝐚𝐧𝐝 𝐢 𝐰𝐨𝐧'𝐭 𝐥𝐞𝐭 𝐲𝐨𝐮 𝐠𝐨. 𝐄𝐯𝐞𝐫!"

"𝐈 𝐰𝐨𝐧'𝐭.. 𝐞𝐯𝐞𝐧 𝐲𝐨𝐮 𝐩𝐮𝐬𝐡 𝐦𝐞 𝐚𝐰𝐚𝐲."

"𝐁𝐮𝐤𝐚𝐧𝐤𝐚𝐡 𝐑𝐚𝐪𝐢𝐛 𝐬𝐞𝐧𝐭𝐢𝐚𝐬𝐚 𝐝𝐢 𝐤𝐚𝐧𝐚𝐧 𝐝𝐢𝐭𝐞𝐦𝐚𝐧𝐢 𝐀𝐚𝐭𝐢𝐪𝐧𝐲𝐚 𝐲𝐠 𝐬𝐞𝐧𝐭𝐢𝐚𝐬𝐚 𝐛𝐞𝐫𝐚𝐝𝐚 𝐝𝐢 𝐤𝐢𝐫𝐢?"
Profile Image for Madam Lola.
213 reviews37 followers
June 24, 2016
#hurt.. mmg hurt sgt.. Dr awal hinggalah 3/4.. rasa itu tetap sama. Raqib dan Aatiq. Dua nama yang mmg diciptakan utk bersama. Percaturan hidup yg ditulis oleh RM kali ini memang sadis. Sadis bila tiba - tiba hati berkata sayang dalam benci. Apa yg jelas di sini. .Aatiq memang x lari dari umur 20an dia tu. Cara bercakap.. gerak badan. Pemikirannya sahaja yg matang. Mungkin sebab pengalaman hidupnya. Tapi, tidak mencorakkan Aatiq menjadi watak yg boleh dikatakan tdk logik.

Hadirnya Shafiq yg x pernah mengalah. Shafiq yg gigih berusaha.. menjadikan hidup Aatiq bahagia. Walaupun Bkn dgn cinta. . Tp kasih sbg sahabat. RM masih lagi mengekalkan "chicken  soup".. rindu benar ML nak join. Kali terakhir ML terlibat tahun 2010 ... dan smp sekarang masih x berkesempatan nak join. Mungkin one day.. insya-allah. .. mohon doakan ya..

Berbalik kepada #hurt. Satu sahaja yg boleh ML cakapkan... apa lagi yg mahu didustakan. Insya-allah. .. Novel ni akan jd antar novel yg berada paling hadapan almari ML. Walaupun dicapai oleh sang anak dara. Ianya tidak dirisaukan..  padat dan tepat.

Tahniah RM... masih lagi mengekalkan ombak2  debar di hati pembaca. Ombak2  sebu dan sebak.  Yg pasti, ianya padat. Siapalah kita untuk menidakkan ketentuan Dia. Siapalah kita untuk menyangkal kehendakNya.  Setiap yang terjadi.. pasti ada hikmah yg tersembunyi. Moga kita terus berusaha ke arah mencintaiNya.

-Salam Ramadhan
Profile Image for Ogy Yusof.
Author 12 books107 followers
March 22, 2016
tiada siapa mahu menjadi pembunuh. tapi itu yang terpaksa ditanggung oleh aatiq, secara tidak sengaja terpalit dengan kesalahan itu setelah begitu lama menahan sabar tetapi kesabarannya lesap bila ibunya turut dicerca.. menjadi penghuni sekolah juvana selama tiga tahun membuatkan dirinya lebih tabah dan cekal. Namun, sekembalinya ke dunia luar membuatkan dia terpaksa menanggung cercaan manusia yang menganggap dia jahat, banduan. Tak terkecuali, raqib, abang pada raisya yang menganggap aatiq pemusnah kebahagiaan keluarganya. Kematian adiknya raisya yang setahu dia seorang anak yang baik dan lembut membuatkan mamanya turut menyusul selepas adiknya. Raqib hilang bahagia membuatkan dia mahu menghukum aatiq. Mahu menyeksa aatiq sehingga rasa berdosa itu tidak akan hilang dari gadis itu..

tanpa diketahui oleh raqib, ayahnya haji razali mengetahui semuanya. Johan, pembantu raqib sentiasa memberi perkhabaran. Haji razali yang melorongkan aatiq supaya memohon pekerjaan di restoran raqib. Makin aatiq dekat pada raqib makin membuatkan jiwa raqib rusuh.. rusuh kerana dendam atau rusuh kerana timbul satu perasaan lain dalam jiwanya? yang pasti dia tidak boleh kehilangan aatiq dari pandangan mata dan tidak boleh hilang segala kisah aatiq dari pengetahuannya.. apakah rasa itu yang sebenarnya?.. bila shella pengurus restorannya tahu hal sebenar latar belakang aatiq yang membuatkan aatiq berhenti kerja, raqib kehilangan.. mampukah dia menerima kehilangan tersebut?..

Sekali lagi puan penulis berjaya meruntun jiwa para pembacanya. Bukan sekadar kisah cinta biasa tetapi kisah cinta yang lebih tepat cinta kepada yang Maha Esa. Cara penyampaian, olahan cerita amat menarik hati sehingga pembaca merasai pergolakan emosi setiap watak yang ada..
Profile Image for Inn Auni.
1,090 reviews24 followers
December 16, 2018
Kisah "slap-kiss", dari benci datang sayang. Tapi bila muncul sayang, macam-macam alasan pula yang diberi. Cuma alasan tu tak begitu kukuh pada pendapat saya sebab alasan "what if" tu saya tak boleh terima.

Ini buku kedua dari Rehan yang saya baca dan penulisan beliau memang antara yang terbaik. Dan kejujuran beliau mengaku yang Hurt ni adalah adaptasi drama Thai, rasanya saya boleh agak drama mana, tak sikit pun menjejaskan kredibiliti beliau. Acapkali saya cakap, biarlah klise asalkan terbaik dari asli tapi tah hapa-hapa.

Sayangnya tak ada pula penggiat seni yang berminat nak mengangkat karya Rehan ni ke skrin tv.
Profile Image for Tiara Sapphire.
160 reviews6 followers
July 6, 2018
Best dan banyak main emosi bagi permulaan cerita la, curious sangat apa yg Aatiq buat sampai Raqib jadi berdendam sangat tapi dalam nak balas dendam boleh pula Raqib terjatuh cinta dengan Aatiq.

bila Aatiq bawa diri, ok aku dah start lost baca cite ni, nak merajuk ke apa ke tak payah nak main tarik tali banyak sangat, penat tau nak follow.
Profile Image for Hamidah.
78 reviews19 followers
January 12, 2016
Bila update buku ni baru perasan dah banyak rupanya buku yg ditulis oleh penulis ni. Tak tahu mengapa tp saya hanya baca tiga suku sahaja dari buku ini sebelum menjadi bosan dan terus ke dua tiga muka surat terakhir dan bacapun secara rawak.
Profile Image for Faradina Azlin Azahar.
507 reviews47 followers
January 13, 2016
Super mabeles blh x?? Hahahaha... I just like it too much... They were both complement each other!! Lurve the misery even how sadis it be. Tapi definitely lurve the ending.. Hehehe...
Profile Image for Amal Lee.
277 reviews33 followers
November 16, 2022
dia macam mana ehh nak cakap hmm macam tiba-tiba saja hahaha..
first buku rehan dapat rate 3 bintang jee macam tak berapa boleh masuk dengan jiwa aku hehehe.
Profile Image for sooa.
62 reviews4 followers
January 24, 2025
another pain story by RM yang buat aku sesak dada sikit + terleleh air mata haha. tak tipu ek punya pedih part awal awal bab tu haih rasa nak ruqyah je si raqib ni. tapi dia merah pun aku takleh nak benci sebab at the same time dia caring and tengah berperang dengan perasaan dia sendiri kat aatiq. but still mamat ni memang layak dimaki awal awal tu.

faham dengan ‘beban’ yang dipikul aatiq lepas dia keluar dari henry gurney dan jadi seorang yang terima je segala hukuman. kesian sangat kat aatiq yang kena tanggung kesalahan yang tak disengajakan. tak mudah bila raqib sendiri gelar dia sebagai pembunuh dan bekas banduan. trauma yang dia hadap tu— haih sakitnya dada aku dengan watak raqib yang mintak penampor lagi. tapi raqib punya character development memang lurvee. dari pendendam jadi seorang yang sangat penyayang dan sehijau yang boleh. and the grovelling? he ate thatt. aku suka bila raqib dah terhegeh hegeh nak kat aatiq dan aatiq tak mudah gitu je nak terima raqib even hati dia dah jatuh sayang. tapi paling emo bila dedua dah saling sayang tapi dua dua rasa tak layak untuk each other. aku yang penat emo terlebih😭

suka dengan susun alur jalan cerita ni even macam draggy sikit tapi i tak rasa bosan pun. the plot isso good. premise cerita pun menarik. the angst is angsting so hard. overall best for me. rasa puas dan lega dengan ending.
Profile Image for a i n c e r a.
125 reviews14 followers
May 12, 2023
1. Genre : romance; melodrama; drama
2. Tropes : found family; he fell first, she fell harder; enemy to lover; angsty romance; strong female character; rich guy, poor girl; second chance
3. Content Warning : bullying; traumatize; revenge; death; lost; grieve
4. Theme : family oriented; forgiveness; self-acceptance; repentance; redemption; realization; resentment
5. Playlist : https://open.spotify.com/playlist/2w0...
6. Movie/Drama Rec : Secret (Kdrama)

my heart fulled up with enjoyment, sadness, bewilderment and content after reading this. after Takdir Untuk Aku, i felt like im wanting to read another Rehan Makhtar. and this is a random choice. a random choice that im soo not regret to pick it up. i found the-golden-raqib. i found the-soft-strong-aatiq. these two character turned me into a fictophilia. life is hard but this book made my heart feel at ease. its soo comforting. this love is golden. burning brighter than the fire. drowning deeper than the deep-sea. this love is just not for human but also for the creator and beyond that. masya-allah, i learnt so many thing.
Profile Image for Izzati Aisyah.
263 reviews40 followers
January 3, 2016
Syafiq

"Kau suka bos?"

"Aku tak pernah layak untuk sesiapa" - Aatiq

"Tapi aku bagi izin kau suka aku, Aatiq..."

Aatiq

"Kenapa saya tak dapat baca apa yang awak katakan jelas tu, Aatiq?" - Raqib

'Kerana saya sembunyikan daripada pancaindera awak, Raqib. Kerana saya tahu, dalam lena awak, igauan itu masih mengejar dan mana mungkin saya menambahkan beban dalam hati awak. Kerana itu, saya tutupi hanya untuk awak.'

Hati Aatiq berbisik...

Raqib

"Saya tak akan putus asa."

"Asa itu perlu ada selagi jasad bernyawa." - Aatiq

"Saya janji saya akan terus asa untuk awak."

*******

Kadang dendam itu tak membawa kita ke mana-mana. Yang lebih menyakitkan adalah hati yang kita benihkan untuk membenci tetapi Allah bolak balik kan menjadi cinta. Senang untuk memaafkan tapi bukan melupakan. Tapi bila hati telah dibasuh seputih suci, reda Allah juga yang mereka cari.

#HURT - sesuai dgn tajuknya. Luka yg dalam akibat satu kesilapan silam membuatkan Raqib & Aatiq dipertemukan pada masa depan. Ujian demi ujian perlu dihadapi untuk mengejar satu kebahagiaan yg hakiki. Kisah yg penuh dengan pengajaran dan mengajar kita untuk saling berpaut pada satu cinta. Raih cinta Allah dahulu sebelum cinta manusia. Bila hati telah sembuh, hanya senyuman pengiring bahagia.

5* untuk #HURT
Profile Image for Akmal Zahrudin.
218 reviews27 followers
August 23, 2023
My thoughts?

1. Raqib ni cakap benci sungguh kat Aatiq tapi cara benci pun comelnye lahai 😆 Benci2 tapi caring, sibuk pulak nak jadi stalker hihihi. Mulut laser tapi actionnya lain. Kiut betolll

2. Aatiq pulak lama betoll merajuk. Main lari2 pulak. Sampai pasrah Raqib nak memujuk. Terpaksa redho je dia. Nak kena si Shafiq bagi kaw kaw baru nak sedor. Kesimpulannya dua orang ni comel betoll bagi aku.

3. This book is about forgiveness and acceptance, and also second chance untuk orang yang pernah melakukan kesilapan di masa lalu. Sedangkan Allah Maha Pengampun, sedangkan Nabi ampunkan umat, apatah lagi kita manusiaaaa.
242 reviews11 followers
January 19, 2016
slps beberapa kali naik trn popular akhirnya dpt gak buku ni. baca kat blog rehan. nak tau ending tu yg beli. best cerita dia. atiq dan raqib bertemu disebabkan demdam raqib pada atiq. demdam apakah itu sila baca sendiri. atiq yg terluka membawa diri. very hurt. nasib baik rehan sambung ending dia. ending yg bgs sekali.
Profile Image for SA.
302 reviews31 followers
September 10, 2024
I think this would be the first work by RM that didn't make an impact on me.

I skimmed most of the parts since it was draggy, and not to mention, plain. The narrative was repetitive, and there was a lot of "out of nowhere" plot, yang eh tiberrr, gitu.

Finishing the book felt dreadful this time.
Profile Image for Maslina Omar.
154 reviews19 followers
January 8, 2016
"Aku tak rasa kau boleh bayar hutang kau kepada aku walaupun kau hidup seribu tahun. Luka dlm hati aku ni...sakit sangat. Sakit..." ~ Raqib

Kerana luka kehilangan, dia tenggelam dalam dendam. Amarah telah membutakan mata hatinya. Berpaksikan benci, dia mahu menghukum sesama manusia. Tika diuji, dia hanyut terkapai2 sendiri.

"Tak pernah sehari pun saya tak menyesal menjadi sebab awak terluka" ~ Aatiq

Kerana tewas mempertahankan sabar, masa depannya tercalar. Dia terjerumus ke lembah hina. Lantas hidupnya sentiasa diburu sesal. Tak henti2nya dia merayu sebuah kemaafan. Meskipun pundaknya sarat memikul beban kesalahan, dia rela asal saja tiada tercalar kepercayaan yg sedia ada.

"Aku manusia yg rasa sakit dlm dada apabila lihat kau luka tanpa aku tahu sebabnya sedangkan aku begitu bencikan kau!" ~ Raqib

Adapun sesungguhnya hati manusia milik Sang Pencipta. Dibalikkan hati yg benci menjadi sayang, hati yg kesal menjadi cinta. Namun rindu berlagu bisu...cinta berlangsung tanpa bicara...gara2 luka yg masih bersisa...gara2 kesal yg masih menebal. Lantas mata yg celik dirabunkan..rasa yg ada dinafikan.

Ketika Raqib terbuka jiwa...reda menerima ketentuan-Nya..merasakan tiada terbendung lg rasa cinta, Aatiq berlalu dr hidupnya. Terlewatkah dia?

"Saya sedar cinta tak pernah tercipta untuk saya, awak. Sebab tu saya pilih cinta saya sendiri iaitu Allah, menjadi yg pertama sejak dahulu. Keduanya, Rasulullah S.A.W, ...."~Aatiq

Aatiq yg merasakan dirinya hanya seorang pendosa, enggan menyimbah cuka ke atas luka Raqib yg sedia ada kerana luka itu angkaranya. Biarpun cintanya terhadap lelaki itu telah menjelma, dia keras menafikannya... biarpun dgn begitu hatinya juga turut terluka.

Tetapi Raqib tetap asa memburu cinta Aatiqnya. Dan dlm pemburuannya, dia bertemu dgn cinta yg paling agung..cinta kpd Yg Maha Esa. Hanya kepada-Nya Raqib meminta agar Aatiq sudi menerimanya.

"Hidup dgn saya selama mana yg Tuhan izinkan. Terima baik buruk saya. Jadi kekuatan di balik kelemahan saya. Jadi kekasih saya bila saya nak bercinta, jadi isteri bila saya nak bermanja, jadi penasihat bila saya leka. Dan, cinta saya selamanya." ~ Raqib

°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°
Naskah #hurt ini sgt2 deep. Sesungguhnya tiada cinta yg paling agung selain cinta kepada-Nya.

Cintakan bunga, ia akan layu
Cintakan manusia, dia akan mati
Cintakan Allah, DIA kekal abadi

Sebagai hamba-Nya...berimanlah dgn rukun yg 6 & teguh berpautlah pd rukun yg 5. Redalah dgn ujian yg diberikan-Nya kerana setiap manusia diturunkan ujian yg berbeza2 mengikut kemampuannya, demi mengangkat darjat manusia itu sendiri sebagai hamba-Nya. Berpada2lah dalam memupuk rasa..kerana rasa itu tak pasti akankah kekal selama2nya.


Profile Image for Ms. Firda.
100 reviews17 followers
March 21, 2016
Hurt.

Seperti biasa cerita yg RM tulis pasti sarat dgb ilmu.

cuma kali ini kisah dendam raqib terhadap aatiq mengambil masa yg lama utk dirungkaikan.

manakala..aatib terlalu baik sehingga mahu menjaga hati raqib agar tak terluka lagi..

overall. sy tetap suka. dalam duka tetap.ada kemanisan cerita mereka
Displaying 1 - 30 of 113 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.