Reesa Aimee bukanlah perempuan ideal untuk Adam Syarez berkahwin, namun dengan Reesa Aimee juga dia melayari perkahwinan. Tidak panjang usia perkahwinan itu, mereka membawa haluan masing-masing. Enam tahun terpisah membuatkan Adam Syarez melupakan segala-galanya tentang Reesa Aimee. Takdir Allah itu indah, mereka bertemu semula apabila Reesa Aimee sudah mempunyai anak dan seorang ‘suami’.
“Umarif tak tolong?” tanya Syarez agak panas hati apabila niatnya yang baik ditolak oleh Reesa. “Tolong... ” Panjang jawapan Reesa. “Tolong apa macam ni? Tengok, dia dah berjalan kat sana. Agaknya dia tolong dalam bilik tidur aje kut!”
Cemburukah Adam Syarez kepada bekas isterinya yang sudah berbahagia dengan suaminya? Dia sendiri yang meninggalkan Reesa Aimee kerana mahu kembali kepada Suzy, namun jika difikirkan memang Adam Syarez cemburu.
“Awak hanya senyum untuk Adam saja ke? Untuk orang lain tak boleh nak ukirkan senyuman ke?”
Versi harukah Syarez ini? Ikut sukalah, isteri orang. Bukan isteri dia nak senyum kepadanya ataupun tak? Pening kepala kalau mahukan isteri orang senyum kepada dia saja. Takdir bagaikan sudah mengikat mereka berdua. Elak macam mana sekalipun mereka tetap akan bertemu.
“Awak yakin ke kita boleh buat sebaiknya untuk Adam?” “Boleh.”
Mampukah perkahwinan kali ini membahagiakan semua? Berapa banyak hatikah yang akan terluka dengan keputusan mereka berdua? Dan, bagaimana pula dengan hati Suzy dan Umarif?
Saya jatuh hati dengan idea penulis and gaya bahasa dia masa buku resipi cinta encik chef, isteri atas kertas, jgn x balas cintaku.
Thats y i try crik buku buku lama dia. And dapatla buku ni. Ingatkan cerita cliche, yg mcm ex husband meroyan nak kan isteri dia balik. Rupanya ada kisah di sebaliknya. Enjoyable, ada benda yg buatkan sy x lepas buky ni untuk 5jam. Langau x mencabar tp mak,kakak langau yg lebih sudu.
Saya suka sgt novel ni & i'm looking for someone who want to preloved this novel cause i want to buy it. Saya baca novel ni kat wattpad author je. So, i really need it. Anyone yg nak preloved or jual this book, please tell me😊
Antara novel 3rd POV yang agak kelam kabut tapi tetap memuaskan. Plot story boleh di jangka. Overall novel ni yang buatkan minat saya untuk membaca kembali semula. Gituw..
Suka ngan cerita ni tapi agak menyampah dengan watak Suzy dan Syarez. Agak kesian dan sadis ngan watak Doctor My dan serve Suzy's mother and sister right for having to serve prison sentence. Syabas writer!
Suzy menuduh Aimee perampas tapi sebenarnya dia yg perampas. Bukan sekali tapi dua kali dia merampas. Dia tinggalkan Syarez kerana suami orang sampai terlanjur dan mempunyai bayi bersama. Bayi tu pula di hantar ke rumah bakti selepas ditinggalkan oleh kekasihnya yg ingin kembali pada isterinya.
Then dia jejak Si Syarez ni. Kerana tiada cinta terhadap isteri, Syarez kembali pada Suzy yang masih dicintai dan menceraikan isterinya. Kalau tidak kerana takut rahsia dirinya pecah, dah lama si Suzy ni terima pinangan Syarez. Sampai ke sudah Syarez tak tahu aib Suzy yg dianggap masih suci dan pandai jaga diri walaupun hidup dalam dunia glamor. Pandai jaga diri apa kalau dengan Syarez batas tak jaga walaupun tak berat.
Gisele betul2 sahabat yang baik. Menjaga rahsia Aimee dan aib Suzy. Susah nak cari sahabat begini.
Chemistry between Umarif, Reesa and Adam mmg top notch lah..More body language less talk..nasib baik lah Umarif dah kahwin ngan 'Babara Mori'. Taklah kecewa sangat saya yg membaca.
mungkin ada yg kata x best....tp pd sy, sy suka citer ni.....sebuah kisah percuntaan dan kekeluargaan....xde lah cliche yg nak rampas2 sampai nak main tarik2 rambut...cumanya krn obses cinta dan giler duit, manusia blh hilg pertimbangan.... klau dh tertulis jodoh itu tetap milik syarez dan reesa, walau terpisah berthn2 pasti akn bersatu semula....walau pun pernikahan pertama dan kedua tanpa cinta tp akhirnya wujud juga rs cinta itu dlm diri mereka....
Syarez mengahwini Reesa dalam keadaan tergesa-gesa dan dengan niat untuk main-main sahaja setelah putus hubungan dengan Suzy. Namun tidak lama kemudian Syarez menyesal mengahwini Reesa dan menjalinkan kembali hubungan dengan Suzy semasa masih berkahwin dengan Reesa. Setelah setahun, Syarez menceraikan Reesa.
Semasa dalam perjalanan pulang dari mahkamah syariah, keluarga Reesa kemalangan, ibu bapanya meninggal dan Reesa mendapati dirinya mengandung.
Reesa yang menangguh pengajian di kolej kerana berkahwin, mendapat sokongan dari Gisele kawan baiknya(yg juga kawan baik Suzy) dan juga Umarif. . Setelah 6 tahun berpisah, Reesa bertemu semua dengan Syarez di restaurant kepunyaan Umarif. Anak saudara Syarez merupakan kawan kepada Adam, anak Reesa dan Syarez. Reesa dan Syarez berpura-pura tidak mengenali satu sama lain pada mulanya.
Syarez tersalah anggap yang Reesa telah berkahwin dengan Umarif kerana Adam memanggil Umarif daddy. Hubungan Umarif dan Reesa lebih kepada adik beradik sebenarnya. Pada masa yang sama, Syarez telah merancang untuk berkahwin dengan Suzy secepat mungkin walaupun ditentang ibunya kerana ibunya tidak sukakan kerjaya Suzy sebagai seorang pelakon yang tidak menjaga batas pergaulan dengan lelaki bukan muhrim. . Kebetulan demi kebetulan berlaku menyebabkan pertemuan Reesa dan Syarez semakin kerap. Mulut kata cintakan Suzy, tetapi cemburu bila melihat Suzy bersama Umarif dan Rahimy. . Reesa tidak dapat lagi menyembunyikan yang Adam adalah anak Syarez apabila memerlukan darah semasa Adam cedera. Syarez pada mulanya tidak mahu mengaku yang Adam adalah anaknya. . Lama kelamaan Syarez sedar yang dia tidak patut mengabaikan Adam tambahan pula Syarez tercabar melihat keakraban Umarif dan Adam lalu Syarez membuat keputusan untuk memberitahu Adam yang dia adalah daddy Adam. . Hubungan Syarez dan Adam semakin rapat. Disebabkan Adam yang mahu mummy dan daddynya tinggal bersama, Syarez membuat keputusan untuk mengahwini semula Reesa dengan membuat perjanjian dengan Suzy yang tidak dinyatakan dengan jelas dalam novel ini. . Walaupun telah berkahwin dengan Reesa semula, Syarez masih meneruskan hubungan dengan Suzy dan masih mencintai Suzy. Dia sebenarnya ego tidak mahu mengaku yang dia telah jatuh cinta dengan Reesa. Kerap kali Syarez menahan cemburu apabila melihat Reesa bercakap dengan lelaki lain terutama sekali Umarif. . Syarez akhirnya mengaku yang dia mencintai Reesa dan memutuskan hubungan dengan Suzy. Bahagia sekejap, sebelum badai datang melanda, Adam dan Risa diculik oleh kawan Syarez yang tergila gilakan Reesa, dengan bantuan kakak dan ibu Suzy tanpa pengetahuan Suzy. . Pada pengakhiran cerita lebih kepada kisah santai bahagia rumah tangga Syarez dan Reesa. Suzy dan Umarif pula bertemu dengan jodoh masing2. .
So in a nutshell, buku ni menceritakan ego seorang lelaki yang tidak mengaku yang dia mencintai isterinya. Bunyi macam cliche, tapi pengolahan author sangat baik. Been a fan since her first book!