“Asal kau daripada lidah api yang berasap... Merasuk seperti polong tak berjinjang...” / TANAH RIZAB JIN – A. DARWISY Sekitar tahun 1920, sekumpulan pekerja lombong bijih timah diarahkan untuk mengorek terowong bawah tanah di kawasan Sungai Lembing. Suatu hari, mereka terjumpa sebuah peti kayu yang menyimpan sejarah silam di dalamnya. Rentetan penemuan itu, sebuah keluarga Inggeris yang mengurus lombong itu ditimpa malapetaka. Apakah sebenarnya yang berlaku 30 tahun dahulu sehingga tanah itu digelar tanah rizab jin? Isabelle, anak pengurus lombong itu, apa kaitannya?
Sulur Bidar itu wujud, makhluk itu tetap ada. / PUSARAN PUAKA – SAIDEE NOR AZAM Pusaran air yang sebesar telapak tangan itu telah membesar dengan luar biasa. Tiada satu makhluk pun bakal terlepas daripada serangan pusaran air itu. Makhluk apakah yang menghuni dasar Tasik Biru itu? Benarkah makhluk yang bernama Sulur Bidar itu wujud? Di kala pusaran misteri terus berpusar mencari mangsa.
Satu nafsu yang mengganas, memburu dan membunuh. Satu sumpahan yang menanti satu kepulangan. / LOLONGAN LOMBONG LAMA – ZYRA SAFIYA Berdekad-dekad, tasik lombong yang membohongi warga kota dengan kedamaiannya menyimpan sejarah penuh keganasaan dan kegilaan. Semuanya bermula dengan Itam yang ghairah mahu memiliki kuasa menjadikan Samira mangsa untuk dikorbankan. Namun, perancangan manusia yang tidak sempurna menyaksikan pemburuan berterusan untuk mengenyangkan si buaya putih. Dendam yang membuak memastikan satu keturunan perlu dilenyapkan dan satu jiwa perlu menjadi hamba.
Yang hidup jangan terlalu ikutkan hati, kerana yang hilang tidak semestinya mati. / BADARSILA Tasik lombong di belakang vila milik arwah ayahnya sama seperti di dalam mimpi-mimpi aneh berulangnya sebelum ini. Di tasik itulah Mustikah tenggelam kelemasan dengan kedua-dua kaki dan tangannya berikat. Akan muncul seorang perempuan seiras wajahnya lalu mencekiknya sehingga mati. Dia yakin mimpi-mimpi anehnya itu bukan sekadar mimpi biasa. Siapa sebenarnya perempuan seiras wajahnya yang muncul di dalam mimpimimpinya selama ini?
Sebuah novel yg mengumpulkan 4 buah novelet seram bertemakan lombong, hasil karya 4 orang penulis ternama...
1) Tanah Rizab Jin - Anuar Darwisy (5/5)
Sebuah novelet seram yg best. Cukup elemen2 seram dan misterinya. Gaya penulisannya pun santai dan tak bosan dibaca. Disertakan dgn plot twist yg tak terjangka dan ending yg memuaskan.
Latar cerita mengambil masa pada zaman kolonial Inggeris. Mengisahkan tentang satu ekspedisi memburu harta karun di sebuah lombong di Sungai Lembing, Pahang yg disertai oleh beberapa individu termasuk pengurus lombong itu, Sir Richard dan anak perempuannya, Isabelle. Tanpa mereka sedari, mereka telah membebaskan satu entiti yg telah lama terkurung di situ. Lembaga hitam yg dikenali sebagai makhluk gerong juga mula membunuh ramai pelombong. Entiti itu turut merasuki Isabelle, dan cuba mengambil alih tubuhnya. Dengan bantuan Pak Rahmat, Sir Richard cuba untuk memulihkan keadaan...
2) Pusaran Puaka - Saidee Nor Azam (3/5)
Plotnya kira ok lah, cuma scene2 seram pada awal cerita macam banyak diulang/ recycle. Hujung2 cerita barulah terasa rancak sikit pembacaan.
Mengisahkan tentang satu makhluk misteri yg digelar Sulur Bidar yg menjadi penunggu di lombong tinggal yg dipanggil Tasik Biru. Selepas kekasihnya, Sofea mati dibaham makhluk itu, Raizam mula diganggu oleh jelmaan menakutkan yg menyerupai Sofea. Dengan bantuan rakannya, Danish, dia kembali ke sana untuk merawat masalahnya itu. Dengan bantuan penghulu kampung di situ, Tok Man dan perempuan tua misteri, Nenek Kalsom, mereka cuba untuk menghapuskan makhluk yg menjadi penunggu di tasik itu.
3) Lolongan Lombong Lama - Zyra Safiya (2/5)
Sebuah novelet dengan plot yg memeningkan. Diceritakan dari sudut pandangan beberapa generasi yg berbeza, dari tahun 1957 hingga 2005. Pertukaran watak2 utama dan cara penceritaan yg tak memuaskan menyebabkan cerita berterabur.
Mengisahkan tentang sebuah tasik lombong yg dihuni oleh puaka buaya putih. Puaka yg pada asalnya diseru untuk dijadikan saka itu telah menyebabkan keturunan Itam berantakan. Di setiap generasi, pasti puaka buaya putih itu akan mengganas, membaham mana2 mangsa yg tidak bernasib baik...
4) Badarsila - Hasrudi Jawawi (3/5)
Penulis berjaya menyembunyikan misteri yg cuba disampaikan dalam novelet ni hingga ke penghujung cerita. Idea plotnya juga unik dan tak bosan dibaca. Tapi endingnya macam tergantung pulak, tak memuaskan.
Mengisahkan tentang Mustikah dan 3 orang lagi rakannya yg menkaji sebuah tasik lombong berhampiran villa peninggalan ayahnya untuk projek akhir universiti mereka. Sejak berada di villa dan tasik itu, Mustikah semakin kerap diganggu oleh satu entiti yg menyerupai dirinya. Satu demi satu rahsia silam juga mula terbongkar...
Secara jujur, yang menarik minat saya hanyalah novelet karya A.Darwisy. Elemen seram, konflik, mistik semua ada. Karya barisan penulis lain juga oke tetapi masih tidak dapat menarik hati saya. Apa-apapun, saya ucapkan syabas untuk semua penulis. :) <3
Since buku ni ada 4 cerita dalam 1 buku, and kita pulak tak berapa rajin nak review satu-satu, kita buat review pukal je boleh tak? 🤭
Overall, besttt! I mean, most of the authors dalam ni pun bukannya calang-calang kan. And 2 of them are actually among my favourite authors. So, expectations tu memang ada, and thankfully, tak mengecewakan. Penulisan best, jalan cerita pun laju. Setiap cerita ada pengajaran yang boleh kita ambil.
Cuma satu je masalahnya, tak rasa seram sangat masa baca semua cerita dalam ni. I feel like the horror could've hit harder. Sebab sepanjang baca tu, takde rasa meremang ke, rasa tak sedap hati ke. Saya baca dengan aman dan damai je.
1) TANAH RIZAB JIN A. DARWISY berjaya memukau setiap pergerakan anak mata ke atas bait-bait perkataan yang melengkapkan kisah.. Don't want to miss a thing.. Ini adalah satu karya yang penulisnya belajar, mencari, mengkaji dan akhirnya menterjemah dan mengolah karya yang padat dengan segalanya yang dimahukan oleh pembaca.. Anuar Darwisy, mula kenal dengan nama pena yang sedikit berbeza tetapi karyanya sememangnya mantap.. Momentumnya tidak jatuh...
Walaupun ada sesetengah elemen dalam ceritanya dibayangi dengan adegan dalam filem inggeris seram yang lama tetapi jalinan ceritanya dengan kisah sejarah sungai tembeling padu.. Buatkan pembaca tertanya-tanya dan membuat andaian, adakah ianya sememangnya benar-benar berlaku?.. Thumbs up anuar... Sekali lagi anda berjaya... Pengakhirannya buat akak tertanya-tanya... Err...... Adakah... Ianya berlarutan??
bintang? ⭐⭐⭐⭐
2) PUSARAN PUAKA SAIDEE NOR AZAM menterjemah sesuatu yang menjadi buah mulut orang sekian lama memang agak payah.. Apatah lagi mahu jadikan ianya satu bacaan yang mantap... Perlu lakukan banyak kajian, pembacaan dan penulisan perlu sesuai antara mitos, kenyataan dan kebenaran...
Sulur bidar, yang diolah dalam kisah ini adalah belaan manusia yang lebih percayakan perjanjian syaitan hingga menyebabkan manusia lain terbunuh. Rasanya ada sedikit kesilapan diawal-awal kisah. Sikit jer... Teknik imbas kembali yang diselit-selit main peranan dalam menghuraikan tanda tanya... Tahniah tuan penulis Saidee Nor Azam, walaupun ada seperti agak tergesa-gesa untuk menghabiskan, nampak jelas di akhir cerita tapi kisah yang cukup menarik...
bintang? ⭐⭐⭐
3) LOLONGAN LOMBONG LAMA ZYRA SAFIYA maaf, sehingga ke hujung kisah, akak ternanti-nanti bilakah akan berlaku satu letusan debaran yang boleh buat kisah ini meletup.. Hingga akak tak percaya tau cik puan Zyra Safiya, kenapa perlu habis kisah ini.. Serius, sebenarnya akak suka dengan gaya olahan cerita... Bukan senang nak buat pembaca teruja, ternanti-nanti apa yang bakal berlaku, apa yang akan terjadi.. Apa.?? .. Apa?? ...
Kisah buaya putih memang pernah diperkatakan.. Kalau cikpuan penulis boleh perincikan lagi asal kejadian mungkin lagi dapat memantapkan cerita.. Keseraman memang terus terang akak rasa tiada cumanya lebih pada rasa debaran yang kuat.. All the best untuk seterusnya ya... Bukan mudah nak puaskan hati pembaca but you did well... Tahniah!..
bintang? ⭐⭐⭐
4) BADARSILA HASRUDI JAWAWI encik penulis yang kacak bergaya, terus terang akak nak tanya, adakah anda menulis kisah ini dalam keadaan yang tergesa-gesa? sebabnya, selama yang akak ikuti karya tuan penulis Hasrudi Jawawi tidak ada kisah yang buat pembaca rasa seperti lelah mengejar sebab anda seperti terlalu pantas mahu menghabiskan!!
Idea sememangnya amat menarik.. Suka dengan ideanya tentang telepati... Mana nak sangka ianya sebenarnya bencana... Walaupun badarsila agak lambat muncul tapi sebenarnya debar muncul ketika itu tuan penulis yang kacak bergaya!! Tahniah!!
1. Tanah Rizab Jin –A. Darwisy (5/5) Reading this totally gave me déjà vu vibes—like, have I read something similar from A. Darwisy before? Maybe? Can't quite place the title, though. But hey, as expected, A. Darwisy never misses. This story hit all the right notes! And the whole Sg Lembing mine angle? Genius. You just know there’s some juicy backstory hidden in there that he’s not spilling. Makes me wanna pack my bags and head back to Sg Lembing, just to soak in the vibes. Who knows, maybe I'll stumble upon a secret or two myself? Lol cari nahas
2. Pusaran Puaka – Saidee Nor Azam (3.5/5) I initially thought I had read this book before, but I barely remembered anything about it. The story was fine—neither remarkable nor disappointing. I’d rate it 3.5 out of 5. It didn’t leave a strong impression on me, as I didn’t feel strongly about it one way or the other. Overall, it was an okay read with a decent storyline.
3. Lolongan Lombong Lama – Zyra Safiya (2/5) I really don’t like how the story flows. It jumps from A to B so quickly, I just can’t follow. Especially when it comes to Mia’s part—it’s hard to picture what’s happening because the flow isn’t explained smoothly at all.
4. Badarsila – Hasrudi Jawawi (4/5) So, I finally found what looks like the continuation of Genderuwo for Faris/Harizon in this book. But honestly? It’s not really a continuation—it barely connects! Like, Harizon doesn’t even know what Mustikah is going through and keeps invalidating her feelings. Bro, why can’t you just believe her? And Azizy? Didn’t the plot say he knew what happened? Why is he also acting clueless and invalidating her? It’s giving annoying.
And don’t even get me started on the ending. Another damn cliffhanger! Mustikah is stuck in the lake, Badarsila takes over her corpse, and then... crickets. What happens next? Can Mustikah even be saved? Can Badarsila be exorcised? What’s Halim gonna do? Will this ever tie back to Faris’s story?
Geez, too many loose ends, and it’s driving me insane!
Projek Seram Lombong kali ini menghimpunkan EMPAT orang penulis novel yang tidak asing lagi di dalam dunia penulisan seram, ngeri dan misteri.
Secara kebetulannya saya adalah peminat setia malah mempunyai hampir kesemua novel penulisan mereka, kecuali A. Darwisy dan Saidee Nor Azam adalah ketinggalan banyak novel-novel di bawah penerbitan syarikat lain.(ketawa)
TANAH RIZAB JIN - A. DARWISY ⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️
Nampaknya penulis menulis berdasarkan kisah benar dan kemungkinan ada yang ditokok tambah demi menarikan jalan cerita, adakah penulis mengikuti nasihat sumber tersebut supaya jangan masukkan kesemua kisah sebenar di dalam novel ini? Tidaklah diketahui sama sekali.
Jika bercakap mengenai lombong, sebenarnya saya kurang pengetahuan mengenai lombong terutamanya di tanah air sendiri dan tidak disangka tanah melayu dikatakan ada banyak sumber emas belum diteroka. Malah mempunyai banyak nama gelaran diberikan, fakta yang mengejutkan dan menarik menambahkan lagi pengetahuan saya.
Menyampah betul dengan penjajah inggeris ketika zaman itu, sudahlah menjajah di tanah melayu lepas itu sesuka hati melayan bangsa melayu bagaikan hamba abdi sahaja. Sampaikan nyawa mereka melayang akibat melombong, sudahlah gaji tidak setimpal dengan mempertaruhkan nyawa serta bekerja tanpa henti.
Kasihan saya dengan nasib bangsa melayu di zaman penjajahan inggeris dan juga semasa Jepun datang, sudah malang ditimpa tangga. Nampaknya saya sudah makin melalut ke arah tajuk yang berbeza.
Disebabkan saya terlupa jalan ceritanya jadi tidak mengingati siapakah dalangnya sehinggalah bab-bab terakhir, terbongkarlah identiti sebenar di sebalik kejadian yang mengorbankan ramai pelombong dan orang putih. Patutlah saya terasa kepelikan dari saat semasa dia sekadar memeluk tanpa membacanya langsung, rupa-rupanya..!!?
Jika Isabella tidak menyibuk mengikuti ayahnya bersama mereka, sudah tentu kejadian ini tidak akan berlaku dan badannya tidak akan ditumpangkan oleh jin yang bersekongkol dengan Samerah. Ada masanya keinginan kuat untuk mengetahui juga satu keburukan, lebih baik jangan terlalu mengambil tahu sangat.
PUSARAN PUAKA - SAIDEE NOR AZAM ⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️
Geramnya saya dengan watak Raizam, dia menyebabkan kematian kekasihnya, Sofea di Tasik Biru. Sudahlah mengajak ke tempat di mana ramai manusia mati, lepas itu menyelamatkan dirinya seorang lalu meninggalkan Sofea bersendirian di tengah tasik. Teruknya perangai, pentingkan diri sendiri pula itu.
Semuanya kesalahan dia membuatkan teman wanitanya mati disebabkan penghuni di dalam tasik berpuaka itu, begitu juga dengan watak Mat yang membawa kawannya, Din memancing di Tasik Biru namun menyebabkan Din menemui ajalnya di situ gara-gara cuba menyelamatkan perempuan yang disangkakan manusia.
Kadangkala terlalu baik hati dan menyibuk menolong orang juga adalah satu keburukan, juga kelemahan yang dipergunakan oleh orang/makhluk lain. Sebab itulah jangan terlalu baik hati, penyibuk sampaikan nyawa tergadai. Setiap kali cerita biasanya yang menjadi mangsa bukannya orang yang beria-ria ke main, sebaliknya orang yang enggan dan terpaksa mengikuti.
Cerita seram dan ngeri dari penulis Saidee Nor Azam memang dijangka menarik, menyeramkan, mengerikan dan menyeronokkan sepanjang membacanya. Ini adalah cerita kedua menarik sama seperti cerita yang ditulis A. Darwisy.
Pengajaran janganlah main ambil/mengutip sembarangan benda/barangan yang bukan milik kamu, terutamanya di tempat orang/asing dikhuatiri makhluk yang menghuni di dalam itu menghantui kehidupan kamu sama seperti Raizam.
LOLONGAN LOMBONG LAMA - ZYRA SAFIYA ⭐️⭐️⭐️
Penulis membuatkan pembaca kekeliruan di mana hanya meletakkan tahun tanpa menjelaskan terperinci dan pembaca pandai pandailah memahami sendiri siapakah watak utama pada tahun berbeza, di bab-bab terakhir barulah menjawab identiti sebenar Mia dan siapakah dirinya?
Saya tidak fahamlah jika Mah dan Sheera sudah mengetahui masalah yang berlaku disebabkan Mia/Manisah berkaitan dengan buaya putih di tasik lombong, mengapakah mereka tidak membawa bertemu dengan ustaz ataupun pengamal perubatan islam yang dipercayai demi menyelesaikan masalah?
Sebaliknya mereka mencuba menyelesaikan masalah sendiri menyebabkan ramai nyawa terkorban di tasik lombong termasuklah Mah, nenek yang terlalu mempercayai Mia dan juga Sheera. Penulis membiarkan cerita berakhir dengan kematian Sheera, malah masalah tidak juga selesai kerana Mia sudah bersatu dengan buaya putih yang membunuh kedua-dua ibubapanya.
Semua masalah ini berpunca dari bapa Samira yang mengamalkan ilmu salah lalu menyusahkan kehidupan anak perempuannya sebelum Akob, bapa Mia yang menyibuk mahu membela buaya putih lalu mengorbankan buaya itu demi diberikan kepada isterinya yang mengidam makan daging buaya jelmaan.
Disebabkan itu Mia semenjak dilahirkan ke dunia, dia bukanlah bayi yang normal sebaliknya kemaruk mahukan daging setiap kali bulan mengambang. Mengarutlah mengidam makan daging buaya, mengikutkan sangat nafsu itu.
Manalah boleh orang islam makan daging buaya, samalah seperti harimau, singa dan seumpamanya. Janganlah terlalu mengikutkan nafsu ibu mengandung, nanti sampai masanya apa yang diidamkan akan dilupakan.
Sejujurnya saya memang tidak menyukai apa-apa berkaitan dengan makhluk bernama ' buaya ' ini kerana semasa zaman remaja, saya kerapkali bermimpi ngeri berkaitan dengan buaya dan penat asyik melarikan diri dari menjadi mangsa buaya. Alhamdulillah saya sentiasa terselamat setiap kalinya.
Apabila saya memeriksa maksud mimpi buruk itu rupa-rupanya saya bernasib baik kerana ianya bermakna terselamat dari bahaya, ancaman ataupun masalah besar yang akan melanda. Rasanya saya mungkin tertekan sangat ketika itu agaknya, Alhamdulillah saya bersyukur setelah dewasa saya sudah tidak bermimpi buruk mengenai buaya sampailah sekarang.🤲🏻
Disebabkan itu saya tidak menyukai buaya, ular, jerung dan seumpama dengannya. Cukuplah pernah melihat makhluk buaya di taman haiwan(zoo) semasa di bangku persekolahan, sememangnya buaya antara haiwan yang menakutkan dan menggerunkan.
Tidak faham saya dengan manusia yang sanggup menyekutukan Allah SWT dengan membela belaan bukan binatang sebenar, lebih baik membela kucing ke burung ke ikan dalam akuarium ke kura-kura dibandingkan dengan makhluk belaan yang dilaknat Allah SWT. Nazubillah..
BADARSILA - HASRUDI JAWAWI ⭐️⭐️
Disebabkan penulis menggunakan latar tempat Bandar Seri Alam, Pasir Gudang, Johor menyebabkan saya baru mengetahui kewujudan bekas lombong kuari di situ. Nama sebenar tasik di bandar Seri Alam adalah ' Tasik Biru ' malah ada disebut ' Tasik 3 Beradik atau Tasik Hijau ' entah betul ke tidak maklumat yang saya terbaca di Facebook seseorang dekat hujung jari.
Walaupun Tasik Biru ini mempunyai keindahan yang cantik dengan tasik membiru, namun ianya kawasan larangan dan berbahaya kerana sesiapa dilarang mandi di dalam tasik itu. Khabarnya pernah berlaku kes, itu pun saya kurang pasti sama ada benar ataupun tidak. Semuanya maklumat di Facebook seseorang di hujung jari.
Penulis mengubahkan suasana sekeliling, nama tasik lombong dan tempatnya. Pada mulanya saya sangkakan nama tasik itu 'Danau Tambang ' rupa-rupanya bukan, patutlah pelik mengapa menggunakan perkataan Indonesia ' Danau ' yang bermaksud ' Tasik ' di dalam bahasa melayu dan manakala ' Tambang ' adalah ' Lombong '. Entah mengapa penulis meminjam bahasa Indonesia untuk nama tasik di dalam cerita ini.
Berbalik kepada cerita ' Badarsila ' yang merujuk kepada nama adik kembar Mustikah, cerita ini langsung tidak menyeramkan apatah lagi mengerikan sebaliknya sesuai dikategorikan sebagai kemisterian sahaja. Biasa-biasa sahaja.
Penamatnya memang merepek di mana Badarsila mengambil alih badan kakak kembarnya, Mustikah selepas diselamatkan dari tasik itu. Mengikut kesimpulan saya, Mustikah sebenarnya sudah meninggal dunia kerana kelemasan akibat berada di dalam tasik selama sejam setengah. Manalah ada manusia normal boleh hidup selepas tenggelam selama itu.
Sah sah yang berada di dalam badan Mustikah bukannya Badarsila yang sudah meninggal dunia semasa bayi, sebaliknya Qarin Badarsila yang merampas badan Mustikah. Memandangkan mayat Badarsila semasa bayi tidak pernah ditemui selepas Naim, bapa kandung mereka membunuh diri dengan membawa lari Badarsila lalu terjun ke dalam tasik lombong.
Semuanya berpunca dari Encik Halim, Pak Usu Mustikah yang berahsia selama 22 tahun dengan merahsiakan kisah sebenar dari pengetahuan satu-satunya anak saudaranya mengenai kewujudan adik kembar dan kematian sebenar bapa kandungnya.
Dia membohongi Mustikah mengatakan ibubapanya mati dalam kemalangan jalan raya semasa usianya 40 hari, padahal ibunya meninggal dunia selepas melahirkan Badarsila. Jika dari awal diceritakan perkara sebenar, kejadian ini mungkin dapat dielakkan dari berlaku.
Disebabkan itu Mustikah kerapkali bermimpi yang serupa di tempat yang sama, mimpi adalah petanda, peringatan dan juga amaran. Namun bukannya semua orang mempercayai mimpi dan menganggap ianya sekadar mimpi semata-mata, pada pandangan saya bermimpi ngeri ada maksud tersirat kerana saya dahulu kerapkali bermimpi ngeri banyak kali.
Alhamdulillah sekarang saya sudah tidak terganggu dengan mimpi ngeri sejak beberapa tahun lalu, jadi janganlah mengambil ringan berkaitan mimpi namun bukan bermaksud mempercayai mimpi 100% dikhuatiri mainan syaitan yang masuk campur dalam mimpi kita.
Selain itu, sekadar pandangan peribadi saya sahaja iaitu kata nama panggilan suami isteri Encik Halim dengan isterinya, I dan You nampak kurang romantis apatah lagi dituturkan pasangan suami isteri jika diteruskan sampai ke tahap datuk dan nenek.
Sejujurnya saya tidak menyukai panggilan ' I dan You ' yang digunakan penulis serta penulis lain di luar sana, sungguh tidak manis dan membuatkan saya meluat serta menyampah. Lebih sedap didengari panggilan ' Abang, Sayang, Manja dan lain-lain ' barulah enak di telinga.
Malah kata panggilan ' saya dan awak ' pun lagi baik dari ' I dan You ' itu, minta maaflah jika ada sesiapa terasa di luar sana dan ianya hanyalah pandangan peribadi saya sahaja. Perkara seterusnya yang kurang elok adalah mereka berlima termasuk abang sepupu Mustikah yang menginap di Vila tersebut, kerana mereka semua bukan muhrim walaupun Mustikah dan Azizy adalah sepupu namun mereka halal dikahwini.
Tidak manis di mata orang, biarpun ianya berkaitan dengan projek tahun akhir mereka yang berakhir dengan peristiwa tidak menyenangkan. Jika saya sebolehnya rela menginap di rumah tumpangan berbanding berada satu rumah dengan bukan mahram, niat tidak menghalalkan cara apa sekalipun.
Novel ini ditamatkan pada jam 10 35 malam ini. Uniknya aku membaca buku ini dari belakang.. so aku akan review dari tajuk terakhir ke tajuk yang pertama.. Kenapa? Saja nak kasi seseorang tuh thrill sket hahaha...
BADARSILA - Hasrudi Jawawi Cerita mengenai misteri lombong yang menjadi tasik dan sekumpulan pelajar yang membuat projek akhir tahun. Not bad.. elemen seramnya dapat dirasai... walaupun ada bahagian yang tidak berapa nak faham.. tapi kesinambungan cerita diterangkan di dalam beberapa bab terakhir. Punca misteri dapat difahami... Cuma tiada usaha untuk memulihkan keadaan... Cuma ada persoalan yang masih tertinggal.. Badarsila... Wujudnya dia menggunakan jasad siapa? Seperti cerita tergantung dan akan disambung..
LOLONGAN LOMBONG LAMA - Zyra Safiya Walaupun keseraman tu dapat dirasai tapi memerlukan ekstra tenaga untuk berfikir dan memahami kaitan antara watak. Adakalanya seperti tidak faham apa yang sedang berlaku. Bagaimana misteri itu wujud?? Macam mana Samira tidak nampak oleh orang lain? Penjelasan mengenai watak Mia terlalu pendek.. Membuat aku rasa macam tak puas hati... Setiap masa dalam keadan persoalan...
PUSARAN PUAKA - Saidee Nor Azam Kisah mengenai bekas lombong yang dijadikan tasik tetapi terpaksa ditutup kerana memakan nyawa.. Karya abg Saidee Nor Azam tidak mengecewakan... Penceritaan yang details membuatkan kita sebagai pembaca dapat membayangkan dan merasai detik2 cemas dan menakutkan.. Punca misteri dapat difahami dengan mudah.. Pengorbanan yang dijangka dapat memulihkan keadaan hanyalah sia-sia...
TANAH RIZAH JIN - Anuar Darwisy Tajuk pertama yang menjadi tajuk terakhir dibaca dalam siri Lombong. Seperti biasa karya Anuar Darwisy memang tidak mengecewakan dan mantap... Satu2nya cerita mengenai lombong yang tidak berkaitan dengan air... dan mengenai jin memberi satu kelainan... Kisah kaum Majusi yang memuja api dan kisah mengenai watak yang memuja dan mengamalkan ilmu jin... Seperti dalam karyanya yang lain... perincian yang details membuatkan kita dapat membayangkan rupa watak hitam. Elemen seram yang mengujakan...Baik vs jahat diolah dengan baik.... Membaca TRJ ni seolah kita berada dalam cerita The Mummy bila part Leman dan Sir Richard meneroka terowong itu. Ermm... rasa macam nak lawat aje Sg Lembing tuh.. tapi adakah aku berani?? Adakah sumpahan itu telah tamat? By the way... rangkap rangkap yang ada dalam cerita memang best... Mentadak Mentadu.. Macam mana si penakut tidur? Jangan ler tergiang2 malam ni...
Tahniah buat semua penulis.... Maaf sekiranya review ini kurang memuaskan. Apa yang penting... di akhir cerita pembaca harus yakin hanya ALLAH tempat kita bergantung dan memohon pertolongan. Janga terpedaya dengan tipu helah iblis, syaitan dan jin.
- twist yang berjaya. Cuma watak Mak Cik Semah tu aku rasa tak berapa nak cukup bahagian ceritanya. Aku sebenarnya kasihan dengan Batin Sumerah ni. Walaupun dia pengamal ilmu sesat tapi bagi aku dia mangsa keadaan. Dalam keempat-empat cerita karya Tanah Rizab Jin paling seram. Seramnya pun memang terkesan. Paling meremang part Batin Sumerah bisik dekat Rokiah tu "mentada mentadu macam mana penakut tidur". Gila. Sampaikan kepala aku pun dok fikir mentada mentadu tu. (Ya. Aku memang penakut sebenarnya. Kikiki). Lenggok bahasa dalam naratif & dialog tak kaku. Smooth je. Secara jujur watak Batin Sumerah adalah watak kegemaran aku.
- 4 * untuk karya ni.
2) Pusaran Puaka oleh Saidee Nor Azam
- Nenek kalsom tu sebenarnya baik cuma cara dia yang salah. Berkorban dengan menyerah diri pada Sulur Bidar termasuk dosa membunuh diri dengan sengaja. Berdosa besar nek oii. Itu belum lagi kau bela setan dalam air. Syirik!. Bila baca karya ni, aku terus google pasal Sulur Bidar. thumbs up pada penulis. Nampak penulis ada research untuk bahan-bahan karyanya. Elemen seram tak berapa sangat dan seperti biasa, hasil penulisan Saidee dari segi lenggok bahasa & naratif memang thumbs up! Aku benci dengan Raizam. Kalau tak sebab kau dok goyang-goyang sampan, takdenya Sofea jatuh dalam air. Emosi betullah dengan dia.
- 4 * untuk karya ni.
3) Lolongan Lombong Lama oleh Zyra Safiya
-walaupun tak sama tapi bila baca karya ni aku terus teringatkan cerita Ratu Buaya Putih. Secara jujur karya ini adalah yang paling lama untuk aku habiskan dan jika diikutkan karya ni menarik tapi agak bosan di pertengahan & akhir walaupun awal penceritaan aku sangat teruja bila membaca. Langsung tiada terasa elemen seram. Bagi aku dalam karya ini lebih banyak mistik. Adakala aku 'sesat' dalam karya penulis. 'Sesat' maksud aku ialah tak dapat hadam sesetengah 'scene' dalam karya ini. Walau apapun lenggok bahasanya agak bagus.
- 3 * untuk karya ini
4) Badarsila oleh Hasrudi Jawawi
-ingatkan cerita ni ada kena mengena dengan lagu Siti Nur Haliza tapi nampaknya jauh menyimpang. Jalan ceritanya menarik tapi bahagian-bahagian seram agak klise. Badarsila kalau disambung ke novel penuh mungkin akan ramai pembaca yang berminat. Lenggok bahasa dalam dialog bagus cuma kurang sikit dalam naratif.
TANAH RIZAB JIN – A. DARWISY “Asal kau daripada lidah api yang berasap... Merasuk seperti polong tak berjinjang...” Ulasan Sha - Cara penceritaan yang unik.. Seolah-olah membaca jurnal.. Bila manusia bertuankan Jin, selamanya dendam beraja dihati.. Seram.. Tambah-tambah bila teringat lagu "Mentadak mentadu.. macam mana si penakut tidur?" Pergh!!! Terdengar-dengar.. penulis berjaya mengelirukan siapa yang jahat.. Sungguh x disangka..
PUSARAN PUAKA – SAIDEE NOR AZAM Sulur Bidar itu wujud, makhluk itu tetap ada. Ok.. Cerita nie menakutkan.. Nasib baik memang x suka tasik ke lombong ke.. Cerita nie berjaya buat Sha search mengenai Sulur Bidar.. X sangka lak.. Rupanya memang wujud.. selalunya pemancing yang banyak jumpa.. pusaran air yang membahayakan nyawa.. Ngeri..
LOLONGAN LOMBONG LAMA – ZYRA SAFIYA Satu nafsu yang mengganas, memburu dan membunuh. Satu sumpahan yang menanti satu kepulangan. Kerana keinginan yang menggila menjadikan manusia lain sebagai korban.. Cerita ini sedikit sedih dan seram.. Sha ingatkan manusia, rupanya dah mati.. Pergh!! Gitu rupanya.. Lepastu bab mengidam nie memang susah nak cakap.. Hanya orang mengandung je yang tau.. Kesian pada yang menjadi mangsa.. Seram, ngeri dan sedih.. Rasa yang menghuni hati Sha saat membaca cerita ini..
BADARSILA - HASRUDI JAWAWI Yang hidup jangan terlalu ikutkan hati, kerana yang hilang tidak semestinya mati. Ok.. Citenya xde lah seram sangat tapi part ending tu berjaya membuatkan bulu roma Sha merinding.. "Kini, giliran adik untuk melihat dunia. Kakak jaga diri kat sini elok-elok ya?".. Sha pernah dengar pasal nie tapi selalunya jadi bila kembar tu lahir dan salah seorang meninggal semasa lahir.. Kalau dijadikan novel mungkin lebih ohsem..Apa yang dapat Sha simpulkan, kita selalu lari dari masalah.. Tidak pernah berusaha merawat dan mencari punca.. Bila dah teruk, nak menyesal pun dah x berguna.. Pergantungan pada Allah tu memang sangat perlu..
Buku ni menghimpunkan empat kisah berbeza yang semuanya berkisar sekitar satu tema utama — lombong. Best baca part ulasan penulis bagaimana mereka mendapatkan idea untuk buku ini.
Kisah yang paling diingati: Kisah pertama — babak Nabilah dirasuk dan lipas keluar dari mulut dia tu sangat vivid. Aku rasa macam aku berada betul-betul di tempat kejadian. Ending untuk kisah pertama, kedua dan keempat sangat terbuka dan suspen — buat aku tertanya-tanya, ada sambungan ke?
Watak paling berbekas: Rizman! Geram sungguh — dia goyangkan perahu suka-suka, akhirnya tragedi berlaku. Kesian Sofea mati sebab dia. Tapi part hantu Sofea pun agak kelakar — bila dia merangkak ke arah mangsa, aku ingat dia nak menyerang… rupanya terus terjun lombong!😂😂😂seram jadi kelakor
Ayat yang melekat: "Bayangan Sofea" — ayat ni buat aku teringat buku Bayang Sofe karya Teme Abdullah. (Buku tu aku beli dah, tapi belum sempat baca. Hehe.)
Komen keseluruhan: Ada banyak plot twist, terutamanya dalam kisah ketiga. Rasa macam semua orang ada rahsia dan semuanya nak jadi “Tuan”. Penceritaan sangat menarik walaupun buku ni agak tebal. Tapi bila dah mula baca, susah nak berhenti. Gabungan seram, misteri dan konflik dalam satu buku — sangat berbaloi untuk peminat genre thriller!
Biasa. Banyak pengajaran boleh diperolehi daripada setiap cerita Yang ditulis cuma terdapat beberapa cerita Yang mempunyai jalan cerita agak sama. Diharapkan agar dapat mempelbagaikan jalan cerita dengan lebih menarik.
TANAH RIZAB JIN - 5 bintang Kisah yang paling menarik. Penulis begitu teliti dalam menyajikan sebuah cerita seram kepada pembaca. Perjalanan cerita yang tak dijangka dan berjaya mewujudkan elemen seram.
PUSARAN PUAKA - 4 bintang Kisah kedua ini membawa kita mengenali apa itu Sulur Bidar dari perspektif penulis. Kisah kedua ini berjaya menarik minat pembacaan saya.
LOLONGAN LOMBONG LAMA - 3.5 bintang Kali ini tentang buaya putih. Bagaimana sebuah kisah mengidam membawa watak-watak ini ke arah kematian. Semuanya gara-gara daging buaya yang penuh misteri itu.
BADARSILA - 4 bintang Kisah terakhir ini punya penamat yang menarik. Tak dijangka. Juga kisah yang berjaya mewujudkan elemen seram.
Bagi saya, keempat-empat kisah yang bertemakan LOMBONG ini berjaya membuatkan saya meneruskan pembacaan ke halaman terakhir. TAHNIAH buat penulis. Teruskan berkarya!
ada satu persoalan je dlm minda ni bila dah habis baca 'adakah akan ada sambungan?' sebab macam tak habis ceritanya. ni komen saya :) * BADARSILA - apa yang berlaku sebenarnya pada si adik tu sampaikan mayat waktu kecil tak dijumpai? apa yang bakal berlaku jika 'mustikah' dibawa berubat dengan ustaz/pawang/bomoh? apa yang berlaku pada Mustikah sebenar? adakah meninggal atau....... banyak persoalannya * LOLONGAN LOMBONG LAMA - apa yg berlaku pada Mia a.k.a Manisah? Samira tu dah meninggal atau bagaimana? * PUSARAN PUAKA - karya Saidi Noor Azam memang jarang mengecewakan. menarik! * TANAH RIZAB JIN - menarik & agak menyeramkan. garapan yg baik
Tarikkan karya bertemakan LOMBONG ini bagi pendapat peribadi aku sendiri adalah kerana salah satu penulisnya adalah A.darwisy. Seperti biasa, karya A.darwisy tak perlu dipertikaikan lagi ibaratkan cukup garam dan gula. Bagi karya yang lain, aku masih gagah membaca dan memahami setiap penceritaan walaupun ada unsur-unsur meleret/berulang/perlahan kerana mungkin skop LOMBONG itu agak terhad jadi mungkin penulis lain agak struggle bagi mencari bahan penulisan. Apapun masih menarik untuk dibaca.
Overall semua keempat2 cerita dalam novel ni tidak membosankan. Macam biasa antara keempat2 cerita dalam novel ni saya paling suka Tanah Rizab Jin karya A. Darwisy. Jalan cerita yang di gambarkan oleh beliau sangat menarik. Lolongan lombong lama agak membosankan. Terlampau berbelit ceritanya sampai aku tak faham sangat jalan ceritanya. Apapun thumbs up to all writers.