“Selamat datang tuan...” / BELL-BOY - NINIE OTHMAN Writer’s block yang melanda Farish telah memberi idea kepada Ariff untuk menginap di sebuah hotel yang dikatakan berpuaka. Dengan harapan ilhamnya akan datang mencurah-curah dan mahu menamatkan writer’s blocknya, akhirnya Farish bersetuju untuk menginap di hotel berpuaka itu selama 4 hari. Kisah kematian penuh tragis seorang bell-boy yang pernah bekerja di hotel itu telah menarik minat Farish untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut. Dia cuba menyiasat apa yang telah menyebabkan bell-boy itu dibunuh dengan kejam. Namun, keberanian Farish dan Ariff semakin goyah apabila mereka sering diganggu dengan gangguan-gangguan yang menakutkan ketika menginap di situ. Dan yang paling mengejutkan mereka ialah kedudukan bilik mereka yang bernombor 301 itu. Dapatkah mereka terus menginap di situ selama 4 hari dan apa sebenarnya yang telah berlaku kepada bell-boy itu sehingga rohnya dikatakan menghantui para penginap di hotel itu?
“Kerana iri hati dan dendam, manusia sanggup berbuat apa sahaja.” / GENTAYANGAN - NAIM TAMDJIS Ekmal tertarik untuk mengambil alih Hotel Gentayangan yang terletak berhampiran kawasan segi tiga emas Kuala Lumpur. Tetapi adiknya menegah kerana hasil kajiannya mendapati hotel tersebut berhantu. Ekmal tidak percaya kerana hotel tersebut sangat strategik dan bakal memberi pulangan yang lumayan. Ekmal sendiri datang menyiasat dan mengalami sendiri pengalaman duduk di hotel. Malah Ekmal bertanya sendiri kejadian misteri yang dialami oleh pekerja. Pelbagai cerita seram diceritakan oleh para pekerja. Kemudian berlaku kes pembunuhan yang melibatkan pekerjanya. Inspektor Arisya menyiasat kes pembunuhan yang berlaku. Dia percaya pembunuhan yang berlaku bukan disebabkan oleh makhluk mistik… tetapi dilakukan oleh manusia. Kemudian berlaku pembunuhan penuh misteri oleh entiti berpakaian badut yang terakam oleh CCTV. Inspektor Arisya ditugaskan untuk menyiasat pembunuhan yang berlaku. Siapakah pembunuh badut dan kenapakah banyak kejadian misteri yang berlaku di hotel?
Anda boleh check-out bila-bila masa. Tapi anda tak boleh keluar dari sini. / HOTEL SAN DEVILY - EQBAL MOHAYDEEN Beberapa orang pelancong hilang tanpa dapat dikesan di bumi Melaka. Kehilangan mereka menjadi kes yang cukup misteri dan tidak dapat diselesaikan. Ghaib dan lesap sama sekali. Sebuah hotel tidak beralamat yang terbina sejak tahun 1914 telah menjadi pilihan penginapan dua sahabat, Eric dan Faiz yang sedang bercuti di negeri bandar raya bersejarah itu. Langkah pertama menginjak hotel tersebut, sesuatu yang tidak enak mengusik di hati. Bulu roma dirasakan meremang seolah-olah ada sesuatu yang sedang memerhatikan segala gerak geri mereka. Malam pertama di situ, satu per satu kejadian aneh dan menakutkan mula merasuk. Mereka mula bergelut mencari jalan keluar tetapi terhalang oleh sesuatu yang bersifat misteri. Tanpa sedar, mereka telah membangkitkan suatu makhluk yang sekian lama ‘tidur’ di situ! Adakah misteri kehilangan pelancong berkait dengan hotel yang mereka huni itu? Berjayakah mereka keluar dari hotel puaka itu dengan selamat?
Ada makhluk lain antara kita! / AZIAH ZAINAL - TAMU TAK DIUNDANG Mengisahkan dua sahabat , Akid dan Dali yang ingin bercuti di Hotel Seri Malam. Pada suatu hari mereka telah menjumpai sesuatu yang bukan hak mereka dan mengambilnya. Sejak hari itu pelbagai kejadian pelik telah berlaku. Hidup mereka tidak tenteram lagi dan persahabatan sudah tiada ertinya kerana diantara mereka ada makhluk yang cuba menghasut dan memecah belahkan mereka. Percutian yang dirancang menjadi huru hara. Berjayakah mereka menyelamatkan diri daripada terus menjadi mangsa ataupun ada tetamu lain yang akan menggantikan tempat mereka?
Rating yang saya bagi itu mewakili ke-4 novel dalam buku ni.
Bell Boy - 4 stars
Macam-macam perasaan saya baca novel ni. Tapi kisah bell boy ni sedih sangat. Menangis saya baca. Tahniah kepada penulis.
Hotel Gentayangan 3 stars
Mula-mula tu dah ok...makin nak habis... makin hilang tujuan pula saya rasa. Dan macam takda kaitan pun kisah hantu pontianak tu dengan sihir. Thenk akhir tu pasal Ekmal yang ada split personality pula. Pening jap.
Hotel Sans Devily 3.5 stars
Sadis tengok nasib Faiz dan Erik. Memang penuh kegelapan bila baca karya Eqbal Mohaydeen kali ni.
Assalamualaikum.. harini tergerak hati nk review pasal novel ni.. walaupun ada 4 crita yg berlainan, tp setiap satunya padat dgn isi dan pengajaran.
1- Bell Boy Cerita yang best, tak sangka dalam dunia moden ni ingatkan orang guna penyiasat persendirian saja, rupanya masih ada lagi yang guna pendamping . Unpredictable, overall memang best.
2-Gentayangan Idea yang sangat hebat! Saya sendiri tak sangka siapa sebenarnya di sebalik topeng clown tu. Walaupun masa clown tu nak membunuh, dia ada cakap siapa dia sebenarnya, tapi hati saya tetap yakin "Tak mungkin dia.. tak mungkin.. orang lain kot" hahaa.. hinggalah ke 2 helaian terakhir baru segalanya terbongkar. Tapi terbongkar untuk pembaca saja,dalam novel tu semua orang masih tertanya psl clown tu. So harus beli barongan!
3-Hotel Sans devily Ohmaii....mcm tengok cerita Insidious. Siapa yang follow Insidious 1,2,3 faham lah apa yang saya cakap. Mengembara ke alam roh. Superb! ALLAHUAKBAR! Cuma kesian je lah dgn watak2 dalam cerita ni..huhu
4-Tamu tak diundang Oke cerita ni best jugak lah..walaupun ada macam cliche sebab diganggu kerana mengambil barang yang entah siapa2 punya, tapi penulis tetap ada kekreatifan dan gaya olahan yang tersendiri. Sampai saya rasa seram pulak bila fikir memang iblis ni boleh menjelma menjadi sesiapa saja untuk menyesatkan manusia. WALLAHUALAM.
Sekian, hope penulis boleh terima semua komen dan pendapat yang saya berikan. :)
Kita sudah terbiasa dengan perkataan ' Hotel ' yang dipinjam dari bahasa inggeris, namun tahukah anda bahawa ' hotel ' di dalam bahasa melayu adalah ' RUMAH TUMPANGAN '!!
Rasanya jika anda menyebut " Saya menginap di rumah tumpangan #@%$!? " mesti ramai yang terpinga-pinga kehairanan kerana tidak biasa mendengarnya bukan? Memang pelik namun itulah perkataan di dalam bahasa melayu yang tidak diketahui ramai.
BELL BOY - NINIE OTHMAN ⭐️⭐️
Dalam islam sudah ada garis panduan di mana jarak dan batasan had perhubungan perempuan serta lelaki, boleh mendatangkan fitnah dan salah faham. Lelaki dengan perempuan ada batasnya jika berkawan, apatah lagi isteri orang berkawan dengan lelaki muda 7 tahun darinya.
Walaupun niatnya baik berkawan baik dengan isteri orang namun kamu berdua bukannya mahram sama sekali, apatah lagi isteri orang itu masih belum bercerai dengan suaminya yang pemabuk serta penzina. Disebabkan itu, Kamal meradang dan membunuh akibat sakit hati, setelah diberikan amaran namun tidak diendahkan maka padah diterima.
Kadangkala sesetengah kes pembunuhan berlaku di luar sana adakalanya disebabkan kesalahan mangsa sendiri, mencari penyakit dan akibatnya padah yang menanti. Samalah seperti watak budak ini, sudah mengetahui itu isteri orang dan suaminya adalah ketua samseng sibuk mahu berkawan.
Akibat terlalu menyibuk urusan orang lain sampaikan nyawanya melayang di tangan suami orang yang gila dan jahat, bukannya tiada belas kasihan namun semuanya kesalahan sendiri. Mahu menyibuk ada hadnya, tidak pasal pasal si ibu tunggal kehilangan anak sulungnya yang mencari rezeki untuk adik-adiknya masih bersekolah.
Beringatlah kaum hawa dan adam ada batas serta had perlu diikuti garis panduan dalam agama islam, tidak manis dipandang orang jika berkawan dengan suami/isteri/tunang orang kerana boleh mendatangkan fitnah serta menimbulkan salah faham kepada pasangan mereka.
GENTAYANGAN - NAIM TAMDJIS ⭐️⭐️
Penulis melakukan satu kesilapan pada kisah roh perempuan yang kononnya bunuh diri akibat ditolak teman lelakinya, bukankah ianya dikira pembunuhan kerana dia ditolak bukannya terjun sendiri? Pening kepala saya dibuatnya.😵💫
Penghujung cerita ini bersambung ke novel solo ' Barongan ' namun saya terlupa jalan ceritanya, jadi tidak dapat kongsikan dekat sini melainkan saya membaca semula novel tersebut.
Dekat bab bab terakhir barulah watak pembunuh memakai topeng badut munculkan dirinya, malahan pembunuh itu sendiri tidak menyedari dirinya ada perwatakan lagi satu yang suka membunuh.
Pada saya jalan ceritanya bolehlah dibaca cuma tidaklah berapa menyeramkan sangat, ada bab kelakar membabitkan watak-watak lelaki yang bercakap loghat negeri Perak sangat kelakar terutamanya semasa memesan pizza melalui telefon dan juga berlagak bukan main bahasa inggeris biarpun kelakar membaca. Saya tersenyum simpul semasa membaca babak tersebut.🤣😂
HOTEL SAN DEVILY - EQYBAL MOHAYDEEN ⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️
Satu-satunya cerita yang paling disukai dan menarik dibaca di dalam ' Projek Seram Rumah Tumpangan ' ini, sampai sekarang saya masih mengingati cerita ini terutamanya babak diganggu dengan lagu terkenal dari Eagle ' Hotel California ' dan kebetulan saya berminat mendengar lagu ini(biarpun bukannya kesukaan saya)😉
Jalan cerita yang tergantung tidak menghairankan kerana saya juga turut menggunakan cara yang sama, ada dua watak di dalam kisah ini enggan mengikut kata hati mereka. Jika berasa tidak sedap hati itu bermakna petunjuk dari Allah SWT untuk memberikan amaran kepada kamu.
Namun ramai suka sangat tidak mahu mendengar suara hati, sebaliknya lebih mementingkan suara ramai. Pedulikan mereka semua, walau apapun yang dikatakan mereka paling penting hati kamu betul dan InsyaAllah jika mengikut gerak hati kamu selamatlah nyawa kamu. Banyak cerita macam itu, pentingkan orang lain berbanding gerak hati sendiri dan akibatnya mati sia-sia sahaja.😮💨
Perangai Eric yang main terjah datang makan angin di Melaka tanpa perancangan, malah tidak menempah mana-mana rumah tumpangan membawa padah padanya dan juga kawan baiknya, Faiz. Sebab itulah perancangan penting dalam kehidupan kita, jangan mengikut perangai Eric ini yang menyebabkan kejadian buruk ini berlaku.
TAMU TAK DIUNDANG - AZIAH ZAINAL ⭐️⭐️
Pengajaran utama dalam kisah ini adalah JANGAN MENGAMBIL BARANGAN YANG BUKANNYA MILIK KITA terutamanya jika terjumpa di mana-mana, kalau tidak kemungkinan nasib kamu sama macam watak-watak di dalam kisah ini.
Tiada apa-apa mahu dinyatakan di sini, biasa biasa sahaja ceritanya dan tidak berapa menyeramkan sangat. Bolehlah buat menghilangkan kebosanan melanda.😜
Novel ni aku beli sebab suka baca Hotel Sans Devily, boleh check review kat #StarlitStoriesbyS
Ada 4 cerita dan keseluruhannya 4 bintang untuk Projek Seram Hotel.
Kisah pertama bawa kita menginap di Hotel Versailles. Ariff mengajak Farish ke sana disebabkan kawannya tu mengalami writer's block. Dikatakan hotel tersebut sememangnya berpuaka, dan ada pelancong yang datang semata nak merasa sendiri pengalaman misteri. Kalau aku, memang idokler wey. Cara penceritaan penulis aku suka, boleh la explore novel beliau yang lain.
Cerita kedua ni best sebab aku memang suka karya penulis Naim Tamdjis. Kali ni kita menginap di Hotel Gentayangan. Fuh, nama hotel pun dah seram. Suka baca pasal watak utama, Ekmal menguruskan bisnes perhotelan. Ambil tahu masalah hotel, risik info dari staf bawahan, siasat secara terperinci dengan dia sekali kena ganggu. Pengawal keselamatan kat situ pun dah biasa sangat terkena, siap masukkan sekali dalam logbook penampakan apa yang ditemui sepanjang bekerja. Sehinggalah ada 1 kejadian melibatkan nyawa berlaku apabila pekerja hotel ditemui mati dalam keadaaan mengerikan. Inspektor Arisya ditugaskan untuk menyiasat kes tersebut. Haa cerita ni sebenarnya prekuel novel Barongan. Tunggu aku review Barongan nanti baru boleh sambung cerita.
Seterusnya, kita menginap pula di Hotel Seri Malam. Lama-lama baca novel seram ni kadang rasa jalan cerita lebih kurang sikit. Cerita kalini tak berapa kena dengan selera aku. Kisah Akid dan Dali yang bercuti lepas tamat pengajian. Scene mereka berdua ni la yang aku tak berapa gemar. Tapi back story pasal Rehan tu best. Cuma aku rasa watak-watak ni semua lambat bertindak bila dah tahu ada yang tak kena. 🥴
1. Bell-Boy - Ninie Othman "Selamat datang tuan…" Ulasan Sha : Pergh!! Memang terasa-rasa ok.. Rasa macam dia ada je memerhati.. Cerita yang memberi keinsafan.. Bila nafsu menjadi tuan maka yang salah menjadi benar.. Perbuatan jahat yang sangat kejam hingga menyusahkan manusia lain.. Hat nie seram dalam masa yang sama sedih juga.. Pergh!! Bayangkan gabungan perasaan seram dan sedih.. Memang confuselah kejap..
2. Gentayangan - Naim Tamdjis "Kerana iri hati dan dendam, manusia sanggup berbuat apa sahaja." Ulasan Sha : Penulisan yang sangat bagus.. Mulanya Sha sangka watak utama tu sangat ohsem sebab berjaya memulihkan semula Hotel yang diganggu.. Tapi bila dah nak dekat habis muncul pula misteri dua watak berbeza.. Warghhhh!!! Stress tau sebab kena tunggu sambungan.. Pada Sha cerita ini memang ohsem.. Mulanya ingatkan gangguan hantu tu hanyalah main-main.. Bila baca rupanya hantu tu betul dan mereka disitu bersebab.. Udahlah baca waktu malam.. Nasib baik bukan dekat hotel.. Kalau x, memang x tidolah..
3. Hotel San Devily - Eqbal Mohaydeen "Anda boleh check-out bila-bila masa. Tapi anda tak boleh keluar dari sini" Ulasan Sha : Seriouslly seram rasa bila baca.. Walaupun baca pada waktu siang tapi keseramannya terasa sampai ke tulang.. Gerak hati manusia tu sentiasa betul.. Kalau hati kata x mau janganlah diteruskan.. Jenuh juga kalau Hotel seperti ini betul-betul wujud.. Ke memang ada, sha je xtau.. Pergh!! Kalau baca malam macam manalah agaknya... Nasib baiklah xde niat nak tido hotel dalam waktu terdekat ini.. Cite ini memang seram dan seriouslly sangat menakutkan.. Silalah jangan ada hotel ginie ye..
4. Tamu Tak Diundang - Aziah Zainal "Ada makhluk lain antara kita" Ulasan Sha : Cerita yang memang mampu membuatkan semua bulu roma merinding.. Kita selalu dipesan jangan kutip atau amik barang yang kita jumpa walau dimana pun.. Biasanya barang itu bertuan ataupun tempat menyimpan makhluk seperti jin, syaitan dan iblis. Tapi manusia suka melupakan amaran itu bila melihat barang yang dijumpai itu cantik dan unik.. Gangguan yang diceritakan dalam bahagian ini seolah-olah real.. Walaupun baca di siang hari masih berjaya menimbulkan perasaan seram..
Secara keseluruhannya bila membaca novel ini dari muka surat yang pertama hinggalah yang terakhir mampu membina perasaan seram tu dengan konsisten.. Malah makin lama makin high.. makin high.. Sehingga membuatkan diri berfikir 3,4 kali juga untuk bermalam di Hotel.. Wakakaka.. Seram kot.. Trylah baca untuk mendapatkan feel tersebut.. Sha suka sangat..
1. Bell boy 3.5* jalan cerita menarik, gud jobs penulis. cuma olahan jalan cerita perlu diperkemaskan.
2. Gentayangan 4* Mula2 seram, taapi last2 da jadi macam psyco-thriller pula.. ade sambungan kate penulisnya. Bagaimana pun, keseraman di awal2 memang menjadi.
3. Hotel Sans Devily 4* Saya suka cerita ni. Sesuatu konsep yang baru buat karya seram di Malaysia, cuma agak pendek kot.. kalau dipanjang kan mungkin akan lebih menarik. Cuma, diawal2 bab terasa agak meleret & seperti biasa ceritanya.
4. Tamu Tak Diundang 3* sebenarnya, saya agak keliru dengan jalan ceritanya. adegan flash back mengenai rehan tak dihuraikan dengan baik. Pada saya, cukup adegan flash back mengenai siapa cempaka sebenarnya & bagaimana tagedi tersebut terjadi, tanpa perlu memasukkan part rehan.
i) BELL-BOY Ninie Othman idea yang menarik, kisah bell-boy yang dibunuh secara kejam dan seterusnya menghantui di sebuah hotel. farish, seorang penulis yang ketandusan idea disarankan oleh sahabatnya, ariff untuk menghuni di hotel versailles dengan harapan idea untuk penulisannya akan muncul.. mereka mula diganggu. farish lebih tertarik untuk mengetaui kenapa bell-boy tersebut di bunuh. adakah benar seperti yang dikatakan bahawa bell-boy tersebut dibunuh kerana bermain cinta dengan isteri orang?.. rasanya lebih suka sejarah bell-boy itu tidak diletakkan di belakang cerita, mungkin boleh di selit di antara-antara bab.. kan kisah penulis yang mencari kisah sebenar yang berlaku.. jika hubungan antara kisah lalu dan kisah kini itu digandingkan serentak mungkin keterujaan keseraman itu lagi terserlah... bagaimanapun, sebuah kisah yang memang menarik.... bintang? ***
ii) GENTAYANGAN Naim Tamdjis hotel gentayangan yang dapat di ambilalih oleh ekmal dengan harga yang jauh lebih murah dari nilai pasaran sebenar. seterusnya ekmal mula menyiasat adakah benar yang hotel dibelinya itu berhantu?.. mengapakah kejadian tersebut boleh berlaku di hotel gentayangan tersebut?.. hmm... maaf encik penulis, cuma akak rasa lebih elok kiranya kisah ini stand alone, maknanya tiada kaitan dengan apa-apa kisah lain.. bila berkait dengan novel yang bakal keluar, dah jadi terpinga-pinga.. ehh??.. apa ni?.. tapi, yelah.. mungkin tujuan promosi itu yang jadi berkaitan ye tak?... suka dengan keselambaan yang ada di sesetengah watak contoh pak hashim.. hehe.. selamba ya tegur hantu... hehe... bintang ***
iii) HOTEL SANS DEVILY Eiqbal Mohaydeen satu yang menarik karya penulis ini, emosi pembaca diheret sekali dalam karyanya.. walhal kisahnya kalau ikutkan takdelah seram mana.. eric dan faiz bercuti ke melaka. disebabkan mereka tiada perancangan dan hanya terjah terus pergi, malam selepas menghantar teman mereka, sherry yang membawa mereka pusing negeri tersebut, mereka mula di landa perkara aneh dalam mencari hotel untuk berehat. bertembung dengan benda menyeramkan, lagu hotel california yang berulang kali bermain di radio akhirnya mereka tiba di hotel sans devily. di hotel itu pula, mereka berdua diganggu membuatkan mereka ingin keluar. berjayakah mereka?.. bintang? ****
iv) TAMU TAK DIUNDANG Aziah Zainal akid dan dali bercuti di hotel seri malam dan juga dalam masa yang sama mahu mengambil gambar permandangan yang indah kerana mahu meyertai pertandingan yang dianjurkan oleh sebuah majalah.. mula dalam perjalanan ke hotel berkenaan dan seterusnya diganggu bila mereka menginap di bilik 702. makin teruk bila dali menyimpan kalung yang diperbuat dari kulit kerang yang mereka jumpa dipantai.. apa berlaku seterusnya?.. penulis baru ya?.. harap terus maju jaya jika terus mahu berkecimpung dalam arena penulisan dan lebih rajin lagi buat kajian untuk menjadikan karya lebih menarik dan tidak statik.. bintang? **
secara keseluruhan novel yang tak bosan untuk dibaca dan kalau rasa nak lebih feel sila baca dibilik hotel yang korang sewa.. hehe... mana tau ada kat sebelah ke, ada dalam bilik air ke... kat balkoni luar tu dok perhati ke...
1. Bell-boy (3 bintang) Idea segar penulis sudah ada di situ. Unsur seram juga ada wujud. Cumanya perjalanan cerita tampak agak tidak 'kuat'.
2. Gentayangan (3.5 bintang) Kisah ini saya kira lebih kepada thriller/psiko. Unsur seramnya kurang. Tapi... Cukup terhibur dengan unsur humor yang diselitkan penulis membuatkan perjalanan kisah ini tampak seimbang dan ianya membuatkan saya tidak sabar mendapatkan naskhah akan datang penulis yang dikatakan akan ada sambungan kisah si badut.
3. Hotel San Devily (4.5 bintang) Antara keempat-empat kisah ini, cerpen ini yang paling menarik. Penulis tidak lekang daripada membawa unsur segar bermula dengan Jasad sehinggalah ke cerpen ini. Berjaya memadamkan kebiasaan kisah seram Melayu. Berjaya 'menipu' pembaca dengan kisah ini.
4. Tamu Tak Diundang (2.5 bintang) Barangkali ini percubaan pertama penulis dalam genre seram. Masih boleh diperbaiki untuk naskhah yang akan datang. Plot penceritaan tidak diperkembangkan dengan baik.
TAHNIAH buat BUKU PRIMA atas usaha menerbitkan naskhah bergenre seperti ini. Teruskan usaha dan buat penulis teruskan berkarya.
Untuk cerpen Bell Boy ni, pembaca kena fokus baca sebab walaupun jalan ceritanya mudah untuk difahami tapi ada variasi of characters. So, kalau dah tahu dan kenal setiap watak. So, just follow the flow. Hee. Bagi ika, banyak rasa dalam cerpen ni. Hiba and serem sekali datang. Kalau nak tahu kenapa hiba? Korang kena la baca. Part last tu mcm ergh haha apehal mcmtu. Haish.
GENTAYANGAN // NAIM TAMDJIS
Honestly, Naim punya jalan cerita untuk cerpen ni sangatlah kuat and bagi ika, bila ika nonstop baca tu maknanya best. Ika keep on baca sebab ika curious nak tahu pasal kes kes bunuh yang jadi dekat Hotel Ekmal. Since, Naim wujudkan watak badut jugak dalam novel yang mana kita tahu badut ni orang tak suka and fobia. So, dalam ni, badut ni badut jahat sebab membunuh orang. Yang jadi persoalan tu bila nak tahu apa sebenarnya kaitan antara badut tu dgn hotel?
Jalan cerita menarik overall. And sangatlah mudah untuk kita faham susunan cerita tu.Permulaan cerita pun bagi ika tak slow. Ika suka bilamana, watak dalam novel ni semua saling berkait. Suka dengan suspen yang penulis berikan. Watak utama sangatlah unexpected. Ha Ha Ha. Aku ketawa.
Cerpen ni yang ika ada cerita dekat Review Barongan. Sambungan apa jadi dekat badut ni ada dalam novel Barongan.
HOTEL SAN DEVILY // EQBAL
Seram dan meremang bila baca cerpen Eqbal ni. Terasa hokeyh. Permulaan cerita pun, ika dah seronok baca sebab menarik. Walaupun, memanglah ada scene mcmtu dalam movie. tapi berbeda sangat bila kita baca and imagine. Okay, taknak cerita banyak. Ika suka jalan cerita cerpen ni sebab dari depa start mencari hotel, Sherry, perempuan tumpang kereta, lagu Hotel California, dan banyak lagi. Semuanya best.
TAMU TAK DIUNDANG // AZIAH ZAINAL
Kalau baca sinopsis cerita, mesti kita mcm "Ala, typical scene dalam movie hantu melayu. Nampak barang lawa unik sikit dekat mana mana. Ambik. Kena kacau. ". And yes. Memang la mcmtu gayanya hee. Bagi ika cerpen ni just nice eventho kita boleh agak dan duga apa yang akan jadi. Tapi, apa yang ika suka is, walaupun dah tahu. Tetap penulis berjaya kasi feel tu. Kaitan di antara watak utama dan Cempaka tu jadi lepas depa ambik brg tu. So thats it.
Seperti biasa, ada 4 penulis yang berkongsi kisah seram masing-masing dengan tema utama—HOTEL.
Cerita pertama: Kisah tentang suami yang cemburu tak tentu hala. Akibatnya, ada insan yang teraniaya... dan akhirnya membalas dendam. Dendam itu pula muncul dalam bentuk yang bukan saja menyasarkan si pelaku, tapi turut mengganggu orang lain. Seram dan menyayat hati.
Cerita kedua: Ada kesinambungan dengan kisah dalam Buku Borongan—kisah seorang budak perempuan yang dipermainkan syaitan dan kemudian membalas dendam yang merosak diri. Dalam cerita kali ini, kisah Ekmal diberi jawapan, dan ada sejarah Penjara Pudu! Tapi secara jujur, rasa tak puas hati sikit sebab tindakan Ekmal tu berlaku terlalu mendadak. Cerita sebelumnya fokus pada orang yang hantar setan sebab dendam, jadi bila Ekmal terus bertindak macam tu—rasa macam terburu-buru sikit endingnya. TAPI! Bahagian seram dekat hotel dan Penjara Pudu tu memang buat bulu roma naik!
Cerita ketiga: Dua sahabat diganggu dalam perjalanan dan tak jumpa jalan keluar. Paling seram bila watak Eric muncul di hospital—PLOT TWIST dia memang buat terkejut! Mereka rupanya kena GAME dengan syaitan! Seram dan mind-blowing.
Cerita keempat: Dua sahabat sesat ketika nak cari hotel, dan akhirnya diganggu di hotel tu sendiri. Seorang sahabat, si D, dirasuk sampai jadi gila. Semua berpunca daripada satu objek misteri yang mereka jumpa. Kisah ni paling menekan emosi sebab gangguan dia halus tapi kuat!
Keseluruhan: Buku kali ni bukan saja seram, tapi juga ada nilai informasi. Aku sampai minta suami tunjuk bekas Penjara Pudu yang masih ada tu! Banyak juga pengajaran dari gaya hidup dan tutur kata watak. Bagi aku, buku kali ni memang best dan puas hati!
Reviu: Sebagai peminat cerita seram tempatan, Projek Seram: Hotel memang salah satu antologi yang saya nantikan, kerana hotel selalu menjadi lokasi ‘klasik’ untuk kisah-kisah misteri. Dari bilik sunyi di hujung koridor sampai lif yang tak berhenti di tingkat sepatutnya, setiap cerpen dalam buku ni bawa saya mengembara ke lorong-lorong gelap yang menakutkan tapi tetap menggoda rasa ingin tahu.
Antologi ni menghimpunkan beberapa penulis dengan gaya penulisan berbeza. Ada yang terus ‘terkam’ pembaca dengan plot laju, ada yang perlahan tapi mendebarkan. Beberapa cerita memang klise, tapi ‘twist’ dan gaya penceritaan masih buat saya tak sanggup berhenti baca. Paling saya suka, ada beberapa cerita yang berani sentuh isu urban legend hotel yang ‘dekat’ dengan kita, contohnya bilik yang sengaja ‘ditutup’ dan penghuni bilik sebelah yang tak pernah wujud.
Dari segi kelemahan, ada beberapa cerita yang rasa terlalu ringkas macam tergantung atau kurang klimaks. Tapi saya faham, sebab ini antologi, bukan novel penuh. Kalau dihayati sebagai ‘pakej seram ringan’, buku ni memang sesuai untuk bacaan santai, terutamanya waktu malam di bilik hotel sendiri (kalau berani!).
Keseluruhan: Projek Seram: Hotel ialah koleksi seram yang padat, mudah dihadam, dan berjaya kekalkan elemen seram tempatan yang kita rindu. Sesuai untuk peminat cerita hantu Malaysia yang suka ‘takut-takut manja’ sebelum tidur.
Solid 5 untuk buku ni walaupun tak semua cerita dalam ni best but certain tu memang mind blowing jugak la
Bell Boy - Karya Ninie Othman dalam novel ni dia cerita pasal budak bell boy yang nasib dia tak berapa baik. Cerpen paling best dalam novel ni sebab cerita dia light je and tak messy sangat. Nangis lah jugak sebab dia ade isu pasal tanggungjawab terhadap family kan so solid 5 for this story.
Gentayangan - Karya Naim Tamdjis dalam novel ni yang menceritakan tentang pemuda yang amik alih hotel yang berhantu. Cerita dia agak heavy and messy. Memang seram but terlampau banyak entiti and konflik sangat untuk cerpen sahaja so yaa solid 4 for this story.
Hotel Sans Devily - Karya Eqbal Mohaydeen. Cerita ni memang agak drag. Seram memang sangat sangat but tak puas hati lak dengan ending dia sbb takde sapa hidup hahah sorry dah bagi spoiler. but memang baca cerita ni tak boleh tidur malam. solid 4
Tamu tak diundang - Karya Aziah Zainal ni memang seram lagi lagi part dalam hutan tu. Cerita dia tak heavy sangat and dapat happy ending so solid 4
4 kisah yang menjadikan 'hotel' sebagai latar lokasi utama penceritaan.
Kisah pertama, kisah tragedi seorang bell-boy yang menghantui sebuah hotel.
Kisah kedua, sebuah hotel yang berada pada lokasi strategik di Kuala Lumpur, namun kurang mendapat sambutan atas sebab keadaannya yang dikatakan berhantu.
Kisah ketiga, Eric dan Faiz sedang bercuti dan menjadikan Melaka sebagai destinasi percutian spontan mereka. Beberapa kejadian aneh berlaku sebelum mereka menemui sebuah hotel di satu tempat yang asing.
Kisah terakhir, Akid dan Dali bercuti di sebuah hotel sambil mencari ilham untuk mendapatkan bidikan kamera yang terbaik untuk satu pertandingan. Sesuatu ditemui mereka di pantai, dan di sanalah bermulanya siri kekacauan dalam hidup mereka.
Bellboy - Ninie Othman - 5 ⭐️ Memang seram. Meremang bila baca tentang gamgguan Farish di hotel. Ending si Kamal dengan Botak memang memuaskan hati.
Gentayangan - Naim Tamjdis 3.5 ⭐️ Dia ni memamng suka buat cerita pendek dlm cerita pendek ke.. banyak bethol idea.. Tapii.. kali ni ceritanya fall flat for me.. Ada lucu.. kurang seram.
Hotel Sans Devily oleh Eqbal Mohaydeen 3.5 ⭐️ Permulaan yang agak perlahan. Tapi dalam cerpen ni pun ada twist jugak ye. Okaylah for light reading.
Tamu Tak Diundang oleh Aziah Zainal - 3.5 ⭐️
Okay-okay. Pengajarannya jangan suka-suka kutip benda yang bukan hak kita.
Saya suka buku ni...saya juga penggemar kisah-kisah seram. Kompilasi kisah-kisah seram yang dialami dan mengganggu mereka yang menginap di hotel yang telah didiami oleh makhluk halus. 4 kisah dalam 1 buku...memang menarik...
Farish diajak oleh Ariff ke sebuah hotel apabila dia mengalami 'writer block'. Dan ternyata tindakan itu membuahkan hasil. Idea mula datang mencurah-curah. Namun, mereka juga turut mengalami gangguan yang menakutkan di hotel tersebut.
Amarah secara membuta tuli ini sememangnya merbahaya. Kerana mereka yang diselimuti dengan perasan marah tidak lagi mahu mendengar. Mereka lebih percaya kepada anggapan mereka sahaja. Apa sahaja kata dan penerangan yang diberikan hanya dianggap sebagai alasan malahan mungkin sebuah penipuan. Kerana telinga mereka sudah dipekakkan dek amarah sendiri.
Antara sebab kita perlu menjaga batasan dengan seseorang yang sudah mempunyai pasangan adalah kerana ia mampu mendatangkan fitnah. Niat untuk sekadar berkawan mungkin boleh menjadi penyebab sesuatu yang lebih besar.
Gentayangan
Setelah mengambil alih Hotel Gentayangan, Ekmal membuat keputusan untuk menyiasat segala aduan tentang gangguan yang berlaku di hotel itu. Terlalu banyak kisah yang dikongsikan oleh para pekerjanya.
Tengah seronok membaca tiba-tiba terencat seketika kerana perubahan pov. Sudah beberapa bab menggunakan pov 3, tiba-tiba bab 5 menggunakan pov 1. Kenapalah tidak diseragamkan sahaja povnya. Padahal bab-bab sebelum itu juga menceritakan pengalaman watak yang berbeza namun boleh sahaja menggunakan pov 3.
Hantu Zalimah ni tak konsisten. Katanya mati bunuh diri. Tapi salahkan teman lelaki sebab tolak dia. Kalau ditolak sudah jadi kes bunuh bukan lagi bunuh diri.
Susah untuk orang atasan mendengar keluhan orang bawah apatah lagi yang melibatkan hal-hal mistik. Namun itu yang SH tabik kepada Ekmal. Dia mampu mendengar keluhan dan cerita daripada semua lapisan pekerjanya. Bukan terus menidakkan kata-kata mereka. Dia mendengar dan mempertimbangkan tindakan yang terbaik untuk mereka semua.
Hotel San Devily
Eric dan Faiz memilih sebuah hotel untuk dijadikan tempat menginap semasa sedang bercuti di Melaka. Namun tanpa disedari mereka masuk ke perangkap yang tidak kelihatan.
Kenapalah orang selalu sukar percaya kepada gerak hati mereka. Sudah rasa kurang selesa, alami pula pelbagai gangguan namun masih memilih untuk terus di tempat tersebut. Sudahlah semua gangguan bermula sejak dalam perjalanan lagi.
Sebenarnya membaca naskah ini memberikan sedikit kelainan buat SH. Selalu wataknya adalah orang Islam. Dan ini sedikit berbeza kerana adanya watak Eric. Sampaikan apabila ada gangguan SH terdetik dalam hati bacalah apa-apa yang patut. SH boleh pula lupa yang Eric tu bukan Islam.
Tamu Tak Diundang
Percutian Akid dan Dali di Hotel Seri Malam berubah rupa apabila ada yang gatal tangan mengutip sesuatu yang ditemui di pantai. Dan ia memjadi permulaan kepada segala gangguan berlaku yang berlaku hingga menghuru-harakan hidup mereka.
Kita memang sering kalah dengan benda yang cantik dan unik. Nampak sahaja benda yang agak lain pada pandangan mata kita mulalah tangan hendak mencapai. Diambil dan disimpan kononnya buat kenangan. Rupanya kenangan buruk yang bakal memenuhi memori.
Tamat sudah... Now nak review sket pasal novelet ni. Hope ulasan ni diterima seikhlas hati...
BELL BOY - Ninie Othman Elemen seram terasa tapi towards the end more kepada sedih dengan watak Airil yang menjadi mangsa akibat cemburu buta. Feel tu terasa dihati. Cuma aku harap Suraya dapat bersihkan nama Airil.. Cuma rasa hairan kenapa roh Airil tidak tenteram dan mengacau orang lain. Ermm mungkin kerana fitnah keatasnya... Tahniah kepada penulis.
GENTAYANGAN - Naim Tamdjis Wow!! Jalan cerita yang tidak disangka sangka.. Elemen seram dan lawak diadunkan dengan sempurna. Terhibur dengan watak Mail Kedinhg, Osman, Tok Amin dan Hj Hamzah dengan loghat perak mereka. Hanya kerana hasad dengki dan tidak suka melihat orang lain maju ke depan.. Orang lain yang jadi mangsa. Jalan gelap juga dipilih. Cuma tidak disangka watak utama ada penyakit split identity. Memang terkejut. Satu lagi part yang best.. Tourist guide tak bertauliah di penjara Pudu.
Alamak.. Camne leh lupa pada Pak Hashim. Kelas nko.... Terjun lagi. Berapa kali nak terjun? Tak boring ke? Mak kau ke mana??
Tension laa Naim Tamdjis... Tetiba bersambung plak dalan Barongan. BARONGAN ni dalam novelet gak ke.. Anyway tahniah !!!
HOTEL SAN DEVILY - Eqbal Eiqbal Mohaydeen Jalan cerita yang seram cuma disebabkan hanya satu watak utama yang mengalami perkara mistik dan berulang membuat kepala agak pening. Ending yang agak berlainan di mana ianya bukan happy ending. Tahniah..
TAMU TAK DIUNDANG - Aziah Zainal First time baca hasil tulisan beliau. Elemen seram dapat dirasa... Jalan cerita yang mudah untuk difahami. Tahniah..
Ini adalah karya kedua milik Ninie Othman selepas novel Meremang. Secara jujur elemen seram tu ada. Jalan ceritanya agak bagus namun aku sedikit jelik dengan watak Airil yang aku rasakan dia begitu 'busybody' walaupun watak tu diciptakan dengan sikap yang baik. Penggunaan lenggok bahasa dalam naratif & dialog aku kira agak bagus berbanding novel Meremang. (3 star)
2) Gentayangan - Naim Tamdjis
Walaupun cerita ni bersambung tapi 'twist' watak Ekmal yang diolah aku kira berjaya. Namun apa yang aku suka dalam cerita ini adalah elemen humor. Berkesan dan mampu buat aku ketawa + sengih sendiri. Aku harap Naim Tamdjis teruskan sense of humor beliau dalam karya seterusnya. Penggunaan lenggok bahasa pada naratif & dialog dalam karya ini bagus dan tak kaku. ( 3.5 star )
3) Hotel San Devily - Eqbal Mohaydeen
Bagi aku, karya penulis ini adalah yang terbaik antara keempat-empat cerita. Olahan yang dibuat dari segi lenggok bahasa dalam naratif & dialog mewujudkan emosi bila aku membaca. Seolah-olah aku rasa turut berada dalam cerita tu. Penulis pandai bermain ayat. Karya Hotel San Devily ini aku kira boleh disambung lagi dan dijadikan satu novel penuh. (4 star)
4) Tamu Tak Diundang - Aziah Zainal
Secara peribadi karya ini agak huru hara. Entah mengapa watak Akid & Dali tu aku rasakan seperti watak perempuan. Tapi bukan jalan cerita yang aku nak tekankan kerana karya ini fokus utamanya pada lenggok bahasa dalam naratif & dialog. Kaku dan keras. Sedikit bosan bila membaca. Bagi aku penggunaan ayat dan bahasa juga memainkan peranan penting jika mahu mewujudkan emosi pembaca walaupun jalan cerita sesebuah karya itu klise. ( 2 star)