Inspektor Sabirin menyiasat kejadian orang hilang di sebuah banglo peninggalan Inggeris, House Of Ophelia. Di banglo itu, dia menemui penjaga rumah yang misteri bernama Damien Tan. Damien tinggal di banglo itu bersama waris bernama Wendy Lim dan pembantu rumah, Mei Lan.
Penyiasatan membawa kepada penemuan jurnal peninggalan mendiang Profesor Derrick Lim, pemilik asal rumah itu. Juga tentang hukuman kejam pada Zaman Dinasti Ming iaitu Ling Chi yang mana pesalah dihukum dengan dilapah secara hidup-hidup.
Takdir menemukan Inspektor Sabirin dengan penulis novel, Elyas Khusairi, remaja celaru, Fiona dan banduan terlepas, Din Elvis. Berjayakah mereka membongkar misteri di sebalik kejadian seram dan ngeri di House Of Ophelia?
“Aku sepatutnya mati masa letupan tu, Sham. Aku tak sepatutnya hidup untuk lalui semua ini. Setiap hari, aku rasa sangat bersalah seolah-olah ia hukuman mati untuk aku. Cuma aku belum tergamak cabut nyawa aku sendiri.” ~ INSPEKTOR SABIRIN
“Aku jelek melihat wajah aku sendiri. Aku bukan Fiona yang dulu. Aku perempuan jijik dan kotor. Lebih kotor daripada air longkang yang bernajis.” ~ FIONA
“Ada bahagian kat rumah ni yang terlalu rahsia atas sebab-sebab yang tak dapat saya terangkan. Jangan ke mana-mana selain daripada tempat yang saya benarkan.” ~ DAMIEN
Siasatan Inspektor Sabirin tentang orang hilang membawanya ke House of Ophelia sebuah banglo Inggeris yang misteri. Dalam penyiasatannya, dia terjumpa buku catatan Professor Derrick Lim empunya House of Ophelia tentang hukuman Ling chi, sebuah hukuman kejam di zaman Dinasti Ming. Takdir juga membawa Elyas Khusairi ke banglo itu dan bertemu dengan Inspektor Sabirin.
Jalan cerita yang menarik dan penuh dengan ketegangan dan konflik. Setiap watak ada konflik mereka tersendiri yang membentuk identiti mereka di dalam cerita ini. Rasa ngeri dan seram dengan hukuman ling chi ini berjaya disampaikan dengan baik oleh penulis. Terasa kekejaman hukuman itu sendiri.
Antara perkara yang SH kurang puas hati adalah dengan garis masa yang diletakkan di permulaan bab. Agak mengelirukan sedikit. Contoh dalam bab 6 tulis setahun yang lalu. Adakah setahun sebelum bab 5 atau setahun dari awal cerita. Sebab ada banyak 'flashback', setahun yang lalu, 20 tahun yang lalu, sebulan kemudian. SH rasa kalau garis masa tu diletakkan tarikh atau tahun ia akan jadi lebih jelas dan tidak mengelirukan.
Watak-watak di dalam naskah ini sememangnya agak banyak. Namun nama yang hampir sama boleh jadi agak mengelirukan. Sebab kadangkala kurang ingat ataupun ingatan kurang tepat dengan nama. Jadi bila dah membaca lebih dari separuh buku nama di awal cerita agak kabur. Jadi nama yang sama boleh menimbulkan kekeliruan. Fiona dan Flora adalah 2 watak yang hampir buat SH tertanya-tanya dan terpaksa menyelak kembali halaman awal untuk pengesahan nama.
Tapi SH suka bagaimana naskah ini memberikan satu ilmu baru kepada pembaca. Biasanya ilmu atau sumpahan yang diketengahkan adalah dari Nusantara dan tidak asing bagi SH. Namun sumpahan dari negara asing adalah sesuatu ilmu baru untuk SH sendiri. SH suka bila membaca novel bukan sahaja jadi hiburan tetapi juga menjadi sumber ilmu secara tidak langsung.
pertama kali membaca naskhah penulis, saya tertarik dengan kelainan yang dibawakkan.
berkisar tentang puaka ling chi, tapi cerita ini lebih kepada keinginan manusia itu sendiri yang sering menyalahkan takdir & tamak. sebuah thriller yang baik bagi saya.
novel ini mengisahkan perjalan hidup Ins Sabirin - kematian anggota pasukan & keluarganya dek pengkhianatan rakan sekerja, Fiona - malang berbapakan manusia bertopengkan syaitan, Elyas - penulis yang kehilangan magisnya selepas kemalangan, selama ini mengabaikan keluarga demi memastikan kejayaan & membuktikan dia juga mampu berjaya & Din Elvis -dilema seorang anak yang inginkan perhatian bapanya. Tak lupa, Damien yang dijual bapanya sendiri sehingga terjerumus ke lembah gengterisme.
mereka bertemu dibanglo house of ophilea, untuk mereungkaikan takdir masing2 - sama ada memilih jalan hitam ataupun berusaha keluar dari kemelut itu dan mendapat peluang kedua untuk meneruskan hidup di jalan yang lurus?
saya kagum dengan olahan penulis menggabungkan semua kisah2 ini menjadi 1, tanpa ada yang tercicir & plot yang berbelit2. cuma, di awal2 cerita sedikit keliru dengan latar masa kehidupan prof derrick lee.
penulis tidak menerangkan secara detail asal usul puaka pisau itu, tapi bagi saya itu sebagai sebab sahaja untuk pertemuan watak2 tersebut di banglo itu.
Yeahhh, akhirnya berjaya juga habiskan buku ni 🫠 Rasanya inilah buku seram pertama saya untuk siri Buku Prima Seram.
Untuk Sumpahan Ling Chi, ia sebenarnya tidak terlalu seram, sebaliknya lebih menonjolkan elemen mistik, ngeri, dan konflik kehidupan. Kisahnya berlegar di sekitar Inspektor Sabirin, Elyas, Fiona, Professor Derick Lim dan Damien. Emosi kehidupan yang dipaparkan juga agak menyentuh. Sadis.
Segala-galanya berubah apabila muncul puaka yang menghuni pisau antik berkait dengan sumpahan Ling Chi. Dendam kesumat mula membara. Takdir mempertemukan mereka di House of Ophelia, tempat segala misteri kehilangan dan kisah mistik mula terbongkar.
Hirisan berdarah atau sumpahan Ling Chi itu digambarkan cukup ngeri, membuatkan terasa ngilu dan busuk sewaktu membacanya. Dan ya, plot twist yang tidak disangka turut menjadi kejutan.
Seperti biasa, kuasa jahat atau puaka ni sering tertarik dengan emosi dendam dan kisah tragis yang mendalam. Mungkin awalnya hidup tampak tenang, namun akhirnya kebatilan pasti terbongkar dan musnah.
Jom teruskan bacaan buku seterusnya, Ophelia. Dengan harapan ada persoalan lain yang akan terjawab.
Tepat jam 9:55 malam novel ini dpt habis dibaca. Perasaan lega selega lega bila dpt menamatkan pembacaan. Leganya dan gembira kerana kejahatan berjaya dihapuskan. Sedih bila ada yang terpaksa berkorban demi menyelamatkan nyawa yang lain. Seram?? Sikit.. Pada saya jalan cerita ini bukan seram tapu lebih kepada thriller.. Misteri.. Ngeri.. Takut... Gerun.. Terasa badan ini seperti dilapah bila hukuman ling chi dijalankan...dpt dibayangkan ketulan daging dan juga hanyir darah. Tahniah kpd penulis novel ini abg Salleh Kausari..
Buku ini mengisahkan sebuah banglo misteri yang mempunyai terowong rahsia dan menjadi saksi kejam kepada mangsa-mangsa yang dilapah kulit mereka. Semua mangsa seolah-olah sudah ditakdirkan tertarik untuk datang ke banglo itu – House of Ophelia.
Apa yang menarik? Aku suka plot yang diselitkan dengan unsur sejarah. Dalam buku ini, gabungan elemen seram 60%, mistik 50%, thriller 70% dan jump scare 30% memang menjadi. Ia bukan hantu sangat pun, tapi lebih kepada manusia yang berperangai macam syaitan – siap ada yang join the club lagi. Seram cara lain.
Ada juga elemen misteri bila kita dibawa menyelusuri kehilangan mangsa, kisah hukuman kuno Ling Chi, penemuan tulang, dan rahsia terowong. Walaupun ada terowong macam dalam Ophelia, tapi kali ni terowongnya lebih “mesra pengguna” dan banyak membantu, bukan menyeksa. 🤧🤝
Bab gore tu… fuhh, memang ada. Bila digambarkan kulit mangsa yang dilapah, memang terasa ngilu. 😵💫🫨🫣😬 Ada watak yang mati, dan ada yang selamat. Plot cerita ni padat dan banyak mainkan emosi pembaca.
Ada part kelakar - Din Elvis : punyalah orang semua dah gelabah nak lari dia habiskan bateri phone, kalau tak dah boleh call polis. Tak tau nak marah ke tak🤣🤣🤣🫣
Watak yang rasa nak dicili! 🤣 – Makcik Salmah: Kaki kepoh, sibuk hal rumah tangga orang. – Fiona: Aduhai… dari awal patut dah lari. Kenapa nak juga duduk dengan ayah dia tu? Dah tahu keadaan macam tu, masih nak bertahan… akhirnya diri sendiri teraniaya. Aku rasa nak tangan-tangankan dua watak ni. Minta dijauhkan perangai begini dalam dunia sebenar 😤
Kesimpulan: Aku sebenarnya terbaca Ophelia dulu, sedangkan Sumpahan Ling Chi ni patut jadi buku pertama dalam siri seram Salleh Kausari. Tapi, walaupun dah terbaca Ophelia dulu, aku lebih suka Sumpahan Ling Chi. Unsur sejarahnya sampai buat aku tergerak nak Google sendiri tentang hukuman Ling Chi tu. Kiranya cerita ni bukan setakat seram kosong – ia ada isi dan boleh buat kita berfikir.
Jangan biarkan kenangan lalu merosakkan diri sendiri, jangan jadi seperti Damien tapi jadilah seperti Din Elvis-fokus masa sekarang, masa lalu adalah tok guru yang menyampaikan ilmu untuk perbaiki diri🫡🫡🥰
Dimulai dengan pengenalan Professor Derrick Lim, pemilik baru House of Ophelia dan dalam masa yang sama menerima hadiah sebilah pisau dari zaman Dinasti Ming. Semenjak itu, pelbagai peristiwa berlaku pada Professor Derrick. Dilanjutkan dengan siasatan berkenaan kes org hilang oleh Inspektor Sabirin dan Sarjan Murthi, Elyas Kusyairi yang mencari ilham demi kelangsungan hidup, Fiona yang melarikan diri dari dipergunakan dan Din Elvis, banduan yang mencari peluang kedua.
Bagi saya penulis bijak mengikatbpembaca untuk meneruskan pembacaan dengan menimbulkan serpihan-serpihan cerita sebelum akhirnya digabungkan untuk menghasilkan sebuah Sumpahan Ling Chi. Ayat yang digunakan juga tidak meleret, ringkas tapi padat.
Cadangan saya, penulis boleh mengurangkan penerangan yang tidak diperlukan seperti dalam satu bab, diterangkan mengenai baju yang dipakai oleh ketua sindiket dan cermin mata seperti diperbuat dari apa, warna apa. Cukup digambarkan sebagai mewah tanpa perlu penerangan secara detail. Walaubagaimana pun, ini tidak banyak terjadi dalam naskhah ini dan masih tidak mengganggu pembacaan saya.
Jadi seterusnyaaaaa???? Kita tunggu sambungan House Of Ophelia
This entire review has been hidden because of spoilers.
3.5* Menarik. Karya pertama daripada penulis nie. Tahniah. Cuma pada saya ada beberapa bahagian yg terlalu mendatar. Bahagian pengenalan watak yang terlalu panjang. Flashback saya rasa terlalu lama. Dan yang paling saya ingin tahu, bagaimana puaka Ling Chi was in the knife in the first place? Dan kenapa Mei Lan ikut je cakap Damien? Bukan ke Mei Lan benci Damien? Dan satu lagi, Ins Sabirin kata mereks dikumpulkan dirumah 2 kerana takdir dan ada tujuan masing2. Tapi apa yea? Saya kurang jelas disitu? Mgkn untuk hapuskan puaka 2?🤔Secara keseluruhannya, karya yang baik. Ada beberapa bahagian yang buatkan saya nak tau, what happen next?
Will pick up other books by this author (if any). P/s: buku nie lebih kpd thriller with a little touch on horror.
Fuhh. First time baca novel dari S.Kausari. Jalan cerita yang menarik walaupun tak la seram sangat macam novel lain tapi novel ni lebih kepada seram thriller. Tak senang hati bila baca part mangsa kena lapah hidup2 tu, rasa real oo. Apa-apa pun bestt.
Nak cakap ah, best gilerr citer, aku dapat bayang rumah banglo besar ngan Damien jadi mcm bodyguard tapi kan aku sedih ngan Damien senanya, dia dahlah budak baik tapi disebabkan banyak masalah sampai jatuh ditimpa tangga ,member jadi villain dalam citer ni, seram and bestt, nangis time part Damien and Alicia, cinta tak kesampaian :(
This entire review has been hidden because of spoilers.
Sha sangat suka gambaran yang diberikan semasa aksi melapah.. Terasa-rasa seperti sedang melakukan dan diperlakukan sebegitu.. Memang ngeri dan sadis namun itu tidak mampu menghentikan pembacaan Sha.. Itu belum lagi sambil membaca sambil terbau-bau hanyirnya darah.. Bayangan dalam terowong tu.. Pergh!! Menusuk sukma.. Perasaan teruja dan penuh persoalan membuatkan mata terus menatap bait demi bait perkataan.. Muka surat demi muka surat diselak.. Walau malam makin larut, pembacaan tetap diteruskan.. kekejaman yang dipaparkan diselitkan dengan perasaan kasih sayang.. Kehilangan.. Kesedihan.. Kecelaruan.. Marah.. Memang beremosi bila membaca novel ini.. Macam roller coaster... Sekejap rasa teruja.. sekejap lagi rasa takut... Kemudian perasaan ingin tahu... Bila perasaan ngeri tu hadir, mata masih terus membaca...
Dia macam terpaku tanpa dapat dialihkan..
Owh.. Bayangan karipap dengan inti daging manusia memang membuatkan tekak kembang.. Nampak gayanya xboleh lagi nak tengok karipap nie.. Asal nampak karipap jer teringat... Pergh!! Memang penangan betul..
Yang paling dasyat bila baca Novel Sumpahan Ling Chi nie ialah air mata tetiba keluar lepas ending tiba.. Pengorbanan demi menyelamatkan manusia lain.. Perasaan yang sangat ohsem giler.. Cuma sedikit sedih di penghujung cerita.. Walaupun Damien tu jahat tapi sha agak kesian padanya..
Pertama kali saya membelek-belek buku ini, saya amat tertarik dengan book cover dan sinopsis cerita ini. Jujur saya katakan, saya agak takut untuk membaca buku ini- takut bukan kerana merasa takut akan cerita ini tetapi takut kerana jika buku ini tidak dapat menjangkau my expectation. Tetapi setelah melihat positive reviews from other Goodreads members, I decided to purchase and read this book anyway and that was one of the best decisions I've ever made in purchasing books.
Kali ini juga kali pertama saya membaca hasil karya Salleh Kausari. I love how the author writes in detail about each of his characters- to me, it's easier to understand why each character would behave in such a way in the following chapters. Setelah memahami tentang kisah dan kehidupan setiap karakter, semakin senang pembaca menghayati buku ini.
I particularly love how this book is not only focused on giving you the goosebumps and what not but it also gives moral lessons to the readers- leaves you so many things to think about in our life. Another reason why I think it's a great book is that it enables you to produce different kinds of emotions: sad, scared, nervous, tired, angry, happy, amused and inspired.
So, syabas to the author! Next time I go to the bookstore, I will make sure to purchase another book(s) of Salleh Kausari! InshaAllah.
Tak disangka hukuman Ling Chi ini benar-benar wujud pada zaman dulu. Ngeri bila tengok ilustrasi yang ada di Google! Kisah yang ditulis penulis memang lain daripada yang lain. Disebabkan buku ini, rasa minat nak tahu tentang zaman dulu. Banyak kisah berkait dengan watak-watak yang digabungkan dalam satu buku. Tapi gabungan itu bagi saya tak membuatkan penulisannya serabut. Kisah-kisah disusun dengan baik dan teliti supaya tak memeningkan pembaca seperti saya. Hehe. — Sebenarnya, buku ini walaupun genre-nya seram dan ngeri, tapi penulis ada juga selitkan beberapa moral yang boleh dijadikan panduan hidup. Antaranya, walau macam mana pun orang pernah tindas kita, kita tak sepatutnya menyimpan dendam sebab bagi saya dendam yang disemat itu akan memakan diri sendiri suatu hari nanti. Lagi satu, walau apa pun dugaan yang datang, kita tak boleh cepat menyerah sebab Tuhan takkan turunkan beban dan dugaan yang tidak setimpal dengan kemampuan kita. — Tentang kisah watak-watak dalam buku ini, sebenarnya kita memang dah boleh ‘hidu’ siapa yang berhati hitam. Cuma perlu teruskan pembacaan sebab nak tahu apa yang menyebabkan manusia berubah menjadi ‘raksasa’.
ok...alhamdulillah...baru je abis bc sementara tggu nak buka pose ni.. keseluruhannya jln cerita kemas, tersusun...cuma pelik flashback utk tiap watak tlalu jauh ke dlm...ingatkan adalah kaitannya..beli leret2 flashback tu jd ckit bosan...nape x kembangkan btl2 ape punca puaka pd pisau tu...dan nape nak bls dendam...? smg akan btambah baik utk next book...goodluck