Jump to ratings and reviews
Rate this book

PERMAINAN

Rate this book
Ahmad Adrian bin Saad seorang manusia biasa yang bekerja sebagai mat despatch.

Suatu hari, sebuah bungkusan berada di hadapan rumah sewanya. Dalam bungkusan itu terdapat sebuah rakaman video, sampul surat dan sebilah pisau Rambo. Adrian dikehendaki menyertai satu permainan yang memerlukan dia membunuh orang lain.

Hidup Adrian berubah 180 darjah. Daripada miskin kepada kaya. Daripada 'single' kepada 'in a
relationship' kemudian kepada 'it's complicated'. Yang penting, daripada manusia kepada binatang.
Permainan yang disertainya telah mengorbankan ramai nyawa, dan kini nyawanya pula yang terancam!

293 pages, Paperback

First published January 22, 2016

10 people are currently reading
107 people want to read

About the author

Aiman Hazziq

5 books10 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
25 (24%)
4 stars
34 (33%)
3 stars
31 (30%)
2 stars
8 (7%)
1 star
4 (3%)
Displaying 1 - 23 of 23 reviews
Profile Image for Asmar Shah.
Author 20 books136 followers
May 31, 2016
2.5* untuk naskah ini.

Naskah ini bukan tidak baik, cuma tidak dapat memenuhi kehendak hati aku. Tapi sebagai seorang penulis baru, tambahan lagi masih muda (dengar kata baru berumur 18 tahun), ianya sudah boleh dibanggakan.

Hanya membacanya di Wattpad. Dan aku tidak pasti jika versi cetak turut sama seperti versi Wattpad. Jikalau sama, maknanya, terlalu banyak kesalahan nama watak yang sering tertukar-tukar.

Tapi kaver versi cetak, sangat anggun.

Kelakuan watak sangat amatur. Aksi-aksi mereka sangat lembab. Di dalam Quzaina kena culik, boleh pula Adrian tidur dan makan bersama rakan-rakannya. Jikalau di dalam movie pun, watak utama akan jadi tidak keruan dan tidak akan mampu untuk tidur walau sesaat pun. Terutama apabila di dalam syarat itu, mengatakan jika salah seorang dari mereka mati atau terbunuh - maka mereka akan kalah di dalam permainan - semua tindakan Adrian sangat tidak relevan dan sangat lambat. Jikalau di dalam realiti, kalau aku jadi Sivarasan, rasanya sudah lama aku jadikan Quzaina cebisan daging.

Ada bahagian naratif yang rasanya tidak perlu untuk diceritakan pun sebenarnya.

Tapi apa-apa pun, ianya masih boleh dibaca sehingga habis. Masih banyak waktu lagi jika diizinkan Tuhan untuk encik penulis memperbaiki dan mempelajari penulisan di dalam bidang ini.

Kalian jangan terpengaruh sangat dengan coretan ini. Mungkin itu sekadar pandangan peribadi dan bukanlah review dari seorang profesional.

Cuba dulu. Mana tahu ini buku kesukaan anda.

Peace!
Profile Image for Anna Lee.
Author 30 books549 followers
May 25, 2016
Saya beli sebab tertarik dengan idea cerita ni. Maklumlah saya peminat tegar novel hunger game. Dalam kepala sudah membayangkan hunger game versi moden.
Two star bukan bermakna novel ni teruk sangat. Cuma tak dapat memenuhi apa yg saya harap dan cari.
Sungguh saya jeles dengan idea, i wish i have this idea and write this kind of book. Hahaha.
Apa pun syabas kat penulis sebab berani mencuba idea sebegini. Yup kelemahan di sana sini. Kalau nak suruh saya bagi tahu kelemahan tu karang ada yg meroyan. Mungkin oneday kalau dapat jumpa penulisnya bolehlah kot saya bersembang dengan dia tentang novel ni.
Overall, idea menarik. Ada twist sikit, it's nice so takdalah mendatar sgt.
Dari segi garapan... Emmm... penulis ada potensi untuk pergi jauh. Mungkin ini first book dia jadi saya yakin sangat kalau dia usaha sikit lagi dia boleh hasilkan novel yg melekat di kepala dan hati seperti novel hunger game.
Profile Image for Ainur.
408 reviews43 followers
May 4, 2016
I love it. Everything about this story is amazing. The story line is incredible. The story is fast-paced, every moment something is happening, the story is moving somewhere. The characters are interesting to read, except that I wish the main character, Adrian has more depth in it. There's action, romance and a bit humor in it which I think is perfect.

This story reminds me of The Hunger Games series. The idea of the story has the typical dystopian feel in it. Even so, the way the author wrote it in his own way made it interesting.

Definitely worth reading this.
Profile Image for Hanis Khaleeda.
90 reviews10 followers
April 23, 2018
Permainan by Aiman Hazziq.

- Buku fixi yang kedua setakat yang pernah aku baca.

- Cerita pasal pembunuhan. Kill game. Ada syarikat yang handle game ni. Pemain dari kalangan orang biasa, orang awam. Ada tiga stage dan pemenang ditawarkan dengan hadiah yang sangat lumayan.

- Stage pertama, pemain dikehendaki membunuh seorang mangsa yang telah ditetapkan dalam masa 30 hari if im not mistaken, then kalau dia tak bunuh sasaran tu, atau dia lambat bunuh, mungkin dia yang akan dibunuh dulu. Rupanya mangsa yang dia kena bunuh tu pun sedang buru dia, kira siapa cepat dia menang dulu la.

- Stage kedua, ada pasangan. Syarat permainan pun sama macam stage pertama. Pasangan tu kena bunuh sendiri pasangan yang lain, pastu takleh masuk campur dengan pihak lain. Kalau tak, dikira gagal then nyawa pemain pun melayang.

- Stage ketiga ? Baca la sendiri. Tapi at the end, yang mana survive tu akan diambil bekerja sebagai pembunuh upahan. Gajinya sangat la lumayan.

- Tapi yang aku perasan dalam buku ni walaupun orang tu seorang pembunuh dia still solat.

- Bila dah jadi pembunuh upahan tu tiba-tiba salah seorang dari pemain tu which means watak utama, Adrian ni ada satu rancangan untuk jatuhkan syarikat ni.

- Nak tahu ending dia macam mana? Korang baca la sendiri. Hehe.

- Selamat membaca !

#2018readingchallenge
#duniaBOOKku
#bukusembilanbelas
Profile Image for Shafaza Zara.
166 reviews34 followers
May 29, 2016
Jalan cerita yang menarik.
Tiada kesan bunyi yang menjengkelkan.
Penyusunan penceritaan yang teratur.

Tulisan yang baik.
Ada pengajaran yang boleh digunapakai oleh remaja.

Ada beberapa aspek yang boleh diperbaiki dengan melihatkan beberapa scene yang agak perlahan.
Profile Image for Amalia Masrom.
151 reviews7 followers
March 9, 2016
3.75 bintang.

Perkembangan plot kemas. Bahasa pun sedap di baca. Perwatakan pun baik sebab aku tak pening bila baca cuma tang ending, kalau drama lebih sikit, aku bagi 5 bintang.

Teknik pembunuhan pun kalau gilap sikit, perincikan lagi, hah sedap dah!

Apapun tahniah. Kejap je baca novel ni dah habis. Aku paling suka bila Ad Danial dan makwe tu mula membunuh di markas. :D
Profile Image for Haq Raihah.
300 reviews55 followers
December 9, 2016
best tp...

aku rasa watak2nya agak lembab dlm bertindak.
skill pembunuhan pun aku rasa biasa2 jer. x ngeri sgt.
Profile Image for Inn Auni.
1,086 reviews25 followers
June 19, 2017
Pernah baca atau tonton Battle Royale? Tak pernah dengar? Serius? Korang duduk zon mana ni?

Okey okey. Pernah baca atau tonton Hunger Games? Haa kalau yang ni pun korang tak pernah dengar, tak dapat nak tolong dah.

Camne dengan Naked Weapon? Filem ni meninggalkan kesan mendalam sebab melibatkan kanak-kanak. Sila tonton kalau belum.

Liar Games? Lepas tonton drama ni, saya terus bergiat aktif dalam dunia drama Jepun. Hahaha.

Permainan ni mengguna pakai unsur dari kesemua filem tersebut. Dah dapat bayangkan? Bagus!

* * *

Masa Adrian bergerak solo, ada feel 13 Beloved/13 Sins. Memang excited time ni. Tapi bila Adrian dan join kumpulan, feel Hunger Games. Dan masa ni dah bosan tahap maksima. Sebab Adrian ni lebih menarik bila dia bergerak solo.

Majoriti watak tak dikembangkan dengan baik. Jadi takde feel pun. Even Adrian and Suzanne pun kosong je perkembangan. So ending diorang tak membuatkan saya rasa apa pun.

Idea dah ada. Tapi tak berjaya disampaikan dengan umph. Fight scene agak bosan sebab banyak unsur barat. Game yang diberikan pun rasa macam senang je.

Paling lawak masa watak utama lupa doa makan. Adeh. Dan watak utama yang tak fasih English tetiba boleh bertutur English pula dengan baik pula tu.

Apa pun thumbs up pada penulis.
Profile Image for Husna Rosli.
Author 3 books261 followers
September 21, 2016
5 stars. Fyi, rating ni diselaraskan dengan rating untuk semua buku FIXI. Sebab fixi ni tak boleh nak bandingkan dengan penerbit Buku Prima etc sebab dia bukan penerbit mainstream.

Suka feeling Hunger Games dalam novel ni. Although the idea is not original
, but I kinda like it! Suka cara penulis tak guna langsung scene censored tapi look how it turned out? Great work of art. Kalau ada pun langsung tak detail dan tak melampau. Puji sangat usaha penulis. Harap penerbit FIXI tak mensyaratkan karya loqlaq sebagai wajib untuk join jadi penulis fixi.

Bagi una buku ni cukup bagus sebab dia ada semuanya yang korang nak dalam sebuah thriller novel : adrenaline pump almost every single page, ada hook untuk setiap hujung bab, friendship, decent love, kontroversi dan elemen yang buat pembaca rasa - eh ada lagi ? Aku ingat dah habis. Kughang hasam awat jadi lagi??!! XD. Yes, those are the things that makes me love this book. The second book that I really love after Mereka. Banyak watak tapi smooth dan tak buat una confuse pun. Secret ingredient: fokus satu watak dalam satu bab.

PLOT TWIST DIA POWER BAQ HANG... Didn't see that coming.

Kalau ada lagi karya macam ni dari penulis, insya-Allah, akan beli lagi :)
Profile Image for mira..
182 reviews28 followers
February 3, 2020
Best jugak ceritanya. Walaupun dekat2 ending tu dah macam drama pukul 7. Hehe
Profile Image for W. N. Izzaty.
1,334 reviews67 followers
July 2, 2017
#47#2017

Done reading Permainan by Aiman Hazziq.

Untuk seorang pembaca seperti saya, yang mainstream pembacaannya ialah novel novel cinta, maka novel Permainan ini boleh dikatakan memuaskan hati saya.

Saya suka sebab endingnya bagus. Tak tergantung. Plus, saya boleh faham the storyline and plot twist bagai.

But, if you are looking for more thriller, more challenging and more adventurous kind of books, you might opt for other books. Sebab saya yakin, orang yang berjiwa 'fixi' pasti kurang berpuas hati, sebab buku ni tak mampu membuatkan tidur saya terganggu.
Profile Image for Auntie Sya.
13 reviews
August 11, 2017
Puas juga la aku paksa diri untuk habiskan baca buku ni untuk tahu ending . Agak keliru dengan watak yang bertukar . Konfius kot aku yang salah baca ke buku yang salah cetak ke penulis yang salah hasilkan karya . Mungkin jalan cerita yang ingin disampaikan agak menarik tapi pengolahan ayat agak menghampakan ? Thanks to someone yang sudi bagi pinjam buku ni . Hargai jugak la evendo rasa kurang tertarik
Profile Image for Imin Narumi.
3 reviews
May 10, 2023
2.75/5

Cerita dia menarik, mudah difahami dan penulisan teratur
Jujur cakap, enjoy sebenarnya baca novel ni

Kecuali masa arc Pusingan kedua, rasa seksa betul nak habiskan part tu
Rasa meleret dan slow. Tak pasti macam mana nak terangkan tapi jiwa ni rasa ada banyak benda yang tak kena masa arc Pusingan kedua

Ada rasa kecewa sikit dengan ending dia tapi masih boleh diterima

Overall, novel ni seronok untuk dibaca walaupun novel lama (2016)
Profile Image for 4rt35p4c3.
26 reviews1 follower
January 24, 2025
plot cerita yang menarik. cuma, bagi aku, karakter utama-Adrian, macam ada kecelaruan emosi. sekejap dia sanggup nak bunuh, sekejap dia tak,sekejap macam menyesal. penulis buat karater Adrian ini macam tiada base yang tetap.
Cerita ini juga agak laju bagi aku. cara penulis nak terangkan pasal senjata tak bersahaja ,kadang macam 'tiber'. ada karakter yang aku rasa 'tiber' juga.
Profile Image for Nur Azmin.
13 reviews1 follower
July 4, 2017
dah bacaa. bestt and tak meleret sangattt.
1 review
July 10, 2016
Penggunaan bahasa pada awal permulaan novel agak kurang umpph. Nampak sangat ketara seolah-olah menulis latihan karangan sekolah. Setelah melepasi beberapa bab, barulah nampak peningkatan penggunaan bahasa yang lebih matang sedikit berbanding penulisan dari bab-bab awal. Dari segi penyampaian plot pun agak terlalu meleret. Mungkin next time kalau boleh plot jangan terlalu memanjang tanpa hala tuju.

Apapun, overall okey. Plot memang unpredictable. Penat main agak-agak apa yang jadi pada plot-plot seterusnya semasa membaca namun satu pun tak kena. Untuk seorang penulis muda, idea kau memang terbaik la bro! Teruskan usaha! Majulah FIXI untuk negara!
Profile Image for Lipp.
62 reviews
December 17, 2016
Novel pertama Fixi yang aku baca. Agak excited sebenarnya. Masa tu tak tahu lagi buku2 bestseller Fixi. Orang Melayu kata newbie.

Overall cerita yang menarik untuk dibaca. Agak memuaskan nafsu tatkala menahan kelaparan ketika Ramadhan. Agak down juga bila baca certain2 part. Tapi overall good novel.

3.5*
Profile Image for Shahrul AhLami.
188 reviews13 followers
August 14, 2016
Adrian, pada asalnya hanyalah seorang despatch di sebuah syarikat. Dia terlibat dengan satu permainan yang menjanjikan pulangan yang lumayan. Bermula daripada permainan itu, dia bertukar karier menjadi seorang pembunuh upahan yang handal.
Displaying 1 - 23 of 23 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.