awal tahun lepas, saya mula berjinak-jinak membaca post dan artikel berkenaan kewangan di facebook. bagusnya penulis2 (pakar) berkenaan kewangan ini, mereka saling membantu (mempromosi) sesama mereka, walaupun berbeza aliran(?) maka bertambah banyak maklumat berkaitan pengurusan wang di newsfeed hasil saranan mereka untuk follow page dan profile facebook.
buku ini, saya bagi 5 bintang sbb kupasannya yang baik dan menyeluruh (pada ilmu saya sbg pelajar perubatan). awal2 lagi saya setkan dalam kepala, walaupun tajuknya DIY360 tp tak mungkin akan diceritakan semua secara terperinci, mesti surface sahaja. tp itu sudah mencukupi utk pembaca sambilan berkaitan kewangan di facebook atau website spt saya, yg tajuknya sekejap itu sekejap ini. saya tahu masih banyak yg perlu dibaca.
jika tahun lepas saya muka berjinak-jinak dengan buku genre biografi, maka tahun ini bertambah satu lg genre buku yg saya akan cuba baca. #misi30buku
terima kasih buat penulis.