Pertama-tama nak ucapkan terima kasih kepada saudara yang menjaga reruai mustread, yang reccommend buku ni untuk saya beli dan baca. Anda berjaya racun saya.
Bila dah beli, dah selak baru perasan ni buku bukan fiksyen 😂 disebabkan baru dapat momentum untuk mula membaca buku semula setelah reading slump berpanjangan, saya pilih buku ni sebab bukunya nipis dan ada ilustrasi sikit.
Buku ni santai saja, tak berat sangat pun tapi untuk umur yang dah habis sekolah dan habis universiti juga jadi saya rasa buku ni bukanlah untuk saya.
Cara penyampaian penulis lebih sesuai dibaca pelajar sekolah, terutama yang duduk di asrama. Inputnya sesuai untuk dijadikan pedoman.
Gaya penulisan juga lebih kepada tarbiah yang menyentapkan hati, lebih kepada menyuruh dengan cara yang idealis untuk berubah ke arah kebaikan.
Disebabkan buku ini buku debut jadi saya terima saja cara penulisan penulis. Boleh usaha lagi untuk tambahkan input dengan penuhkan hadis, ayat Al-Quran bersama jawapan dari setiap persoalan yang diutarakan oleh penulis.
Untuk berubah ni ada dua perkara yang perlu selari:
soal dan jawab.
Sebab agama Islam mengajak kita untuk berfikir tanpa menolak kebijakan akal disandar dengan Al-Quran dan hadis.