Jump to ratings and reviews
Rate this book

Selfie Hati

Rate this book
Kalau kau ‘SELFIE’ hati kau, adakah kau sanggup menayangkan kepada dunia, lantaran kotornya ia??

Mungkin, tika kita selfie, edit sikit, nampak cantik, hensem dan banyak orang LIKE, lantaran “LUARAN” kita yang kelihatan baik. Namun, adakah hati kita secantik wajah kita??

Its easy to take a selfie at the right angle. But Allah looks at us from every angle, not just ‘OUR GOOD SIDE’…

128 pages, Paperback

First published January 1, 2016

2 people are currently reading
38 people want to read

About the author

Zahirah Zamree

7 books16 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
10 (45%)
4 stars
7 (31%)
3 stars
2 (9%)
2 stars
3 (13%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 4 of 4 reviews
Profile Image for Dayana Wong.
66 reviews7 followers
November 12, 2020
Buku yang memberikan inspirasi dan peringatan buat semua terutamanya golongan wanita.

Banyak topik-topik yang menarik dalam buku ini.
Buku ini ada menyelitkan jenis-jenis wanita yang baik dan juga jahat yang terdapat dalam al-Quran. Sebagai pembaca, kisah yang diselitkan oleh penulis memberikan kesedaran kepada kita tentang manfaat bersikap seperti wanita yang baik-baik dalam al-Quran dan keburukan sekiranya kita bersikap seperti wanita yang jahat, kejam dalam al-Quran.

Penulis membuatkan saya rasa dekat dengan dirinya kerana penulisan ini disampaikan melalui cara pengisahan. Penulis ada menyelitkan beberapa kisah penghijrahannya yang melalui dua fasa zaman kejahilan.

Alhamdulillah, penulis tetap istiqamah dalam jalan penghijrahannya hingga kini. Penulis menekankan penghijrahan itu tidak mudah dan berubahlah secara perlahan-lahan agar kita tidak mudah futur (putus asa)

Buku ini memberikan saya semangat agar berubah menjadi lebih baik.

topik yang paling menarik minat saya adalah topik berkenaan Keberkatan Masa. Saya tersentap pada bahagian tentang belajar satu hari tapi rasa tak cukup. Ini berkemungkinan punca daripada hilangnya berkat sekiranya kita melewatkan solat ataupun tidak menghubungi ibu bapanuntuk bertanyakan khabar.

Untuk mendapatkan keberkatan masa, kita seharusnya menjaga hubungan dengan manusia dan juga Allah.

Banyak lagi topik yang menarik dalam buku ini, seperti cara menjaga hati, masalah terlalu obses dengan artis ataupun ustaz, pemakaian niqab yang dilarang oleh pihak universiti.
Setiap isu yang dibahaskan dalam buku ini telah diperjelaskan dengan baik dan mudah untuk difahami.


Penambahbaikan
terdapat beberapa masalah ejaan yang kadang mengganggu proses bacaan saya
dan campuran antara bahasa Melayu dan Inggeris (bahasa pasar)
saya berharap penulis dapat menyampaikan penulisan ilmiah ini dengan lebih strategik dan tersusun .

saya faham mungkin penulis menggunakan dwibahasa untuk menjadikan penyampaian ini lebih santai dan apa pun buku ini buku yang amat bermanfaat!,
Profile Image for Sue Oshin.
Author 12 books57 followers
August 17, 2020
Cantik dalaman amat penting bg seseorang muslim. Ia amat berkait rapat dgn penjagaan iman di hati. Nak canti luaran boleh tapi pastikan cantik luaran itu seiring dengan cantik dalaman. Akhlak kena sentiasa perbaiki dan iman kena sentiasa dibaik pulih. Pakaian yg terbaik ialah pakaian taqwa. Pakaian yg menutupi tubuh kita dgn perasaan takut akan azab Allah. Ketaqwaan sgt berkait rapat dgn iman. Hayati konsep taqwa dgn ikhlas, in shaa Allah iman kita akan sentiasa terpelihara.Jgn jadikan cantik luaran itu sbg kunci utama dlm hidup kerana ia akan membuatkan kita tidak mempedulikan kepentingan kecantikan dalaman.

Penulis juga ada menceritakan kisahnya bagaimana beliau boleh berubah dari hidup "zaman jahiliah" kpd "zaman hijrah" kemudian jahiliah dan akhirnya betul-betul berhijrah sehingga sekarang . Byk cabaran dan pasang surut dalam iman seseorang tetapi apa yg penting adalah istiqomah, kesabaran dan juga pengaruh pergaulan dari org sekeliling. Pelbagai tips yg diberikan oleh penulis utk mencapai perubahan diri yg kekal dan buku ini sangat sesuai utk org yg inginkan perubahan dlm diri mahupun hidup.

Kekurangan penulis yg boleh diperbaiki disini ialah gaya bahasa yg disampaikan . Sy lebih gemar membaca buku motivasi keagamaan bukan fiksyen yg mempunyai gaya bahasa teratur iaitu tidak menggunakan bahasa pasar seperti bercakap dgn rakan-rakan dan mencampur adukkan bahasa melayu-inggeris (rojak) dlm penulisan beliau. Walauapapun, isi yg cuba disampaikan penulis sgt memberikan kesan pada diri seseorang dan sy masih seronok lg membacanya .
Profile Image for Nur Ikah.
1 review
January 24, 2021
"Selfie Hati" memang sesuai untuk muslimah-muslimah yang berniat untuk berhijrah atau yang sedang berhijrah. Semoga kandungan buku ini meresap ke tangkai hati kita semua sebagai pembaca, InsyaAllah.
Profile Image for Jamal Ali.
82 reviews5 followers
Currently Reading
July 18, 2016
Buku bermesej bagus, tapi...

Ayatnya terlampau rojak. Memang terlampau rojak.Tidak ada penanda beza antara Bahasa Melayu (BM) dengan Bahasa Inggeris (BI). Guna bahasa baku, tapi campuran BM dan BI tanpa ada peraturan mencarca-merbakan buku.

Bagi saya (penggunaan kerojakannya) tak memberi kesan banyak kepada pembacaan sendiri. Semi-lancar. Cuma, bila makin dibaca hati makin jengkel (saya membaca sambil bermuka monyok, tak gembira).

Saya kasihan dengan bukunya, maruahnya - terasa rugi kertas yang digunapakai untuk dicetak (kasarnya bahasa).

Saya menegur/mengkritik bukan kerana buku ini tak bagus. Ia bagus. Namun, bila berbuku kena ada tatacara. Terutama sekali bukunya adalah mass market paperback - dijual dan dibeli oleh vast people. Terutama bagi bukuholik, memiliki buku yang berbahasa 'kualiti rendah', ia membuat kami untuk berfikir 10 kali untuk membeli yang seterusnya.

Analogi mudah, apa pandangan sekiranya kita baca terjemahan Al-Quran berbahasa rojak? Tentu 'tak sedap rasanya'. Ia bukan soal perbandingan mana yang lebih 'besar', tetapi soal penyampaian. Al-Quran bahasanya cantik, meskipun ditaranum dalam Arab, hati pembaca yang tak faham tetap akan terasa kecantikannya. Buku yang bahasa 'tak cantik', bila dibaca sahaja sepatah dua sahaja, kita sudah tak mahu baca.

"Kami mahu pembaca merasai feel sebagaimana membaca karya asal."

Sebenarnya ya, 'sentuhan hati' tak ditentukan sama ada itu karya asal atau tidak. Sekiranya karya asal ayatnya 'tak ada feeling', 'nak muntah' - baca dalam bentuk buku (dikekalkan ayat asal), ia tetap akan terasa 'tak ada feeling', 'nak muntah'. Bila karya asal berayat hancur, tapi bila dibukukan (ayatnya dibedahcantikkan), perasaannya lebih hebat daripada baca karya asal.

Berdakwah ada budi bicara. Buat buku pun ada budi bicara.

Samalah dengan situasi yang lain: Orang berdakwah, yang mengajak orang lain ke arah kebaikan dan kemurnian Islam. Tapi , dia tak jaga kebersihan. Sampah buang merata-rata, bilik tak berkemas. Sedangkan kebersihan dan kecantikan itu sebahagian daripada Islam. Macam, cakap tak serupa bikin sahaja.

p/s: Daripada lima bintang, saya dapat beri 0.5 sahaja. Itu yang saya rasa - adil - daripada seorang pembaca lain.
Displaying 1 - 4 of 4 reviews