Katakanlah: hai, hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dia-lah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (az-Zumar 39:53)
Aku Ingin Berubah. Manifestasi daripada rintihan jiwa-jiwa yang ingin kembali kepada fitrah menuju Allah SWT.
Untuk siapa buku ini? Untuk mereka yang hampir berputus asa dengan diri dan dunia Untuk mereka yang telah lemas dalam maksiat dan ingin kembali menjadi hamba yang soleh Untuk mereka yang ingin mula langkah menuju perubahan Untuk mereka yang berasa susah untuk istiqamah dalam perubahan Untuk mereka yang kerap tersungkur sepanjang perubahan walaupun telah bertaubat Untuk mereka yang ketagih dengan dosa dan mahukan jalan keluar Untuk mereka yang terseksa dengan dosa silam Untuk mereka yang ingin berubah Dan untuk aku dan kau yang ingin bertemu Allah di syurga kelak dengan hati yang suci
Dari segi konsep dan intipati, buku ini sarat dgn nukilan-nukilan yang mengajak minda kita berfikir dan bermuhasabah diri, kisah-kisah teladan diselitkan memberikan pengajaran berguna untuk pembaca. Bentuk tulisan lebih kepada penceritaan membuatkan ia menarik utk dibaca.
Dari segi persembahan buku, terdapat beberapa pembetulan yang perlu dilakukan. Kesalahan-kesalahan yang ada tidaklah menjejaskan intipati buku, namun ia boleh mengganggu kelancaran pembaca menikmati buku ini seperti perenggan-perenggan yang berulang2 cetak dan beberapa susunan perenggan yang kurang rapi.
aku paling suka bila cerita tentang bagaimana seorang guru mengajar anak muridnya menjadi seorang yang menunggangi nafsu dan bukannya ditunggangi nafsu, dengan menjadikan keldai sebagai analogi. buku yang molek dibaca sempena ramadhan.