Jump to ratings and reviews
Rate this book

Selumbar

Rate this book
Hidup aku seperti ada selumbar yang tertanam di dalam kaki.
Aku ada dua pilihan – membiarkan ia terus tertanam di situ atau menariknya keluar. Malangnya bagi aku, kedua-dua pilihan itu memaksa aku berdepan dengan kesakitan. Dibiarkan, kaki aku akan bernanah; menghalang aku untuk terus melangkah ke hadapan.

Ini kisah Razin, seorang yatim piatu yang tinggal di Kampung Bayangan. Seperti nama kampungnya, Razin hidup dalam bayangnya sendiri; menumpang kasih orang kampung serta dua rakan baiknya, Yasmin dan Arif. Di mata orang kampung, Razin adalah seorang ustaz muda yang disayangi seperti anak mereka sendiri.

Sufi baru kembali dari hijrahnya di Kuala Lumpur. Dia ingin menebus kembali matlamat hidupnya yang sebelum ini tak tercapai – yang dia percaya hanya bergantung kepada ibunya. Walaupun dia tahu yang mengubah bayang-bayang menjadi realiti adalah sesuatu yang mustahil, dia terpaksa membuat pilihan. Dia harus memilih antara hati ibunya atau hatinya sendiri.

372 pages, Paperback

Published February 1, 2016

Loading...
Loading...

About the author

Ikmal Ahmad

7 books8 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
12 (28%)
4 stars
12 (28%)
3 stars
14 (33%)
2 stars
1 (2%)
1 star
3 (7%)
Displaying 1 - 10 of 10 reviews
Profile Image for Nonieღserenity2bliss.
2,138 reviews382 followers
March 8, 2016
Terima kasih kepada Rumah Lipur Lara for this free copy, in exchange for an honest review.

Sukar bagi N nak rate cerita ni, kerana takut disalah ertikan. Dan sejujurnya, N sendiri tak tahu bagaimana nak rate sebab N berada at a crossroad.

I like the story and cara pengolahannya yang agak bersahaja. Plus, it's something different than what I normally read.

Suka juga dengan watak Razin, seorang ustaz yang bukannya tipikal. Suka juga dengan persahabatan Razin, Arif dan Yasmin. Saat kemunculan Sufi dalam hidup mereka bertiga, pada N, ia menceriakan suasana.

Apa yang sukar untuk N hadam di sini adalah cubaan untuk 'menghalalkan' atau 'merasionalkan' homoseksualiti; terutamanya apabila menurut penulis yang gay itu tidak haram; yang haram adalah hubungan sejenis.

N tak pasti sama ada itu adalah pandangan penulis secara peribadi yang disalurkan melalui watak Sufi. Atau pun ia hanyalah pandangan watak fiksyen novel ini semata-mata.

Apa yang N lihat di masa ini adalah jika seseorang itu tidak menyokong homoseksualiti, individu itu terus dilabel sebagai "homophobe." Maaf, N tak dapat nak setuju. Tak menyokong, bukan bererti takut pada individu gay itu. Tapi takut pada azab yang menanti untuk golongan seperti itu. N sendiri mempunyai rakan-rakan yang mengamalkan gaya hidup songsang. Tak bermakna hanya kerana nafsu mereka berbeza, maka putuslah persahabatan. Ia tak merubah apa-apa.

Jadi janganlah ada mana-mana pihak yang menganggap N seorang "homophobe" atau berfikiran sempit kerana menentang satu dua mesej yang cuba disampaikan di dalam novel ini.

Ya, N sokong golongan gay tidak sepatutnya disingkirkan. Jangan menilai mereka hanya dengan melihat dorongan nafsu mereka.

Tapi maaf, N tak dapat menyokong kenyataan yang nafsu meminati sama jantina itu adalah tidak haram, yang haram adalah hubungan sejenis.

Sayang sesama jantina, ya, tidak salah. Tapi apabila sayang itu sayang bernafsu,...fikir-fikirlah sendiri.

Would I recommend this novel? Absolutely, but only for mature readers only.
Profile Image for heril azwan.
524 reviews62 followers
December 27, 2016
tema kecelaruan identiti menjadi intipati dalam naskhah ini.

mula diperkenalkan watak razin, seorang yatim piatu yang menjadi kebanggaan penduduk kampung, selaku ustaz yang banyak berjasa kepada kampung, tiba2 berubah laku apabila berkenalan dengan Sufi. pelbagai kejadian berlaku, memusnahkan reputasi razin, persahabatannya malah kepercayaan penduduk kampung. watak arif, yang begitu keras hati dan yasmin yang menyokong, serta sufi yang banyak memberi bimbingan.

naskhah ini cukup rencah sebenarnya, isu persahabatan (razin-arif-yasmin, sufi-adham-syam), kepercayaan, kekeluargaan (makcik rohayah-sufi, faris-marina-firman-yasmin) dan sedikit berkaitan agama dan fahaman2 mengenai hubungan sejenis.

namun, secara peribadi saya merasakan andai isu gay digantikan dengan penzinaan atau pun isu sensitif lain, novel ini tiada apa yang lainnya, hanya sekadar itu. percubaan penulis untuk menggambarkan bahawa menyukai sesama jenis itu tidak salah, saya kira gagal diungkapkan sepenuhnya.

saya sendiri mempunyai kawan seperti itu, tapi tidak pula bersikap seperti arif dengan memulaukan mereka. malah, dalam masyarakat hari ni, dengan pelbagai pilihan yang ada, rasanya kekecohan penduduk kampung digambarkan terlalu dramatik dalam naskhah ini, termasuk sikap mak cik rohayah. bukan tidak boleh diterima, tapi dengan keadaan semasa, rasanya penulis perlu mencari formula baru untuk menggerakkan plot, bukan isu2 seperti zaman ibu mertuaku dulu lagi.

saya pernah membaca novel #Dosa terbitan fixi dan naskhah teater dari indonesia, #Mimbar Hitam yang memaparkan isu sebegini, namun olahannya lebih mengesankan. bukan tidak bagus, cuma pada saya, patut lebih menumpukan kepada kecelaruan identiti razin, dalam mencari diri sebenar.

siapalah kita untuk menjadi tuhan, menentukan syurga neraka seseorang. hakikatnya, dari segi psikologi menyukai kaum sejenis itu sebenarnya memang ada dalam naluri seseorang, cuma kita sebagai manusia yang berakal perlu bijak mengawalnya. saya tidak menyalahkan golongan ini, cuma yang patut diangkat menjadi isu - bagaimana mereka melawan hawa nafsu dari terjerumus ke arah penzinaan. bukankah itu lebih menarik untuk dipaparkan, berbanding konflik dikampung dan famili itu? seperti karya2 mama regina, masih ada ruang untuk golongan ini, andai tidak bersetuju, berilah ruang untuk mereka bernafas.. siapa tahu, esok mereka lebih baik daripada kita?
Profile Image for Zulzafry Zulkifly.
333 reviews
June 22, 2023
Saya minta maaf, tetapi saya tak boleh habiskan pembacaan buku ini. Terlalu... Macam mana mahu katakan, terlalu palsu perbualannya. Nampak dibuat buat dialognya. Cuma mampu 4 bahagian pertama. Saya minta maaf sangat. Mungkin akan kembali menyemak halaman buku ini selepas habis buku-buku lain.
Profile Image for Abdullah Hussaini.
Author 25 books82 followers
July 25, 2017
Selumbar bolehlah dikatakan satu naskah yang agak lain sedikit. Pendedahan dunia plu (walaupun hanya sedikit) dan tentang penerimaan masyarakat terhadap hal itu serta cinta2 yang tak kesampaian.


Membaca Selumbar, tiada apa yang mengejutkan, plotnya sudah dijangka, endingnya dan perkembangan watak2nya. Cerita2 sebegini sebenarnya banyak boleh dibaca dari luahan2 blog, laman internet lain dan wattpad. Namun perkembangan karakter dan plot ditulis dengan baik.

Penulis berjaya menyelami keluh kesah dan luahan perasaan cinta seorang plu, yang mana ianya satu2nya penyampaian paling berkesan di dalam novel ini.

Cuma bila digambarkan suasana penduduk kampung yang terlalu melawan dan konsrrvatif dan pada akhirnya menerima -beralaskan hujah moral dan ugama juga, ia tidak masuk akal. Mungkin penulis cuma mahu meletakkan harapan saja di sini. Mungkin penulis mahu mengajak kita berfikir.

Gaya bahasa masih boleh faham namun aku berharap jika keluar next book ayat2nya akan jadi lebih baik,tidak terlalu tawar dan ada rasa. Sesetengah ayat terasa jemu untuk dihabiskan. Selain itu penggambaran suasana itu agak kering dan tidak meyakinkan. Pewujudan kampung bayangan serta jemaahnya tidak berapa jelas dan tidak mengesankan. Latar tempat lain juga visualnya seperti tidak sampai kepada mata dan fikiran saya.

Itu sajalah kot.

moga trus berkarya.
Profile Image for Fahmen Hamra Ismail.
11 reviews
October 8, 2016
Terkejut.

Sungguh jalan ceritanya bukan biasa-biasa. Isu ini sedang berlaku, namun kita pejam mata dan buat tak tahu. Takut dengan label dunia.

Penulisan yang berani. Selitan isu gay dan agama dan kehidupan yang diimpikan dalam satu cerita.

Hebat.
Profile Image for Hilmi Loma.
32 reviews9 followers
March 20, 2017
Selumbar : sebuah naskah yang tidak sesuai buat pembaca yang selalu berpaksikan pada satu kiblat penulisan yang terlalu mencuba dan meleweh dengan segala harakat dan hukum tajwid sastera. Juga tidak sesuai buat mereka yang perfectionist dan juga berpegang pada mazhab mindfuck + hadiah nobel walhal baruje tahu NOBEL itu wujud + KBSKDK. Dalam penulisan, seseorang author itu bebas untuk melakarkan peta-peta perasaan tanpa terikat dengan benda-benda remeh sebegitu dan Ikmal Ahmad melakukan semuanya yang TIDAK dengan hampir sempurna.

Tak perlu jadi seorang homo untuk memahami naskah ini, tak perlu juga jadi seorang professor atau pakar sejarah tamadun agama, yang perlu hanya rasa ihsan dan naluri sebagai manusia biasa. Manusia yang sentiasa bergulir dengan perasaan yang bertimpa dan menindih pundak. Rasa memahami, rasa untuk disayangi, rasa untuk dimengerti.

Helaian demi helaian saya selak, saya senyum, saya marah, saya menangis (literally, damn you Ikmal Ahmad). Bermacam rencah dan perisa saling bersatu pada tunas rasa. Penulis kupas layer by layer, bagi setiap rasa tu kita pendam (sebab geram BILA NI NAK MEMUNCAK SEMUA KONFRONTASI?) dalam membaca perlu ada sabar. Ini novel, kalau nak baca satu muka surat terus penghujung apakata baca artikel Variasari je? (entah wujud lagi ke tidak majalah hazab tersebut)

Not gonna comment on the plots or the laras bahasa since this is not Buku Komsas nak jawab periksa, it's a beautifully written story. Boleh rasa kejujuran dalam setiap bait yang dibaca, dalam setiap emosi yang dilontarkan (walaupun cringe sikit. Sikit je!) For me, kepuasan membaca tu lebih penting dan saya dapat dalam Selumbar. Puas dengan perjalanan kisah-kisah antara watak-watak (yeah, ada membebel entah memenda but kita pun membebel entah memenda gak dekat real life...)

Seorang Ustaz, seorang teman, seorang sahabat, seorang ibu, seorang ayah, seorang kekasih, seorang anak semuanya dicampur dan digaul sebati membentuk satu adunan brownies yang sedap dimakan bila dibakar dengan sedikit kesan hangus dan tekstur yang liat-liat kenyal. Dah lama rasanya saya tak membaca karya yang diconteng dengan penuh kejujuran seperti SELUMBAR ini and for that Ikmal Ahmad... TERIMA KASIH. To Rumah Lili, TERIMA KASIH. Di dalam dunia yang penuh dengan mazhab membunuh + butir ayat sastera indo yang pretentious + erotis yang tidak berseni + perli kerajaan tak sudah, SELUMBAR hadir menyelit dan rela menjadi sebuah rasa yang penuh dengan kejujuran. God bless yah beautiful hearts! Muah ciked!
Profile Image for Azril Noor.
321 reviews5 followers
March 26, 2022
Satu lagi karya yang aku baca tahun ini yang mengajar aku tentang penerimaan - bukan sahaja untuk diri sendiri, malah manusia sekeliling. Persoalan yang aku pasti, ramai ada. Cerita yang disampaikan sedikit sebanyak memberi aku jawapan tentang persoalan itu. Smooth saja pergerakan plot cerita. Makin meruntun jiwa bila tiba ke penghujung.
Profile Image for Asraf Shaari.
Author 32 books23 followers
August 27, 2017
Novel ni adalah yang terbaik pernah saya baca. Jalan cerita takde pun yang klise. Penulis berani mengetengahkan isu yang berlaku dalam masyarakat. Jarang sekali isu ini disentuh. Syabas kepada penulis Ikmal Ahmad kerana menghasilkan sebuah karya yang agung.
Profile Image for Projek Frekuensi.
15 reviews6 followers
Read
August 2, 2016
Selumbar (RumahLipurLara) is definitely NOTHING you expected it would be. Sebagai pembaca, memang terkejut gila dengan perjalanan cerita

Kami tidak mahu langsung bagi sinopsis, sebab kalau ada sinopsis, banyak spoilers yang akan terkeluar. Jadi cerita utamanya tentang Razin si ustaz kampung.

Review ini akan dibuat secara berperingkat; 1. Tajuk 2. Jalan cerita 3. Dialog 4. Watak 5. Penyampaian 6. Lain-lain

1. Tajuk
Pemilihan tajuk Selumbar sangat sesuai dengan jalan ceritanya, dan simbolik selumbar itu memang jelas, dan menepati dilema yang dilalui watak utama.

2. Jalan cerita
Jalan cerita Selumbar memang boleh membuat pembaca mahu terus membaca dan menyelak halaman berikutnya. Namun begitu, tindakan penulis melambatkan plot sehingga membiarkan pembaca tertanya-tanya hampir separuh buku sedikit melelahkan. Kebanyakan pergerakan jalan cerita dalam Selumbar memang realistik dan kena pada tempatnya. Ada beberapa adegan yang berlaku secara tiba-tiba. Mungkin boleh meletakkan lebih pembayang atau jarak masa yang lebih panjang antara adegan.

3. Dialog
Satu tepukan gemuruh untuk penulis & penerbit kerana dialog di dalam Selumbar memang menggunakan bahasa yang elok, tetapi masih realistik. Kebanyakan yang diluahkan oleh watak-watak memang kena pada tempatnya dan juga menepati personaliti watak. Tetapi tetap ada segelintir dialog yang tidak begitu menepati personaliti watak demi menggerakkan plot. Itu bukan soal utama.

4. Watak
Watak Razin,Yasmin, dan Sufi adalah watak dinamik yang banyak berkembang mengikut pergerakan plot; manakala Arif watak statik. Kami mengharapkan watak Arif & ayah Yasmin dikembangkan lagi kerana mereka layak mendapat lebih penjelasan mengenai watak mereka. Watak Razin pula adalah watak yang seolah-olah lalang; terlalu mudah berubah mengikut persekitaran. Saya kira ini kritikan sosial juga.
Terlalu ramai antara kita adalah manusia yang sekadar mengikut "trend" atau persekitaran kita. Saya menyukai mesej yang tersirat ini.
(Sejujurnya kami tidak menyukai watak Razin, dan memang tidak bersetuju dengan hampir kesemua tindakannya).

*Penerbit dan penulis mengatakan yang watak Sufi yang berprinsip seolah-olah sebagai perbandingan kepada watak Razin yang seperti lalang.

5. Penyampaian
Penyampaian penulis Selumbar cukup menarik kerana realistik dan membuat pembaca tertanya-tanya. Kami merasakan yang penulis membuat banyak pembacaan mengenai homoseksualiti dan juga Islam. Perkara ini memang jelas daripada teks tazkirah Razin, serta informasi yang diselitkan sepanjang novel. Mungkin penulis boleh mengurangkan deskripsi fakta yang tidak perlu seperti nama hormon, nama otot, dan penjelasan psikologi yang mendalam. Barangkali disebabkan penulis juga ada karya Sci-fi dan dia juga berlatarbelakangkan sains membuatkan dia selesa mengeluarkan fakta tersebut

6. Lain-lain
Peleraian cerita ini kemas, dengan sedikit penghargaan kepada watak-watak lain, serta penjelasan simbolik ‘Selumbar’. Saya terasa yang penulis seseorang yang calculative, atau suka berkira-kira kerana begitu banyak nombor dalam novel ini. Lagi, novel ini sesuai untuk light-reading kerana tiada konsep yang terlalu berat untuk ditelan, membuatkan ia sebuah novel yang mudah dibaca. Walaupun novel ini realism dan memang realistik, ada segelintir perkara yang tidak masuk akal telah berlaku di dalamnya. Secara keseluruhannya, kami memang menggalakkan kalian membaca Selumbar untuk mendapatkan "feel" sebenar novel ini. Selumbar adalah novel yang memang akan membuat anda tidak selesa, dan kami kira itu juga lah niat penulis.

Yang harus kita terima, ini adalah realiti hidup dan perkara ini memang berlaku. Jadi, dapatkanlah Selumbar!

http://projekfrekuensi.weebly.com/sel...
Profile Image for Shahirah Loqman.
202 reviews70 followers
March 3, 2016
With a heavy heart I had to DNF my first Malay novel of the year (and probably my last). Before I give a review, it must be noted that I am not a frequent reader of Malay literature and hence, don't really know how to analyse and determine a good quality book. So i'll review it in how the book made me feel and react towards it. Only personal opinions are involved here, so if you're here to bash my views with no courtesy, I say move along dude.

The Good:
I really like the writing style. It was casual and not formal as the ones (albeit not many) I've read before during my Form 4 sastera years lol. The characters are your typical kampung folks: The Ustaz, The Best Friend, The Perempuan Melayu Terakhir That Every Guy Wants to Wife and here's where the twist is: The Gay Dude. (bet you didn't see that one coming eh?) So yeah, put a gay dude into a Malay kampung and you get a very interesting drama. The book highlights the current issues where more Malay youths are coming out and getting more involved in the LGBT scene and how we're responding to it is reflected to the Ustaz's reaction and lack of compassion in the early stages.

The Not-So-Good: :
Well, because I only read 140 pages before putting this away, I can't say much about the plot progression. But the first 140 pages were very slow for me. Took me almost a month to reach 140 but I'm also sure my not reading many Malay novels played a huge part. In those 140 pages it took 100 pages for the gay dude to come out to the ustaz. And in my opinion, that is very slow. The plot neutralises again afterwards and I just gave up. I waited 100 pages for a climax to occur, and then it plateaued again? I'm pretty sure what happen afterwards was more exciting and fast paced, but I didn't want to wait around.

The Controversy:
From reading another review about this book, apparently the story challenges the norm where it is ok to have homosexual lust so long as one doesn't act on it. It also touches on homophobia and how we treat gay people. I guess this is the part where the author wanted to challenge the readers pov. My personal opinions are the opposite to what the book is talking about, but to each their own eh?

So that's pretty much it. It wasn't my cup of tea though I'm glad I tried something outside of my comfort zone. Though to be honest, if I knew it was LGBT themed I wouldn't have taken it. I've read too much LGBT already in YA 2-3 years ago, I've been avoiding that topic as of late.

Thanks to Rumah Lipur Lara for the book in exchange for a review. Maybe I'll read it again when I'm older and can handle Malay novels better.

Displaying 1 - 10 of 10 reviews