Hanis tidak pernah bermimpi untuk bersama dengan Aiman, si pencuri hati sewaktu di universiti. Mengenangkan dirinya yang serba kekurangan, Hanis membuang terus perasaannya terhadap Aiman yang lahir dalam keluarga yang dihormati.
“Dia budak baik, Tiqah. Daripada keluarga yang baik-baik juga. Mestilah akan dapat isteri yang baik juga.” -Hanis-
Tanpa diduga, Syahmi yang merupakan ketua Hanis di tempat kerja pula menaruh perasaan terhadap Hanis dalam diam. Namun kalau sudah jodoh, pasti takkan ke mana. Hanis dan Aiman disatukan dalam majlis yang cukup meriah, lengkap dengan restu kedua belah keluarga.
Kebahagiaan yang dikecapi membuatkan hidupnya lengkap tanpa mengharapkan apa-apa lagi.
“Abang ni, suka betul gelar Hanis bidadari tau!” -Hanis-
“Hanis, bidadari itu kan cantik. Bila abang panggil Hanis bidadari, maknanya abang puji Hanislah tu!” -Aiman-
Hanis tidak menyangka panas yang disangkakan sampai ke petang, rupa-rupanya hujan di tengah hari. Siapa sangka perkahwinannya bersama Aiman berakhir tidak sampai setahun umur perkahwinan mereka. Lantas, Hanis cuba mengumpulkan kekuatannya kembali. Pada saat dia cuba memulakan hidup baru, Syahmi hadir ingin mengubat hati Hanis. Hanis keliru.
“Saya dah hilang awak sekali Hanis, saya tak sanggup biarkan awak hilang buat kali kedua.” -Syahmi-
Cerita daripada HD kali ini lebih realiti berbanding OMP yang fairytales (tak baca pun lagi OMP, baru sekodeng kat blog penulis). Sebagai pembaca yang memerlukan tambahan collagen mcm CP ni.. mmg suka lah cerita air mata yang ada pengisian. Sekali sekala je boleh hadam fairytales dikala stress dengan segala masalah dunya :D
Cerita yang mengajar kita menerima takdir, redha, pasrah. Apa yang berlaku pasti ada hikmah. Hidup mesti diteruskan.
Okey... utk permulaan cerita, sebenarnya aku krg masuk sikit dgn novel ni. Tak tahu kenapa, tapi aku rasa pembacaan aku mendatar sangat. Bagi aku, novel ni takde sesuatu yg 'wow' atau menarik pun utk buat aku sukakannya.
Aku x boleh nk masuk dgn jln ceritanya. Aku x boleh nk masuk dgn gaya olahan penulis. Aku x boleh nk masuk dgn setiap watak dlm novel ni, kecuali dua tiga org jer yg aku suka.
Hati dah berkira-kira nk bg 3 bintang jer.
Tp... lepas aje pertghan cerita, aku dah boleh masuk sikit-sikit. Tak mendatar sgt macam mula-mula.
Sedih tu x payah ckplah. Tak sangka pulak aku jln ceritanya camtu kat tgh2. :'(
Oh sebenarnya aku memang dah suka watak Syahmi dari awal-awal lagi. So bila endingnya mcm tu, puaslah hati aku.
Novel ni bgus jugak sebenarnya, sbb byk pengisian ilmu kat dlm. Taklah rasa kosong sgt bila baca :)
Habis saja baca, saya terfikir, kenapa penamat kisah Hanis ni seolah-olah tergesa-gesa. Kalau tak ada happy ending pun takkan mencacatkan jalan cerita. Lebih realistik saya rasa sebab nampak kekuatan seorang wanita bernama Hanis. Maksud nama itu sendiri ialah berani. Maka Hanis perlu berani mengharung masa depan dengan dugaan yang datang.
Selepas Aiman, saya tak mampu terima lelaki lain untuk Hanis. Dan penulis tak usahakan untuk saya suka Syahmi tu. Gedik pula watak tu walaupun Hanis dah berpunya. Kisah Hanis dan Aiman hampir 3/4 buku sedangkan kisah Hanis dan Syahmi 1/4 saja. Tak sempat nak suka Syahmi, eh dah tamat.
Macam ni, kalau kita baca biografi, kita dah tahu selok belok cerita penulis tu. Cuma kita baca untuk tahu lebih details. In depth. Read the first hand experience from the author. Learn the lesson. No cliff hanger, no plot twist, just facts and maybe figures. Ini yang saya rasa ketika saya habiskan membaca buku ni.
Dari sinopsis buku (kat belakang buku tu, orang panggil sinopsis kan?) kita dah tau yang Aiman akan meninggal. Dan dari petikan kata-kata Encik Syahmi, kita dah tau yang Hanis akan at least bersama Encik Syahmi. So, dari awal dah tau ending dan what's going to happen in the whole book. So, what is the point of reading the book? In my defense (on why I finished this book), I wish there something spicy might happen. Like, Encik Syahmi was so mad that Aiman got to Hanis first and planned evil things to destroy their happiness. End up, En Syahmi murdered Aiman and married Hanis instead. Hanis in grief, can't seem to see reason, just accepted him and when she found out the truth, plots revenge against her husband. Right? Or even, Nik her sister in law gets so jealous of Khairul and Hanis's relationship try to use her influence and separate them. I am hoping for that plot twist. I got none. Sadly.
I read reviews from others saying that this one is even better than the other two (maybe the first book) by the same author. So, I scan my bookshelves, and guest what? I have one of her books. Suami Aku Ustaz (I think, the one with Nora Danish on the cover). So, I decided, I might give it a try. But not now. Not this year. Maybe not ever. I don't know. Maybe I should donate my book? So I have more shelf spaces? I am a book hoarder, Yes.
So, if you ask me, why the 2 stars if I did not like it? The "pengisian" dalam buku ni mengubah bilangan bintang saya. Betul, penulis selitkan sedikit ilmu (hence the 500++ pages long). But it feels forced. Have you guys read any books by Melur Jelita? She loved to insert advice in all of her books. However, the way she delivered them, did not feel forced at all. It flows naturally. So gooddddd.
I loved Malay novels. They are my guilty pleasured. Even with the same cliche throb. I don't care. But if I wanted a biography, I'll pick a biography for sure, not the one disguised as a fiction novel. That is why I always stick to the same authors that I just knew I am going to love. I gave it a shot hoping I might find a new favorite author. I guess not.
One more thing, the English or Malay song lyrics in a novel, soooo early 2000s. I am all that before. But not in 2022. Major cringe!!!!!!
This entire review has been hidden because of spoilers.
Sejujurnya KakChik tak tahu apa rasa selepas habis baca hingga perkataan 'TAMAT' tu.
Permulaan yang agak mendatar, namun selepas 2-3 bab pertama plot agak lancar dan menaik tapi selepas tu KakChik rasa macam terperangkap. Nak jejak bumi, kaki tak cecah namun tak capai awan pun tangan pendek sangat.
Namun KakChik cuba bertahan untuk habiskan karya ni. Kadang kala KakChik rasa penulis terlalu mencuba nak sampai sesuatu perkara tentang kebaikan tapi kerana terlalu mencuba KakChik jadi bosan. Pada sesetengah bab yang diketengahkan seperti kita baca teks ceramah la pula. :(
Tapi kredit mesti diberikan kepada penulis sebab mencuba untuk berkongsi tentang kebaikan. Tetap ada ilmu yang KakChik dapat.
Dan kesalahan ejaan sangat minima.. (sebab ini salah satu kriteria yang selalu mempengaruhi pembacaan KakChik). :)
VERY NICE BOOK TAPI UNDERRATED:(( i honestly lagi suka aiman , but syahmi is fine too !!! buku ni banyak pasal agama , so bila kita baca takdela sekadar baca untuk isi masa lapang. waktu dorang accident tu i was at school , nak nangis tapi tulah kat sekolah.
⭐⭐⭐⭐ / 5 , recommended !!
This entire review has been hidden because of spoilers.
Semenjak di'sekolah'kan oleh penulis yang famous tentang review yuni di GR, selepas ini nampaknya perlulah diletak warning di bahagian atas sekali. Jangan kata nanti yuni tak mention awal2 na.
Review bermula:
Flat.
Bayangkan anda sedang menunggang motorsikal di jalan yang berbukit. Tiba-tiba tayar pancit. Anda perlu turun dan tolak tapi tidak bergerak. Anda cuba sedaya upaya menolak tetapi tarikan graviti amat kuat di kawasan itu menyebabkan anda tidak mampu membuat apa-apa melainkan menunggu dengan sabar kalau-kalau ada kenderaan lain lalu di jalan tersebut.
Temanya menarik minat yuni untuk membeli. Bermula dengan chapter pertama, yuni dah start imaginasi yang bukan-bukan tetapi rupanya angan-angan mat jenin yuni jauh terpesong dari jalan cerita yang asal. Ingatkan ada triangle relationship ataupun 3 lelaki minat perempuan yang sama (Khairul, Aiman dan Syahmi). Rupanya Khairul kekal abang susuan sehingga ke akhir hayat.
Cerita cinta Aiman dan Hanis terlalu panjang dan meleret. Bagi yuni, ada lebih baik dipendekkan atau dipadatkan supaya pembaca tak cepat rasa bosan. Reason? Sinopsis belakang awal-awal dah cakap usia perkahwinan Hanis dan Aiman cuma setahun. Dan untuk sampai ke setahun itu....adoi...lamanya tunggu. What's the point bercerita berchapter2 bila pembaca dah tahu cukup setahun, hubungan itu tamat?
Dalam sinopsis juga mengatakan Hanis akan bersama dengan Syahmi tetapi dalam cerita, kisah cinta Hanis dan Syahmi tak sampai sepuluh bab. Itu tolak tepi epilog yang melangkau 20tahun ke hadapan. Otak yuni baru nak digest tentang mama Syahmi macam tak boleh terima Hanis. Tup tup rupanya ini semua adalah kisah yang diceritakan oleh Hanis kepada anak perempuan sulungnya. Like what??? Kalau iye pun nak roll forward, setahun dua itu masih boleh diterima. Ini sepuluh dua puluh tahun dalam tak sampai 10 m/s? WOW
Novel ini merupakan novel kedua dari penulis ini yang yuni baca. Rasanya cukup kot untuk buat kesimpulan, yuni tak perlu bazirkan duit dan masa untuk baca novel satu lagi. Enough!
Dari segi plot cerita, okey... boleh baca dan boleh layan.
Dari segi watak dan perwatakan... kadang-kadang saya rasa hilang punca tapi tak tahu pada watak mana.
Dari segi bahasa... okey boleh baca, kecuali penulis suka mengulang fakta. Kadang-kadang seperti membaca tazkirah pun ya.
Dan saya agak kurang gemar (general - bukan untuk buku ini sahaja) bila penulis suka menyelitkan lirik lagu serta terjemahan Al-Quran secara penuh (terutama lirik lagu) yang akan terus saya skip baca... sepatutnya penulis kena bijak mengolah ayat (bukan salin bulat-bulat, sebijik-sebijik) supaya pembaca lagi dapat lebih mendalami apa yang cuba penulis sampaikan.