Jump to ratings and reviews
Rate this book

Suami Paksa Rela

Rate this book
Gara-gara frust menonggeng apabila si kekasih curang, Wafa Adlina tekad mulakan hidup baru. Keputusan yang paling sengal diambil. Dia nak kahwin! Tapi, bila pelan dah ada, calon suami pula tak ada. Ah, payah macam ni!

Tiba-tiba, kawan baiknya rekomenkan abang sepupunya sendiri. Satu blind date khas menemukan dia dengan Karl Elliyas, si playboy pencen. Kalau tengok dari segi luaran, Karl memang nampak sempurna. Tapi, bila lelaki itu dah tunjuk perangai sebenar, boleh meletup hati dia sebab menahan geram. Heh!

“Awak serius ke nak kahwin dengan saya ni?”
“Seriuslah. Kalau aku tak serius, aku tak datang sini. Tak datang jumpa Mak Jemah kau tu.”
“Memanglah. Tapi, kenapa awak setuju nak kahwin dengan saya?”
“Sebab kau ni spesial.”
“Apa yang specialnya?”
“Speciallah. Kat mana lagi aku nak jumpa perempuan desperate macam kau ni yang sibuk nak kahwin bila ex-lover dia nak kahwin. Kau ajelah satu-satunya. Hahaha!” ~

Perkahwinan tanpa syarat itu terjalin dengan luar biasa. Tanpa cinta, mereka bisa hidup seperti pasangan suami isteri yang sebenarnya. Sampailah satu saat, muncul Idham dan Jasmine yang sibuk mahu mencipta konflik. Mampukah Karl dan Wafa bertahan? Rasa dalam hati, adakah itu cinta? Atau, hubungan yang seakan-akan rela ini hanyalah kerana terpaksa semata-mata?

529 pages, Paperback

First published January 1, 2016

28 people are currently reading
392 people want to read

About the author

Shazie Kamaruzaman

10 books55 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
63 (36%)
4 stars
58 (33%)
3 stars
29 (16%)
2 stars
12 (6%)
1 star
11 (6%)
Displaying 1 - 30 of 40 reviews
Profile Image for Mai.
312 reviews58 followers
December 21, 2016
Bosan

Seperti mana tajuknya sebegitulah kisahnya, Kisah tak pasal2 Karl Eliyas diminta menjadi suami express walaupun tak rela tapi sebenarnya dalam hati dah berbunga riang.Mula2 baca tu ok lah masih boleh diterima tapi bila cerita mcm tak bergerak ke mana2 penuh dgn babak awak merajuk saya pujuk, saya merajuk biarlah dekat situ. Aduhh stress mood membaca pon menurun. Teruskan juga bacaan sbb nak tahu ending kan. Kalau dilihat dari sudut lain, iya buku ni menghiburkan. Bacaan ringan dan santai.
Profile Image for Mslvoe.
2,118 reviews205 followers
November 19, 2022
Suka pulak dengan jalan cerita ni. Karl sengal betul, sesuai dia jadi menantu Mak Jemah yang garang cam komando 😁 Mak Jemah pun best melayan pe-el Karl yang sengal.

Jadi suami paksa rela pada Wafa jadikan hidup Wafa huru-hara dengan telatah Karl yang sengal.

Sikap protective Karl kadangkala merimaskan Wafa sebab Karl ni jenis ambush baru nak dengar cerita yang betul!

Diaorang suami isteri kalau gaduh pun cepat baik. Depa berdua ni memang takleh berenggang melekat je cam belangkas 🤣

Buku ni bacaan dewasa tau! Biasalah banyak scene cuddle². Karl and Wafa ni ibarat kucing tengah mengawan. F baca sampai gelak²
Profile Image for a i n c e r a.
126 reviews14 followers
August 25, 2024
Berdasarkan rekod pembacaan saya, ada dua buah buku yang saya pernah baca sebelum ni daripada penulis ini, which is:

- Tuan Perasan Maco (2022)
- Kontrak Kahwin Anti Klise (2023)

Dah boleh kira hat-trick ni TAPI... sayangnya saya rasa buku daripada penulis tak sesuai dengan jiwa saya. Apa yang saya nak, saya nantikan, saya perlukan dalam pembacaan saya, tiada dalam penulisan beliau.

Ada banyak juga sebab kenapa buku ni tak berjaya menambat hati saya dan salah satunya saya rasakan plot untuk cerita ini macam ada-takda. Plot dia terlampau basic dan senada. Yang paling saya tak boleh blah tu setiap bab atau hampir setiap bab mesti akan ada sesi 'merajuk-memujuk' dan selepas tu 'menggoda-menggada' haha. Memang lah tu lumrah kehidupan berumahtangga tapi its annoying kalau asyik ulang benda yang sama.

Kesemua watak dalam ni (kecuali mak jemah) sangat sangat dan sangat tak matang, perangai macam kanak-kanak ribena. im so sorry tapi kenapa perangai dorang semua ni macam nak tarik rambut sorang-sorang. kadang-kadang tu macam try hard nak buat karakter tu nampak funny tapi hambar sebenarnya.

At least ada dua benda yang aku suka daripada buku ni :

1. Wafa rasa insecure bila dia mengandung sebab dia tak bersedia untuk ada anak - saya harap saya akan jumpa buku yang boleh fokuskan isu ni dengan lebih mendalam. perasaan yang Wafa rasa tu memang wujud dalam kehidupan kita and why-what-how untuk atasi problem ni. apa yang ada dalam buku ni tak mencerminkan realiti yang sebenar.

2. Karl yang berjiwa 'family man' - lelaki yang ada sifat family man ni memang saya adored sebab rasa macam comel gila >,< mungkin sebab saya rasa zaman sekarang ni orang dah makin kurang nak ada anak, jadi saya rasa trait ni boleh dikatakan salah satu trait yang charming dan one-of-a-kind.
Profile Image for Maslina Omar.
154 reviews19 followers
March 31, 2016
Sebuah cerita yg sangat2 santai...sangat2 menghiburkan...naskah yg really boleh buat hilang tension..hihihi...

Kisah tentang Wafa Adlina yg sakit hati kerana dicurangi kekasih mahu berkahwin demi untuk "move on". Lelaki yg menjadi suami paksa relanya pula ialah Karl Elliyas, si playboy pencen. Namun mereka berjanji untuk tidak menjadi pasangan suami isteri kahwin paksa yg klise, sebaliknya mahu berusaha menjayakan perkahwinan tersebut.

Walaupun di awal perkahwinan, yg mengikat rapat mereka ialah tarikan sensual semata2, dengan izin-Nya, lama kelamaan roh cinta ditiupkan dalam hati mereka. Walaupun pada awalnya mereka keliru tentang rasa sebenar yg bertakhta di hati masing2, mereka sedar akan wujudnya rasa rindu & cemburu...mereka saling mengambil berat & saling menyayangi...

Persamaan mereka...sama2 sengal, sama2 ego & sama2 degil...maka x hairanlah mereka sering berbalah. Namun mereka sama2 mudah mengungkap maaf usai menyedari kesilapan & keterlanjuran masing2. Inilah sebenarnya resepi mereka dalam memupuk persefahaman.

Tiada konflik yg berat dalam kisah ini kerana konflik sebenar ialah konflik emosi dalaman antara mereka. Bila mana Wafa disahkan mengandung..dia jadi keliru, adakah dia bersedia memikul tanggungjawab sebagai ibu sedang dia sendiri tidak pasti akan perasaaannya terhadap Karl...cintakah dia kepada suami paksa relanya itu? Di samping itu dia juga bimbang perhatian Karl hanya tertumpu kepada anak lantas dia dipinggirkan.

Segala konflik rasa seorang Wafa Adlina yg bertitik tolak dr kebimbangannya akan kehilangan cinta & perhatian. Dan segala konflik perasaan seorang Karl Elliyas yg tolerate dgn egonya demi sayangnya kepada isteri, x jemu untuk sentiasa memujuk...

Credit juga kepada Mak Jemah yg x kurang sengalnya dgn anak menantunya...tambah memeriahkan cerita ini...
Profile Image for Xin Ya Jian.
403 reviews36 followers
February 27, 2017
Wokey, agak memuaskan. But obviously ada juga kelemahan pada buku. Anyway, saya alan update ulasan buku mngenai crite ni dlm my blog. Sila ke bio saya untuk melawat ke blog.
Profile Image for W. N. Izzaty.
1,335 reviews69 followers
October 31, 2021
[BOOK 177]

Suami Paksa Rela by Shazie Kamaruzaman.
.

Gigihnya aku untuk habiskan novel ni. Biasanya, kalau balik kerja postcall, aku akan tido je sampai tengahari. Bangun sebab lapar je 🤭. Tapi ni aku tak tido pun semata-mata nak habiskan novel ni.
.

Ni sesuai untuk bacaan santai. Sebab watak dalam ni sengal selamba badak je. (Tapi ada je dorang punya sengal tu yang aku tak suka. Contohnya, Wafa guna berus gigi Karl untuk sental toilet bowl. Dan berus gigi yang sama, Karl guna untuk berus gigi. Tak ke kotor?) Tapiiii, aku suggest untuk 18 tahun ke atas la. haha
.

Karl dan Wafa. (OMG, kenapa heroin nama sama macam aku ni)
.

Dorang ni, baru je kenal, tapi decide untuk terus kahwin. Alasannya ialah, sebab Wafa nak move on sebab ex-boyfriend nya, Idham asyik duk tayang kemesraannya bersama kekasih baru. (Bagi aku, nak senang, kau block je la Idham tu. hurm). Bagi Karl pulak, sebab dia bosan sorang-sorang kat rumah. Sebab dia perlukan seseorang untuk dibuli. Hurm..entah apa-apa je alasan dorang ni.
.

Lepas kahwin, I would say, they are basically physically attracted to each other. Tanpa rasa cinta, tapi dorang bahagia dan bersemut je sepanjang masa.
.

So, lepas kahwin tu, banyak senda gurauan suami isteri la. So, adik-adik bawah umur jangan baca novel ni lagi.
.

Selain part manis tu, ada la konflik. Pertama, Wafa keguguran. Masa ni juga la, they realised that they love each other. Lepas tu, satu demi satu konflik. Cemburu buta, Karl pula terlalu protective. Banyak la sampai aku sakit kepala nak menghadap. Tapi, yang bagusnya, dorang ni cepat sejuk. Harini gaduh, esok minta maaf la. Lepas tu, esok gaduh lagi. hurm
286 reviews52 followers
February 8, 2016
best...light conflict...enjoy the story
Profile Image for Rinna MY.
114 reviews12 followers
March 10, 2016
hahaha.. mmg karl ngan wafa kedua2nya sengal..mmg best dan x de konflik sgt.. senyum jek baca kisah 2 org nie.. yg x leh blah bila wafa salat berus gigi karl kat jamban.. hihihi jenuh karl dok bilas mulut ngan listerin sampai sebotol.. pastu plak suruh karl buang air besar kat jamban x de pintu tengah2 malam.
Profile Image for nilam.
363 reviews71 followers
February 28, 2016
suka cte ni..cite yg x berat kepala..sbb cerita ni cerita tentang dunia mereka sahaja...Karl & Wafa..mmg x buat kita sakit hati..scene merajuk pun cpt je kena pujuk...scene langau pun senang je kena tendang..

pasangan yg sgt sweet..asik tersengih2 je.. tahniah writer..:)
Profile Image for Bay.
268 reviews4 followers
December 30, 2023
A light read for me. Enjoyable read la. Tapi last- last tu boring sikit. Shouldve ended with the pregnancy jeee
Profile Image for adahaz .
79 reviews2 followers
September 15, 2021
Satu aku tak boleh terima dalam novel ni. Scene Wafa guna berus gigi suami dia untuk berus toilet. Kemudian suami dia gosok gigi guna berus tu. Bila suami dia buat muka, dia boleh gelak-gelak pastu kata hanya gurauan.

Ha. Ha. Lawaknya. Seriously Wafa???

Aku boleh terima lawak, tapi bukan lawak kasar yang begini. Soal kebersihan tak boleh dibuat lawak. Bayangkan anda meletakkan gigi anda di toilet yang penuh kesan najis dan bakteria kotor. Begitulah rasanya. Dan dia lakukan dekat SUAMI dia. Aku ulang, SUAMI.

Itu bukan lawak Wafa, itu biadap namanya.

Selain itu, jalan cerita masih seronok untuk dibaca. Kalau bukan sebab scene tu dah tentu cerita ni dapat 5 bintang dari aku sebab Karl seorang yang sangat romantik dan baik. Penggunaan bahasa pun santai. Tak stress baca.

3/5 bintang.
Profile Image for Claire S.E.
51 reviews5 followers
July 11, 2019
Bestlah baca novel ni..sesuai nak fefeling romantik..
Profile Image for Ogy Yusof.
Author 14 books108 followers
December 23, 2016
buat pasangan yang rasa nak tambah kemesraan dengan pasangan, bolehla baca novel ni. Tapi yang rasa nak gaduh-gaduh pun lagi elok baca buku ni biar reda sket. Hehe.. Sebenarnya buku ni sempoi jer, idea pun ringkas jer tapi yang jadi dok lekat pegang sampai habis baca sebab olahan yang bersahaja tapi boleh buat pembaca rasa terhibur. Yelah, akak yang dok menyendeng baca sebelah cik abang pun kena sekeh sebab tetiba jer gelak sengsorang. Tak ke haru tu..

Bukna kisah kawen paksa, bukan langsung kisah kawen kontrak sampai cukup tempoh cerai. Ni kisah desperado nak kawen dengan alasan nak move on. Wafa, dalam pada frust sebab idham ada perempuan lain walaupun dah bercinta 5 tahun dengan dia buat keputusan sanggup nak kawen sebab taknak kenang kisah cinta tragis dia tu.. Tragis sangatla ya cik puan Shazie Kamaruzaman... Hehe... Sanggup nak berkenalan dan seterusnya berkahwin dengan sepupu teman baiknya ika iaitu karl. Tapi, ganas tul diorang berdua nih. Bukannya nak romantik bagasli. Sengal yang lebih.

Lepas berkahwin, mereka belajar untuk terima diri masing-masing.. Err... Part kisah rumahtangga ni telan jer la ya.. alah, bukan kisah teruk pun, just manis-manis buah durian jer.. Hehe... dalam novel memang akan ada watak pengacau... Bagi spicy sket jalan cerita, ye tak? Si idham sibuk mengacau.. Si jasmine sibuk meroyan... Dan paling gempak si wafa jeleskan baby yang dalam perut dia sendiri... Camna nak buat tu.. Mak jemah pun ada dalam novel ni tau.. Tau dahla dari mana menurunnya kesengalan si wafa tu. Dalam rumahtangga ni kalau boleh elak perasaan cemburu membuta tuli. Cemburu sikit-sikit tu kira ok lagi.. Yang paling utama, jangan cemarkan kepercayaan yang diberi... All the best cik puan penulis untuk seterusnya...
Profile Image for Lexicon Aficionado.
99 reviews4 followers
November 15, 2017
Alahai, sweet lah sangat cerita ni. Suka betul watak Karl dan Wafa although kadang ego Wafa tu boleh tahan melampau especially dalam bab berterus-terang dengan perasaan sendiri. Jalan cerita yang cukup menarik dan seronok baca tentang cerita cinta halal orang yang redha dengan ketentuan Allah. Terima kasih!
Profile Image for Jaja  A.
148 reviews27 followers
November 5, 2016
best leh ilang stress baca...4.1* tahniah penulis
Profile Image for Keyinareads.
11 reviews2 followers
July 8, 2022
5/5 ⭐

Hero penulis ni semua tak behave and hot ye shsjshshshshshs🌚🌚🌚 Karl ni pon lepas kawin dengan Wafa terus jadi kucing jadian eh🌚🌚

Recommended untuk pembacaan yang santai. Konflik pon tak berat and boleh bawak lagi sampai habis tak drag👍🏻👍🏻👍🏻
Profile Image for goldencave.
463 reviews9 followers
December 29, 2024
Saya andaikan Suami Paksa Rela mungkin lebih baik dari Lelaki Versi Hero Novel. Meleset sangkaan saya. Dua-dua novel ini lebih kurang sama jalan cerita cuma sedikit olahan dan tweak storyline here and there but overall similar situation.
Keseluruhan jalan cerita dan isi cerita terlalu klise dan plot pun tak berkembang. Penceritaannya agak perlahan. Banyak bahagian yang meleret-leret dan kisahnya ada yang berulang-ulang agak membosankan.
Bagaimanapun saya suka dengan watak Karl yang protective over Wafa. Ketara sangat sayang dan cinta Karl pada Wafa walau mereka berkahwin untuk kepentingan diri masing-masing.
Profile Image for Farha Diana.
26 reviews2 followers
November 1, 2016
It was tiring to finish this 'thin' book. At beginning was okay but starting after they married, oh penat nye nk bc! Just too much of unnecessary scenes dialogues . Sorry just not my cup of tea.
Profile Image for Mazz.
74 reviews1 follower
May 16, 2017
Saya membeli novel ini as it comes highly recommended from Rehal Nuharris sewaktu saya ke pejabat Fajar Pakeer. Seriously, tajuknya bukanlah jenis tajuk yang saya gemar..I was more than a little apprehensive, rasanya kening pun ternaik sikit masa saya sambut huluran Rehal. Dalam hati..sah..balik rumah akan jadi bahan dengan suami :)

Boy oh boy, was I surprised ! It's a charming read ! Dah lama saya tak tergelak dengan watak dan storyline sebuah novel. A light read yang tak menyesakkan kepala. Ada Karl yang pada saya seorang yang straightforward dalam bercinta, apa yang dia beri pada Wafa (walaupun mereka berkahwin bukan atas dasar cinta) adalah everything that he has in him. Karl beri segala-galanya..kasih sayang, perhatian, perlindungan..pendek kata..segala yang diharapkan oleh seorang wanita yang bergelar isteri. Apa yang Wafa perlu buat, hanyalah..percaya. Yup..trust is important in every relationship tu, kan Karl..sebagaimana jealousy tu mesti ada. Dalam perkahwinan, mesti ada perasaan cemburu dan possessiveness tu..barulah dikatakan suami yang benar-benar macho.

Wafa pulak, yang pada awalnya cuma berkahwin untuk melupakan her ex, mungkin tidak menyangka dia akan dilimpahi semua itu dari Karl. Dan, dia sendiri skeptikal samada ikatan itu benar-benar akan membahagiakan atau sebaliknya. Tapi, yang paling dia tidak sangka, adalah betapa serasinya mereka berdua. It's like a match made in heaven. Kedua mereka melengkapi satu sama lain. Tidak ada seorang ke utara, seorang ke selatan. Kedua mereka sama seiringan. Apa yang Wafa minat mungkin a little haphazard pada Karl tapi sebab sayangnya pada sang isteri, diikutkan juga. Sengalnya Wafa, siapa sangka Karl juga sama. They prank each other, they tease each other. Perfect ! Bak kata pepatah Melayu, usik-usik membawa bahagia ;)

So, adakah lepas ni saya akan bertukar arah jadi peminat novel ringan ? Perhaps. One can never predict the future. Tapi, yang saya tahu, kisah Karl dan Wafa amat menghiburkan. To the writer, keep it up to the next novel. Mana tahu, you might make me a fully fledged fan too.
Author 13 books20 followers
March 23, 2016
SPR mengenai Wafa yang nak move on sebab kekasihnya curang. Karl lelaki yang dipilih untuk lupakan kisah lamanya. Daripada terpaksa terus jadi rela. Bila dah rela, semuanya lancar.

Memang ngam sangatlah si Karl dan Wafa ni kahwin sebab dua-dua sengal. Dan, Wafa kena bersyukur sebab dapat lelaki macam Karl yang sabar aje melayan kerenah dia yang macam-macam tu.

Oh, ayam popcorn yang Wafa suka sangat tu kan buat saya terus google resipinya. Haha!

Untuk yang sukakan cerita santai-santai, nak relakskan otak yang serabut tu bolehlah baca SPR. Pendek kata semuanya serba santai dan tak memberatkan kepala.

Tahniah, Shazie. Semoga terus sukses.
Profile Image for Sakura Lina.
139 reviews5 followers
November 27, 2016
Actually 3.5 bintang. Ini adalah novel pertama dari penulis ini yang aku baca. Bagi aku,novel ini agak menarik. Aku terhibur dengan keletah Karl dan Wafa. Plot agak klise tapi tidak membosankan. Satu novel yang santai,konflik pun tak banyak. Cuma bekas kekasih yang cuba kembali menagih cinta. Walaubagaimanapun ada sesetengah dialog bagi aku agak 'dewasa' dan tidak sesuai untuk pembaca muda yang belum baligh. Hahahaha.. Overall,novel ni menghiburkan. Mungkin aku boleh cuba membaca karya penulis yang lain.
Profile Image for Ms. Firda.
100 reviews17 followers
May 19, 2016
Cerita yang santai. Baca jer gelak. Terutama tang keselambaan mak jemah dan kesengalan karl dan wafa. memang match couple dua orang ni. saya enjoy baca . dari mula baca memang tak boleh stop. SPR terbaik...
Profile Image for Ella.
794 reviews92 followers
March 9, 2016
Sweet Couple especially the husband..so sengal tapi penyabar, generous and loving jugak.
Storyline very light hearted..
The only minus point is that the wife is quite petty..sikit2 merajuk takleh tegur..
Overall..quite good.
Profile Image for Norliza Yusop.
333 reviews9 followers
November 11, 2016
SPR- karl n wafa, sorang senget sorang sengal, ngam pulak ngan mak jemah yg sempoi..mmg meriah hidup dorang..mcm2 ada! sengih kerang aje bacanya! citer yg lunak dgn bahasa mudah dan senang faham! menarik dgn karekter masing2 yg 'menjadi'...mmg best, tk rugi beli! Tahniah Shazie_^^
Displaying 1 - 30 of 40 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.