DARIN, walaupun anak tengah daripada tiga beradik, namun paling cengeng dan banyak masalah diri. Seorang wartawan yang tidak mahu menjadi wartawan. Seorang yang sempoi namun prejudis terhadap lelaki. Tiba-tiba dia diketemukan dan dikehendaki ‘bertugas’ selama tujuh hari dengan seseorang yang bergelar ‘Tengku’, ahli perniagaan muda yang berjaya dari luar negara dan dikejar ramai jurnalis Malaysia. Masalahnya, tugas dia bagaikan 24 jam bersama lelaki itu!
“Apa awak nak? Cakap terus je la. Saya nak tengok TV ni, dengki betullah.” “Eh, cik kak... Awak datang sini nak kerja. Sudahlah tak ada tujuan hidup. Datang rumah orang, sedap-sedap je tengok TV. Tak ada rasa nak berubah ke?” Pen di tangannya ditujah-tujah je wajah Darin. Mujur tak kena. Darin gigit bibir. Dah mula dah, perangai diktator dia tu! “Okey! Nak suruh saya buat apa, bagi saja. Tak payah nak mengutuk.” “Menjawab! Apa tugas awak sekarang?” Darin diam. “Saya tanya ni, apa tugas awak sekarang?” Darin garu kepala. “Erm, jurnalis.” “So, apa awak dah buat selama beberapa hari kerja dengan saya ni?” “Hmm, tadah telinga dengar awak marah.” Fakhri mengetap giginya. Kenapalah dia berjumpa dengan manusia yang tak ada tujuan hidup ni?
DALAM diam, Fakhri jatuh cinta pada jurnalis yang kadang-kadang dia lihat naif dan polos hingga menyedarkannya hakikat hidup yang sebenar dan banyak rahsia.
‘Rupa bulan berubah-ubah, macam awak juga. Kadang-kadang, awak dengar cakap. Kadang-kadang, awak marah-marah. Kadang-kadang, awak blur, macam budak kecil yang baru saja masuk tadika. Kadang-kadang, awak tak payah cakap apa-apa, tapi saya tahu awak ada. I wish I am the stars around you. I want to be with you, and stay with you at all times. Bila awak hilang di siang hari, saya pun akan hilang. Bila awak muncul dengan gahnya saat siang melabuhkan tirainya, saya pun nak juga muncul di sisi awak. Tapi, macam mana bulan kadang-kadang ditemani bintang yang banyak dan kadang-kadang cuma bersendirian, saya rasa saya pun akan jadi macam bintang itu. Saya tak mungkin dapat ada di sisi awak selalu, no matter how much I want to. But, no matter when and where, awak mesti sentiasa ada, dan hidup dengan baik. Biarlah awak berubah-ubah, dan biarlah saya ada atau tiada, awak tetap sama di hati saya.’
APAKAH sebenarnya rahsia Fakhri yang ingin dia sembunyikan daripada khalayak ramai? Terbukakah hati Darin menerima Fakhri setelah menerima nota cinta nan sekeping itu walaupun pernah timbul gosip mereka yang memalukannya tersebar di media sosial?
1.Memandangkan ini kali pertama saya membaca buku penulis walaupun saya tahu ini buku ketiga penulis jadi saya tidak lah menjangkakan ssuatu yg "boom" tapi saya akui komen Ririn sblm2 ni yg mempengaruhi saya untuk menyambar naskah kali ini. *tak rugi mencuba ssuatu yg baru.
2.Seawal pembacaan saya sudah mengesan ssuatu yg saya kurang gemar,(heroin ala2 Drama Taiwan/Korea)tapi pujian harus diberikan kepada diri saya dan juga penulis kerana saya berjaya sabar dan membaca tanpa "skip" di ulangi tanpa skip di mana2 bab.Tanpa runggutan juga kalo tidak pastilah #gengbonet tak tido malam.
3.saya rasa saya suka kisah ini cuma plotnya perlahan masa yg di ambil untuk aktiviti Memujuk Darin terlalu lama,dan bila sampai ke hujung2 tu, sgt pantas dan terburu-buru (mungkin). Saya harapkan lebih utk babak Hanim-Fakhri, Hati saya tersentuh juga lah dgn ke akraban Hanim-Fahkri percaya atau tidak saya ternangis sikitlah adeh *jiwarapuh. saya harapkan lebih juga untuk babak Fahkri Vs Sir, tapi sayangnya tak seperti yg saya harapkan .
Yang pasti usai menutup buku ini hati saya lega dan gembira.Pelik perasaan itu.
saya suka cerita ni..rasanya semua novel dari penulis ni semua saya baca dengan rasa puas hati..:)
cerita tentang Darin si jurnalis yg tiada cita-cita.. sampai satu saat dia disuruh pergi ke satu event..disebabkan kecuaiannya dia ditinggalkan teman sekerjanya di genting...dan mulanya perkenalannya dgn Tengku Fakhri..(walaupun first diorg jumpa di kedai telefon)...perkenalannya memang tidak baik...disebabkan Darin yg suka berprasangka buruk yg membuatkan Fakhri sakit hati...
lepas mereka berpisah, Fakhri terpaksa mencari Darin disebabkan keadaan neneknya.. dari situ lah dia cuba menyiasat dimana Darin...dan segala-galanya bermula disitu...Darin terpaksa menurut kehendak Fakhri selama seminggu...
suka watak Darin..walaupun dia byk aura negatif...tp dia akan buat apa yg dia suka..sygkan keluarganya dan bukan tipikal perempuan yg akan suka bila digosipkan dengan lelaki hensem dan berjaya...
bila part Fakhri dah start jatuh cinta..hehe..x sngka dia romantik..
lepas mereka kawin lg sweet..suka part selepas Fakhri dah luahkan rahsianya...sweet sgt lepas tu..walaupun kahwin rahsia tp x menggugat hubungan diorg..
yg masa klimaks masa Fakhri umumkan Darin isterinya kat video..tercengang semua org..baru padan muka kat org yg kutuk2 Darin....
and lastly tahniah writer utk new baby yg awesome ni.. :)
sy suka cerita ni....mungkin ini adalah sebuah realiti yg kita mungkin tidak tau....harta melimpah ruah tp hilg nya ksh syg tetap juga tidak memberikan kebahagiaan... sebuah cerita yg membtkn sy terpikat dr awal bab hingga lah ke akhirnya....ada part yg bt kan sy sedih, geram dan juga ketawa...
itu lah kehidupan tengku fakhri tengku adnan...seorang anak remaja yatim piatu yg diubah nsb nya menjd seorang yg kaya dan memiliki segalanya....namun segala yg dimiliki itu membtkn dia seolah2 boneka dan juga robot bt tengku adnan...bkn nya ank yg dilimpahi ksh syg.... namun segalanya berubah apb gul darin ibrahim muncul dlm hidupnya...seorg gadis yg polos yg tiada halatuju dlm hidup bisa mengucar kacirkn kehidupan fakhri the great....perkenalan awal yg seringkali disulam dgn pertelingkahan, tanpa diduga berakhir dgn sebuah perkahwinan rahsia demi menjaga kedudukan fakhri...tp apa yg dirahsiakn itu sampai juga ke pengetahuan tengku adnan....fakhri diberi pilihan samada memilih tengku adnan atau gul darin....memilih tengku adnan bermakna kedudukannya sbg tengku fakhri akn kekal tp darin terpaksa dilpskan....manakala memilih darin akn mengakibatkan fakhri hilg segalanya dan kembali menjd org biasa.... apakah pilihan fakhri???? adakah kepulangannya ke UK utk selamanya??? dan bagaimana pula dgn nsb darin????
Maybe 3.5 star.. huhuhu.. this novel more to rom-com family drama novel.. permulaan novel lebih kepada proses Tengku Fakhri dan Darin berkenalan dan bergaduh. So,it was fun to read but sometime make me 'menyampah'. Honestly, i'm not really into Darin's character. Seorang yang agak naif dan tingkah lakunya seolah-olah tidak bersesuaian dengan kerjayanya dalam bidang journalism.. bukankan orang yang terlibat dalam bidang ni kena selalu up to date. Ke andaian aku salah.. Jalan cerita novel ni agak santai dan konflik tidak terlalu banyak. Antagonis dalam cerita ni cuma Tengku Adnan. Jarang muncul tapi mempunyai pengaruh yang kuat bagi karakter Tengku Fakhri. Overall,this novel is ok.. but i really like author's 1st novel..
first time baca heroin yg sgtla annoying mengada2 buat kerja sambil lewa pas2 x reti bersyukur dh dpt lelaki kaya hensem lagi nk mgada2x lari rumah bukan jer kekawan kt ofis annoying gn dia akk gn adik diapun x suka gn peragai dia...ehhh sakit pulak ati kita...maaf penulis sy. baca skip2x jer...sapa berminat sy nk lepaskn novel ni.