Bukan senang untuk menjadi seorang Doktor. Bersedialah mental dan fizikal.
Doktor bukan setakat belajar ilmu kedoktoran semata-mata.
Doktor harus wajib berani berdepan dengan malaikat izrail yang akan menyapa depan-depan.
Ada satu jenis pesakit yang MANJA-litis. Ya, itu doktor perlu tahu. Waktu bila pesakit itu main-main mengada-ngada ataupun betul sakit. Memang ada yang begitu.
Setiap aduan daripada pesakit perlu dinilai secara professional dan berpandu pada bukti penyiasatan klinikal, makmal dan sebagainya sebelum terus membuat penghukuman bahawa pesakit tersebut mengada-ngada.
Sekali tersilap langkah, menyesal tidak sudah.
Namun, yang berusaha itu DOKTOR, yang menentukan adalah DIA.
Ada sahabat meminta untuk dibelikan buku ini jika ke PABKL. Saya tunaikan. Upahnya, saya baca buku ini dahulu sebelum diposkan. Ehehe!
Sama seperti buku Diagnosis sebelumnya, tidak ada kesinambungan antara ketiga-tiga buku. Jadi, kalau mahu membaca siri Diagnosis bermula dari buku ketiga ini, tidak ada masalah.
Tulisan Dr Fahd, menarik. Saya senang membacanya.
Tulisan Dr Hayati, seperti fiksi. Masih, sesuatu yang menarik untuk dibaca.
Cuma, saya mula "terganggu" dengan tulisan doktor ketiga, Dr Jack. Saya jadi tertanya-tanya, apa sebenarnya tujuan buku ini ditulis? Mahu mengkisahkan hal-hal kedoktoran, atau mahu menakut-nakutkan pembaca akan kerjaya sebagai seorang doktor. Saya rimas (sebenarnya cerita-cerita dari doktor yang lain juga) akan cerita yang tidak sudah-sudah perihal penat, tidak cukup tidur, masyarakat yang tak menghargai dan segala macam kisah "dunia sengsara" seorang doktor.
Betul. Tidak siapa pun boleh menafikannya. Doktor, guru, polis atau mana-mana pekerjaan yang melibatkan perkhidmatan awam sentiasa menjadi isu perbualan. Masyarakat mengumpat doktor, doktor mengumpat pesakit. Apa kerjaya sekalipun, umpat-mengumpat ini sudah lumrah.
Ini sudah buku ketiga, jadi sepatutnya hal-hal ini tidak perlu diulangcerita lagi. Sepatutnya, beri panduan dan dorongan supaya kerjaya doktor ini terus menjadi pilihan dalam ruangan cita-cita, diiringi dengan nawaitu dan jangkaan yang betul.
Dr Jack Naim always a downturn to me. I don't know maybe we don't have the same view in life.. His writings are always a bit off, bought this book as I wanted to read doctors experience in medical field, and based on the theme i guess how they dealt with death. Dr Jack oh Dr Jack. I don't need your back story telling on each cases for how they die. But on a positive note, the way you telling your story has improved much from last time. Congrats I guess..
Bukunya okay-okay saja.. ada yang menusuk ke hati terutama sekali berkaitan seorang ayah.. Kali ini lebih pada kematian.. Betapa dekatnya tugas seorang doktor dengan kematian..
Diagnosis Mortuari berkisarkan tentang dunia perubatan dengan sebuah alam yang sangat dekat dengan mereka, iaitu alam kematian. Pekerja perubatan adalah insan yang sering berhadapan dengan detik-detik Izrail mencabut nyawa, sedangkan mereka dalam tugas dan tanggungjawab dengan sedaya upaya untuk menyelamatkan nyawa pesakit. Tugas sebagai seorang doktor bukan hanya merawat pesakit, tetapi juga mengingatkan kita tentang kematian, yang mana kita selalu sahaja leka dan lalai dari mengingatinya. Justeru, sentiasalah kita beringat dengan alam kematian. Buku ini memberi peringatan yang sangat penting untuk diri kita. Kematian sangat hampir dengan kita. Cuma kita sahaja yang tidak perasan malaikat Izrail berlegar-legar di sekeliling kita.
The series of Diagnosis always be my fav. Alhamdulillah setakat ni dah ada semua series hahaha.. So Diagnosis 3, Mortuari bermaksud rumah mayat. Jadi aku sangka semua cerpen dalam buku ni berkisarkan kisah seram di rumah mayat. Rupa-rupanya jauh tersasar jangkaan gue !
Diagnosis 3 Mortuari adalah kompilasi pengalaman para penulis dalam menghadapi kes kematian sepanjang tugasan mereka. Memang menginsafkan dan mengingatkan kita sebagai pembaca, kematian boleh berlaku bila-bila masa. Mungkin lepas aku taip review ni, aku akan mati. Yeah who knows ? Nauzubillah.
Ada 2 cerpen yg jadi favourite aku dalam Diagnosis 3 :
1. Berselisih Dengan Izrail - mengisahkan bagaimana seorang Dr yg menyaksikan the numbers of death yang bersilih ganti dalam masa satu hari. Sangat menyesakkan dada bila baca cerpen ni ! "Bagaimana rasanya bila Izrail melintas di depan kita ?" Allah !
2. Jarum Yahudi - aku suka cerpen ni sebab penulis educate pembaca pasal info & kepentingan vaksin. Santai dan mudah difahami. Yelah sekarang kan banyak golongan antivax jadi kita kena persiapkan pengetahuan supaya tak terpedaya InsyaAllah..
Hasil karya dari pengalaman 3 orang doktor. Sejujurnya, saya lebih suka nukilan Dr Fahd di mana banyak technical terms yang boleh dipelajari /jarang didengar oleh layman. Contoh : Acute coronary syndrome = serangan jantung. SOB = shortness of breath MO = doctor senior BHT = bed head ticket (hospital patient folder) Acute pulmonary oedema = paru2 berair Patient asystole = degupan jantung berhenti. Uncontrolled DM = kencing manis tak terkawal.
Saya suka buku ini terutamanya cerita-cerita daripada Fahd Razy. Setiap bab yang ditulisnya meninggalkan kesan dan jalan cerita sungguh baik. Ya, Fahd Razy seorang penulis yang tidak perlu diperkenalkan.
Tulisan penutup daripada Jack Naim juga istimewa. Luahan dan dedikasi untuk seorang teman.
Banyak yang boleh dikutip pasti daripada buku ini.
Kepenatan ? Keletihan ? Semua itu tidak pernah dihiraukan apabila telah bergelar sebagai seorang doktor. Saban hari berhadapan dengan kesakitan, penderitaan mahupun kematian menjadikan diri seorang doktor begitu kental jiwanya biarpun kadangkala turut dibuai emosi. Bagaimana rasanya apabila melihat malaikat maut melintas di hadapan kita ?
Buku ini menceritakan pengalaman tiga orang doktor perubatan. Bagaimana mereka menghadapi kehidupan seharian sebagai seorang doktor. Sentiasa sibuk. Kisah sedih, kematian dan kegembiraan mewarnai cerita mereka.
Jack Naim boleh stop jadi penulis & fokus jadi doktor je kot. tu pun sikap kena ubah. kau punya rasis, seksis & misoginis tu memang on the top of the world ke? orang lain elok je, best je baca sampai part kau potong gila lahh
Aku tak berapa gemar kisah yang diceritakan sebegini. Terasa macam fiksyen. Aku lagi suka cara Diagnosis dan Prognosis dipersembahkan. Lebih menarik dan terasa dekat dengan pembaca.
kali ni lebih sebak, menusuk kalbu kisah yang dibawa oleh 3 orang doktor ini.. Bermula dengan Dr Fadh, kisah berselisih dengan izrail cukup-cukup buat ku termanggu membacanya. Setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati dan itulah hakikat sebenar kehidupan. Kisahnya di bahagian O&G juga buat ku berasa betapa bersyukurnya dapat lahirkan anak2 yang sihat dan diriku pun masih bernyawa tanpa ada apa2 masalah.
Dr Noor Hayati pula lebih berkisar tentang kehidupan di luar sana yang menyebabkan manusia-manusia ini terlantar dihospital dan akhirnya gagal diselamatkan. Seperti kisah ingin mati syahid, ada antara ibu mengandung ini terpengaruh dengan home birth, konon kalau nak jadi apa-apa di hospital pun boleh jadi.. Konon bila waktu mengandung semua ok jadinya bersalin takkan ada masalah.. Dekat hospital ada bantuan.. Janganlah jadi bodoh judikan nasib anak dalam kandungan sebab terpengaruh dengan dakyah yang entah apa-apa..
Dr Jack Naim, kisah jarum yahudi memang kena sangat dengan fenomena yang berlaku sekarang. Ada antara mak bapak yang bijak pandai taknak bawak anak dapatkan vaksin, yg cucuk sampai umur baby dua tahun tu... Kang ku bodohkan jugak mak bapak yang macam ni. Kan MENCEGAH LEBIH BAIK.. tengok jer surat khaba2 dua tiga hari lepas, demam campak mula menjadi wabak semula.. Korang suka ke anak2 korang sakit macam-macam?.. Haa.. Kan sakit ati dah ni... Tapi kisah yg last sekali tu memang sebak baca... Bila sahabat baik pergi buat selama-lamanya... Hmm... Semua yang hidup pasti mati.... Itulah kenyataannya...
Gabungan kisah pendek dari tiga orang doktor. Menceritakan pengalaman masing-masing dalam cara yang tersendiri.
Antara ketiga-tiga penulis, saya lebih suka cara penulisan Dr.Fahd Razy dan Dr. Jack. Seolah-olah saya adalah dia. Apa yang dia rasai, dapat saya rasai.
Membaca tulisan ini, saya merasakan ketiga-tiga penulis bukan orang baharu dalam bidang penulisan.
Masing-masing seperti sudah punya pengalaman hinggakan saya tidak mempunyai sebarang masalah untuk menghadam apa yang ingin disampaikan. Pembacaan lancar tanpa ada sekatan di mana-mana. Tiada sebarang kecacatan dalam penggunaan bahasa yang saya kesan. Medical term yang disertakan dengan footnote untuk memudahkan pembaca memahami istilah yang digunakan.
Rata-rata dalam kisah ini menggunakan POV 3 dan ada juga yang menggunakan POV 1.
Paling menyentap urat rasa saya adalah cerita :
1. Berselisih Izrail 2. Expect The Unexpected 3. Surgical : Ikatan Yang Pedih 4. Kerana Dia Pesakit 5.Jarum Yahudi 6. Seteguk Chivas, Segelas Vodka 7. Selamat Jalan Sahabatku 8. Surat Untuk Abah
Dua tulisan di dalam cerita ini buat saya berfikir panjang.
Apabila nyawa rakan sendiri yang terlantar di atas katil perlu diselamatkan - pasti saja bebanan emosi mereka yang terlibat lebih hebat.
Dan ya, siri ER, Grey's Anatomy kembali bermain di ruang fikiran. Itu tidak mudah!
Good job doctors!
Usai membaca, saya berfikir panjang. Betapa mencabarnya menjadi seorang pegawai perubatan.
Betapa kuatnya persiapan mental yang harus dilakukan dan bertapa banyaknya kerahan fizikal yang perlu dibuat.
My favourite chapters- Surgical: ikatan yang pedih, Jarum Yahudi dan Selamat tinggal sahabatku.
Buku ni okay-okay sahaja tapi nipis lah. Harga mahal woii
Of Surgical: ikatan yang pedih Pasal sorang houseman dgn sorang pesakit warga emas yang didiagnose upper GI ca. Both of them became closer day by day while in ward, maybe too much? Pakcik tu suruh si houseman tuh janji untuk jaga dia after dia keluar dari OT. He doesn't want any other doctors to take care of him. Apa2 jelah pakcik. Cerita ni cakap pasal reality. Pasal patients's relatives yang annoying haha
Of Jarum Yahudi Harap beri kesedaran kepada ibu-ibu dan bapak-bapak tentang pentingnya follow jadual imunisasi. Vaccination has nothing to do with kebangkitan dajjal dari Segi tiga bermuda.
Of Selamat tinggal sahabatku The writer tells us what a douche he was before (haha) and about his collegue/ friend who had passed away. Stating the obvious. Bergenang jugak lah mata ni.
I was hoping to read more about the lifetime experiances from these three writers as a doctor. Tapi yang banyaknya pasal cerita rekaan semata-mata. Tolak satu bintang. Satu lagi sebab nipis.
Being in healthcare provider or specifically a doctor give us the opportunity to say hello & wave goodbye to Death. This is not a pleasent moment to be dealt with.
But other people wouldn't understood how we still able to put a straight face & even continue working despite working hard confronting as day to day basis.
Just hoping more people would try to understand healthcare providers of such burdens & would remind them that we are only human.
Buku kisah perubatan yang baik. Banyak iktibar yang boleh diambil sebagai manusia. Menyentuh hati terutamanya pada bab 'Dunia Belum Berakhir' dan 'Selamat Jalan Sahabatku'.
Buku ketiga yang masih tetap menarik. Dicadangkan untuk yang berminat dengan kerjaya kedoktoran atau apa saja profesion yang berkaitan dengan bidang perubatan.
Tulisan demi tulisan dibaca, persoalan hati makin bertambah. Nampaknya bukan aku sahaja yang bertanya dan jawapan untuknya tetap sama. Aku berserah pada Yang Esa.