Jump to ratings and reviews
Rate this book

Ku Akad Kau Dengan Bismillah

Rate this book
Menjadi seorang Hannah atau Raisya Hannah Abdul Halim bukan mudah. Maruahnya luruh sekelip mata. Di sampingnya, lelaki tidak dikenali tanpa sehelai benang melilit tubuhnya.

Apa dayanya tika itu. Hanya tangisan mengiringi. Hatinya lumat, jiwanya hancur. Maruahnya tercemar. Kerana peristiwa itu dia nekad membawa diri. Meninggalkan segala yang disayangi di bumi bertuah.

Menjadi Luth Mikail juga bukannya mudah. Gadis itu tidak dikenali tetapi gadis itu terjerat dengan musuh perniagaannya. Tatkala dia bangun pagi itu semuanya musnah. Reputasi dirinya hancur dek khianat dan benci.

Lima tahun dia mencari gadis itu. Mengusung bersama penyesalan yang bukan sedikit. Kerana dia, gadis tak berdosa menjadi mangsa. Kerana dia juga seluruh hidup gadis itu musnah dan kerana gadis itu juga dia berubah.

Pertemuan yang tidak diduga membuatkan jiwa Luth Mikail yang mati selama ini hidup kembali. Mereka disatukan tetapi lelaki itu tahu jiwa wanita bernama Raisya Hannah sudah lama mati.

“Abang mohon maaf atas semua kesalahan abang selama ini. Abang mengambil setiap kesalahan abang itu sebagai hukuman untuk abang,” – LUTH MIKAIL
“Awak ingat senang-senang untuk saya maafkan awak? Lima tahun saya membenci diri sendiri. Jijik dengan tubuh sendiri. Walaupun dicuci dan dibilas dengan berbaldi-baldi air belum tentu mampu menghilangkan kekotoran itu,” – HANNAH

Bagaimana kesudahan cerita mereka. Mampukah Luth Mikail melenturkan kebencian si isteri dan mampukah Hannah berterusan membenci suami sendiri. Mampukah mahligai itu bertahan? Semua itu terjawab dalam Ku Akad Kau Dengan Bismillah.

584 pages, Paperback

First published January 1, 2016

Loading...
Loading...

About the author

Wawa Akil

13 books21 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
19 (43%)
4 stars
16 (36%)
3 stars
7 (15%)
2 stars
0 (0%)
1 star
2 (4%)
Displaying 1 - 4 of 4 reviews
Profile Image for wind .
4 reviews1 follower
July 20, 2016
Saya secara personal amat menyukai semua novel penulis ini. Bermula dari Bunga Bunga Bahagia, Jodoh Daripada Dia, dan Mimpi Kita Sama, semuanya saya suka. Novel ini merupakan novel ke-4 daripada penulis Wawa Akil. Novel ini juga tidak lari dari tema kekeluargaan yang sering dipaparkan oleh penulis dalam novel-novelnya. Kisah Raisya Hannah dan Luth Mikhail yang disatukan dalam keterpaksaan selepas diperangkap oleh musuh perniagaan Luth Mikhail sendiri. Banyak rahsia yang disimpan oleh Hannah daripada Luth Mikhail. Saya bagi 5 bintang. Terima kasih atas novel yang best ni! Cerita ni mudah dihadam dan konflik pun tak berapa berat sangat dan saya sangat recommend buku ini untuk dibaca oleh semua orang.
Profile Image for Fariza Umaira.
129 reviews7 followers
March 21, 2023
Jalan cerita memang dah boleh agak. Kena tangkap basah tapi dalam novel ni hero dan heroin dianiaya kerana dendam bekas pekerja di syarikat hero. Dalam masa 5 tahun, Hero insaf dan kahwin dengan Heroin untuk bertanggungjawab. Mula-mula tak suka, lama-lama jatuh cinta.

Tapi.. Maaf ya puan penulis. Banyak betul kesalahan ejaannya sampai mengganggu mood membaca. Saya beli dan baca novel cetakan kedua Januari 2017. Yang dapat dipuji, bila baca dialog macam kita sendiri tengah bercakap. Harap dapat diperbaiki sebab ini novel ke-4 dan puan penulis sendiri merupakan bekas penyunting akbar arus perdana.

Akhir sekali, terima kasih sebab dah tulis novel setebal 584 muka surat. Jangan berputus asa! Hwaiting!
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for W. N. Izzaty.
1,371 reviews71 followers
June 17, 2026
[eBOOK 14_2026]

Ku Akad Kau Dengan Bismillah by Wawa Akil.
.

Setahu aku, buku ni pernah diterbitkan pada tahun 2016. Lepas tu, jadi drama adaptasi. Sebab tu, buku diterbitkan semula pada tahun 2023.
.

Walaupun yang aku baca ni versi 2023, aku rasa jalan ceritanya sama je dengan tahun 2016.
.

5 tahun lepas, Hannah dan Mikail pernah ditangkap dalam keadaan mengaibkan di atas katil. Sebenarnya mereka diperangkap.
.

Lepas tu Hannah melarikan diri ke Sabah, sementara Mikail masih mencarinya untuk bertanggungjawab.
.

Bila jumpa semula, Mikail ni jenuh memujuk, sampailah Hannah setuju untuk kahwin.
.

Bila dah kahwin, mulanya Hannah tak suka. Tapi lama-lama jatuh cinta jugak la dengan Mikail yang sweet romantik ni.
.

Dalam pada menyulam kebahagiaan tu, orang yang bertanggungjawab terhadap kejadian 5 tahun lepas, masih tidak henti mengganggu mereka.
.

Siapakah dalang kejadian tersebut?
.

Kenapa aku cakap yang aku rasa cerita ni macam cerita 10 tahun lepas je?
Sebabnya plot cerita ni predictable.
.

Bagi aku, jalan ceritanya agak meleret. Terutamanya part sweet suami isteri tu pun, rasa agak cringe.
.

Part dalang kejadian tersebut tu pun, takde la dramatik sangat pembongkarannya.
.

Overall, kalau aku baca cerita ni, 10 tahun lepas, mungkin aku bagi rating yang lebih tinggi.
.
Profile Image for lyra_amethyst.
3 reviews
May 3, 2026
assalammualaikum,

actually saya 1st time baca karya awak. novel KAKDB, banyak buat saya gelak dengan character Luth Mikail atau digelar sebagai Aldof Hitler yang suka menyakat wife dia iaitu Raisya Hannah.

mostly cerita ni banyak ke arah kekeluargaan which is memang fav genre saya. tak terlalu berat, mostly character dalam KAKDB memang kelakar. especially time Luth balik kampung Hannah. memang jakun habis.

plot yang tak sangka iaitu sepupu Hannah, Maira dan Manan adalah punca kisah 5 tahun yang lalu. angkara dendam dan angkara seorang lelaki, orang lain jadi mangsa.

btw love dengan karya akak.. 😍😍
Displaying 1 - 4 of 4 reviews