Ramai pelabur yang melabur dalam pasaran saham tidak membuat sebarang penyelidikan sebelum membeli saham. Mereka mendengar nasihat broker, saudara-mara atau bisikan khabar angin daripada rakan-rakan tanpa menyiasat kesahihannya. Mereka tidak sedar bahawa pelaburan sebegini mengundang risiko. Ramai orang sanggup mluangkan banyak masa membandingkan harga dan kualiti barangan di pasar raya. Namun apabila membeli saham, mereka malas untuk membuat penilaian dan analisis sewajarnya.
Pelajari: -Membuat persediaan sebelum melabur -Mendapat sumber maklumat berguna untuk membuat penilaian -Memilih dan menilai saham -Menetukan harga dan masa paling sesuai untuk membeli -Membuat keputusan untuk menjual saham -Mempelbagaikan pelaburan -Membuat portfolio saham dan aset anda
Buku ini menjelaskan satu-persatu asas pelaburan saham dari awal hingga akhir. Bermula daripada persiapan awal hingga ke ganjaran-ganjaran saham. sangat sesuai kepada pelabur amatur yang baru hendak berjinak-jinak dengan pelaburan saham. Buku ini lebih tertumpu kepada teknik analisis asas saja.
Apa yang paling menarik dalam buku ini bagi saya, ianya tidak mengajar pembaca untuk ikut membuta tuli apa yang dikatakan oleh orang lain. Dengar boleh tapi kena kaji dulu sebelum ikut. Penulis juga tidak memaksa pembaca untuk melabur saham tetapi di nasihatkan untuk menilai dahulu. Contohnya membandingkan dulu prestasi pelaburan saham pembaca dengan keuntungan daripada unit amanah.