Jump to ratings and reviews
Rate this book

Antara Sejarah dan Mitos: Sejarah Melayu & Hang Tuah dalam Historiografi Malaysia

Rate this book
Sulalat u’s-Salatin atau Sejarah Melayu, bersama-sama dengan Hikayat Hang Tuah adalah dua buah karya klasik agung orang Melayu yang tidak perlu ditekankan peri pentingnya dalam sejarah kebudayaan bangsa itu. Dihasilkan pada abad ke-16 dan ke-17, karya yang asalnya ditulis berperingkat-peringkat dengan berdasarkan tradisi lisan, masing-masing telah menjadi rujukan utama dalam pengajian sejarah dan kebudayaan bangsa Melayu. Kendatipun banyak orang menganggap Sejarah Melayu sebagai sebuah karya sejarah yang bona fide, dan ramai pula yang menganggap Hikayat Hang Tuah adalah epik sejarah yang benar-benar meriwayatkan petualangan Laksamana Melaka yang hidup antara abad ke-15 dan ke-16, namun usaha membicarakan dua teks Melayu klasik ini tidak pernah dibuat secara kritis untuk menentukan dengan pasti sejauh mana Sejarah Melayu dapat dianggap sebagai sumber sejarah yang boleh dipercayai, dan sejauh mana pula manusia yang bernama Hang Tuah itu benar-benar wujud dalam sejarah. Mungkinkah kewujudan Hang Tuah itu hanya berasaskan kepercayaan banyak orang, setelah terpengaruh oleh Hikayat Hang Tuah yang pernah tersebar secara meluas di serata pelosok dunia Melayu semenjak tidak kurang daripada empat abad yang lalu?

Buku Antara Sejarah dan Mitos yang bernada kritis ini ditulis oleh seorang sejarawan yang cuba merungkai persoalan kebolehpercayaan Sejarah Melayu sebagai sumber sejarah yang utuh, dan juga menganalisis secara kritis kewujudan Hang Tuah dalam sejarah silam Melaka bagi menentukan sama ada figur ini adalah benar-benar tokoh sejarah ataupun semata-mata tokoh yang dimitoskan sahaja.

212 pages, Paperback

First published January 1, 2016

11 people are currently reading
117 people want to read

About the author

Ahmat Adam

13 books12 followers
Datuk Dr. Ahmat Adam ialah Profesor Emeritus dalam bidang Ilmu Sejarah yang mula bergiat menulis sejak 1970an. Lulusan dari School of Oriental & African Studies ini telah menghasilkan 19 buah buku ilmiah, termasuk antaranya, Hikayat Raja Pasai (SIRD, Petaling Jaya, 2019), Hikayat Hang Tuha (Atau Hikayat Hang Tua) (SIRD, Petaling Jaya, 2018), The New & Correct Date of the Terengganu Inscription (SIRD, Petaling Jaya, 2017), Suara Minangkabau (Penerbit Universiti Malaya, 2012), Letters of Sincerity: The Raffles Collection of Malay Letters (1780 – 1824) A Descriptive Account With Notes and Translation, MBRAS, Kuala Lumpur, 2009), Sejarah Awal Pers dan Kebangkitan Kesadaran Keindonesiaan (Hasta Mitra & Perwakilan KITLV, Jakarta, 2003), dan resensi terbaru Sulalat u’s-Salatin (Yayasan Karyawan, Kuala Lumpur, 2016) yang berasaskan naskhah Krusenstern, yang kini tersimpan di Perpustakaan Arkib Naskhah-Naskhah Oriental di St. Petersburg, Russia.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
15 (36%)
4 stars
18 (43%)
3 stars
5 (12%)
2 stars
2 (4%)
1 star
1 (2%)
Displaying 1 - 10 of 10 reviews
Profile Image for Zawani.
82 reviews22 followers
February 7, 2017
Suatu kajian ilmiah yang sangat menarik dan kontroversi daripada Prof Ahmat Adam. Dalam proses pembuktian sesuatu sejarah, metodologi dan bahan yang dikaji sangat memainkan peranan yang penting. Sejarah seharusnya bersifat objektiviti dan tidak memihak kepada sesiapa serta perlu dibuktikan dengan bukti yang sahih dan meyakinkan. Mitos dan lagenda pula perlu dibezakan dan tidak wajar dicampuradukkan bersama sejarah.

Di dalam buku ini, Prof Ahmat Adam cuba mempertikaikan beberapa kenyataan yang dikatakan sebagai 'sejarah' tentang Tanah Melayu; kewujudan Hang Tuah dan sahabatnya. Metod yang digunakan oleh Prof Ahmat Adam lebih kepada metod filologi (ilmu yang mempelajari bahasa dalam sumber-sumber sejarah) dan sumber utama yang dikaji adalah tulisan Sulalatus Salatin (juga disebut sebagai Sejarah Melayu) naskah Krusenstern yang tersimpan di Arkib Institut Manuskrip Oriental, Saint-Petersburg Rusia. Naskah Krusenstern ini juga turut dibuat perbandingan bersama naskah yang lebih popular; naskah Raffles No.18, naskah Shallebear dan Abdullah Munsyi.

Antara yang mengejutkan, bukan sahaja kewujudan Hang Tuah dan sahabat-sahabatnya sahaja yang diragui malah penulis asal kepada Sulalatus Salatin (dalam kes ini merujuk pada Tun Seri Lanang) juga turut dipertikaikan. Menurut Prof Ahmat Adam, kesilapan-kesilapan besar dalam transliterasi karya Sulalatus Salatin ke dalam Bahasa Melayu moden (peralihan daripada huruf jawi ke rumi umpamanya) telah menyebabkan banyak istilah dan nama yang tersasar daripada makna sebenar. Hal ini kerana banyak perkataan di dalam Sulalatus Salatin yang berasal daripada Jawa Kuno (Kawi). Ini menunjukkan betapa pentingnya penguasaan bahasa lama untuk mendalami dan mengkaji sejarah.

Beliau juga turut mengkritik sesetengah pihak yang menipu penemuan kononnya makam Hang Tuah di Tanjung Keling yang sebenarnya tidak pernah pun dibuktikan dengan kajian terperinci seperti kajian arkeologi (tulang) mahupun DNA. Prof Ahmat Adam juga mengingatkan bahawa tidak wajar Sulalatus Salatin dianggap sebagai kitab sejarah kerana kewujudan banyak mitos seperti peristiwa peminangan Puteri Gunung Ledang, kedatangan Puteri Hang Li Po ke Melaka (puteri ini tidak pernah wujud dalam sejarah China), kisah Wan Empu dan Wan Malini dan banyak lagi. Sebaliknya karya Sualatus Salatin perlu dilihat sebagai karya sastera klasik dan bukannya kitab sejarah.

Buku ini saya kira antara buku wajib baca sekurangnya pada mereka yang ingin mengkaji lebih lanjut tentang kebenaran lagenda Melayu Hang Tuah supaya tidak senang-senang menanggapi mitos sebagai sejarah.
Profile Image for Syahiran Ramli.
221 reviews14 followers
August 19, 2019
Setiap ilmu mempunyai disiplin ilmu yang tersendiri yang mana kita biasa faham dalam bidang agama; sesuatu hadith itu perlu melihat siapa perawinya dan sanad bagi menentukan ketulenan/sahih sebelum boleh dijadikan rujukan (secara ringkas). Tidak terkecuali dalam bidang sejarah, sesuatu maklumat/fakta perlu melalui beberapa tapisan contohnya salinan manuskrip/dokumen, penemuan artifak dan sebagainya sebelum dapat diterima dan dijadikan sebagai fakta yang benar.

Di dalam buku ini penulis membawa pembaca untuk mengenal apa makna itu sejarah yang benar, membuat perbandingan naskah Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu) versi Krusenstern dengan versi Raffles, Shellabear dan Abdullah Munsyi, dan merungkaikan kekeliruan tentang kewujudan Hang Tuah sama ada figur tersebut benar-benar wujud ataupun sekadar mitos sahaja.

Bab yang menarik minat saya tentunya tentang persoalan kewujudan Hang Tuah itu sama ada betul-betul pernah menjadi Laksamana kerajaan Melaka ataupun tidak. Penulis menjelaskan bahawa penyalin Sejarah Melayu terdahulu melakukan kesilapan dalam merumikan tulisan asalnya iaitu jawi yang menyebabkan berlakunya salah faham tentang kewujudan Hang Tuah. Sebaliknya penulis merungkaikan Hang Tuah (ta, wau, ha) disebut sebagai Hang Tuha dan Hang Toh sesuai dengan gelaran yang menjadi kepercayaan kepada Sultan Melaka, bukannya nama asal Laksamana tersebut.

Orang dahulu pantang namanya disebut atau diberitahu pada orang ramai sementelah waktu tersebut orang menggunakan nama penuh untuk disihir (kepercayaan menukarkan nama bagi mengelakkan sial/sakit). Begitulah juga nama Hang Tuha/Hang Toh bukanlah nama sebenar sebaliknya hanyalah gelaran yang mulia.

Terlalu banyak perkara baru bagi saya dalam buku ini yang saya kira cukup terhad untuk saya kongsi dan buku ini bagi saya wajar untuk dibaca bagi peminat sejarah utamanya.
Profile Image for Norziati.
Author 9 books84 followers
September 9, 2016
​Saya beberapa kali berpeluang mendengar Prof. Emeritus Dr. Ahmat Adam membentangkan kertas kerja tentang Hang Tuah dan Sejarah Melayu (SM) / Sulalat al-Salatin (SS) atau berkesempatan berada dalam seminar tatkala beliau hadir sebagai peserta, yang setiap kali itu juga beliau akan bangun memberikan pandangan dan melontarkan kritikan. Ramai tidak menyenangi cara Prof. Emeritus Dr. Ahmat Adam bersuara kerana caranya keras dan berbisa, tetapi jika kita tahu 'hakikat semulajadi orang Melaka', apatah lagi terdidik di SOAS diperingkat MA dan PhD, maka kita perlu tahu dari mana datangnya sifatnya yang tajam dan menghiris itu.

Karya terbaru beliau ini, Antara Sejarah dan Mitos: Sejarah Melayu & Hang Tuah dalam Historiografi Malaysia, cuma menghuraikan satu sisi pandangan yang lain terhadap sejarah dan pensejarahan Hang Tuah yang bersumberkan naskhah Sulalat u's-Salatin milik Krusenstern yang tersimpan di Arkib Institut Manuskrip Oriental di Saint-Petersburg, Rusia. Naskhah ini disalin di Melaka pada 1798 oleh tiga orang penyalin atas permintaan seorang pelajar Rusia berketurunan Jerman yang berkhidmat dalam angkatan laut Inggeris, Adam Johann Ritter von Krusenstern. Ketika itu Krusenstern berada di Melaka dan mendapat tahu bahawa SM merupakan sebuah karya agung orang Melayu lalu berhasrat memilikinya sebagai hadiah.

Prof. Emeritus Dr. Ahmat mempersembahkan buku ini kepada pembaca agar dapat menilai aspek-aspek penting dan kaedah-kaedah tertentu dalam membaca sejarah agar kita dapat membezakan antara mitos dan fakta. Oleh yang demikian, beliau memperhalusi bacaan terhadap naskhah Krusenstern supaya bacaan yang tepat dan kritis dapat dibuat terhadap perkataan-perkataan yang selama ini telah dianggap tersalah baca sehingga berlaku banyak kesilapan mentransliterasikan naskhah SS yang ada. Ini sekaligus membantu beliau membetulkan beberapa pandangan terhadap sosok Hang Tuah lalu meninjau persoalan mitos yang ditimbulkan melalui perbandingan dengan teks SM/SS yang lain, khususnya naskhah Raffles MS . No.18 yang dianggap naskhah tertua dan paling banyak dibicarakan sarjana.

Tidak hairanlah, beliau mengemukakan pandangan bahawa ejaan Jawi bagi Hang Tuah (t/w/h) bukan dibunyikan dengan 'tuah' tetapi 'tuha' atau 'toh'. Sebab-sebab mengapa patut dibunyikan begtu telah disampaikan dalam satu bab khusus, diikuti dengan persoalan benarkah 'pahlawan Melayu' ini wujud. Perlu diingatkan, tulisan beliau sangat berbeza dengan personalitinya di luar yang keras dan tajam, kerana buku ini dipersembahkan dengan teratur, kemas dan tersusun sesuai dengan tujuan kajiannya, iaitu "mengetengahkan persoalan kebenaran sejarah dalam naskhah agung Sulalat u's-Salatin khususnya, dan cuba membicarakannya dalam konteks perbandingan antara historiografi dengan mitologi, dua tema yang menyentuh hal yang membabitkan historografi Malaysia tradisional". (hal. x).

Beliau turut mengemukakan pandangan terhadap tarikh pembukaan Melaka yang lebih awal berbanding 1401 dan makam Hang Tuah yang dikatakan terdapat di Tanjung Kling; pengaruh bahasa Jawa dan teks panji, kebijaksaan pengarang Sejarah Melayu dan pantangan menyebut nama (tabu perkataan) yang menjadi satu persoalan besar yang dibangkitkan tentang nama Hang Tuah dan gelaran Laksamana serta gelaran pembesar yang lain.

Sesuai dengan sifatnya sebagai seorang sarjana sejarah, Prof. Emeritus Dr. Ahmat berulangkali mengingatkan agar dapat membezakan antara dua disiplin, iaitu sejarah dengan mitologi agar terhindar dari sebarang kekeliruan dalam membaca dan mentafsir sejarah. Beliau memetik kata Ibn Khaldun yang terdapat dalam Mukaddimah sebagai panduan, "orang-orang yang tidak berhak melibatkan diri dengan sejarah...memasukkan dalam buku-buku mereka gosip yang tidak benar yang mereka fikirkan ataupun yang mereka reka secara bebas dan palsu."

Profile Image for Mat Jack.
38 reviews6 followers
May 15, 2016
Aku baca Sejarah Melayu edisi WG Shelabear. Aku juga baca Sulalatus Salatin yang diselenggarakan Abdul Samad Ahmad. Tapi aku tak pernah baca Sejarah Melayu yang dikatakan sebagai naskhah Krusenstern. Dan, buku Antara Sejarah dan Mitos: Sejarah Melayu & Hang Tuah dalam historiografi Malaysia yang ditulis oleh Prof Emeritus Dr. Ahmat Adam ini menjadikan naskhah Krusenstern sebagai naskhah yang dirujuk. Sejarah Melayu versi ini tersimpan di Arkib Institut Manuskrip Oriental di Saint-Petersburg, Rusia. Naskhah ini dikatakan disalin oleh Haji Muhammad Tahir al-Jawi, Muhammad Zakat Long dan Ibrahim Jamrut pada tahun 1798, di Melaka. Krusenstern ini ialah seorang pelayar Rusia.

Sebenarnya, aku tertarik akan buku ini kerana berlakunya polemik antara penulisnya dengan beberapa orang sarjana tempatan yang lain tentang berkaitan dengan kewujudan tokoh yang bernama Hang Tuah. Profesor Emeritus Dr. Hashim Musa

Buku yang diterbitkan Strategic Information and Research Development (SIRD) ini secara anatominya dibahagikan kepada lapan bab. Ia juga mengandungi Prakata yang ditulis oleh penulis, senarai singkatan yang digunakan, penghargaan kepada pihak-pihak yang membantu penulis dan juga ortografi yang digunakan oleh penulis. Selain itu, pada bahagian akhiran buku ini dimasukkan glosari, bibliografi dan juga indeks. Dengan kata lain, buku ini memenuhi kriteria untuk dimasukkan ke dalam kategori buku ilmiah.

Pada Bab 1 buku ini yang bertajuk "Apakah Sejarah?", pengarang membicarakan secara ringkas tentang seputar definisi sejarah dan pensejarahan. Dalam bab ini juga pengarang menyentuh tentang pensejarahan di Alam Melayu terutamanya yang melibatkan teks/naskhah yang menjadi sumber rujukan para sejarawan. Beberapa buah teks hikayat Melayu dinyatakan oleh penulis untuk menguatkan hujah pembicaraan beliau dalam topik yang dibicarakan dalam bab ini. Pada bab ini, bolehlah dikatakan yang penulis ingin memahamkan pembaca tentang beberapa prinsip asas dalam ilmu sejarah dan pensejerahan.

Bab 2 ialah "Memperkenalkan Sejarah Melayu Naskhah Krusentern". Pada bab ini penulis telah membandingkan Sejarah Melayu versi Shelabear, Raffles dan Abdullah Munsyi. Ada beberapa aspek yang telah dibandingkan oleh penulis. Di sini, disiplin filologi telah digunakan oleh penulis. Perbincangan yang dibuat oleh penulis agak menarik dan disandarkan kepada beberapa fakta yang disimpulkan. Dalam bab 2 ini, Dr. Ahmat Adam mendakwa yang beliau telah menyelongkar beberapa perkara yang selama ini terselindung dan tidak diketahui oleh orang ramai. Berlakunya hal yang sedemikian kerana beliau mendakwa yang para pengkaji dan sarjana sebelum ini telah salah membawa huruf jawi bentuk lama yang lazimnya tidak mewajibkan penggunaan vokal dalam sesuatu perkataan yang dibicarakan.

Pada Bab 3, penulis telah menajukkannya sebagai "Tersilapkah Anda Membaca 'Sejarah Melayu' Selama ini?" Bab ini sebenarnya berasal daripada kertas kerja yang telah dibentangkan oleh penulis di Dewan Bahasa dan Pustaka, dalam Seminar 400 tahun Sulaltus Salatin. Sebenarnya, secara keseluruhanya, subjek yang menjadi perbicaraan oleh penulis adalah hampir sama dengan dengan subjek perbincangan dalam Bab 2. Penulis masih lagi mendakwa yang sarjana dan pengkaji Sejarah Melayu telah membuat transliterasi yang tidak tepat terhadap versi-versi naskhah yang menjadi kajian mereka. Dr. Ahmat Adam yang menulis buku ini masih lagi mendakwa yang Sejarah Melayu versi Krusentern ialah naskhah yang paling hampir dengan teks asal Sejarah Melayu.

Bab 4, "'Sejarah Melayu' sebagai Sumber Tarikh Pembukaan Melaka?", membincangkan tentang penggunaan "Sejarah Melayu" sebagai sumber rujukan untuk menentukan tarikh pembukan Melaka. Oleh sebab terdapat lebih 32 versi "Sejarah Melayu", terdapat juga perbezaan tarikh atau masa antara teks tersebut. Perkara lain yang diberi perhatian oleh Dr. Ahmat ialah tentang banyaknya mitos yang terdapat dalam "Sejarah Melayu" yang sekali gus menjadikan "Sejarah Melayu" tidak "suci" untuk dijadikan sumber rujukan sejarah.

Bab 5 bertajuk "Mitos, Makna, dan Keindahan Dalam Teks 'Sejarah Melayu'". Pada bab ini, Dr. Ahmat mendakwa wujudnya kelompongan dalam pentafsiran mitos yang terdapat dalam Sejarah Melayu. Maksudnya, para pengkaji yang sebelum ini telah memberi pentafsiran yang kurang tepat terhadap mesej atau perlambangan yang terdapat dalam mitos yang dimasukkan dalam Sejarah Melayu.

Bab 6 ini merupakan bab yang paling menarik dan menarik banyak sarjana dan pengkaji untuk menyanggahnya sehingga menimbulkan polemik yang agak panas. Bab ini bertajuk "Betulkah Hang Tuah [sic] Wujud?. Kewujudan simbol "[sic]" yang digunakan secara konsisten oleh Dr. Ahmat pada hujung ejaan nama Hang Tuah sudah jelas menunjukkan pendirian yang dipegang oleh Dr. Ahmat berkaitan Hang Tuah. Antara fokus yang diberikan oleh Dr. Ahmat dalam bab ini adalah tentang nama "Hang Tuah" itu sendiri. Dr. Ahmat telah membuat beberap argumentasi terhadap nama Hang Tuah. Bagi beliau, selama ini kebanyakan orang telah tersilap dalam menyebut nama "Hang Tuah". Bagi Dr. Ahmat, yang betulnya ialah "Tuha" yang bererti "tua" dan "pemimpin". Sekali lagi Dr. Ahmat menegaskan kesilapan dalam membuat transliterasi terhadap t/w/h/. Dr. Ahmat berpandangan, selain t/w/h/ disebut "tuha", ia juga boleh disebut "toh" yang membawa maksud "toh", iaitu yang membawa erti "taruhan" atau "petaruh", seperti orang yang dijadikan taruhan dalam pertempuran atau pertandingan.
Selain hujah yang di atas, Dr. Ahmat juga menolak kewujudan Hang Tuah dengan berhujah bahawa tiadanya kosa kata "tuah" dalam mana-mana teks sastera Melayu lama. Beliau berhujah bahawa, kata yang membawa maksud keuntungan, tuah atau nasib baik dalam teks yang lebih tua ialah "bhagya" ,"bahagya", "atau "bahage". Selain itu, Dr. Ahmat juga mendakwa nama-nama sahabag Hang Tuah yang lain iaitu Jebat, Kesturi, Lekir dan Lukewa (dalam Sejarah Melayu dan Hikayat Hang Tuah ditulis Hang Lekiu), ialah pengaruh daripada Kawi, cerita Panji dan juga pengaruh Mahabarata dan Ramayana. Premis hujah yang digunakan oleh Dr. Ahmat ialah dengan memberi makna bagi setiap nama sahabag Hang Tuah itu, dan kemudiannya mengaitkannya dengan cerita Panji atau Kawi. Selain itu, Dr. Ahmat juga menyusun hujahnya dengan mengaitkannya dengan pengaruh daripada cerita-cerita Panji.
Pada bab ini, Dr. Ahmat Adam dengan tegas mengatakan yang watak Hang Tuah ini sebenanya tidak wujud. Ia hanyalah watak ciptaan "penulis" Sejarah Melayu yang bertujuan antaranya adalah untuk mengangkat imej Sultan dan kerajaan Melaka. Selain itu, watak ini dicipta bagi menunjukkan yang orang-orang Melayu sangat taat akan raja mereka dan sanggup melakukan apa-apa sahaja, hatta membunuh sahabat baik sendiri. Cuma yang agak menariknya, Dr. Ahmat secara tegas menolak akan kewujudan seorang tokoh berjawatan Laksamana yang bernama Hang Tuah, tetapi beliau tidak menolak akan kewujudan Laksamana tersebut. Cuma bagi Dr. Ahmat, Laksamana itu bukannya bernama Hang Tuah, tetapi seseorang yang tidak dapat dikenal pasti namanya dengan jelas.

Pada Bab 7, "Nota Ringkas tentang Makam Hang Tuah [sic]", Dr. Ahmat dengan tegas wujudnya apa yang didakwa sebagai kubur atau makam Hang Tuah. Bahkan secara sinis, Dr. Ahmat mendakwa penemuan kubur sahabat-sahabat Hang Tuah yang lain di Melaka itu didorong oleh faktor pelancongan, iaitu menambahkan tempat pelancongan yangboleh dilawati oleh para pelancong. Tentang kubur Hang Tuah yang didakwa ada di Tanjung Keling, Dr. Ahmat menuntuk bukti yang lebih kukuh dan berwibawa, dan bukannya setakat mendakwa yang itu ialah kubur Hang tuah. Malah ada orang tempatan yang mendakwa, dia pernah mendengar cerita yang dituturkan dari mulut ke mulut yang kubur tersebut ialah kubur seorang orang pedagang Gujerat. Malah Dr. Ahmat juga menolak hujah-hujah yang dikemukakan oleh Prof Dr. Nik Hassan Suhaimi yang mengatakan kubur tersebut ialah kubur Hang Tuah.

Bab 8 ialah bab kesimpulan yang dikemukakan oleh Dr. Ahmat Adam. Beliau menyimpulkan hujah-hujahnya pada bab ini.

Secara keseluruhannya, buku yang ditulis oleh Prof. Emeritus Dr. Ahmat Adam ini sangat menarik untuk dibaca. Yang paling menariknya ialah, walaupun beliau menolak akan kewujudan tokoh yang bernama Hang Tuah, tetapi beliau tidak pula menolak akan kewujudan seorang "Laksamana", tetapi yang pastinya ia bukannya Hang Tuah. Cuma yang menjadi sedikit tanda tanya dalam hati aku ialah, Dr. Ahmat menolak akan laksamana itu bernama Hang Tuah, tetapi seorang tokoh lain yang tidak dikenal pasti namanya. Tapi pada kebanyakan argumentasi, Dr. Ahmat secara konsisten menolak kewujudan Hang Tuah dan ini sebenarnya sekali gus Dr. Ahmat juga menolak kewujudan tokoh "laksamana" yang lain itu. Misalnya, Dr. Ahmat menolak bahawa kubur yang ditemukan di Tanjung Keling itu sebagai kubur Hang Tuah, tetapi kenapa Dr. Ahmat tidak pula berhujah bahawa itu kubur "laksamana" yang menjadi misteri bagi Dr. Ahmat sendiri? Dalam hujah-hujahnya dalam hal ini seolah-olah memperlihatkan Dr. Ahmat juga turut sama menolak kewujudan "laksamana" yang menjadi misteri kepada beliau.
Selain itu, hujah yang diguna pakai oleh Dr. Ahmat tentang aspek transliterasi t/w/h/ sebagai "tuha" atau "tua" atau "toh" juga agak longgar. Beberapa aspek lingusitik sejarawi dan aspek rekonstruksi sesuatu kata tidak digunakan oleh Dr. Ahmat secara jelas. Begitu juga apabila beliau tidak mampu membahagikan genre Sejarah Melayu dan Hikayat Hang Tuah secara tuntas. Dr. Ahmat ialah seorang sarjana sejarah, tetapi beliau bukanlah seorang sarjana yang betul-betul menguasai lingusitik sejarawi dan kesusasteran formalistik, khususnya dalam mengkaji sesebuah teks/naskhah.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Kamalia Kamalia.
Author 17 books77 followers
March 31, 2021
Sebuah buku yang membuka mata. Paling suka bagaimana penulis menerangkan pantang larang orang Melayu dalam menyebut nama sebenar.
Profile Image for Shaharuddin.
462 reviews9 followers
October 17, 2024
Hasil kajian penulis menerangkan bahawa karya klasik Sulatus Salatin telah disalin beberapa kali sehingga banyak pengubahsuaian dan tokok tambah dalam karya tersebut. Bahasa yang digunakan juga terdapat campuran dari bahasa Kawi iaitu bahasa Jawa Kuno. Penyalin pada zaman seterusnya tidak dapat menangkap maksud pada sesetengah perkataan juga kerana tulisan jawi lama tidak menggunakan vokal tidak seperti sistem jawi semasa karya itu disalin. Dalam buku ini diterangkan makna disebalik mitos-mitos yang terdapat di dalam Sulalatus Salatin yang tidak pernah pun dibincangkan oleh kebanyakan pengkaji. Juga tentang pengaruh karya klasik lain seperti dari Hikayat Seri Rama dan cerita-cerita panji dari Jawa. Penulis juga menerangkan tentang watak Hang Tuah yang sepatutnya adalah Hang Tuha dan watak tersebut hanyalah rekaan. Namun tidak menafikan kewujudan jawatan Laksamana yang berperibadi hebat, cuma pantang larang masyarakat Melayu pada zaman tersebut adalah tidak menggunakan nama sebenar seseorang kerana menggelakkan terkena buatan orang.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Wina S. Albert.
164 reviews2 followers
October 28, 2024
Ulasan ini disusun berdasarkan bacaan saya terhadap buku Antara Sejarah dan Mitos: Sejarah Melayu & Hang Tuah dalam Historiografi Malaysia karya Ahmat Adam. Saya ingin menegaskan, bahwa pandangan dan interpretasi yang disajikan di sini adalah hasil pemahaman saya sebagai pembaca yang bukan warga negara Malaysia.

Sebagai orang luar, saya menyadari bahwa perspektif saya mungkin terbatas dan tidak sepenuhnya mencakup konteks sosial, budaya, dan sejarah yang lebih dalam yang ada di Malaysia. Ulasan ini tidak dimaksudkan untuk menggantikan pemahaman yang lebih mendalam yang mungkin dimiliki oleh orang-orang yang lebih akrab dengan sejarah dan budaya Melayu.

Saya menghargai keanekaragaman sudut pandang dan mendorong kalian untuk merujuk pada berbagai sumber dan perspektif lain untuk mendapatkan pemahaman yang lebih komprehensif mengenai topik ini.

*******************************
Salah satu tema utama buku ini adalah pencarian kebenaran dalam penulisan sejarah. Penulis berusaha untuk memisahkan fakta dari mitos dengan mengkaji sumber-sumber sejarah yang ada, termasuk naskhah klasik seperti Sulalat u's-Salatin. Melalui analisis kritis, penulis membentangkan bagaimana sejarah sering kali ditulis oleh pihak yang menang, yang boleh menyebabkan pemutarbalikan fakta. Ini merupakan panggilan untuk para sejarawan agar berpegang pada objektifitas dan integritas dalam kajian mereka.

Mitos sering kali menyampaikan nilai-nilai dan tradisi yang dianggap penting dalam masyarakat Melayu. Cerita-cerita mengenai pahlawan, seperti Hang Tuah, tidak hanya menggambarkan keberanian dan kesetiaan, tetapi juga mengajarkan nilai moral dan etika kepada generasi muda. Mitos ini berfungsi sebagai medium untuk pewarisan nilai yang akan membentuk identitas kolektif masyarakat.

Salah satu kesimpulan utama adalah perlunya masyarakat untuk memisahkan antara fakta sejarah dan mitos. Pemahaman yang mendalam tentang sejarah memerlukan kemampuan untuk membedakan antara elemen yang berdasarkan fakta dan yang bersifat rekaan. Hal ini penting untuk membangun pemahaman yang lebih akurat tentang identitas dan warisan budaya Melayu.

Mitos, meskipun tidak selalu berlandaskan fakta sejarah, memiliki peranan penting dalam membentuk identitas kolektif masyarakat Melayu. Mitos memberikan makna dan konteks kepada pengalaman sejarah, serta memperkuat nilai-nilai budaya yang dihargai oleh masyarakat.

Buku ini juga menyoroti pentingnya pengajaran sejarah yang kritis dalam pendidikan, agar generasi muda dapat memahami dengan baik konteks sejarah mereka. Pendidikan sejarah yang baik harus melibatkan analisis kritis terhadap sumber-sumber sejarah dan mitos, sehingga dapat membekali pelajar dengan pemahaman yang utuh tentang masa lalu.

Dalam era globalisasi, pemahaman tentang mitos dan sejarah menjadi semakin relevan. Masyarakat Melayu perlu menjaga dan menghargai warisan budaya mereka di tengah pengaruh luar yang semakin kuat. Mitos berfungsi sebagai penghubung antara masa lalu dan masa kini, membantu masyarakat untuk tetap terhubung dengan identitas mereka.

Perlu diingat, kita juga harus mempertimbangkan naratif sejarah yang sering kali ditulis dari sudut pandang tertentu, dan mendorong eksplorasi lebih dalam terhadap naratif alternatif. Ini penting agar sejarah dapat diceritakan secara lebih adil dan komprehensif.

Secara keseluruhan, buku ini menekankan pentingnya pemahaman yang kritis terhadap sejarah dan mitos dalam membentuk identitas Melayu. Dengan menyadari interaksi antara kedua elemen ini, masyarakat dapat lebih menghargai warisan budaya mereka dan membangun identitas yang kuat dan relevan di dunia modern.
Profile Image for Golda Mowe.
Author 14 books34 followers
August 23, 2022
Saya berasa puas kerana telah membuat keputusan untuk mendapatkan buku ini. Mulanya, saya bimbang yang isi buku ini akan lebih tertumpu pada sejarah agama Islam di Nusantara, kerana ia berkaitan dengan sejarah Melayu. Tetapi agama (Islam, Hindu, Buddha) hanya disebut dalam konteks budaya manakala fokus utama adalah pada fakta.

Saya kagum dengan penguasaan loghat kuno yang pelbagai oleh penulis. Saya juga dapat merasakan keperitan dan kekecewaannya ketika dia cuba menjelaskan mengapa beberapa perkataan yang telah 'diperbetulkan' di dalam 'Sejarah Melayu' dari koleksi Raffles adalah salah. Hujah beliau tentang mengapa Hang Tuah (Tuha) adalah mitos juga sangat jelas dan meyakinkan. Memang menggelitik 'funny-bone' saya bila terfikir yang seorang pencerita zaman lalu telah membuat impak yang begitu mendalam ke atas sejarah negara kita. Buku ini memang satu khazanah dan banyak memberi inspirasi pada halatuju penulisan saya di masa depan.
1 review
Want to read
July 2, 2021
Sesiapa ada buku ini. Boleh bantu saya dapatkan.
Profile Image for Muhammad Fakhruddin.
153 reviews20 followers
July 25, 2021
Pendekatan Prof. Ahmat Adam menyentuh tafsiran terhadap naskhah dan bukti-bukti sejarah tanah air selalu kurang disenangi khalayak arus perdana. Daripada pandangan beliau mengenai tarikh Batu Bersurat Terengganu sehinggalah berkait naskhah Sulalatus Salatin (SS) dan Hikayat Hang Tuha.

Dalam karya ini beliau sekali lagi menegaskan analisis beliau berdasarkan analisis kandungan kata dan bahasa dalam naskhah SS bagi membuktikan pengaruh bahasa Kawi atau Jawa terhadap kandungan naratif SS. Antara yang menarik apabila beliau menghuraikan makna ciri yang dibacakan kepada Sang Supraba dan juga signifikan peristiwa tiga anak raja bertemu dengan Demang Lebar Daun.
Displaying 1 - 10 of 10 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.