Jump to ratings and reviews
Rate this book

Goncang Sebelum Guna

Rate this book
Saya dan Aida Ahmad (kini Dr) duduk semeja ketika ujian amali Sains (kimia), lamaaaa dulu. Saya di hujung sini; Aida di hujung sana.

Ujikaji saya barai. Tak tahu apa silapnya. Jadi saya terpaksa 'menumpang' ujikaji Aida dengan cara memerhatinya dari jauh. Saya 'psst! psst!' Aida. Aida kenyit mata dan kata 'Ok!'

Aida masukkan sebatian ke dalam tabung uji, goncang dengan tangan, dan panaskan dengan penunu bunsen, kemudian, Aida pandang saya; dia memuncungkan bibir mongelnya macam perempuan jahat dalam filem-filem penyiasatan selalu buat apabila nak mengorat hero. "What?" Kata saya, dengar tak dengar. Aida keep on buat macam tu...mmm...sampai tamat masa.

Di luar makmal saya tanya Aida apa maksud perlakuannya tadi. Aida kata, "Letupan 'Pop!' terhasil" (Pemerhatian untuk ujikaji tersebut). Huh. Damn! Mati-mati saya ingatkan Aida cuba untuk mengorat saya tadi... *bahak*!

Tapi buku ini bukan kisah saya dan Aida. Bukan!

Buku GONCANG SEBELUM GUNA ini adalah himpunan cerita runcit-runcit dan santai beberapa orang doktor yang saban hari berhadapan dengan pelbagai kerenah pesakit mereka. Ada cerita suka, ada cerita duka, tetapi best-best semuanya. Serius!

Cerita-cerita mereka macam sebatian dari beberapa unsur yang kalau Aida-lah yang membuatnya, maka letupan 'Pop!' akan terhasil.

Kata pepatah, tangan yang menghayun buaian itu boleh menggoncang dunia. Seperti sebatian yang Aida bubuh di dalam tabung uji itu- kalau kamu goncang buku ini dan panaskan sebelum membacanya- letupan 'Pop!' mungkin terhasil. Dan kalau kamu lelaki, maka 'dunia' kamu akan bergoncang. Cubalah!

-SINAGANAGA (The brain of Studio Anai-Anai)-

128 pages, Paperback

First published January 1, 2016

25 people want to read

About the author

Fahd Razy

58 books120 followers
Mantan Minggu Penulis Remaja 2000 dan Pengasas/Ketua Penasihat Grup Karyawan Luar Negara. Pernah menulis dan mengarahkan teater 'Mencari Jalan Pulang' di Dublin pada tahun 2005.

Menulis dalam genre puisi, cerpen, dan artikel yang tersiar dalam pelbagai media cetak dalam dan luar negara serta termuat dalam lebih 30 antologi bersama.

Puisinya 'Al Andalus Menangis' terpilih salah satu teks sastera elektif SPM 2010. Memenangi beberapa anugerah sastera seperti Hadiah Sastera Siswa, Hadiah Sastera Kumpulan Utusan, dan Hadiah Sastera Perdana Malaysia.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
9 (18%)
4 stars
25 (50%)
3 stars
16 (32%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 15 of 15 reviews
Profile Image for Nor.
Author 9 books106 followers
February 27, 2016
Tajuk buku yang unik telah awal-awal dilihat menarik. Dihimpunkan tulisan beberapa orang doktor daripada pelbagai pengkhususan, menghasilkan perkongsian cerita daripada beberapa wad dan klinik berbeza, seperti wad kanak-kanak, psikiatri dan Bahagian Kecemasan.
Ada kisah lucu, buat kita rasa terhibur; dan ada kisah yang menggetarkan kalbu, buat kita rasa dikejutkan dari tidur.
Kisah-kisah mereka mungkin asalnya dituliskan dalam blog masing-masing, justeru gaya tulisan setiap mereka tidak sama dan dibiarkan kekal oleh editornya.
Namun ia telah memberikan kepuasan dalam pembacaan, biarpun nipis. Jika ditebalkan, menarik juga.
Profile Image for Amalia Masrom.
151 reviews7 followers
April 3, 2016
Buku ni ajar aku banyak benda yang selama ni aku terlepas pandang. Terima kasih, doktor!
Profile Image for A.  Izzati.
7 reviews
February 6, 2021
Menghimpunkan asam garam kehidupan mereka yang bergelar sebagai doktor. Jujurnya, waktu kecil dahulu saya pernah meletakkan cita-cita untuk menjadi seorang doktor dan sudah tentunya ramai juga yang berkongsi cita-cita yang sama. Kerana apa? Kerana ia adalah suatu pekerjaan yang amat popular dan dipandang tinggi oleh kebanyakan orang.

Umum bersetuju, doktor adalah suatu pekerjaan yang mulia. Saya percaya bukan semua orang dan bukan calang-calang mampu melakukan tanggungjawab besar yang digalas oleh golongan ini. Hanya insan yang terpilih sahaja benar-benar mampu memikul tugasan yang melibatkan nyawa seseorang manusia. Ramai yang memuji. Namun, ramai juga yang mengeji.

Penceritaan yang menarik, ada ketawa dan ada juga cerita duka. Jujurnya saya agak beremosi juga membacanya. Lebih-lebih lagi kerana saya pernah berpengalaman menjaga ahli keluarga yang sakit di hospital - suatu momen yang sangat menginsafkan. Benar, kita jadi lebih bersyukur apabila melihat orang yang lebih kurang bernasib baik berbanding kita.

Jujurnya, saya kurang tahu untuk membuat ulasan buku (ini yang pertama di sini), tetapi ingin saya katakan buku ini boleh dipilih bagi mereka yang inginkan bacaan yang ringan dan santai. Banyak juga istilah-istilah perubatan yang boleh kita belajar dari buku ini, tetapi tidaklah terlalu rumit buat kita yang bukan major di dalam bidang ini. Salah satu buku yang sangat bagus untuk dibaca.

(Buku adalah pemberian daripada seorang kenalan di Twitter, terima kasih!)
Profile Image for Along Norhamira.
85 reviews6 followers
Read
April 20, 2016
Bismillah.

Aku ske tgok ER n Emergency Couple.

For me, baca buku ni mcm tgok crite tu lah..

Paling ske bace part doctor kanak-kanak, dc Nur Akmal Ismail. Sangat bersahaja.

Ade jgak part yang buat ak gerun nak bace mcm dlm kisah adakah itu lanun?

Dan tak pernah tahu ada penyakit Foreign Accent Syndrome kat dunia ni. Penyakit tak boleh bercakap dalam bahasa ibunda.

Dan paling terkesan dengan cerita Kaksu yang meninggal sakit Kanser Hati.
Sebab diri sendiri baru je 3 bulan kehilangan insan kesayangan disebabkan penyakit yang sama.
Al Fatihah.

After all, I like this book.
p/s : nk kne g bli bku Diagnosis ni.
Profile Image for Fathiyyah.
51 reviews130 followers
March 15, 2016
ada dua penulis yang menulis dengan luar biasa
Profile Image for Shuhada Ramli.
353 reviews17 followers
December 17, 2016
Bla bla bla bla bla. Dia nak cakap yang Doctor is always right and if patient is wrong, refer to the first half sentence.
Profile Image for Afifah.
97 reviews
January 24, 2021
Aku pulun jugak habiskan satu buku ni dalam masa beberapa jam. Perkongsian yang menarik, diikuti dengan nasihat yang menusuk jiwa aku sendiri. Terima kasih kerana menulis!
Profile Image for aimi.
103 reviews5 followers
December 28, 2019
Buku kedua Dr Fahd Razy dan teman-teman yang saya baca selepas Satu Sudu Teh Selepas Makan.

Humor masih sama, menghibur dalam serius.
Buku ini menceritakan pengalaman, pengajaran dan kisah doktor-doktor yang bertugas di hospital.

Banyak juga fakta menarik yang saya belajar seperti:
- Statistik daripada Association of American Medical Colleges menyatakan bahawa 6% pelajar perubatan gagal dalam jangka masa tujuh tahun. (m/s 48)
-Jus gastrik di dalam perut akan mula dirembeskan apabila kita terfikirkan tentang makanan atau melihat makanan (m/s 80)

Kebetulan pula saat membaca buku ini, elaun perkhidmatan awam melibatkan doktor perubatan hangat diperkatakan, menimbulkan lebih rasa empati kepada para doktor yang ikhlas bertugas.

Dalam banyak-banyak cerita, kisah 'Yang Berjuang' merupakan kisah yang paling menarik bagi saya. Kisah seorang ibu yang dijangka melahirkan anak secara pembedahan, siap dah berada di dalam bilik bedah lagi.
Tengok-tengok, ibu tersebut sudah meneran dan berjaya melahirkan seorang anak lelaki secara normal.
Bak kata penulis, "Bayi ini pasti membesar sebagai lelaki yang berjuang. Dia yang memilih sendiri di mana dia ingin bersalin". (m/s 34)

________

Antara petikan di dalam buku yang mengajar saya:

"Kal ho naa ho means the time that is here may not be tomorrow".......
"Yes, live every moment to the fullest and if you love someone tell them, for you never know what tomorrow have in store"
(m/s 68)

"Makan sesedap perut, berakhir seperti itu? Gemuk, tidak mampu berdikari dan berjalan, menghidapi pelbagai penyakit, dan kemungkinan punca kematian adalah disebabkan oleh kegenukan itu sendiri? Nauzubillah! Sesungguhnya 'jaga badan' itu bukanlah tuntutan kehendak semata-mata!" (m/s 14)


*Buku dibeli di pesta buku BBW 2019
Profile Image for Miyuke.
196 reviews2 followers
February 26, 2022
Novel kecil yang menghimpunkan karya-karya pendek para doktor termasuk pelatih perubatan (mungkin juga ketika review ini ditulis - mereka juga telah bergelar seorang doktor).

Kisah-kisah yang diceritakan berkisar kepada pengalaman, cabaran serta peristiwa mendebarkan, sedih, lucu serta gembira yang dihadapi oleh para doktor sepanjang bertugas mengendalikan pesakit di hospital.

Letakkan setinggi-tinggi pengharapan kepadaNya kerana doktor juga manusia biasa yang hanya mampu berusaha sebaiknya dalam hal yang melibatkan kesembuhan.
Profile Image for Almari Buku.
10 reviews8 followers
August 11, 2016
Membaca blurb yang ditulis oleh editor merangkap pembaca pruf; Tuan Lan Siganaga saya terus senyum.

Santai.
Gaya pelajar dan budak sains yang saya kenal, memang selalunya santai dalam penulisan.

Membaca setiap cerita, dialog dan sajak(?), membuatkan saya tertawa. Diam. Dan mengeluh.

Saya memandang dari kaca mata mereka (penulis) tentang cabaran yang mereka lalui dalam melayani pesakit (pelanggan) mereka.

Saya tersenyum.
Berkerut dahi.
Mengeluh.
Membaca realiti masyarakat yang dapat saya saksikan dari kaca mata penulis.

Saya kagum pada tarbiyah yang diselitkan dalam penulisan.

Doktor.
Mereka juga manusia.
Terkadang dicaci. Terkadang dihina.
Mereka bukan tuhan.
Tapi mereka berusaha menjalankan fardhu kifayah yang terpikul atas pundak mereka.

Saya paling suka tulisan Dr.Shafiq Said - Gigi Palsu Untuk Hajah.

Hati saya tersentuh.
Nilai kemanusiaan jelas di situ. Saya ditegur diakhir kalam. Keikhlasan itu datang kemudian setelah kita memaksa diri melakukan sesuatu.

Dan ya, hajah mengajar saya tentang sesuatu - penghargaan itu bukan semestinya dalam bentuk material, tetapi juga doa.

Terima kasih doktor atas kisah menarik ini.

Tulisan-tulisan pendek Dr. Fahd Razy dalam bentuk dialog buat saya ketawa.

Okey - tuan doktor juga reti membebel dan bergurau. Bukan semunya 'nerd' dan serius.

Cerita Dr.Adibah - Kematian Pertama membuatkan saya tersentak.
Sesuatu yang memeritkan.
Tapi itu pengalaman.
Setiap dari kita punya pengalaman hitam yang mendewasakan. Dan Allah memberikan kita ujian sebagai peringatan. Dan saya pasti, sesiapa saja di tempat itu akan punya perasaan yang sama.

Barangkali,
Ini semua kisah pendek.
Tapi bukan kisah kosong.
Ini kisah pendek yang berisi.
Bahasanya ringkas dan mudah dihadam.
Ada beberapa kesalahan ejaan yang boleh dimaafkan dan tidak pula menganggu pembacaan.

Untuk yang ingin mengerti dan memahami tugas seorang doktor. Ini catatannya, yang memberikan anda ;

i. pengalaman
ii. ilmu tentang kesihatan
iii. ragam manusia
iv. tarbiyah

Tahniah.
Dan semoga ada lagi kisah yang memberikan inspirasi.
Profile Image for Pak Badrul.
Author 4 books6 followers
April 2, 2016
Sebelum baca buku ni korang kena goncang dulu... Kih kih
Displaying 1 - 15 of 15 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.