Jump to ratings and reviews
Rate this book

Hannah Sofia

Rate this book
Hannah Sofia menghidap penyakit leukemia tanpa pengetahuan bapanya. Kehidupannya semakin menghimpit dengan sikap ibu tiri yang amat mencemburuinya. Pelbagai penderaan dilakukan oleh ibu tirinya. Adakah Hannah Sofia membiarkan sahaja penderaan yang dilakukan terhadapnya? Atau sebaliknya ...

276 pages, Paperback

First published January 1, 2016

Loading...
Loading...

About the author

Rabihah Nur Ridhuan

13 books12 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
3 (50%)
4 stars
2 (33%)
3 stars
1 (16%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 2 of 2 reviews
Profile Image for Hafizuddin Ghazali.
80 reviews1 follower
April 7, 2026
Hannah Sofia sering didera oleh ibu tirinya, Zubaidah ketika ayahnya, Azlan keluar bekerja. Bukan saja dibuli secara mental, malah fizikalnya juga. Disuruh buat itu dan ini. Ditambah pula Azlan lebih mengutamakan Zubaidah hingga melepaskan tanggungjawab sebagai seorang ayah. Bukan itu saja, duit zakat Hannah Sofia juga turut diambil oleh Zubaidah dan duit itu digunakan untuk berjoli sakan.

Hannah Sofia dikejutkan dengan darah yang keluar dari hidung. Bukan sikit tapi banyak hingga habis sekotak tisu. Apabila dibawa ke hospital oleh Airil Aiman, rakan sekelasnya kerana Zubaidah keluar berjoli, doktor mengesahkan Hannah Sofia mengalami penyakit leukimia tahap akhir. Makin hari, kesihatannya makin merosot. Ditambah pula dengan Zubaidah yang selalu buat hal.

Hospital sudah seperti rumah kedua bagi Hannah Sofia. Malah Azlan sanggup berhenti kerja dan kerja yang lebih dekat dengan Hannah. Memandangkan kos perubatan terlalu tinggi, Azlan bercadang untuk menjual tanah pusakanya dengan bantuan Zubaidah. Tapi lain pula jadinya, duit hasil jualan tanah itu Zubaidah ambil dan berjoli sakan tanpa pengetahuan Azlan.

Perjalanan kisah ni laju. Geram dengan watak Zubaidah tu. Mak tiri yang kejam. Sampai anak sakit pun dia boleh kata Hannah Sofia berlakon minta simpati. Geramnya! Watak Hannah Sofia sangat bagus. Cekak dan bercita-cita tinggi. Jalan cerita best. Ending menarik. Plot twist padu tapi aku dah dapat agak dah. Semuanya best. Jarang aku jumpa novel DBP fast pace macam ni.
Profile Image for Hanom Taib.
Author 5 books13 followers
September 22, 2016
Secara keseluruhan saya sukakan gaya bahasa dan pemilihan kata. Penuh dengan metafora, simile, hiperbola, personafikasi dan citraan, cukup melambung emosi pembaca kepada sedih, kasihan dan geram pada watak-watak dalam novel ini. Tahniah penulis!

Namun pembaca sedikit terganggu dengan beberapa perkara:
1. Fakta yang kurang tepat
a)Penulis menyatakan watak mengidap penyakit leukimia jenis limfoblastik akut (LLA) yang merupakan leukimia tahap kritikal yang dikatakan mempunyai jangka hayat 3-6 bulan sahaja. Namun watak tidak mati hingga sempat mengambil SPM dan akhirnya dewasa menjadi seorang doktor leukimia. Menurut fakta, leukimia jenis kronis biasanya mempunyai harapan untuk hidup lebih lama.
b. Watak adalah pelajar tingkatan 4 dan penulis menyatakan watak mendapat band 2, sedangkan PBS di sekolah hanya tingkatan 1,2 dan 3 sahaja.
c.Harga cincin emas yang dijual oleh bapa watak bernilai RM1400. Sekiranya anggaran harga emas 1g=RM150, berat cincin tersebut ialah 9.3g. Besar dan tebal mana cincin itu ya.
d. Keputusan peperiksaan SPM Hannah Sofia ialah 9A1. A1, A2, A3..Itu gred zaman bila ya?

2. Perkara agak tidak lojik dan melampau-melampau
a. Agak mustahil seorang anak tunggal memakai kasut yang terkopak tapaknya dan diikat dengan getah. (bukannya adik beradik 10 orang)
b.Bapanya yang bekerja sebagai seorang pemandu lori diceritakan terlalu susah hingga tidak mampu membeli pakaian sekolah dan membawa anaknya yang demam ke klinik, serta tidak boleh langsung bercuti. Akhirnya kawan Hannah Sofia yang berumur 16 tahun yang membawa Hannah Sofia ke hospital.Alamak!
c. Cinta bapa watak kepada isteri yang dikahwini selepas kematian isterinya seperti cinta seorang kekasih yang kemaruk. Apa yang jelas tiada satu pun kebaikan pada watak Zubaidah, tetapi Azlan (bapa Hannah Sofia) menurut segala kemahuan isterinya. Hingga Azlan ditengking, diherdik sekaligus menunjukkan watak seorang lelaki dan suami yang dayus.
d. Watak jahat Zubaidah yang mendera dan menyiksa Hannah Sofia secara melampau tidak tumpah seperti drama-drama Indonesia. Sikap talam dua mukanya, mengejar kemewahan, membuka aurat, mempunyai kekasih berbangsa Inggeris dan akhirnya menyuruh kekasihnya memukul Azlan separuh mati.
e.Azlan diceritakan sebagai lelaki yang hanya kelulusan darjah enam yang naif tidak tahu apa-apa.(Mungkin watak lahir tahun 1960-an kot) hingga mempercayai Zubaidah untuk menjalankan jual-beli tanah hingga akhirnya Zubaidah menyeleweng duit hasil jualan. (Zubaidah hanyalah seorang suri rumah yang menjalankan jualan langsung sahaja)
f.Setelah Azlan dipukul separuh mati dengan kayu besbol dia telah pengsan seminggu. Watak telah sedar dengan sendiri lalu membersihkan diri dan menjenguk Hannah Sofia di hospital, tanpa ada watak lain yang menjumpainya dan memberikannya rawatan.
g.Hannah Sofia gagal pada peperiksaan percubaan tetapi semasa peperiksaan sebenar dia telah mendapat 9A walaupun pada ketika itu dia mengambil peperiksaan di wad tanpa ulangkaji dan wayar berselirat. Secara lojik pelajar yang belajar siang malam, kelas tambahan, study grup dan lain-lain pun agak sukar untuk mencapai keputusan sedemikian. Mungkin penulis hendak membuktikan bahawa ada kemanisan di sebalik ujian.
h.pembaca juga kurang selesa dengan beribu kali perkataan `sayang' walaupun ia adalah hubungan kekeluargaan. Sayang itu sebaiknya ditunjuk bukan hanya sebutan. (Mungkin saya yang tidak biasa).Begitu juga dengan adegan peluk-peluk walaupun seorang anak dan bapa. Tetapi Hannah Sofia itu sudah berusia 16 tahun bukan 6 tahun. (mujur ia hanya novel bukan drama).

Minta maaf penulis ya, ia hanya pandangan peribadi seorang pembaca sahaja memandangkan ini bukan novel pertama penulis. Sisi semangat dan kesungguhan seorang pelajar patut dipuji tetapi kelojikan gaya hidup masyarakat Malaysia kini khususnya melayu tidaklah seperti yang digambarkan. Masyarakat Malaysia semakin terpelajar dan terdidik kini. Memandangkan ia adalah novel terbitan 2016 sepatutnya latar watak bersifat semasa dan terkini.

Wassalam


This entire review has been hidden because of spoilers.
Displaying 1 - 2 of 2 reviews