“Kakistokrasi ertinya sebuah pemerintahan di bawah pimpinan orang yang paling teruk dan tidak layak memimpin. Aneh, jika mereka orang yang teruk dan tidak layak, mengapa masih di tampuk kepimpinan? Namun itulah hakikatnya yang sedang berlaku. Baik di tanah air kita, mahupun di dunia seluruhnya. Orang yang jelik fikirannya, buruk lidahnya, keras hatinya – pendek kata korup dalam dan luar – orang itulah yang menentukan letak duduk urusan-urusan orang ramai, berdiri di tengah pentas berucap lalu didengari ramai,dan disandarkan masa depan padanya. Hancurkah negara? Hancurkah dunia? Tentulah – kalau tidak ada kumpulan pemimpin lain yang datang menggantikan. Namun itu mustahil kalau tidak ada yang tekun melahirkan ketumbukan baru pemimpin yang benar-benar layak. Dan itu juga mustahil jika di awal sekali, tiada siapa yang menerangkan apa yang hitam dan apa yang putih, apa yang benar dan apa yang tidak!”
Topik yang dipilih agak berat. Sayangnya penulisan terlalu ringan/ringkas untuk diambil serius oleh pembaca. Perbincangan juga tidak mendalam dan bias penulis sangat jelas terhadap isu yang diketengahkan. Penulis ada membuat rujukan terhadap penulisan lain, namun maklumat lanjut tentang rujukan tersebut tidak diberikan (kadang-kala hanya memberikan nama keluarga penulis yang dirujuk dan tahun penulisan tersebut sahaja).
"Kemenangan sebenarnya semakin hari semakin hampir..."
"Mereka ingin memadamkan cahaya Allah dengan mulut (tipu daya) mereka, tetapi Allah (justeru) menyempurnakan cahaya-Nya, walau orang-orang kafir membencinya." _(As-Saff 61:8)
Entah. Aku bila baca tajuk buku ni, mengharapkan sesuatu yang mampu memerah otak tapi kecewa. Bila aku baca bab-bab awal, aku seperti tidak ingin teruskan bacaan. Kelemahan US dan Israel adalah kunci yang berada di tangan Tuhan? Sepatutnya penulis menggunakan hujah-hujah yang naqli juga untuk mengupas isu macam ni. Isu di bahagian-bahagian seterusnya agak menarik minat aku namun dikupas ala kadar. Aku harap penulis dapat mengupas isu yang berat dengan hujah yang lagi sedap