Seorang nelayan yang hidupnya saban hari diselar mentari. kehadiran Nurul Ain menyebabkan nelayan itu gigih mencari cintanya. Sanggupkah Nurul Ain menjatuhkan egonya demi seorang nelayan kampung bernama Arman Zafril. Mungkinkah seorang Nurul Ain yang sombongnya menongkat langit duduk berdampingan dengan nelayan yang busuk menusuk hidung.
Melihat dari riak wajah Nurul Ain, dia sudah tahu perasaan yang melanda wanita itu.
"Tulah, tadi nak sangat belajar berenang. Baru dia tahu" ~ Arman Zafril
"Orang mandi dulu baru solat, ni awak terbalik. Solat dulu baru mandi. Tak pernah di buat dek orang" ~ Nurul Ain
Arman Zafril yang sudah berdiri tegak dan bersedia untuk mengangkat takbir, berpaling semula kepada Nurul Ain.
"Orang tak pernah buatlah saya buat..lagi pun bukan ada buat apa-apa pun malam tadi. Bukan nak kena mandi wajib pun!"
Baru sahaja dia hendak membasuh mukanya, dia terdengar seperti derap langkah seseorang sedang melalui tepi bilik air tersebut. Dadanya berdegup kencang. Segera dia menutup pili. Dia mendekatkan telinga ke tepi dinding bilik air. Derap langkah tersebut semakin hampir. Sedetik kemudian, dia ternampak pintu bilik air seolah-olah ditolak dari luar. Debaran di dada semakin laju. Tanpa berfikir panjang, Nurul Ain dengan pantas mengambil papan plywood yang kebetulan terletak elok di tepi bilik air. Dengan tiba-tiba pintu terkuak luas dari luar. Kelihatan seorang lelaki yang hanya bertuala separas lutut hendak melangkah masuk ke bilik air. Namun wajahnya tidak jelas. Dengan pantas dia menghempuk kepala lelaki itu sekuat hati dengan menggunakan papan plywood itu. "Aduh!!" Lelaki itu tidak sempat mengelak lalu jatuh terduduk.
I dont know why but i began to think that nowadays most writers tend to write novels mostly based on a woman's ego as high as the sky is the limit or as though a woman's integrity thats gonna hit rock bottom.
Kahwin rela ke paksa ke..tanggungjawab as a wife was always taken lightly.. And husband please stop apologizing..It is not totally ur fault. Sometimes, these type of women need to be taught a lesson.
Wife age 24..hubby age 28..wife local grad..hubby uk grad.. that besides the point..up till form 5 takde belajar pengajian islam ke? If ada, whatever that has been taught seems to not being fully registered in her head.
Here writer is potraying the wife as a person who always gets what she wants right from young..she can be very soft spoken and gentle towards others yet brainless towards husband emotions and needs..she is not really that blur but her ego blocked everything thats gonna make things alright, then emotion gone helter skelter..At fault, no apology given..I stop after certain chapter..then continue patiently..ekk!
The story is great but the character simply doesnt go with her current disposition. Honestly, if I am a man, I dont wish to be with this type of wife. Bukan nak give up but it really takes two hand to clap. Apa guna muka cantik, lembut, sopan, educated tapi ego tak bertempat dan tak tahu menghormati suami? Selalu melebihkan orang lain than suami sendiri. Dah diingatkan berkali2 pun masih tak peduli. Mendidik isteri ni pun kena sabar. Luckily after I skip few chapters here and there, her behaviour change. Huh..kalau tidak jenuh juga lah nak hadap si Puan Tengku.
When she is guarding her feelings from being hurt..ultimately she ended up hurting herself and hubby..Chaiyok..Arman..Win her over!!!
1. Terlalu banyak perkataan. Seriously, every page tu penuh dengan perkataan dan pendetailan cerita. Membuatkan aku naik penat membaca. Lepas suku cerita, aku hanya scan dialog je sampai habis.
2. Penulis perlu kurangkan pujian terhadap watak utama tu berkali-kali. Lemah rasa baca setiap kali memberitahu si hero handsome macam AdP. Heroin macam LS. Dan scene-scene orang terpukau dengan kekacakan hero dan heroin.
3. Gaya bahasa sedikit sebanyak mengganggu pembacaan aku. Tapi itu bukan kelemahan penulis. Itu gaya dia yang tak sesuai dengan aku.
4. 7 bulan kahwin dan family langsung tak tahu? Seriously?
Tak nak bagi bintang. Biar pembaca lain baca dan nilai sendiri.
Saya bagi 4.5* sebab dalam satu bab tu, rupanya mimpi..punya lah senyum2x baca ternyata...hahaha haihh but keseluruhan still best bagi saya walaupun heroin dia ni hmm apasel ego sangat..hahaha and simple sweet keke. congrats writer!