Sajak adalah tubuh yang kudus. Sajak adalah pembaptisan dosa-dosa manusia yang terselindung dari penglihatan dunia. Sajak, seperti doa, adalah sebahagian dari keintiman duniawi terhadap dirinya sendiri. (Karl Agan, 5 November 2015)
Dua bahagian pertama berkisar hal rindu dan sepi--cinta yang mengagung. Kata puisi bersifat emosi dan mellow. Saya suka dua yang ini. Termasuk bahagian ke-IV-- tentang hal-hal harian, permintaan dan doa. That poetry feel...
Bahagian Suara-Suara Resah Yang Ditimbus mengingatkan saya kepada puisi-puisi pemberontakan Wiji Thukul. Cara Karl lebih beralas, semacam rungutan yang ditapis. Saya ada that weird feeling tentang tulisan Karl dalam tema begini. Barangkali saya lebih menyukai Karl di bahagian pertama dan kedua.
"Kita mengingati musim yang kemarau ini namun kita tak mencari cara mencegahnya. Kita lebih gemar mengumpul awan agar gugur sepintas hujan. Tak ada perbahasan dari menteri, hanya keluhan yang segera di-tweet dan pesanan yang diucap separuh hati."
Bahagian akhir sesuai dengan judulnya. Karl bermain kata dalam perenggan-perenggan kecil sehingga puisi terpaksa menyamar menjadi cereka pendek.
Koleksi ini nampak lebih bersifat peribadi dan sedikit 'tersusun' berbanding buku pertama. Namun keduanya kegemaran saya.
Lebih suka buku ini berbanding Sekumpulan Epitaf dan Surat-surat Yang Lepas.
Aku sangka, ayat yang tertulis besar pada kaver adalah tajuknya. Rupanya tajuk hanya ditulis kecil di bawah. Hurmm... -Aneh!
Bahasanya sangat indah. Terasa seperti terbuai-buai di atas awangan. Setiap akhir baitnya pasti buat aku tarik nafas panjang dan hati akan berkata 'Cantik sungguh susunan ayat yang cuba dipersembahkan di dalam naskah ini'. Serius aku sangat suka buku ini!
Pembahagian puisi ke beberapa bahagian mengikut situasi dan 'tema', boleh dianggap sangat bijak. Puisi-puisinya tidak terasa menjengkelkan. Terbaik.
Tapi... harganya sangat MAHAL! Langsung tidak setimpal dengan ketebalannya. Tapi jika dibandingkan dengan harga dan kontennya, ianya sangat berbaloi.
Kalian cubalah. Mana tahu kalian pun suka dengan buku puisi ini...
Apa lagi yang hendak saya katakan tentang Karl dan puisi-puisinya. Sengaja membaca dengan lambat kerana takut 'kehabisan'. Namun, rasa 'tamak' pada kata-kata justeru telah menyelesaikan pembacaan saya dengan cepat.
Tanpa gagal, dengan manis yang tidak dilebih-lebihkan, cantuman kata-kata yang bersahaja, selalu saja mengugah saya sebagai penikmat puisi. Untuk buku kedua, Karl nampak lebih matang dengan pemilihan kata-kata, simbol dan persoalan-persoalan yang lebih universal sifatnya. Tidak lagi mengenai hubungan dua manusia yang menikmati sunyi tanpa cinta mahupun dihimpit cinta itu sendiri. Karl sudah memilih hal lain seperti siasah misalnya, menerusi puisi-puisinya. Percubaan yang baik saya kira.
Secara umum, saya suka amat. Buku baru lagi please! Haha.
Kali kedua aku baca buku puisi, dan alhamdulillah aku pilih buku yang betul dengan citarasa aku.
Buku puisi kali ini bagi aku lebih menarik kerana ada dua tema yang berbeza, satu tentang perhubungan, satu lagi lebih kepada kritik politik, sosial dan ekonomi.
Karl Agan berjaya menyampaikan perasaan tanpa lewah. Ringkas dan tepat. Tidak melebih-lebih. Mungkin disebabkan gaya penulisan seorang lelaki.
Aku juga menyukai gayanya dalam menjalankan kritikan politik, ekonomi, sosial tanpa menjadikannya terlalu baku. Jadinya puisi berseni, bukan laras bahasa esei saintifik.
Tahukah kau bahawa aku menunggumu seperti lipatan kecil di hujung helaian mukasurat buku? seperti baru semalam aku di rak bukumu lalu tiba-tiba dalam sampul poslaju menemui tuan baru, yang kau temui di Facebook. Aku sering mengingati keterujaanmu bercerita perihal tubuhku kepada teman-temanmu. Akulah lembaran Yang kau susuri Sebelum keluar dari sunyi
"Kita adalah orang-orang yang tak akan pernah habis membayar kesedihan dengan kata-kata, orang-orang yang mengakrabi luka untuk mengenal kebahagiaan yang pernah ada."
- Sebuah Pertanyaan Tentang Tempoh Sebuah Kesedihan