COMEY mengisahkan tentang sebuah keluarga di Kelantan. Ayoh dan Mek mempunyai lima orang anak yang kesemuanya perempuan. Sayangnya anak gadis yang pertama Mek Fesah belum bertemu jodoh dalam usia yang meningkat. Pelbagai peristiwa pelik berlaku setelah kematian Ayoh dan Mek dalam kebakaran kilang. Adik-adik Mek Fesah tidak pulang-pulang. Adik bongsunya Mek Sara dilanda sakit misteri bertahun-tahun. Apakah rahsia di sebalik kejadian mistik yang berlaku? Adakah Mek Fesah orang yang berpurdah hitam, penghisap darah anak-anak dara semata-mata kerana ingin jadi comey?
TAPI..... aku tak dapat lari dari nak bandingkan dengan ROSMOH Perempuan Puaka. Ending, cara pembunuhan & perempuan berpurdah itu... and last2 masterpiece nye pun lebih kurang same sebenarnya, akhirnya yang tak bersalah jadi mangsa.
permulaan ok, suka dengan olahan penulis. Tapi ending memang agak rushing, mungkin sebab penulis nak limitkan pages (buku fixi tak tebal mane pun kan). So memang macam ending nye tiba2, n banyak yang tak terjawap. nasib mek sara, kamilia.. macam mana nab mati... perkaitan che nab dengan hal itu sampai sanggup berkorban.. nasib mek fisha sebenar.. dendam mek mina.. mcam2 lagi yang aku kira tak dirungkaikan dengan baik. cuma, sebab cerita ini berdasarkan POV 1 iaitu Fisha, so agak boleh diterima sebenarnya kisah ni berlegar2 sekitar kisah fisha saja.
apa pun, tahniah untuk penulis. percubaan yang bagus.
aku pon nok rview kok baso kelate. gini, aku suko cito ni, meme tipikal doh jenis wanita paka purdoh nak comel ni, walaupon novel ni mace ingatke aku dgn novel aku baco sblm ni, rosmoh pompue puako, lejen press,tp cito ni ado jale dio sendiri. meme aku suko watok dale nih, ado lucu, misteri. aku susoh nak puji novel ore tp kalu aku doh suko tu meme suko la. aku anok jati pasir mas, kelate xdok masaloh nok baco buku ni. kalu ore lua baco aku no komen la deh.
Ada part yang buat aku gelak sorang-sorang dalam lrt. Ada part yang aku rasa nak koyak buku sebab watak utama macam bodoh sangat bila buat keputusan. Ada part yang aku terpaksa baca gitu je sebab agak meleret.
Ending macam sikit rushing. Dan susunan plot macam berterabur sikit. Anyhow, kudos kepada penulis!
Buku kali ini agak menguji pembacaan aku dengan loghat Kelantannya. Ada ayat yang aku kena baca dua tiga kali baru faham. Ada elemen seram dengan twist yang aku tak jangka. Cuma pening sikit dengan nama panggilan sama.
Baca dalam masa 2 jam. Jalan cerita yang menarik. Menggunakan loghat Kelantan yang boleh difahami ( bab ini memang bagus sebab latar belakang pun Kelantan).
Suka dengan plot walaupun mungkin ada beberapa bahagian yang agak meleret dan sedikit terganggu. Tetapi, ianya tidak terlalu mengacau cerita.
Sejujurnya, saya tertarik dengan novel Comey (BUKUFIXI) ini kerana: (a) menggunakan dialek Kelantan, (b) potongan cerita (di kulit belakang) yang menarik. Oleh sebab itu, saya telah menggigihkan diri untuk membaca preview Comey yang disediakan di Wattpad @BukuFixi. Daripada preview tu, saya terus jatuh cinta dengan COMEY.
Saya akan berikan kepada anda sebab-sebab kenapa anda HARUS baca dan beli Comey!
(1) Prolog (yang tiada dalam preview Wattpad), memang sangat menambat perhatian dan cukup ringkas tapi menimbulkan seribu persoalan. Hal dalam prolog ini hanya akan dijawab dalam epilog. Penulis-penulis (dan editor) memang mainkan hati pembaca sampai ke hujung cerita.
(2) Novel Comey berjaya menggabungkan watak dan jalan cerita yang kompleks dengan gaya penceritaan yang santai. Pembaca memang akan rasa seram dan cukup tertanya-tanya ketika membaca Comey, tetapi penulis tetap menghiburkan dengan unsur humor. Gaya santai ini boleh membuatkan pembaca lebih mengenali watak-watak dalam cerita ini dan juga dapat menjiwai watak tersebut. Novel ini mengingatkan saya pada cerita-cerita Goosebumps yang saya baca ketika remaja. R L Stine juga suka menggabungkan seram dengan humor.
(3) Comey mencerminkan adat, dialek, dan perilaku orang Kelantan dengan sangat baik. Contohnya adat berpantun ketika merisik/bertunang yang masih berlaku di Kelantan. Ada juga kritikan sosial terhadap masyarakat yang menggunakan dan percayakan ilmu hitam, serta mereka yang hanya Islam pada nama.
(4) Transition cerita dari melalui mata Mek Fesah (watak utama) kepada watak-watak lain sangat lancar sehingga pembaca tidak menyedarinya. Bagi cerita yang kompleks sebegini, pergerakan plot haruslah lancar dan tidak terlompat-lompat walaupun ramai watak yang perlu diceritakan. Di sini, saya sekali lagi ingin memuji penulis-penulis dan editor yang bijak menyusun cerita!
(5) Kekuatan novel Comey adalah ia sarat dengan konflik. Daripada mula cerita hinggalah ke hujung, memang begitu banyak konfliknya. Yang bijak mengenai Comey adalah konfliknya datang bertubi-tubi, kemudian penyelesaian (atau jawapannya) diberikan sedikit demi sedikit. Kalau Comey tiada sambungan, saya kira ini satu pembaziran kepada cerita yang begitu bagus dan well-thought. cc @BukuFixi hehe
(6) Pergerakan plot cerita ini amat pantas. Temponya memang sesuai dengan penceritaan. Kalau Comey dijadikan filem, memang penonton takkan dapat berehat. Begitulah saya sebagai pembaca yang umpama sudah melekat pada novel ini.
(7) Watak-watak dalam novel ini memang membuatkan anda tertanya-tanya sepanjang novel. Dia ni baik ke? Kenapa dia macam ni? Yang paling tidak adil adalah separuh jalan membaca Comey pun anda masih tertanya-tanya mengenai semua watak. Saya suka yang penulis-penulis ada menyelitkan sedikit pembayang untuk pembaca-pembaca yang fokus!
(8) Penceritaan mengenai ilmu hitam dan adegan seram yang dilalui oleh watak disampaikan dengan santai, tetapi masih menyeramkan pembaca. Saya kira yang sebahagian pembaca yang lebih menyukai novel seram serius akan rasa yang Comey tidak cukup mengujakan bagi mereka. Pada pandangan saya Comey lebih mementingkan konflik dan juga kritikan sosial, bukanlah sangat aspek seram. Ini jugalah sebabnya saya menyukai filem Jwanita. Ia sebuah filem yang lebih bermain dengan konflik dan kritikan sosial.
Seperti review saya yang lain, ada beberapa kritikan yang ingin saya sampaikan mengenai Comey;
a) bahagian yang menjelaskan tindakan (dan helah) Mek Lijah itu berlaku terlalu pantas dan direct. b) Comey terlalu sarat dengan konflik yang tidak diselesaikan, sehingga terlalu banyak konflik ditinggalkan tergantung di penghujung novel. c) ada watak yang wujudnya seakan-akan sekadar penggerak plot, dan tiada perkembangan atau penjelasan mengenainya.
Akhir kata, saya sangat menyukai novel Comey dan ia sudah jadi antara novel kegemaran saya dari penerbitan Fixi.
***Komen Noor Azlin (salah seorang penulis Comey): Tq Frekuensi sebab review Comey. Kalau ada rezeki adalah sambungan Comey. Komen tu sangat membina dan saya teruja.
Kalau sesiapa yg dah baca Rosmoh Perempuan Puaka terbitan Lejen Press, mesti akan dapat rasa persamaan dalam novel Comey dengan buku Rosmoh nie. Sebab aku dah baca 2-2 novel nie, cite Rosmoh lebih teratur dan kurang sikit persoalan. Cite Comey nie plak ending nya too rush, and banyak betul questions berbangkit after ending. Supposedly at the end of story banyak persoalan terungkai, bukan banyak persoalan makin x terjawab. Anyway, Comey x bosan pun. Ada part berdekat je aku baca. Tahniah pada penulis. Maybe after this bole kemas kan lagi jalan cerita.
Watak yang bercakap dalam dialek Kelantan, cerita twist kena baca balik-balik, faham betul-betul dekat bab-bab yang tertentu. Ending tak gempak sangat kot. Sebenarnya banyak keliru dengan nama je, Mek je ada berapa orang.
Adoi!! Pening tau nak faham bahasa Kelantan dalam novel ini tapi uniklah.. Kena baca betul-betul kalau tak memang tak faham sebab watak-watak dalam ini guna kata ganti nama 'Mek' belaka.. Jenuh ko nak fikir nie Mek apa.. Tu mek apa.. hahaha.. Tapi best.. Topik dia pasal Comey.. Cite dia pun Comey..
1. Novel ni citer pasal apa? - Basically, pasal nak cantik, dia jumpa bomoh dan guna ilmu hitam. Ada banyak konflik, dan citer ni pun berkembang, berkembang, berkembang...
2. Apa yg best pasal novel ni? - unik, guna dialek Kelantan (hampir 75% ke 80% isi kandungan novel ni guna bahasa Kelantan). Mula2 aq susah jugak nak adaptasi dengan dialek tu, tapi nasib baek ada kawan2 Kelantan yg biasakan aku dengan dialek ni. So, pembacaan jadi smooth dan menerujakan. - kajian penulis terhadap ilmu hitam ni, faktor2, kesan2, dan mantera ulik mayang yg menjadikan penceritaan hidup. - Ada punch line seakan-akan citer Hantu Kak Limah Balik Rumah. Yang part bomoh-bomoh mengarut tu. Ada jugak kelakar part part Mek nak cari jodoh. - Penulis banyak ulas tentang realiti kehidupan manusia dalam percintaan, kecurangan, dendam, dan sikap tamak serta pentingkan diri sendiri.
3. Apa yg kureng dalam novel ni? - kemunculan pelbagai watak yg bole buat terkeliru kalau tak fokus betul2. Nama pula seakan sama, dan ramai juga Mek-Mek dalam ni. Pembaca kena take note utk elak keliru. - beberapa isu yang tak dirungkaikan, atau mungkin penulis ada rungkai, tp aku yg tak bole nak relate kan cerita ke apa ntah. - Ada yg part lawak dia macam meleret-leret dan kebudak-budakan sikit. Sikit je la, tak banyak pun. Cuma macam tengah2 seram, sedih, tiba2 masuk part lawak, dia jd macam tak sampai...
4. Bape Bintang? - mula2 macam underestimate, tapi lama2 baca aku dah start rasa novel ni okay dan suka...best jugak cerita dia. Layan...so, aku bagi 3.3 / 5.0 Bintang
5. Novel ni aku recommend kat sape? - kepada sesiapa yg suka novel seram komedi, sedih, cinta, kekeluargaan, moral value yg tinggi, maka inilah novel untuk engkau baca. - aku juga recommend kat sape2 yg ada pasangan, hargailah. Chewah. - Walaubagaimanapun, aku tetap menanti kemunculan sequel kepada novel ini, ataupun next karya daripada penulis ini di masa akan datang. Aku tunggu.
Jalan cerita menarik. Menceritakan tentang amalan ilmu hitam untuk menjadi cantik. Walaupun dialog dalam dialek kelantan tetapi tiada masalah untuk saya faham sebagai seorang pembaca yang bukan berasal dari sana.
Bagi saya apa yang saya enjoy pasal buku ni ialah bagaimana penulis meletakkan hint-hint kecil di sepanjang penulisan yang akan terjawab apabila semakin sampai ke penghujung penceritaan. Bagi saya itu penulisan yang bijak. Kudo kepada penulis. Selain itu, buku ni walaupun dah nak sampai ke penghujung saya masih berteka teki. Tak boleh nak predict jalan cerita. Ada je twist dia. Sampai ke penghujung lah twist nya.
Yang tak best apabila banyak karakter guna nama mek, sedikit konfius kat situ. Ending dia pun agak tergantung dan banyak persoalan yang masih belum terjawab. Tak tahu apa jadi dengan nasib mek sara, kamilla, mek mina. Apa yang sebenarnya mengganggu mek fesah tu. Bagus kalau ada sambungan untuk novel ni.
2.5 ⭐! Buku yg mengisahkan pasal pompuan Kelantan yg nk jd cantik utk balas dendam. Ada waktunya aku ketawa dan pada waktu lain aku rasa seram. Jalan ceritanya menarik, olahan bahasa Kelate pun x berapa susah nk paham. Tapi... aku terasa ada kekurangan dlm segi penjelasan. Ada bahagian yg aku x paham terutamanya pada pertengahan & penghujung cerita. Satu lagi, almost watak2 pompuan dlm cerita ni menggunakan nama yg sama iaitu MEK. Takde nama lain ke? Keliru betul lah...Saya harap utk novel yg seterusnya penulis2 ini boleh lah memperbaiki kelemahan2 yg saya sebutkan tadi. Sekian terima kasih.
Pening jugak lah baca buku ni sebab selalunya buku ada dialog dialek negeri ada maksud bahasa melayu sekali tapi buku ni takde. Lepastu asal jumpa watak baru je, tanya orang mana dan terus cakap Kelantan senang weh kerja penulisnya takde kreativiti ke apa untuk kembangkan watak-watak tu.
Idea cerita okay sangat, tapi plot agak terabur. Dan pengakhiran buku ni agak mengecewakan, tak ada climax dan plot twist yang meh sekadar ada.
Terlampau banyak conversation dalam bahasa kelantan. Penulis perlu tahu yang ada orang tak faham bahasa kelantan. Rugi sebab jalan cerita menarik tapi susah nak feel sebab penggunaan bahasa kelantan
antara buku fixi yang terlewat juga saya baca and i love it. put aside all the longgar parts sebab in the end of the day, kepuasan membaca tu yang saya perlukan, tidak perlu elaborate terlalu alif sampai ya, tidak perlu mencari kesalahan sebab kadang apa yang dah cukup, kita berhenti dulu sebelum kenyang :)
separuh jalan membaca membuatkan saya teringat zaman2 80/90 an di mana perempuan memakai furdah dijadikan urban legend buat sesetengah pihak yang menakutkan isteri2 mak mak janda hot yang keseorangan di rumah supaya tidak membuka pintu kepada orang asing berfurdah yang datang mengetuk pintu rumah dan memberi salam. this is genius, penulis menggambarkan situasi itu mengikut acuan dia sendiri.
konflik adik beradik yang cliche tetapi memberi kesan (face it, y'all mesti ade jenis akak adik tak senonoh gini pastu bergadoh tak sedar langit bumi pumpang touching lepastu update status socmed)
ada yang buat saya tersenyum, ada juga yang buat saya garu kepala sebab i was like, gurl, kau dah kenapa perangai haramjadu sangat ni?? scene kelam kabut sebab kipas, jelmaan bertenggek, pempuan tetiba masak nasi dagang kau dah kenapa? terhibur okay. saya suka cara penulis kaitkan semua tu dengan penghuraian yang kemas.
menuju ke pengakhiran, twist yang dibuat jalinan untuk menyimpulkan babak lepas bagi saya agak baik, for me untuk menyiapkan babak2 lepas dijadikan satu kesimpulan agak payah so yeah i applaud the writer for doing such a good job.
banyak juga yang meleweh, tetapi meleweh yang bagi saya boleh diterima. dalam hidup pun kau sibuk melompat atas bawah pon penat nak mengucap kan? so satu keselesaan bagi pembaca bila 'direhatkan' dengan babak sebegitu. takdela kau nak terkench pon tahan sebab sexited nak habiskan pastu nak rate. chill, membaca sepatutnya menenangkan bukan nak cepat habis je. gitu
walau saya bukan orang kelantan, paham je loghat kelantan yang digunakan. kita hidup dah terlampau senang sampai semua nak jolok masuk dalam anak tekak. usaha sedikit, google if you must for a few words yang kurang faham. its fun. macam kau main konda kondi atau main cari harta karun. search, search jumpa! haaa kan puas! :)
overall i love it. i dont know about y'all but i think the writer did a very good job..i enjoy it, read it 3x already and masih tersenyum dengan babak yang ada ayat-ayat usikan dalam slang kelantan itu. cheq sukaaa haihhh!
ok, saya bias. so what? i love Comey and i'm gonna read it again. muah ciked!
Best sebab ada dialog Kelantan, walaupun saya tak bercakap kelantan, masih faham. Sepanjang baca tu, mula2 dalam kepala nak bagi lima bintang. Tapi, ada some part tu macam predictable, so saya dah bagi 4 bintang je. Plot sangat menarik dan first time saya baca plot begini, jadi saya suka. Cumanya, penung sikitlah baca nama sama 'mek'2 ni semua. Penceritaan kadang tu macam kurang faham, sebab confuse yang author tengah refer tu mek yang mana satu. Ending memang rushing. Dan disebabkan ending yang lagi buatkan saya pening, saya rasa buku ni layak 3 bintang sahaja max. Mula tu macam excited baca, dan memang saya mengaku ada part yang buatkan bulu roma saya tegal berdiri.. Tapi bila dah sampai part 1/5 bahagian akhir buku ni, macam pening dan lost. Daripada faham dan boleh fokus, jadi macam tak seronok sangat baca. Apapun.. Tahniah penulis, teruskan berkarya dengan lebih baik next time.