Jump to ratings and reviews
Rate this book

Siri Jalanan Teme #1

Pelukis Jalanan

Rate this book
"Jika diberi peluang berpatah balik masa, perbetulkan semuanya, mengelak kegagalan berlaku, dan hidup dengan selesa, aku akan memilih untuk tidak lakukannya. Kerana pengalaman inilah anugerah bernilai Allah kepada aku.”
[Teme Abdullah]

215 pages, Paperback

First published January 1, 2016

173 people are currently reading
2397 people want to read

About the author

Teme Abdullah

15 books3,302 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
2,877 (79%)
4 stars
550 (15%)
3 stars
152 (4%)
2 stars
23 (<1%)
1 star
26 (<1%)
Displaying 1 - 30 of 507 reviews
Profile Image for Fatini Zulkifli.
433 reviews40 followers
March 2, 2018
Baguslah Teme ni. Aku percaya bahawa bagusnya anak disebabkan oleh didikan ibu bapa. Ibu bapa Teme telah berjaya mendidik Teme dengan elok, menggunakan segala anugerah fizikal dan mental sebaik-baiknya dan tidak bergantung harap dengan makhlukNya. Teme masih muda tetapi dia begitu matang. Umur 20 tahun sudah menerima tempahan lukisan daripada warga UK, Malaysia, Jepun dan nilai upahnya bukanlah sedikit. Ibu dan bapa Teme kena tulis buku, "Cara mendidik anak".

Membuatkan aku teringat kisah Datuk Lat sewaktu temu ramah dalam Nasi Lemak Kopi 'O' TV 9. Datuk Lat sewaktu darjah 1 (rasanya, lupalah) yang suka benar melukis. Ayahnya ialah orang pertama mengesan minat Datuk Lat dan memberi perkakas untuk Datuk Lat menulis. Bakat dan keupayaannya diberi lebih perhatian dan diikuti pencapaian akademik. Kisah Datuk Lat dan Teme mengajar aku tips mendidik anak iaitu melihat kecenderungan anak dan beri sokongan.

Jadikan minat dan bakat anak sebagai keutamaan dan kejayaan akademik sebagai supplementary/back-up plan. Jika akademik menjadikan seseorang itu jutawan, bakat dan minat akan jadikan seseorang itu billionaire.

Pada awal cerita, dia mengatakan bahawa dia seorang murid 7 tahun yang ada disleksia. Ini menguatkan lagi hipotesis aku bahawa sesiapa yang ada masalah berkaitan neurologi, biasanya mereka ini lain daripada yang lain. Jika dididik elok-elok, berkemungkinan mereka akan jadi hebat. Abang aku kata, pencipta Pokémon seorang autistik. Mozart dan Tim Burton juga katanya autistik. Manakala, orang yang ada Asperger bagus bab kejuruteraan tetapi kurang simpati. Elon Musk disuspek oleh pembaca mempunyai sama ada autistik atau sindrom Asperger. Argument yang diberikan ialah, bila mereka berfikir, mereka menggunakan salah satu bahagian otak dengan aktif menyebabkan bahagian otak itu tajam dan genius.

Jadi melalui kisah Teme, kalau anak ada disleksia, jangan freak-out. Jangan paksa mereka untuk berfungsi seperti majoriti kanak-kanak yang lain. Otak mereka istimewa. Perlu banyak membaca tentang neurologi dan psikologi untuk fully utilize their capability.
Profile Image for Sha Mohamed.
2,519 reviews1 follower
January 12, 2019
Patutlah buku ini disukai dan dicetak berulang-ulang.. Ada pengalaman yang dikongsikan.. Kesusahan dalam menempuh hidup di negara orang.. Manusia baik dan manusia jahat.. Ahmad yang selalu ada menegur Teme.. Great Artwork..
Profile Image for Sooraya Evans.
939 reviews64 followers
May 21, 2016
After 'Ulu Yam di Liverpool' and 'Catatan Pengembaraan Seorang Flowerman', this is the 3rd Malaysian student UK memoir I enjoyed. Maybe the authors know each other? Hmm...
Pelukis Jalanan also left me in a state of good feeling.
Truly motivational!
Profile Image for SA.
302 reviews32 followers
June 14, 2023
This is the first book from Teme that I read and I'm actually surprised that I like it!

Reading this makes me feel like being transported into Teme's daily journal. I followed his ups and downs and I felt humbled as I go through my reading journey. There's just something about his writing that keeps me enticed the whole time.

Among the quotes that he had written, these stuck with me the most:

“Jangan sedih bila orang kata kau tidak mampu. Jadikan ia pembangkit semangat untuk buktikan yang kau mampu. Buktikan pada mereka.”


“Ya, akan ada yang benci, khianat, hasad, dan dengki. Masa yang kita ada janganlah dibuang, biarkanlah mereka yang di belakang itu terus di belakang. Jangan jadikan mereka penghalang, ambil ia sebagai peluang. Biar mereka bosan, biar mereka cakap sorang-sorang.”
Profile Image for zairaidah.
407 reviews40 followers
January 21, 2019
Disebabkan aku sangat suka dengar orang bercerita, jadi naskhah ini antara yang menjadi kegemaran sepanjang masa. Terutamanya jika ianya berdasarkan kisah benar. Aku tak kenal pun penulis ni siapa? Dan tak pernah pun nampak lalu dekat ig aku. Dah tu pulak orangnya sangat la misteri. Kalau ada masa nanti nak baca entry di blog penulis pulak.

Cabaran hidup penulis di bumi UK. Tak dinyatakan di mana tempat sambung belajar tu. Ye lah sedangkan coursemate sendiri pun tak tahu Teme@Tomato itu adalah orang yang sama. Sangat-sangat terkesan dengan beberapa peristiwa yang berlaku antaranya sabotaj dan ayam goreng. Memang marah betul bila buat assignment sama-sama orang lain pulak ambil kesempatan. Lagi2 orang yang bukan sebangsa dan seagama dengan kita. Manakala ayam goreng tu bagusnya penulis berikan pada homeless tu. Tak tahu nak rasa happy ke sedih ke macam mana. Tapi ketenangan yang Allah berikan melebihi segala-galanya.

Di samping itu juga, penulis cepat sedar diri lantas kembali bergantung kepada Allah. Di saat hampir-hampir nak putus asa ada kawan tolong ingatkan dan juga iktibar dari keadaan sekeliling. Untung Ahmad dapat masuk dalam cerita ini. Sahabat susah dan senang.

Next Arkitek Jalanan.
Profile Image for Hanis Afifah.
99 reviews6 followers
June 23, 2023
Markah saya yang lebih tepat sebenarnya 3.85 untuk buku ni.

Oh, ya!
Saya baca versi e-buku di Cereka.

Secara umum dan keseluruhannya, saya rasa buku ni okey. Alhamdulillah, saya dapat ilham dan inspirasi untuk kehidupan dan pengajian saya sendiri.

Cuma saya kurang gemar teknik sudut pandang ketiga yang digunakan penulis dalam buku ni. Tambahan lagi, Teme yang menjadi protagonis buku ni boleh dikatakan hampir-hampir seperti Mary Sue - tak ada cacat cela.

Walaupun ada penafian pada bahagian Profil Penulis - sama ada buku ini fiksyen sepenuhnya atau tidak - saya secara peribadinya berpandangan menjadikan diri sendiri sebagai protagonis (yang ditulis hampir sempurna sikap dan sifatnya) dalam buku yang kemungkinan besar bercampur fiksyen dan bukan fiksyen boleh membuka pintu-pintu yang berbahaya.

Pintu ujub buat diri sendiri, sebab mesti akan ada pembaca yang puji melambung tinggi.

Pintu fitnah buat para pembaca (terutamanya muslimah yang kurang sifat malu) sebab pasti akan ada yang mula meminati Teme secara taasub.

Apapun, ini cuma pendapat saya.
Profile Image for Arif Zulkifli.
Author 27 books183 followers
April 19, 2016
Aku tak sangka boleh habiskan bacaan dalam satu sitting.
Buku ini sangat menyentuh jiwa!
Aku faham perasaan tatkala gagal mencapai markah yang sepatutnya semasa Alevel dulu.
Aku faham perasaan tatkala melihat seorang demi seorang rakan seperjuangan fly.
Aku faham perasaan bila melihat gambar-gambar mereka di media-media sosial, mengunjungi tempat-tempat yang menarik, yang aku takkan dapat merasa.
Tapi aku faham setakat itu saja. Hanya secebis dari apa yang Teme lalui. Betapa banyaknya yang perlu dilalui hanya untuk memegang segulung ijazah buat ibu bapa.
Betapa perit hidup di tempat orang, tanpa bantuan biasiswa.
Dan buku ini banyak mengajar aku (yang kuat merungut) agar banyak bersabar dengan apa yang aku hadapi sebab ada lagi yang melalui hidup dengan lebih perit lagi.

Sayang aku tak sempat kenal Teme dengan lebih rapat semasa belajar Alevel sama-sama dulu.

Jika terlihat kecantikan, ingatlah akan penciptanya.
:)
Profile Image for Zaghol .
1,115 reviews
May 29, 2018
Beli buku ni tahun lepas dalam bulan jun camtu sebab terpengaruh dengan rebiu2 di sosmed mengatakan yang buku ni best tahap gaban! Baru baca tadi, memang betul kata2 sosmed.

p/s: hidayah untuk orange. Adakah inspirasi nama Oren Peli? Entahla...
Profile Image for Ririn Aziz.
790 reviews106 followers
June 2, 2017
Buku yang sangat memberikan inspirasi!

Saya tak tahu pun pasal Teme ni. Selepas habis baca buku ni barulah saya mencari IG-nya dan melihat sendiri lukisan-lukisannya yang famous tu. Saya tergerak hati untuk membeli buku ni selepas melihatnya di laman mphonline. Agak tertarik bila dikatakan penulis yang struggle di bumi UK kerana melanjutkan pelajaran dengan biaya sendiri.

Walaupun beli dari tahun 2016 lagi, tapi saya hanya membuka balutan plastik buku ni ketika ingin membacanya. Itupun sebab buku kedua Teme telah dibeli (rezeki saya dapat juga cetakan pertama, walaupun sebenarnya masa saya order tu dah sold out! 5000 naskhah habis dalam masa beberapa hari saja di apabila mula dijual sempena PBAKL 2017).

Kebiasaannya, apabila kita mendengar mengenai kehidupan pelajar Malaysia di luar negara, kita membayangkan perkara yang indah-indah saja. Peluang belajar di luar negara, dapat melancong ke negara-negara Eropah dan dapat tinggal di tempat yang kita bertungkus-lumus menabung beberapa tahun untuk melancong seminggu! (hashtag tabungmasihjauhdaripenuh 😉).

Tapi Teme menceritakan sisi yang sebaliknya. Bagaimana dia terpaksa bertungkus-lumus mencari pendapatan untuk membayar yuran pengajian yang mencecah lebih RM 80k untuk satu semester. Pelbagai cara dibuat, malahan banyak perkara yang harus dikorbankan demi mencapai cita-cita. Tanpa kerja-kerja sambilan pun, pelajar bidang arkiteksur memerlukan masa dan perhatian yang lebih, bayangkan jika terpaksa mencuri masa itu untuk mencari pendapatan. Dengan kos sara hidup yang tinggi, dia terpaksa mengikat perut dan menahan kepenatan demi untuk menggembirakan hati ibu dan bapanya.

Penceritaan yang ringkas dan pada saya unik tetapi amat memberi kesan. Unik kerana Teme menceritakan kisah hidupnya ini dengan menggunakan sisi orang ketiga, bukannya sisi pertama seperti kebanyakan. Teme juga banyak menyelitkan dakwah supaya dapat dikongsi dan memberi manfaat kepada pembacanya. Banyak kata-katanya yang boleh dijadikan kata-kata inspirasi (quotes), terlampau banyak sehinggakan lebih baik kita memiliki (dan membaca) keseluruhan buku ini.

Bukan mudah untuk mencapai kejayaan. Perlukan usaha dan tumpuan yang sepenuhnya. Perlukan pengorbanan yang bukan sedikit. Dan seterusnya kita berserah kepada Allah untuk menentukannya. Ketenangan dan penerimaan akan dapat diperolehi sekiranya kita percaya pada takdir yang ditentukan Allah.

Recommended read. Cari dan hayatilah.
Profile Image for Fara.
235 reviews19 followers
July 22, 2020
Berdebar-debar semasa mula-mula buka buku ni. Risau jika tak mencapai piawai hebat seperti yang digembar-gemburkan. Nyata ia kerisauan yang sia-sia. Tak dinafikan, buku ini bagus sekali. Mampu menginspirasikan sesiapa yang sedang mengejar cita-cita, yang sedang menuntut ilmu dan yang sedang berusaha memajukan diri.

Pandangan kurang popular, saya lebih suka kalau penulis menggunakan sudut pandangan orang pertama. Dan memandangkan buku sudah masuk cetakan kesebelas, sepatutnya tak berlaku kesilapan cetakan (mungkin?) kerana terdapat pengulangan sebaris ayat pada ms 35 & 36.

#PelukisJalanan
Profile Image for Joy (Cheery♡Reads).
985 reviews117 followers
December 16, 2025
Hmmm, I believe banyak yang dah tau about this book and series serta penulisnya kan?

Actually, this is only my second read from Teme and Joy pun baru kenal karya beliau last year. Late to join the bandwagon but better late than never right?

Pelukis Jalanan merupakan autobiografi penulis how he struggled (initially) to survive in London as an architecture student not on government sponsorship.

The storytelling is very simple and straight to the point yet extremely engaging. Smooth plot and transition of scenes.

It is a very inspiring and insightful read with lots of golden nuggets hidden along the way. Ia bukan saja ceritakan selok belok kehidupan dia di London, tetapi setiap dugaan and pengalaman yang dilalui, pasti mempunyai hikmahnya dan peringatan kepada para pembaca.

Scene yang paling memberikan kesan dan impak yang mendalam kepada Joy ialah tentang bagaimana kita terlalu fokus dan risau tentang isu-isu/masalah sendiri dalam dunia ini sampai tak terlintas dalam fikiran langsung adakah kita telah bertawakal dulu kepada-Nya.

Another point that hit me hard was the reminder to stop comparing ourselves to others. Kita kena belajar melihat dan bersyukur dengan bakat diri sendiri - utilise it to the best that we can in accordance to His ways and He will definitely jaga kita.
Profile Image for Reen.
39 reviews4 followers
April 2, 2023
“Jika terlihat kecantikan, ingatlah penciptanya”

Buku ni menceritakan tentang pahit manis perjalanan hidup Teme dari zaman A-Level sampailah ke universiti.


Buku ni banyak bagi pengajaran dekat aku. 🥲 Teme tak give up walapun dia tak lepas A-Level. Dia cuba usaha sendiri untuk masuk universiti dekat UK juga tanpa mengharapkan bantuan keluarga. Tetap berdikari.


Walaupun kena cari duit sendiri untuk bayar yuran, rumah sewa dan kadang-kadang tu kena ikat perut sebab tak ada duit. Semua ditanggung sendiri olehnya dengan kerja-kerja sambilan.


Aku rasa sedih dekat part Teme sewa rumah, peraturan yang sangat-sangat ketat. Itu tak boleh, ini tak boleh. Lepas tu berjumpa dengan rakan sekelas Morgan, Joel, Orange yang bagi pengajaran dan teladan. Serta kes ayam.


Sampai satu peristiwa tu, Teme hampir-hampir menyerah tapi dia lupa, dia ada Allah yang berkuasa ke atas sesuatu perkara. Akhirnya, Teme bangkit semula dengan melukis di jalanan untuk selesaikan ‘hutang’ yang tertangguh.


Beruntung Ahmad dan Abang Ash sebab dah menjadi kawan susah senang Teme sehingga ke hari ni.


Apa-apa pun aku suka karya ni. Lebih kepada motivasi kepada anak-anak muda. Buku macam ni la wajib ada dekat setiap library setiap sekolah. 👍🏼
Profile Image for SS.
512 reviews5 followers
October 6, 2018
Selalu tgk review buku ni dekat social media je. Tapi tak terbeli beli. Akhirnya dapat jugak buku ni walaupun lambat. Org lain dah ke mana hala dah. Well, Betul kata org. Pelukis Jalanan adalah satu buku motivasi yang bagus utk kita positifkan diri kita balik. Teme bukan penulis professional tapi dia mampu tarik perhatian pembaca dgn cara dia tersendiri.

Salute dgn Teme yang mempunyai keberanian utk tetap teruskan apa yg dia mahu di sebuah kota asing. Kalau org lain belum tentu nak pergi walaupun tahu duit tak berapa nak ada dan juga tempat tinggal. Tapi Teme tetap teruskan. Sangat salute. Di usia yg muda. Dia mampu utk jaga diri dan sedapkan hati parents dia. Tak bergantung harap sgt. Dan cara dia ikhtiar hidup dekat sana pun bukan smua org blh buat. Kerja sambil belajar. Kalau tak mampu. Mungkin akan makan diri balik.

Apa pun, atas niat baik Teme utk belajar dan restu parents jugak. Dan sahabat dia, Ahmad. Suka dgn kata kata yg selalu Ahmad bagi dekat Teme. Banyak kata kata positif yg terkesan dlm diri. Banyak jugak jawapan jwpn dr Teme utk org lain yg aku kagum.

Buku yg bagus. Good job Teme. Well done ✌🏻
Profile Image for Noor Hanis.
187 reviews
July 23, 2016
Terlalu banyak kata-kata yang penuh inspirasi dalam buku ini sehingga saya hampir menyediakan buku skrap. Dari muka surat pertama sehingga muka surat terakhir, Teme ini banyak persamaannya dengan saya. Cuma satu sahaja perbezaan paling ketara antara kami berdua. Dia mahir melukis manakala saya langsung tidak pandai melukis. Melukis yang berkaitan Biologi pandailah saya tapi jika berdasarkan imaginasi dan kebolehan dalam seni itu boleh dikatakan hampir tiada.

Teme seorang yang bijak dan rajin dalam akademik. Saya tabik dengan kegigihan beliau dalam mengharungi cabaran di dunia luar. Apabila beliau langsung tidak mempunyai satu sen pun di bank, saya berasa simpati dan memikirkan bagaimana dia mampu hidup sebegitu. Tapi lihat beliau sekarang. Begitu hebat dan terkenal dalam bidang seni lukisan.

Terima kasih saya ucapkan kepada Teme kerana mengingatkan saya untuk kembali kepada Allah. Kadang-kadang manusia ini mudah lupa. Alpa. Leka. Merungut atas segala kesulitan yang diberi. Namun kita tidak tahu bahawa setiap kesusahan itu ada kemudahannya.

Mohon ada buku seterusnya daripada Teme.
Profile Image for Shaznie Mardhiah.
88 reviews
April 29, 2017
Sekarang ni ramai betul org buat buku. Mostly org org yg tweetfemes blogger blogger sekalian. Tapi tak byk buku depa yg best, y memberi kesan.

But I can say it's a bit different utk buku teme ni. Dia mcm memberi inspirasi gitu ceyy. lama da tak melukis so bila baca buku dia terus rasa nak capai pen sebatang n sketch. (?) hahah

Tbh buku ni byk +ve vibes, dan memberi inspirasi lah kepada student2, utk sentiasa struggle dn usaha capai impian & cita cita walaupun kadang tu nampak mustahil. Sebab tak ada y mustahil dgn pertolongan Dia. Tetapkan je niat dan usaha sehabis mungkin in sha Allah, Allah akan permudahkan jalan kita :)

P/s : aksheli im reading another book tapi atas suggestion kwn yg kata buku ni best sgt, terus terhenti baca buku y satu lagi. makanya dgn tamat buku ni habislah target buku utk reading challenge tahun ni. Yeyy! pengakhiran yg baik dgn bahan bacaan yg baik sekali. :)

Sekian. (Panjang pulak)
Profile Image for Nadiah Razali.
133 reviews57 followers
January 29, 2020
5 Star!
Buku ini membuatkan saya tak boleh letak tepi , saya habiskan dalam masa 4jam. Buku ini mengisahkan pengalaman penulis belajar di United Kingdom, menggunakan duit poket sendiri. Kesusahan penulis menghadapi dugaan wang tidak cukup, tidur yang sedikit, ditikam kawan, menahan kerenah tuan rumah, menahan sejuk dan pelbagai cabaran yang dihadapi penulis.

Saya suka part penulis, di mana dia membeli ayam goreng, betapa excited penulis dengan ayam goreng tu, sampai terbayang-bayang nak makan nasi panas, maklumlah penulis dah lama tak makan makanan enak. Tapi, bila penulis melihat seorang homeless yang kesejukan dan menangis kelaparan, penulis mengambil keputusan untuk sedekah ayam tersebut. Di saat kita rasa kita susah, ada lagi yang lebih berat dugaan.
Profile Image for Ummu Auni.
663 reviews
June 4, 2024
Buku pertama teme yang kubaca. Premis yang menarik. Seorang pelajar menyambung pengajian dengan pembiayaan sendiri sambil melalui perit getir kehidupan
Profile Image for Nor.
Author 9 books105 followers
November 26, 2017
Jalan cerita yang mengesankan sebab ia adalah kisah benar penulis.

Lancar membacanya dan terasa tidak sabar untuk tahu kisah selanjutnya menyebabkan ia dapat dihabiskan dengan pantas.

Lukisan-lukisan yang disisipkan menjadi bukti bahawa penulis adalah pelukis berbakat besar. Indah sekali.
Profile Image for W. N. Izzaty.
1,334 reviews67 followers
August 25, 2019
[BOOK 137]

Pelukis Jalanan by Teme.
.

Okay, ni buku adik aku. Disebabkan baca buku ni dah lama, punyalah susah nak recall, buku apa yang aku dah baca. Nyaris-nyaris lupa pasal buku ni.
.

Buku ni aku baca masa raya Haji. Sebab masa tu, tengah dalam mixed feeling gitu. Cuak nak masuk kerja kan. Hahah. Lagipun aku dah lama tertangguh nak baca novel ni. Dan aku pernah baca review yang cakap, buku ni best dibaca waktu dalam mode malas dan kurang bermotivasi. So, ni la masa yang paling tepat untuk baca buku ni.
.

Disebabkan ni ialah berdasarkan pengalaman penulis sendiri, jujurnya, aku memang salute la dengan ketabahan dan surviving skills which kalau aku kat tempat dia, dah lama kot aku give up. Ya, sebab tu la, aku kat sini. Dan Teme kat sana.
.

Baca buku ni buatkan aku terbayangkan adik sendiri. Adik lelaki aku sama macam Teme. Gilakan duit. Biasalah, remaja kan. Bila dapat pegang duit yang banyak, rasa macam study tu boleh tolak tepi je. Dan disebabkan tu la, Teme ni terkandas masa A Level nya, padahal beza 1 point je kot ngan kawannya yang boleh sambung belajar kat oversea. So, dia kena la sambung belajar dalam negara je. Tapi ada masalah apa entah, Teme kena bermula semula daripada awal, means dia akan lambat setahun dua la berbanding kawannya yang satu course. Itu yang buatkan dia nekad nak jugak fly ke oversea walaupun terpaksa guna duit sendiri. Gila banyak wehhh. (Hurm, again, kalau aku kat tempat Teme, redah je la study semula daripada awal. Tak mampu nak belajar oversea weh kalau tanpa sponsor)
.

So, cerita Teme kat sana, bagi aku sangat menyedihkan la. Penatnya lahai. Itu aku yang baca, dia yang memikulnya pasti lebih penat.
.

Dan kelebihan Teme ni ialah dia pandai melukis. And another kelebihan ialah bila dia acknowledged kelebihannya itu. Bukan semua orang tahu kelebihan masing-masing kan? So, daripada situlah, dia berjaya cari duit to support his study.
.

Kalau aku boleh time travel dan jumpa ngan Teme pada waktu dia tengah struggle tu, aku akan cakap, terima kasih kerana bertahan. So, ni pengajaran untuk aku jugaklah. Bila rasa nak give up, cepat-cepat bangkit, supaya aku pada masa hadapan mampu berterima kasih kepada aku yang sekarang.
Profile Image for Maisarah Azmi.
24 reviews8 followers
April 2, 2016
Assalamualaikum pembaca,

Kali ini saya ingin membuat “review” buku Pelukis Jalanan oleh Teme Abdullah.

Buku yang ditulis dari hati akan sampai ke hati juga. Itulah perasaan saya usai membaca buku ini.

Teme menulis tentang pengalamannya yang anti tipikal dan penuh cabaran. Dia telah melalui pelbagai ujian sebelum menemukannya dengan true passion-nya sebagai pelukis jalanan.

Saya berjaya menghabiskan buku ini kurang 2 jam.

Kita tahu Teme jujur melukiskan kisah hidupnya yang bukan biasa-biasa.

Teme tetap remain anon dan bagi saya itu satu pendekatan yang baik agar dia tidak dipuja

Apa yang Teme lalui, sebenarnya adalah kisah hidup kita juga, cuma yang membezakan cara kita respons. Bak kata Teme, ada orang di beri buku tebal. Ada orang diberi buku nipis sebagai ujian. Semakin tebal buku, semakin banyak nikmat yang Allah beri, semakin besar ujian.

Kisah Teme Abdullah, kisah pelajar luar negara yang atypical. Worth reading!

Lanjut - http://mysarahwrites.com/2016/03/01/p...
Profile Image for Ita.
19 reviews7 followers
April 4, 2016
Alhamdulillah, tergerak hati untuk belek2 buku ni sebelum melelapkan mata..namun, aura dia tersangatlah kuat hingga x boleh berhenti sampai la habis page terakhir. Satu buku yang 'wow' dan santai. Bahan bacaan yang x berat tapi mampu buat rasa x cukup nafas dengan setiap momen perjalanan hidup penulis untuk survive kat UK. Bagaimana cekal dan sabarnya penulis menghadapi setiap ujian yang dihadapi baik dari segi kewangan dan juga orang sekeliling. Cerita yang penuh inspirasi, ketekunan yang tersangat ikhlas tanpa lupa matlamat asal kepada-Nya, memberi peringatan kepada diri untuk tidak melupakan Dia dalam setiap perkara yang dikejar. Allah beri kelebihan berbeza kpd setiap hamba-Nya, supaya kita saling mengingati dan memantapkan cinta kepada-Nya, Pemilik segala yang kita ada. Tak semua pengalaman perit dan pahit tu perlu kita buang, itulah yang menjadi penguat buat kita untuk lebih berjaya dan lebih dekat dengan cinta-Nya. salah satu quote drp penulis yg sgt sy suka: "kalau ada maslah,jangan lari.Hadapinya dengan penuh gaya. insyaAllah kau akan berjaya". (x baca, rugi ;)


Profile Image for Idham Aishamuddin.
33 reviews4 followers
May 24, 2021
“Kalau popular yang kau kejar, dan kau berusaha ke arah itu, maka Allah akan bagi kemasyhuran kepada kau jika Dia berkehendak. Tetapi rugilah kalau hanya kejar popular di dunia yang sementara ni. Kau hanya kejar debu, kau menempah risiko penyakit hati."
(p. 193)

"Jika diberi peluang berpatah balik masa, perbetulkan semuanya, mengelak kegagalan berlaku dan hidup dengan selesa, aku akan memilih untuk tidak lakukannya. Kerana pengalaman inilah anugerah bernilai Allah kepada aku. Dia memang letakkan aku dalam situasi ni untuk latih aku, untuk jadikan aku lebih matang. Tiada apa yang berlaku tanpa Dia rancang.”
(p. 194)

“Waste your time, and you are wasting your life “
(p. 211)

Buku pertama Teme yang saya baca. Very inspiring!
Profile Image for Izzati Aisyah.
263 reviews40 followers
November 12, 2020
Better late than never. Baru berkesempatan untuk membeli semua buku Teme dan membacanya. Selain novel, aku suka buku yang berkisahkan perjalanan hidup seseorang. Dan kisah ini buat aku terinspirasi dan merenung sendiri perjalanan hidup yang aku tempuhi dari dulu sampai sekarang yang aku juga takkan ubah. Kalau tak kerana pengalaman pahit manis itu, tiadalah aku di sini.

Walaupun belum berjaya mencapai kedudukan selesa, tapi aku bersyukur dengan apa yang Allah bagi.

Maka nikmat Tuhanmu yang manakah kamu hendak dustakan?
Profile Image for Mslvoe.
2,042 reviews197 followers
January 31, 2025
Macam baca diari penulis. F suka kisah² benar begini. Penulisan Teme jugak buat F hanyut selami kisah Teme.

Tiba² F rasa proud.. bangga dengan Teme yang sentiasa tidak berputus asa. Camne dia struggle kat sana.. camne dia hadapi life as student."

Buku ni nipis je tau tu yang membuak² nak baca yang ke2
102 reviews2 followers
October 10, 2020
Liku perjalanan di negara orang. Sungguh terasa sukarnya hidup beliau. Namun dalam kesukaran hidup di negara orang , agama tetap menjadi pegangan. Allah tetap di hati. Hebat sungguh didikan agama yang diberikan oleh ibu bapa beliau
Profile Image for Nuruddin Azri.
385 reviews171 followers
August 8, 2019
An above-average work by a young author of 20 years old. This book will be much richer if it can be condensed with more historical, philosophical and religious facts or references (even the author originally didn't intend to) so that it can satisfy a larger number of audiences.
Profile Image for Noral.
115 reviews6 followers
October 16, 2019
Ada rasa sedikit cemburu akan bakat dan perjalanan hidup penulis. Swdikit dan sebentar sahaja cemburu itu. Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk setiap hambaNya.
Profile Image for nrrafitah.
117 reviews4 followers
July 23, 2024
Cerita yang menarik sampai rasa tak boleh stop baca. Banyak pengajaran dalam buku ni. Thankyou TEME!
Displaying 1 - 30 of 507 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.