Dia, gadis yatim piatu yg nakal, yg spontan, yg selamba, yg mata duitan. Dia juga petah & matang dlm pertuturan serta sentiasa positif menjalani kehidupan. Yg paling penting, dia punya sekeping hati yg tulus. Dialah RAISYA.
Sementara FARISH pula seorang yg patah hati kerana kehilangan isteri & adik kembarnya dlm sebuah tragedi, menyalahkan diri sendiri atas apa yg terjadi. Dia tidak reda dgn ketentuan takdir, lebih rela melayani rindu sepi hingga tak pedulikan zuriat sendiri.
Raisya yg enggan menyambung pelajaran, nekad melarikan diri dr rumah anak2 yatim yg dihuni & bekerja sebagai pengasuh bayi di rumah keluarga Farish. Pengalaman dibesarkan di rumah Asuhan Budi menjadikannya cekap dlm menguruskan Qalish, anak Farish yg dijaganya.
Raisya bersimpati kpd Qalish yg tidak dipedulikan oleh ayah kandungnya sendiri yg sibuk meratapi takdir. Lantas Qalish dijaga dgn sepenuh kasih sayang layak anaknya sendiri. Kecekapan & keikhlasan Raisya menjaga Qalish menyentuh hati tua mama Farish, lantas diaturkan supaya Farish mengahwini Raisya...demi masa depan Qalish & demi melihat Farish kembali mempunyai pasangan hidup, agar dpt berhenti dr terus hidup dlm kenangan arwah isterinya.
Raisya sanggup berkahwin dgn Farish kerana dia ditawarkan imbuhan RM100,000/= oleh mama Farish (nampak tak betapa mata duitannya dia). Sementara Farish setuju berkahwin kerana desakan mamanya di samping memikirkan masa depan Qalish. Selepas berkahwin, sikap mata duitan Raisya semakin menjadi2 apabila dia sering memeras duit Farish setiap kali Farish melakukan kesilapan ataupun setiap kali Farish melemparkan kata2 kesat terhadapnya. Hadiah yg Farish belikan untuknya juga dijual semula untuk mendapatkan wang...