Jump to ratings and reviews
Rate this book

Sembelih

Rate this book
Mereka mungkin berteduh di bawah bumbung yang sama. Tapi apa yang mereka rencanakan berbeza-beza. Semuanya bermula selepas ibu mereka ditemui mati di dalam rumah itu. Amal harus melindungi Maya. Meskipun ketika mayat ditemui, pisau berada di tangan adiknya itu.

Adakah itu Maya? Atau ada dalang sebenar disebalik semua keanehan ini? Yang pasti, mereka semua sedang menunggu giiran. Menunggu giliran - untuk disembelih.

236 pages, Paperback

First published February 1, 2016

1 person is currently reading
27 people want to read

About the author

Aneff Bahrom

2 books7 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
10 (17%)
4 stars
23 (41%)
3 stars
15 (26%)
2 stars
5 (8%)
1 star
3 (5%)
Displaying 1 - 13 of 13 reviews
Profile Image for Sha Mohamed.
2,525 reviews1 follower
December 2, 2018
Dia punya plot simple je.. Sembelih manusia dan jual organ.. Tapi dia punya krisis dalaman memang boleh pening kepala fikir.. Betulke Maya pembunub? Siapa bomohkan Maya? Siapa sebenarnya dalang yang nak menghancurkan keluarga merwka.. Memang sakit kepala fikir siapa yang jahat.. Tapi ending dia memang nice..
Profile Image for Asmar Shah.
Author 20 books136 followers
May 10, 2016
3.75* untuk Sembelih!

Untuk penulis baru, naskah ini sudah boleh dikira baik dan boleh dibanggakan. Moga terus menghasilkan karya yang best!

Tengok di timeline Lejen Press, buku ini bakal masuk cetakan kedua. Hebat bukan? Buat masa ini, jarang buku Lejen yang melepasi cetakan pertama dengan pantas ibarat pisang goreng yang baru diangkat dari dalam kuali. Tahniah encik penulis!

Kaver buku Lejen makin lawa (walaupun bukan semua). Ada kemajuan. Mungkin Lejen sudah nampak, bahawa peribahasa Don't judge a book by its cover bukan selalunya boleh diguna pakai. Tambahan lagi dengan persaingan dari penerbit-penerbit di negara ini yang ibarat cendawan tumbuh selepas hujan, maka dalam hal ini, selain buku dari penulis bestseller dan penerbit terkenal, kaver buku juga memainkan peranan penting untuk melariskan penjualan sesebuah naskah tersebut. Good job Lejen!

Penceritaan buku ini tersusun dengan kemas. Dari permulaan sehingga peleraian. Cuma kadang-kala ada bahagian yang agak meleret. Penulis membiarkan wataknya duduk lama bersembang di hujung lembaran kertas. Untuk genre sebegini, kebanyakan penulis lebih gemar untuk menggunakan penceritaan yang sedikit laju. Tapi jangan risau, ianya tidak menjejaskan pun kisah buku ini.

Tapi jikalau anda peminat cerita thriller yang berat dan sarat dengan aksi dan babak-babak gore, mungkin buku ini bukan buku yang sesuai untuk anda. Mengenai cara mereka menyembelih pun hanya sepintas lalu diceritakan. Kisah naskah ini lebih menjurus kepada bagaimana Amal mencari siapa musuh di dalam selimut yang membuatkan keadaan keluarganya menjadi kucar-kacir.

Aku suka twist cerita ini! Sangat suka. Semuanya dirungkaikan di hujung cerita dengan baik sekali. Kau tak akan sangka semua 'itu' adalah 'begitu'. Jadi jangan baca bab belakang dulu. Tapi aku tahu, manusia ni, makin ditegah, makin dia nak buat. Hahaha...

Jadi, selamat membaca kalian.

Mungkin buku ini kesukaan anda? Dapatkanlah.

Peace!
Profile Image for heril azwan.
524 reviews62 followers
March 25, 2016
tak tau nak bagi berapa sebenarnya... antra 3 ke 4*.. hehehhe

idea, ok - 1 bintang
twisted plot, ok - 1 bintang
ada peleraian, punca, akibat sume bla2 (sebelum ni buku lejen macam tergantung) -1 bintang
cover cantik! (boleh?) - 1/2 bintang
olahan? - agak kureng... so potong 1 bintang... hehehh

suka dengan idea cerita ni, POV dari seorang penjenayah/penyembelih/penjual organ!
pelbagai konflik dalaman dapat dilihat dalam diri Amal, saya kira penulis berjaya memaparkan konflik itu dengan jaya nya. dalam kejamnya, masih bersikap pelindung terhadap adiknya maya, masih bertindak rasional dalam memilih mangsa (erk.. baek ke tu?), sedikit membuta tuli, semua digambarkan sebaiknya secara langsung ataupun tidak.

saya suka naskhah ini sebab hala tujunya jelas, peleraiannya memang menyakinkan (walaupun tak sangka part tobat tu.. tapi thats de best!. well, xkan sume orang jahat kena mati kan? at least kalau betul2 nak berubah tak salah bagi peluang kan?).

walaupun ada beberapa part olahan yang boleh diperbaiki & plot yang meleret, tapi usai pembacaan dapat disimpulkan bahawa semua yang terjadi atas rancang musuh dalam selimut tersebut.

saya kira, naskhah ini tersusun kemas, sepanjang pembacaan memang pelbagai persoalan akan timbul tapi tidak mengecewakan dihujungnya. segalanya terjawap dengan rasionalnya, dan peleraian yang benar2 memberi kesan.

untuk itu, 4* untuk #SEMBELIH!

tahniah buat penulis!
Profile Image for Hn.ssss.
57 reviews1 follower
August 12, 2024
Sembelih - Aneff Bahrom

Rate ; 4/5 ⭐️

⚠️𝐑𝐀𝐓𝐄 𝟏𝟖+ / 𝐂𝐎𝐍𝐓𝐀𝐈𝐍𝐄𝐃 𝐕𝐔𝐋𝐆𝐀𝐑 𝐖𝐎𝐑𝐃𝐒⚠️
•••••••••••••••••••••••••••••••••••

Lama eh nak tulis review buku ni 😮‍💨 otak tiber blur tak boleh proses ayat. Kita ada tengok kat GR mostly readers bagi 3⭐️ ke bawah - so kat sini kita nak share kenapa kita kasi 4😂 oh btw, buku ni tak se’gore’ tajuk dia tau 🫠

Mula-mula sekali kita nak bagi tau , cerita ni MORE to “Amal’s POV” macam tu. Sebab bila baca kita rasa Amal macam sembang dengan kita😆(betulkan kalau salah 🙌🏻

💥 Amal - berasal dari keluarga yang menjadikan urusan jual beli organ manusia sebagai salah satu sumber pendapatan keluarga. Ada adik perempuan. Maya - boleh tahan liar dia ni.

💥 Pada awalnya, semuanya lancar tanpa halangan sehinggalah pada satu hari, Maya ditemui di sebelah mayat ibu mereka bersama sebilah pisau yang berlumuran darah. Ibu mereka dikelar! Oleh adik sendiri 😱

💥 Amal terkedu. Walaupun dia dengan Maya selalu bergaduh - lebih kurang level adik beradik gengster bargaduh , dia tak percaya Maya pelaku. Walaupun sebelah otak dia tau, kalau bagi tau polis pun dalam masa dua minit Maya akan di sabitkan hukuman. Tapi dia tetap tak percaya. Mustahil!

“𝐒𝐢𝐚𝐩 𝐤𝐚𝐮 𝐌𝐚𝐲𝐚! 𝐀𝐤𝐮 𝐬𝐞𝐦𝐛𝐞𝐥𝐢𝐡 𝐦𝐚𝐧𝐚-𝐦𝐚𝐧𝐚 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐥𝐚 𝐛𝐚𝐧𝐠𝐥𝐚, 𝐚𝐤𝐮 𝐬𝐮𝐬𝐮𝐧 𝐚𝐭𝐚𝐬 𝐤𝐚𝐭𝐢𝐥 𝐤𝐚𝐮!“ - 𝐀𝐦𝐚𝐥

💥 Dah la tengah serabut mak mati, Maya pulak buat hal 😮‍💨 dah la sebelum ni buat hal raba abang sendiri, ni tiba-tiba macam orang lalok. Kadang macam betul. Kadang macam tak betul. 🤨 Kalau Amal rasa Maya sakit mental, kita pulak rasa Maya ni ada split personaliti. Tapi betul ka? Tapi si Maya ni, bagi tau Amal dia kena bomoh 🧐 sapa pulak bomohkan Maya?

“ 𝐈𝐧𝐠𝐚𝐭! 𝐆𝐮𝐧𝐚 𝐚𝐩𝐚 𝐜𝐚𝐫𝐚 𝐬𝐞𝐤𝐚𝐥𝐢𝐩𝐮𝐧, 𝐜𝐚𝐫𝐢 𝐬𝐢𝐚𝐩𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐛𝐨𝐦𝐨𝐡𝐤𝐚𝐧 𝐚𝐤𝐮 𝐬𝐞𝐛𝐞𝐥𝐮𝐦 𝐚𝐤𝐮 𝐭𝐞𝐫𝐛𝐮𝐧𝐮𝐡 𝐤𝐚𝐮...“ - 𝐌𝐚𝐲𝐚

💥 Lepas mak mati, Cikong pulak kena bunuh . Lepas tu muncul pulak Nia dengan Zik. Sapa depa ni semua?

••••••••••••••••••••••••••••••••

Novel ni takda la sampai rasa serabut , takut, nak termuntah bila baca. Rasa biasa ja. More to rasa nak tau apa jadi dengan life Amal dengan Maya. Sapa yang dengki.

Bab-bab sembelih pun sepintas lalu, tak la gore macam novel Terang Bulan tu 🫠 yang tu ya… buat kita rasa pening 😮‍💨

Kita kasi 4⭐️ sebab kita enjoy. Rasa tak boleh stop selagi tak sampai hujung- tapi tangan gatal jugak pi selak pages hujung, terus rasa suspens tu hilang. Walaupun banyak kesalahan ayat , ayat tergantung, tersalah watak and so on, kita masih boleh paham jalan cerita. Masih lagi enjoy. Haaa gitulah.
Profile Image for Ai Ar.
19 reviews5 followers
June 7, 2016
Ulasan Novel oleh Ai Bee Ar

Tajuk : SEMBELIH
Penulis : Aneff Bahrom
Terbitan : LEJEN
Genre : Thriller

PRO
1. Menepati genre.
2. Pengakhiran cerita yang diluar jangkaan.
3. Plot yang teratur dan mudah difahami.

KONTRA

Ayat yang tidak lengkap

1. m/s 25 (perenggan kedua)

'Satu menegur aku dari tepi' = satu suara menegur aku dari tepi.

2. m/s 87 (dialog Amal)

'Aku kenal aku lebih dari kau kenal dia la' = aku kenal aki lebih dari kau kenal dia la.

Muka surat yang tidak dicetak

1.m/s 40 dan 41

Ejaan

1. m/s 170 (perenggan kedua)
'dirangcang' = dirancang.

2. m/s 181 (perenggan kedua)
'pertaruahan' = pertaruhan.

ULASAN

Kisah sebuah keluarga yang menjadikan urusan penjualan organ sebagai salah satu punca pendapatan. Konflik tercetus apabila si ibu telah dijumpai mati. Masing-masing cuba mencari siapa yang harus dipersalahkan sampai pembaca sendiri tidak dapat menjangkakan siapa pembunuhnya sehinggalah ke bab-bab yang penghujung. Sebuah karya thriller yang sangat menarik minat saya untuk terus membaca. Kepada peminat setia novel-novel terbitan LEJEN khususnya dan kepada yang tahu amnya, Novel terbitan LEJEN adalah sebuah karya urban yang menggunakan bahasa-bahasa yang sering kita tuturkan atau sering kita dengar. Apapun saya percaya, pembaca dizaman yang serba canggih ini sangat bijak menilai dan membuat keputusan untuk membaca atau tidak novel ini. Pada pandangan saya secara peribadi, novel ini ada pengajaran, ada ilmu dan ada moral yang boleh kita pelajari. Sejahat manapun kita jangan pernah putus asa memohon pengampunan kepada ALLAH. Biarlah orang disekeliling kita nak menilai kita kosong tak punya apa-apa kerana mereka lupa, mereka juga asalnya kosong dan tak punya apa-apa!!
Profile Image for Mommy Farah.
362 reviews14 followers
November 12, 2016
isu penjualan organ secara haram. sekali fikir mungkin kita rasa mereka2 yang trlibat dgn perniagaaan ini orangnya kejam.jahat.
tapi yang jahat tak selamanya akan jadi jahat dan kita tak berhak pun nak tentukan siapa yg akan masuk neraka, siapa yg akan masuk syurga.
tahniah penulis.suka pengakhiran cerita yg tak dijangka!
Profile Image for el ♡.
117 reviews4 followers
June 2, 2022
ikutkan nak bagi 3 ⭐️ lah tapi mmg -1 sbb typo bersepah & nama watak boleh tertukar2. pemalas ke editor ni even ni buku lama i baru baca lah cuma wonder how eh masa proofread tu....
Profile Image for TSam.
189 reviews13 followers
November 3, 2019
Seperti buku penulis yang sebelum ini, penulis memang pandai tarik pembaca untuk terus membaca. Elemen misteri sangat pandai penulis kemukan dalam cerita ni. Dia buatkan pembaca terus tertanya apa punca atau siapa dalang apa yg berlaku ni.

Tapi sekali lagi sy dikecewakan oleh pengakhiran cerita ini. Sy perasan penulis sangat obses dengan membuat 'plot-twist' yg mind blown sampai mengabaikan beberapa elemen yg membuatkan cerita ini berpotensi untuk menjadi lebih baik.

Kita sebagai pembaca melihat dari sudut 'aku', iaitu Amal, watak utama cerita ini. Kalau ikutkan penulisan pandangan pertama, pembaca ini bagaikan watak itu sendiri. Kita berada dalam minda watak itu sendiri, rasa apa yg watak itu rasa. Tapi entah kenapa penulis buat keputusan untuk buang logik penulisan itu semata-mata utk buat plot twist tu. Bagi sy maybe plot twist tu lebih jadi jika penulisan pandangan ketiga yg digunakan.

Sy perasan ade sedikit kesalahan ejaan, xpun perkataan dan rojak skit penulisan buku ini. Mungkin editor buku ni boleh buat kerja yg lebih baik lain kali? Sbb nampak macam buku ni x ditapis atau dicek editor pun.

Dialog buku ini sy suka, sbb ia sedikit menghiburkan dan rasa sangat smooth dan natural. Sesuai cara perbualan dan Watak2 itu sendiri.

Cerita ini sangat menarik dan pacing dia pun ok. Tapi sy rasa plot-twist yg tidak berapa sesuai atau maybe boleh buat dengan lebih elok? Seolah-olah membuatkan cerita ni sedikit 'messy'. Dan pengakhiran taubat tu bagi sy tidak masuk akal sangat, sbb tiada indikasi yg sepanjang yg menunjukkan amal atau keluarganya hendak berubah langsung atau punca atau apa2 elemen yg membuatkan Watak2 tu mempertimbangkan hidup mereka utk mula berubah.

Mungkin kalau penulis x begitu obses dgn plot-twist yg melampau sangat, mungkin cerita ni berpotensi utk jadi lebih hebat dan menarik.
Profile Image for sy.nazurah.
38 reviews6 followers
May 25, 2018
Dont trust anybody. Family tetap family. Kita susah tetap akan balik pada family. Tapi, kepercayaan kepada family juga akan tetap diuji. Manusia ni memang Tuhan bagi sifat tamak dan takut. Bila tamak menguasai badan dan minda, walaupun orang tu jaga kita baik manapun, ketamakan mengatasi kebaikan tersebut. Aku dapat rasakan kesakitan dan kekecewaan bapak Amal bila dia dikhianati oleh orang yg dia jaga sebaiknya.

Manusia akan balik pada fitrah beragama, so didikan agama tu penting walaupun hanya sekecil zarah je kebaikan yang kita buat. Jangan buat kerja Tuhan untuk mengadili siapa yang ke syurga atau sebaliknya.
Profile Image for sraeads .
17 reviews
May 22, 2023
it's not bad but it's not good either.
a little bit uncomfortable while reading this book.
Profile Image for Haq Raihah.
300 reviews55 followers
May 20, 2016
betul lah org kata ; jgn mudah sgt percaya kat org.

walaupun org tu kita dah kenal lama.
walaupun org tu dah kita anggap mcm adik-beradik.

happy ending — aku suka <3
Displaying 1 - 13 of 13 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.