Jump to ratings and reviews
Rate this book

Dua Nyawa

Rate this book
Dikala manusia sejagat selesa dengan kemudahan yang ada - mereka digemparkan dengan satu berita yang tidak disangka - yang kemudian mengundang tercetusnya huru hara.

Aliya, Dinda dan Vincent bertemu di tengah kemusnahan. Dan pada mereka, pertemuan itu hanya kebetulan. Tapi mereka silap. Ada agenda yang diatur.

Segala kemusnahan yang berlaku hanya membuktikan satu perkara - setiap manusia itu hanya pentingkan diri sendiri.

264 pages, Paperback

First published February 1, 2016

2 people are currently reading
15 people want to read

About the author

Asmar Shah

20 books136 followers
Hanya insan biasa. Masih merangkak di dalam dunia penulisan. Menulis hanya untuk mengisi masa terluang.

Katanya kalau terbaca karyanya, harap jangan ada yang serik kerana karya yang terhasil itu adalah dari budak hingusan yang baru bertatih menulis. Hanya sekadar penulis picisan. Harap ada yang tidak menyampah dengan penulisan yang terhasil dari jari-jemarinya.

Kini masih terus menjadi pembaca tegar di dalam meneruskan keberlangsungan hidup...

Peace!

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
5 (25%)
4 stars
9 (45%)
3 stars
5 (25%)
2 stars
1 (5%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 7 of 7 reviews
Profile Image for heril azwan.
524 reviews62 followers
March 28, 2016
3.8*

puhh... berpeluh gak baca!

kena imaginasi lebih sikit baca buku ni... advance sangat kowt!
memang tak terjangkau pemikiran, mula2 baca ala2 zombieland pun ada, masuk skt aeon flux& 5th waves! macam2 sci-fi kuar time baca buku ni...

idea, sangat ok! sesuatu yang fresh (mahkluk bersayap tu idea lokman ker? ala2 monarki da..kihkih).
suka dengan ceritanya yang pantas, bergerak sangat laju & perlu konsentrasi yang tinggi untuk faham. kalau tak memang tak leh nak imagine la.. too advance.

apa yang saya suka, plotnya tersusun cantik, tak berbelit2 (cukup la dengan fenomena yang memeningkan tuk.. setengah mampus gak nak perah otak imagi) n nampak hala tuju naskhah ni. bukan sekadar advance dengan macam2 aksi (ok, ni aku puji.. aliya memang brutal! ada part dia kelar2 tu pun aku tak larat nak imagine..sadis!), kisah masa depan yang menuju kehancuran.. tapi ada isu yang cuba dibawakkan. selaku pembaca, aku berpuas hati.

at least, ada peleraian & penerangan mengenai apa yang terjadi, yang boleh diterima pakai.

cuma, part2 yang ending tu macam kurang sikit (potong 1*..kihkihki), mungkin, tak perlu se-advance itu.. apa pun, still njoy reading!

jujur, lama da tak baca sci-fi melayu yang memuaskan hati macam.

congrats allz!
Profile Image for Sha Mohamed.
2,527 reviews1 follower
March 21, 2019
Cerita sains fiksyen yang sangat menarik.. Cuma sedikit kekalutan disebabkan penggiliran penulis.. Idea yang menarik bila satu cerita ditulis oleh tiga penulis.. 3 watak yang berkenalan dalam kekacauan.. Bermula dengan kemunculan manusia ganas yang membunuh sesuka hati dan huru hara yang menghancurkan.. Sehinggalah kemunculan kubah yang pelik dan penamatnya diluar jangkaan bila ada yang membelot..
Profile Image for Arif Zulkifli.
Author 27 books184 followers
September 8, 2017
Disebabkan aku dah biasa dengan penulisan Asmar dan Lokman, jadi aku boleh tahu bab mana yang ditulis mereka. Dan memandangkan buku ni ditulis tiga orang, secara tak langsung gaya penulisan ketiga itu milik Dalila.

Aku takde masalah dengan penulisan Lokman. Macam biasa, penulisannya kemas. Untuk bahagian Asmar, terdapat beberapa ayat yang bagi aku ditulis dengan agak kekok dan rasa tak natural bila disebut. Contoh, "menggeleng Aliya kepalanya laju." ms 92. Hah? Aku konfius kejap bila baca. Untum bab Dalila pulak, banyak gila kesalahan tatabahasa terutamanya bila penggunaan di. Di+verb sepatutnya rapat, dijarakkan. Di+tempat sepatutnya jarak dirapatkan. Stress aku baca. Aku tak tahu kalau penulis tak perasan ke apa, tapi benda ni tak sepatutnya berlaku. Grammar basic kot?

Dari segu watak, disebabkan novel ni ditulis tiga orang, jadi memang akan ada certain part yang penulis terpaksa menulis dialog untuk watak yang dia tidak biasa. Menyebabkan perwatakan watak itu tak konsisten. Dalam kes ni, Dinda. Watak Dinda paling tak konsisten bagi aku. Sekejap dia tenang. Sekejap dia gelabah tak tentu pasal. Aku pun pening. Satu lagi masalah watak dalam buku ni, takde watak yang aku minat pun. Bagi aku, buku fiksyen yang bagus, wataknya perlu digemari pembaca barulah rasa excited nak teruskan pembacaan tu sentiasa ada. Tapi untuk buku ni, takde.

Dari segi latar, maaf, cara persekitaran diceritakan sama ada buat aku tak faham atau aku tak minat langsung nak tahu. Sama ada meleret, atau terlalu memeningkan aku.

Plot, okay saja. Cuma ada part yang aku macam pening sikit. Terutama waktu Dinda tinggalkan Lili. Siap peluk bagai. Tiba-tiba next bab dah bersama balik. Dan aku tak tahu apa fungsi lelaki berkepala gagak tu diperkenalkan. Mungkin aku terlepas pandang, tapi aku memang tak rasa dia penting untuk pergerakan plot. Watak Ameera Aliya yang ada penyakit schizo pun aku tak rasa sumbang pada pergerakan plot. Kalau Ameera tak wujud pun aku rasa plot boleh berjalan dengan normal.

Dua bintang kerana ending yang serabut dan memeningkan. Kalau tak aku bagi tiga bintang.

Review ni bukanlah nak condemn penulis ke apa. Aku tulis apa yang aku rasa je. Tak nak selindung dan sugar-coated. Nanti oenulisnya tak belajar benda pun dari penulisan dia. Ye dak?

Tapi korang cubalah baca. Mana tahu aku je rasa macam ni kan? ;)
Profile Image for Ogy Yusof.
Author 14 books107 followers
August 1, 2017
siapala aritu dok bakar akak suruh cari novel ni dan baca? lupa dah. bila check, ni stok pbakl 2016 dan rupanya banyak lagi buku pbakl tahun lepas belum di baca.. grrr.... novel ni sememangnya menarik dari segi idea, jalan cerita dan olahan dan paling best bila tiga penulis bersama-sama hasilkan satu kisah yang sememangnya tidak nampak lompang di mana-mana seolah-olah ianya hanya hasil dari seorang penulis sahaja. akak tak tahu bagaimana penyusunan, siapa garap bahagian mana. sebuah kisah urban yang pada orang yang dah tak muda macam akak ni bila baca memang agak hilang arah sikit tapi ianya tak biarkan akak jatuh pun. sebaliknya makin jauh ke dalam baca makin terasa keterujaannya...

Aliya ameera, dinda anne dan vincent, masing-masing bertemu sewaktu keadaan negara sedang huru hara. dalam pada keadaan normal tiba-tiba manusia menjadi ganas dan buas. Pembunuhan di sana sini dan manusia makin hilang akal fikiran. seperti terdapat satu virus yang menembusi sistem pertahanan tubuh manusia tanpa dapat dikawal langsung. penerangan ketiga-tiga watak di susun cantik. Aliya ameera, satu badan yang punya dua personaliti. Ameera lembut manakala aliya amat ganas orangnya. Dinda anne yang punya kepintaran, adalah seorang yang amat mengambil berat. vincent pula di anggap anak syaitan yang punya kelebihan luar biasa membezakan sifat manusia antara jahat atau baik dan boleh tahu apa yang akan berlaku..

Dinda yang mula-mula terjumpa vincent bertindak melindungi vincent dari segala ancaman walaupun lili, reo dan reza amat meragui vincent. ketiga-tiga sahabatnya terbunuh diserang oleh manusia yang mahu mendapatkan vincent. aliya muncul menyelamatkan dinda dan vincent. terfikir dek aliya bagaimana vincent mampu menundukkan dia yang ganas dan bersetuju untuk melindungi vincent..

perjalanan kisah seterusnya memang padat dengan aksi dan agak memualkan jugaklah sebab ganas selamba badak air jer. dah macam tonton cerita resident evil jugakla main potong tetak pancung jer. bagi yang pernah baca karya penulis Asmar Shah dan Lokman Hakim rasanya boleh tangkap bahagian yang mereka hasilkan kerana certain part dalam novel ini menyerlahkan personaliti dan kekuatan mereka dalam berkarya. buat Dalila Dahri, akak memang tak pernah baca karyanya so tak dapek den nak tau.. hehe..

MEREKA BERTIGA (watak utama dalam buku bukannya penulis.. hehe..), ada antara mereka yang belot. ada antara mereka menjadi kunci utama dalam peperangan dua koloni besar yang berebut kuasa. ada antara mereka sebenar sekadar memegang amanah yang dipertanggungjawabkan.. siapa sebenar mereka ini dan apa terjadi pada manusia waktu itu? Kebebasan? Kedamaian? Musibah? Peperangan? Manusia... memang takkan pernah puas hati dengan apa yang ada. selagi boleh mahukan yang lebih dapat memuaskan hati hinggakan mampu mengubah sifat dari sekadar sederhana kepada tamak haloba dan mahu bolot segala yang ada. tanggungjawab sebagai manusia, sebagai pemimpin kadang-kadang di salah guna hingga menyusahkan umat lain. sebuah karya yang mampu buat minda anda bangkit untuk berfikir dan terus berfikir kerana banyak point penting yang boleh diterjemah dalam kehidupan semasa sama ada yang sedang berlaku, telah berlaku dan bakal berlaku jika manusia tidak berubah laku. Past, present and future... bagaimana nanti anak-anak kita?....
Profile Image for Keon Safaai.
37 reviews
December 29, 2017
Jarang terlalu menemukan sci-fi dalam bahasa melayu. Asalnya aku beli buku sebab intrigued ia ditulis tiga orang penulis, sebab aku dan dua lagi kawan juga pernah beraspirasikan perkara sama. Cover langsung tak give away yang ianya satu cerita sci-fi. Permulaan cerita aku rasakan seperti babak Train to Busan, makin lama makin keluar dari kepompong zombies dan menjurus ke arah lain pula. Kerana ditulis 3 orang, ada transisi antara bab yang terasa tak serasi kerana gayanya berbeza, tapi tak merosakkan jalan cerita. Keseluruhannya novel ini berjaya, dan jika aku tak menilai penulisannya dari sudut gaya tulisan yang berbeza2 (sebab idea 3 orang penulis tu malar berlegar dalam fikiran aku), sudah tentu aku amat menyenangi karya ini. Aku harus belajar jadi lebih chill. Syabas Asmar, Lokman dan Dalila! Harapnya ada lagi karya korang selepas ini.
Profile Image for Zulzafry Zulkifly.
333 reviews
January 28, 2022
Untuk sebuah buku yang ditulis tiga orang, aku tak kata buku ni gagal. Cuma tak berjaya. Aku dah terbiasa dengan gaya penulisan Lokman Hakim, jadi boleh agak yang mana satu dia tulis. Yang ada dalam kepala otak aku masa baca buku ni ada dua, buku awal Lokman Hakim dan Buku Hitam Press. Konsep kematian, apokalips, unsur sains fiksyen dan fantasi sangat kuat. Ada beberapa perkataan yang kau kena tau sebab datang daripada bahasa inggeris dan jalan ceritanya kau kena melekat dan fokus serta ingat balik apa yang dah jadi sebelum ini dengan lebih terperinci.
Profile Image for Jejaka Buku.
116 reviews5 followers
January 29, 2023
"Esok hari masih ada, jika harapan masih disandarkan dari hati manusia."

Dua Nyawa mengisahkan tiga individu, yang berbeza jalan hidup, bertemu dan bekerjasama untuk kemandirian manusia di tika Malaysia dikuasai manusia buas dan saling berbunuhan. Malapetaka ini dikatakan berpunca daripada organisasi yang sedang memburu mereka.

Novel ini bermula dengan sudut pandang tiga watak utama yang memberi gambaran awal bagaimana malapetaka ini bermula pada sudut berbeza. Setiap watak diberikan pergelutan dalaman yang menjadikan watak itu hidup. Banyak elemen seriau melalui perlawanan yang ditulis kemas juga beberapa elemen ngeri yang agak rinci boleh membuatkan pembaca teruja untuk menghabiskan bacaan. Tambahan pula, tempo penceritaan novel ini boleh dikatakan laju dan tiada adegan dirasakan hanya untuk menebalkan novel ini. Cara penulis menjadikan watak-wataknya berada di garis pemisah antara protagonis dan antagonis menjadikan pembacaan lebih menarik kerana ia membuatkan pembaca berteka-teki sehingga penghujungnya. Penulis ada menyentuh perihal bagaimana kerakusan manusia itu merupakan titik mula bagi kemusnahan ketamadunan. Selain itu, penulis ada juga mengetengahkan perihal kesihatan mental di mana watak itu cuba mengawal dirinya yang mempunyai dua perwatakan.

Secara keseluruhannya, jika diketepikan masalah editorial yang sederhana, novel ini dikira berjaya kerana bukan mudah untuk menghasilkan karya yang ditulis oleh tiga penulis berbeza. Semestinya masing-masing mempunyai gaya penulisan berbeza namun mereka dapat menulis dalam satu suara yang menjadikan penceritaan novel ini lebih lancar. Mereka dapat bekerjasama dengan baik seperti watak-watak utama di dalam novel ini yang seolah-olah memberikan gambaran bahawa harapan untuk kemandirian manusia itu masih ada dan begitu juga harapan untuk industri penulisan Malaysia.

4🌟/5🌟
Displaying 1 - 7 of 7 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.