"Andai dunia tersisa satu hari sahaja, pasti Allah akan memanjangkan hari itu, sampai Dia (Allah) mengutus seorang lelaki daripadaku ataupun daripada keluargaku yang namanya sama dengan namaku dan nama ayahnya sama dengan nama ayahku. Dia memenuhi bumi dengan pengawasan dan keadilan, sebagaimana ia (bumi) sudah dipenuhi dengan kesewenang-wenangan dan kezaliman sebelum itu.” -- Hadith direkodkan oleh Imam Abu Daud
Satu kajian yang mendalam berkenaan perbandingan al-Mahdi daripada Ahl al-Sunnah wa al-Jama'ah dan Syiah disamping sekilas pandang sosok al-Mahdi di sisi agama-agama lain. Buku ketiga oleh Dr. Kamaluddin ini agak 'mesra pembaca Malaysia' dengan banyak penambahbaikan dari segi susun atur bahasa berbanding buku sebelumnya yang agak bernuansa 'keIndonesiaan'. Apa yang menarik, beliau mampu membawakan wacana yang besar dalam kerangka Sunni dalam bentuk yang ilmiah tetapi masih tidak terlalu berat. Pandangan ulama' Sunni dan Syiah dicermati satu persatu dan saya dapat katakan, ini adalah buku yang terlengkap berkenaan wacana Imam al-Mahdi dalam Bahasa Melayu yang pernah saya ketemu.