Jump to ratings and reviews
Rate this book

Ingatkan Dia Tentang Setia

Rate this book
Mereka berkahwin atas dasar cinta, tapi kenapa makin lama bagai ada yang tak kena pada rumah tangga mereka?

Andi yang sentiasa sibuk, tanpa sedar telah mengabaikan perasaan Elly sebagai isteri. Andi yang masih dengan dunia sosialnya, tanpa sedar melukakan hati seorang isteri.

Dan apabila dia tersedar, tempatnya bagai sudah diambil alih oleh adik sendiri.

“Bro, aku nampak Elly dengan Karl, berdua di shopping complex.”
Bila dia mahu mengubah keadaan, Elly bagai sudah tawar hati. Isteri bagai mahu menjauhkan diri.

"Saya pergi untuk empat hari. Selepas tu pergi Kuching tiga hari. So....."
"Cancel the trip. Or otherwise I will personally call your so-called big boss.” Ayat Elly dipintas Andi. Langkahnya diatur ke arah si isteri.
"Saya pergi tak lama. Setakat ke KK bukannya jauh pun. It's not like I’m going to Paris and having fun in Wonderland."
"Elly." Andi kawal nada suara.

Tiga tahun perkahwinan mereka, tak pernah sekalipun dia meninggikan suara pada sang isteri. Tapi sikap Elly kali ini betul-betul menguji kesabaran.

"You're not going to KK. Full stop. Susah sangat, saya akan telefon bos awak."

Apa akan jadi bila Elly berkeras mahu menamatkan perkahwinan mereka? Dan paling sadis, pilihan Elly ialah Karl, adik Andi sendiri.

“I will let you go dear darling...” Itu janji Andi.

Apakah keputusan Andi itu akan membahagiakan semua orang? Kenapa Elly rasa persetujuan Andi itu sangat menyakitkan sedangkan dia yang mahukan semua itu?

‘Sesungguhnya, yang membunuh bahagia itu ialah prasangka dan curiga.’

477 pages, Paperback

Published February 1, 2016

11 people are currently reading
157 people want to read

About the author

Emy Roberto

27 books194 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
56 (39%)
4 stars
53 (37%)
3 stars
24 (16%)
2 stars
6 (4%)
1 star
4 (2%)
Displaying 1 - 30 of 38 reviews
Profile Image for Maslina Omar.
154 reviews19 followers
March 7, 2016
Sesungguhnya ikrar janji setia bukanlah sekadar lafaz di awal sesebuah perhubungan, sebaliknya perlu diterjemahkan dgn perlakuan. Rasa cinta harus sentiasa diimarahkan agar sentiasa subur mekar hingga ke akhirnya.

Kesibukan kerja Andi & Elly membuatkan hubungan mereka semakin renggang. Perkahwinan yg dibina atas dasar cinta menjadi hambar. "Chemistry" antara mereka semakin berkurang. Namun jauh di sudut hati, rindu tetap bertandang.

Komunikasi antara mereka juga kian terbatas. Dan apabila ada rasa curiga & cemburu yg menyapa fikiran, mereka memilih untuk berdiam...sehinggalah salah sangka kian bersarang...yg akhirnya antara mereka tercipta jurang. Masih teguhkah cinta mereka? Atau mungkinkah cinta mereka hanya tinggal sisa?

Elly memilih org yg salah untuk berkongsi masalahnya. Memilih adik iparnya, Karl untuk mencurah rasa...sedang Karl pula mmg menaruh hati kpd Elly, si kakak iparnya yg terlarang untuk dikasihi. Kerana salah sangkanya akan hubungan Andi & Angelica, dia berpaling kepada Karl...atas alasan dicurangi Andi.

"Your heart has changed. And it forced me to change mine as well." ~ Elly

Betapa Elly buta untuk melihat kesetiaan Karl yg tak pernah tergugat….hanya kerana Andi jenis yg tidak akan membuka cerita jika tiada yg bertanya.Elly yg terus hanyut dlm prasangka & cemburu buta, tenggelam dalam perhatian yg diberikan Karl kepadanya. Berpaling setianya sehingga meminta sebuah perpisahan daripada Andi. Sementara Andi yg merasakan tewas dalam merebut kembali cinta isterinya, berjanji utk melepaskan…asal saja Elly bahagia.

"I will let you go, then. For good." ~ Andi

Benarkah perpisahan yg benar2 Elly harapkan? Jika ya, mengapa dia tidak berasa gembira?

Di ambang perpisahan mereka, tiba2 berlaku perkara yg tidak dijangka. Ujian hebat datang menduga...membuka mata, menyentak minda....menyedarkan mereka tentang erti sebenar sebuah setia.

Satu lg cerita yg menarik dpd penulis. Menjadikan kemelut dan konflik dlm mempertahankan sesebuah perkahwinan, sebagai tema cerita. Ada getaran rasa - sedih, geram sepanjang cerita. Menekankan pentingnya komunikasi demi memastikan keharmonian dalam perhubungan.
Profile Image for Ella.
794 reviews92 followers
March 22, 2016
Touching giler..this novel is AWESOME, Emy..

Dua insan yang so madly in love. Hubungan yg dulunya begitu utuh were put thru a test just because both were too busy with their career and hubby was also socially active.

Kerana prasangka hampir meleraikan hubungan. Kesempatan diambil dalam kesulitan.

"What has gone wrong in our relationship?" statement yang akan selalu ditanya if 2 ppl are still in love but no sparks left in it.

Solution..muhasabah diri.

Boleh baca berkali2 buku ni..ada kemanisan dalam ujian dan kesedihan.
Profile Image for Cik Pah.
290 reviews102 followers
May 3, 2017
Buku ni Cik Pah usung ke merata negara. Niat nak baca tapi tak terbaca. Akhirnya buku ini menemani perjalanan CP yg mengambil masa 8 jam 35 minit. Habis dengan jayanya bersama mata yg bengkak.

Kali ini cerita isteri pula yang buat hal asbab suami tak semenggah minum todi dan salah faham suami curang. Sudah lah ibu mertua tak suka, boleh pulak bercinta dengan adik ipar. Alahai Elly.

Bagaimana Andi menyelamatkan rumah tangga dia? Asbab kepada masalah yang menimpa Andi itu buat CP berjurai air mata.
Profile Image for fyzz_records.
167 reviews16 followers
March 11, 2016
pernah baca dkt blog rasanya , tapi Elly yg jatuh sakit dan Andi yg curang . tp dalam naskhah ini Elly main cinta dgn adik ipar sendiri sehingga tergamak meminta cerai tapi akhirnya memilih bersama semula dgn Andi yg didiagnosis kanser otak .
Profile Image for Nonieღserenity2bliss.
2,035 reviews377 followers
August 11, 2016
Announcement before review: N nak jual buku ni for RM16. Pada sesiapa yang berminat, boleh lar PM :)

Unexpected. Simply 'WOW!!!' from start to finish.


IDTS might be novel terbaik by Emy Roberto so far.


Sebuah cerita yang sangat sesuai dengan tajuk yang diberi; cerita yang tidak disangka amat menyayat hati.

Cinta yang kukuh tetap diuji. Kesetiaan bukanlah satu elemen dalam hubungan yang sukar dilihat mahupun dirasai, tapi ia perlu dipercayai. N rasa itulah pengajaran yang cuba disampaikan oleh penulis.

Lidah dan minda begitu mudah untuk mengatakan pasangan kita tidak setia. Apabila curiga sudah menakluk dalam satu hubungan, ia seperti duri kecil yang dalam yang sukar untuk dikeluarkan. Sakitnya terasa walaupun pelbagai usaha cuba untuk diubati.

N sangat suka dengan twist and turns dalam kisah yang kompleks tapi indah ini. N tak sangka watak yang pada mulanya N simpati, bertukar menjadi menyakitkan hati. Begitu juga dengan sebaliknya. Melalui watak Elly, kita pelajari kekhilafan diri tak pernah kita sedari. We are too absorb in our self-pity to the extend yang tingkah laku kita tidak jauh dari apa yang kita benci.

Sebuah kisah yang N boleh ibaratkan seperti 'rollercoaster' emosi. This is one of the few stories yang N tak boleh nak predict how the ending is going to be. Itu yang membuatkan cerita ini berganda-ganda exciting. Too many scenarios wrecking havoc in my imagination, and I knew however it is going to end, it'll be a great one. Indeed, I was not left disappointed.




Profile Image for Lindz.
66 reviews8 followers
February 27, 2016
a person once told me..i quote 'assumption is a mother of failure'....hence terjadi nya konflik between andi n elly. can't blame d 'langau' can't blame the 3K nor the mom in law...its all them. communication is the key factor to successful marriage. Emy thank you so much. this is indeed an eye opener for me n perhaps all the married couple out there...'NEVER TOOK YOUR PARTNER/MARRIAGE FOR GRANTED'...grass might not always greener on the other side.
lots of love for IDTS...perfect score..KUDOS!
Profile Image for Ms. Firda.
100 reviews17 followers
May 19, 2016
emy roberto

salah seorang penulis kesukaan. buku yang ditulis oleh dia mmg sentiasa ditunggu.

dah one week habis baca. tapi masih tak berkesempatan nak buat review.

overall cerita andi dan elly. apa yg sy boleh katakan. awesome! Andi yang sentiasa cool ,penyabar dan pemaaf.

setiap apa elly lakukan. andi sentiasa memaafkan . kagum dgn andi.

menitis airmata ini, saat getir andi disahkan menghidap tumor brain. setiap cerita andi tu mengingatkan saya pada arwah . sedih dan sakit yg sama dilalui oleh kami dulu. namun kisah andi lebih baik kerana masih mendapatkan peluang kedua.

dan yg plg penting .. ingatkan aku tentang setia mmg sgt besttt!!!
286 reviews52 followers
March 22, 2016
sebuah cerita yg TERBAIK....segala mcm rs ada di dlmnya...yg pntg, sila sediakan tisu bl bc cerita ni....kita xkn sedar apa yg kita nak sebenarnya sehinggalah kita kehilangannya....hargai lah apa yg kita ada sblm ia pergi utk selamanya...huhu
Profile Image for Ogy Yusof.
Author 12 books107 followers
March 31, 2016
payah sebenarnya nak dapat buku yang boleh buat emosi pembaca rasa sama semua kebencian, kesedihan, kasih sayang yang melimpah ruah,keinsafan.... tahniah buat puan penulis Emy Roberto yang berjaya menggoyahkan emosi pembaca. awalan cerita mungkin agak sedikit mendatar dan perlahan tapi makin di selak, makin hilang sabar nak tahu apa jadi next.. next.. next... sampai satu tahap memang rasa nak menangis.... sebak.... i can't imagine if i'm in elly's shoes.....

elly dan andi berkahwin atas dasar cinta tetapi perkahwinan yang masuk tahun ketiga makin hambar cahayanya.. elly begitu sibuk dengan kerjaya sebagai pengarah muda dan andi sebagai doktor yang berjaya.. kehambaran itu membuka peluang mereka menuding jari. menuding jari siapa yang patut dipersalahkan.. elly, makin agresif menyalahkan andi dan mula rapat dengan adik kandung andi sendiri iaitu karl.. dia menyalahkan andi yang punya hubungan lain tanpa mengetahui yang apa yang dianggap sebenarnya itu tidak berasas langsung. andi masih teguh rasa cinta tetapi dia tetap tidak mahu menyalahkan elly dan adiknya sendiri karl. sehingga tahap elly sanggup minta berpisah, ketika itulah baru andi bersemuka dengan karl meminta kepastian. dan ketika itulah juga andi disahkan menghidap kanser otak... berpisahkah dia juga dengan elly?.. sanggupkah elly meninggalkan suaminya yang sakit itu?... bagaimana dengan kehidupan mereka yang terlalu menyimpang dari landasan yang benar?... sila baca beb....
Profile Image for CrystalGrey.
144 reviews15 followers
May 19, 2016
Andy yang pada mulanya gagal dalam bab agama.. kesihatan walaupun seorang doc yang macho.. Elly yang seksi dan berkeyakinan.. pun gagal dalam bab agama kerana bersuami kan andy yang sama sesat.... kesilapan yang banyak pasangan sekarang buat adalah PENDAM dan kurang berkomunikasi.

Pendam dan kurang berkomunikasi membuatkan mudah berburuk sangka salah paham sokmo jadi nyer..
Karl memang mengambil kesempatan atas kekurangan abang nyer andy... x bermasuk andy and elly ada masalah dia boleh masuk line...menyirap rasanyer..

Semua manusia mencari kebahagian walaupun mungkin kita bukan pasangan yang boleh membahagikan pasangan kita.. tapi kita boleh berkorban tuk kebahagian pasangan kita walaupun terluka. sad...sad..sad...

Allah menguji kerana Dia sayang dan masih memberi peluang..
Profile Image for Hadiati Bakri.
11 reviews2 followers
March 12, 2016
Dah lama tak baca novel melayu, tapi karya Emy Roberto memang sentiasa saya tunggu.

I hate Elly (for assuming), I hate Karl (sebab ambil kesempatan) and at one point, I hate Andi (sebab tak terus terang).

But I love the writer nonetheless! Her superb styles of writing is truely admiring. Thank you for the great story Doc.

Sebuah cerita yang penuh perasaan, dan penuh pengajaran. Apa yang penting, jangan sekali-kali pernah lupakan Tuhan. Dalam segala ujian dan dugaan, Tuhan tetap sentiasa ada bersama anda, walaupun anda sudah mula lupakan Dia!
82 reviews36 followers
March 23, 2016
A truly emotion filled story.
Cerita yg mengingatkan kita apa makna sebenar cinta, perkahwinan dan setia
One will never realise and appreciate someone until u lost them
Luckily for Elly she was given a second chance to show Andi that she truly love Andi
Peluang kedua yang diperolehi tkkan dipersiakan utk memperbaiki perkahwinan dan hidup mereka setelah pengalaman yg melibatkan nyawa Andi.
A well deserved praise for Emy in writing this novel.
Profile Image for Hazi.
108 reviews6 followers
December 31, 2022
tw / cw: infidelity (cheating), critical illness

— this review contains spoiler —

The story is about a broken marriage due to lack of communication and misunderstanding between a husband, Andi, and wife, Elly. A husband that is loving, yet that doesn't care much of a wife's feeling, and a wife that is caring, yet became frustrated and seek for another person's care. None of them tried to approach one another, up until the point where it was hard to be fixed, and everything falls apart. Afterwards something happened that causes them to reunite and grasp again for that loyalty they once had.

It was heart wrenching and painful, the regret and remorse was so raw and saddening to see. The later half of the story was actually very well written, the illness and the details provided, the way everyone reacted, the lists of wishes, their love and all, it was really nice to see.

Despite all that, this book really fell below my expectation. I love Emy Roberto's writing especially Mama Mia Shaza. This book and that one almost had similar elements with one another, both about broken marriage, both had the third person came into the relationship, but the approach of conflicts and the story telling differ so much on this book that I couldn't help but feel a bit disappointed. The story was really cliché and the hints wasn't as surprising as I thought it was going to be, I don't mind them though. But there are a number of things that I don't really like much about the story.

• The first half of the book, which mainly talks about the conflicts surrounding them was way too lengthy (it takes more than half of the book), it was so repeatitive that it started to be really boring and tiring to read. It's amusing since the entire period took up months in time, yet it feels like everything happened in a month or just a span of a couple week. I understand the lack-of-communication troupe or issue, but it started to become extremely annoying overtime how awful the characters avoided one another. It really feels as if they haven't talk to one another for months when things could be talk through the very least.

• Genuinely not really a fan of both characters and their personality. And why does it seems like the story simply dismissed ML sambil lewa behaviour that contributed to their conflict, and everything ended up largely as being FL fault entirely. Also, the inconsistency / change of opinion of FL's thoughts and feelings were so abrupt, both about the ML and Karl. Their love and care for one another was barely mentioned, yet they said they loved each other but it was rarely shown in the plotline, as most part of the story mainly focuses on the crisis and anger and frustration between both characters. I really couldn't like and resonate with them as much.

• I feel like there's not much plot going on, the story feel incomplete and there seems to be a lot of plot holes. For example, not much insight on relationship with Karl, even the getaway arc feels like it was cut short and was not elaborated more, etc.

I was really expecting conversation between the two characters. The story never tell us what's going on and how bad things was until it was mentioned in a character's internal monologues. For instance, apparently FL has been speaking with Karl and conversing with him regularly despite what she initially said about 'keeping that barrier' and feeling uncomfortable, as due to this I thought ML was being irrelevantly angry (as I thought only Karl terhegeh nak approach FL) up until Linda mentioned in her monologue that the relationship has gone further than that. The same with the entire getaway plot, it was so extremely short, and there's literally only like two conversation between the MCs, and I was so surprised that the ML decided their relationship couldn't be mended anymore, I was so clueless as there wasn't much going on and told at all. It's until ML talked to his brother that it was mentioned that they've talked a lot and confessed their feelings.

Amusingly, Karl never mentioned and care about how his mother treated FL. FL also never voiced out her concern if she accepted Karl and the relationship with the MIL. They doesn't seem to ever concern the issues that might came out of their relationship. It's all a huge plot hole for me.

And in addition, the existence of his father (that rarely ever show up and serve and purpose on the story) only feels like a plot convenient to make him repent.

• Furthermore, there seems to be a number of lack of closure with a lot of the conflicts in the story. The relationship between FL with her MIL was simply solved due to her pregnancy, yet the differences and the hatred was never mentioned again. The conflicts surrounding their relationship was mentioned and shown multiple times in the story, and the lack of confrontation regarding their issue make me as a reader it felt quite empty. The conflicts surrounding ML and his behaviour was simply dropped, and the ML never actually apologize for the mistake.

• I wasn't until the much much much later part of the story that it shows and mentioned a tiny little bit of their marriage situation before the crisis between them. It was so short and brief, and was even told in a monologue, that it doesn't leave much impact towards me.



Nevertheless, it was quite a dramatic read, still a good book, but I probably wouldn't get back to it.
Profile Image for Lailee Dee.
197 reviews16 followers
August 16, 2021
1001 pengajaran yang boleh diambil Dari naskhah ini. Hidup berumah tangga sememangnya menuntut 1001 pengorbanan & kesetiaan. Andi & Elly .. bagiku pasangan ini cukup sempurna sekali. Memiliki segala-galanya. Namun kerana Suka membuat telahan sendiri kadang-kadang boleh membawa padah. Sebagai suami isteri cubalah berbincang sesama sendiri kerana kadang kala mendiamkan diri bukan penyelesaiannya.
Profile Image for Nurul Aisyah.
24 reviews1 follower
December 10, 2022
semuanya bermula bila dua2 sibuk , jenis workaholic - andi doktor & elly branch manager . lack of communication - meragui pasangan masing2 - suka buat assumptions - suka ikut ‘aku cakap nanti kau bising so better senyap’ . dalam keadaan macam ni , adik ipar mula masuk line kononnya ada masa elly susah dan bersendirian . geram aku dgn karl ni , tu kakak ipar hang tau dakkk + mak mertua pun tak suka elly dari awal kahwin dgn andi .

then elly dah tawar hati & cinta dah pudar untuk andi sampaikan dorang nak bercerai . tak sangka andi rupanya penghidap brain tumor and masa ni baru lha elly sedar yg dia tak boleh hidup tanpa andi . aku geram dgn perangai dua2 sabo je lha tapi andi ni serius baik , cool ikut je apa elly nak tapi kenapa elly tak boleh nampak semua tuuuu 😭 apa aku boleh cakap dalam cerita ni COMMUNICATION IS THE KEY tak kira dalam apa2 perhubungan sekalipun .
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for MissMissMiss3X Ariffin.
42 reviews24 followers
March 11, 2016
Ingatkan dia tentang setia

Emy Roberto

Ermmm cerita ini berkisar ttg hubungan suami isteri
Makin lama makin pudar rasa cinta

Perhubungan perlu disirami kasih sayang, take care to each other, dan jangan sekali kali utk menaruh rasa curiga

Jika semua itu tiada, bagaimana kita mahu melayari dan hidup hingga ke ahkir hayat?
Begitulah ceritanya. Elly rasa Andi sudah tidak sayangkan dia. ada perempuan lain. Kerjaya Andi sebagai doktor memang tidak punya masa. Biasalah kan doktor on call. Jadi, atas sebab itu, hubungan mereka makin jauh.

Andi juga tercari-cari. Kenapa Elly berubah hati. diantara mereka ada Karl (Adik Andi) yang nampaknya cuba menangguk di air yang keruh dalam keretakan perhubungan mereka. Andi cuba utk menyelamatkan perkahwinan mereka. Tapi jika Elly sudah tidak sayang, apakah dayanya. Percutian terakhir mereka juga tidak berjaya untuk memujuk Elly. Elly nekad untuk pergi. Rasanya dia sudah nampak Karl sahaja.

Dalam perhubungan mereka yang huru hara, Andi didagnosis mempunyai tumor otak. Atas semua itu, andi berfikir utk melepaskan Elly, demi kebahagian isterinya. Dan pada masa yang masa, anak yang ditunggu sejak sekian lama datang diantara mereka. Dalam kemelut mcm tu, Elly disahkan hamil.

Elly keliru. sepatutnya dia gembira kerana Andi mengikut kehendaknya. Tapi dia rasakan dia sedikit pun tidak bahagia. Dia tetap berasa kosong. Dia terasa kehilangan.
Dengan keaadaan Andi begitu, Elly korbankan kerjayanya sebentar. Akhirnya dia tersedar, hanya Andi yang dia mahukan.

Emy mengajak kita berfikir dan menyelami perhubungan rumahtangga yang ada pasang surutnya. Tentang setia..

Sedih juga. Hiks
Profile Image for Mommy Farah.
362 reviews14 followers
February 28, 2020
Cinta andi dan elly diuji saat usia perkahwinan mereka mencecah tahun ketiga. Mereka berkahwin atas dasar cinta, tetapi lama kelamaan hubungan mereka makin jauh. Seorang ke kanan, seorang ke kiri.
Andi yang sibuk. Elly yang curiga dengan andi. Menjarakkan lagi hubungan andi-elly.
Tanpa andi sedar, tempatnya sudah diambil alih oleh adiknya sendiri, karl. Elly mula menjauhkan diri.
Namun saat andi bertarung dengan kanser, elly mula sedar erti setia. Dia masih belum sedia utk hidup tanpa andi.

Sesungguhnya, yang membunuh bahagia itu prasangka dan curiga.
Profile Image for Norliza Yusop.
333 reviews9 followers
June 24, 2016
IDTS_ Emy Roberto

Tajuk yg mengundang rasa teruja! saya sgt suka gaya ER. Bahasanya mudah dan adakala santai tp tetap mengesankan!

Andi dan Elly, pasangan yg semakin 'jauh rasa' dlm hidup berumahtangga. Perkahwinan dengan cinta mereka semakin hilang seri! Tidak lg serasi! Tiada lg cinta dihati! benarkah?

Memasing punya kelemahan dan kesilapan! Memasing berhak mahukan bahagia! menyakitkan bila yg disayangi berubah kasih! melukakan bila yg dicintai mencari tautan tgn yg lain utk berbahagi hati!

Membacanya mengundang sebak dan sayu yg tk terluahkan! teganya Elly! tenangnya Andi! buat saya rasa hanyut! jiwa dibawa sendu, insaf rasa bila melihat kisah Andi dan Elly! jgn pernah memandang mudah satu2 perkara yg dirasakan tdk penting! Jgn pernah menganggap tidak apa pd satu2 hal wlu ianya kecil! kesannya menular sedikit demi sedikit! memusnah dlm diam!

Tahniah ER, IDTS satu kisah masyarakat yg nyata ada dan hidup! ada pengajaran di situ!
IDTS, menarik dan tersendiri! teruskan berkarya ER!

menantikan ku tunggu dudamu pulak! :) ^^
Profile Image for Eeyta.
247 reviews23 followers
April 28, 2016
Karya Emy Roberto memang terbaik.. congrats..
242 reviews11 followers
September 30, 2017
ni karya ke tiga emy Roberto yg saya baca. best walaupun geram dgn watak heroin dan adik hero. konflik bermula kerana msg-msg sibuk. Elly yg cemburu buta yg tak thn tu.asyik tuduh Andy ada org lain Tanpa Tanya pada Andy. hanya sbab minyan wangi angelica di baju Andy dan terjumpa name tag di dalam kereta Andy, trs Elly kata Andy curang. Elly muka kluar dgn Karl adk Andy. sapa yg curang sbnarnya. kagum dgn Addy yg cool walau adk sendiri jadi org ke tiga.bersabar sampai akhir. bila Karl mencari Elly di Rmh mereka baru Andy hlg sabar. patut Dari awal lagi Andy tu tumbuk Karl tu.tak ada org lain ka nak tackle. kakak ipar sendiri pula tu.bila Andy di sahkan ada kanser dan Elly mengandung, baru Elly sdr dia masih menyayangi suaminya. walaupun genre brt tapi emy Roberto pandai olah. satu karya yg harus dibaca.
Profile Image for Nurul.
80 reviews3 followers
November 27, 2020
Sedihnyaa baca novel ni. Dah lama x nangis baca novel. Thumbs-up to ER. Mula2 baca, memang sakit hati giler dengan Elly. X faham apa yang dia nak, dah dpt husband yg sayang & setia dgn dia pun masih nak curang sebab kan salah faham dia.. Sedihnyaa & kesian dgn Andi yg betul2 setia & sayangkan Elly.. Mula2 baca memang benci dgn Elly & benci dgn Karl. X faham dgn Karl yg muka tembok nak kacau rumah tangga abg dia, ramai lg perempuan kt luar sana kot. Kalau org lain ada kt tempat Andi, mmg dah lama kena belasah kaw kaw, tp Andi memang sangat2 penyabar, sampaikan 3K pun geram sgt2. Air yg dicincang x kan putus.
Profile Image for Azra Yukiko.
20 reviews
November 8, 2017
Mula-mula baca rasa macam biasa -biasa je. Tapi lama - lama menitis air mata. Kalau baca cerita yang suami curang tak rasa sangat, tapi kalau isteri yang curang then suami pulak sangat-sangat la baik, mula la emosi bercelaru, sakit hati, nak nangis. haih...

INGATKAN DIA TENTANG SETIA
* setiap orang bukan sempurna
* masalah boleh selesai kalau berbincang dari hati ke hati
* kawan yang baik yang sentiasa ada dalam susah senang kita dan bukan jenis batu api (suka geng 3k & linda)
* hargai setiap detik yang kita lalui
Profile Image for Shine Bright.
5 reviews1 follower
May 7, 2017
Perkahwinan atas dasar cinta, adakah akan kekal bahagia? Kisah suami isteri yang diuji untuk setia. Semuanya bermula apabila meragui kesetiaan masing-masing. Padahal dalam hati masing-masing ada cinta. Tanpa sedar seorang isteri curang tetapi merasakan suaminya ada skandal. Seorang suami yang setia hingga hujung nyawa. Selalu realitinya apabila suami sakit, isteri setia menjaga suami manakala banyak kes terjadi apabila isteri jatuh sakit lumpuh, suami mencari isteri baru. Berbeza dengan novel ini, adakah seorang isteri akan masih setia dengan janji cinta perkahwinan mereka ketika hati keliru dengan perasaan sendiri? Sedih apabila dituduh curang tetapi hakikatnya kita yang paling setia? Baca lah kisah Andi - Elly untuk ingatkan kita tentang SETIA 😭
Profile Image for Najwa Najeh.
32 reviews
November 11, 2019
Pinjam novel ini dari perpustakaan. Tak habis baca pun, terus pulang balik ke perpustakaan.

Jalan cerita slow dan membosankan. Baca sampai heronya sakit kena kanser otak. Terus dah tak sambung baca
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for W. N. Izzaty.
1,335 reviews67 followers
July 20, 2016
i'm done with IDTS...it's superb!!!

i love this novel so much...an after marriage story...a story about loyalty and trust

Andi, a busy doctor and also a loving husband...after 3 years of marriage, his love still remains the same...Andi yang sangat penyabar dan cool...isteri yang curang dengan adik ipar pun, dia still sabar...tapi, sifat sabar Andi ni can bring dangers to their marriage...typical seorang lelaki, semua benda dianggap remeh...he did not even care to explain to his wife bout the perfume...memang la bagi dia, Angelica is just a friend, tapi untuk Elly yang tak pernah kenal siapa pun Angelica tu, it's a starting to their marriage problem...

Elly, a workaholic person and yet, a good wife...Elly yang sangat penyabar when dealing with Andi's mother...Elly yang pada mulanya tidak menghiraukan Karl, si adik ipar yang cuba memikatnya, namun akhirnya tersalah langkah jua...dia memilih untuk meninggalkan seorang suami yang setia...bagaimanapun, kesalahan bukanlah terletak di bahu Elly sahaja...Andi juga turut bersalah, lack of communication dengan alasan, they are both understanding to each others

i learnt a lot from this novel;

1. communication and understanding is the pillar of marriage...
2. kawanmu. kawanmu jua...of course, dont forget to introduce your friends to your spouse
3. batas antara ipar duai
4. be an understanding mother in law...just pray for your childrens' happiness
5. no matter how busy is your work and life, dont forget to spend precious time with your loved ones
6. health is wealth...dont simply misinterpret minor illness
7. friendship...of course, kawan yang baik will never destroy his/ her friends either directly or indirectly

comment: i love this story sebab dia xde la meleret leret dari zaman before kahwin until after kahwin...cuma rasa geram sebab simple matters can be handled in the simplest way, if and only if, both of them have simple talks...jangan suka pendam and then assume...you should askk..

p/s: there's about 10% of typo in this novel...i hope it can be improved better, pleaseeeee...it's a bit disappointed when you are reading novels from your favorite publisher, and then you noticed a lot of typos...please improve it

btw, congrats to the writer for this baby...goodluck for the next baby
65 reviews13 followers
Read
March 14, 2016
INGATKAN DIA TETANG SETIA (TISSUE BY YOUR SIDE ALWAYS)

It was worth the wait Doctor Emy Roberto, the story of Elly Abdullah and Doctor Andi Fadhli.

Working married couple really fascinates me, especially those doctors, offshore personnel and those who live apart from each other.

The story of Elly Abdullah and Doctor Andi Fadhli is really a typical dilemma that we the urban dweller are really facing now, busy with work, busy with social life, busy trying to make ends meet, till we really forget the actual purpose of being human on earth.
TO COMMUNICATE, REMINDING EACH OTHERS & BEING LOYAL TO EACH HUMANS

Doctor Andi Fadhli 30 years old, successful career, beautiful wife but still enjoys being in the company of his universities friends.
Elly Abdullah beautiful, successful in the oil & gas industry married for three year to Doctor Andi Fadhli.

What could she ask for more RIGHT, we ask??

She just snap, while she is good in communication on office merger and acquires, she FAIL and always miss communicate with her husband, she suspect him having an affair, she always slam the door on him (ooohhh she does this often), defy him and worst she plan wanting a divorce from him and wanting to marry his younger brother!!

Guess what Elly, I nearly wanted to call you up and wake you to says “Hey! Yes! Andi, do sometimes fail in leading you to the correct path, but it takes two to make it right”

Doctor Andi Fadhli you did no wrong, you only loves her too much and she doesn’t realize it till the very last end.

My favourite is the epilogue partm when all admits their mistake and makes it a point to be better.

Doctor Emy Roberto it takes me 4days to finish the book. Ini mata dah lebam ni tak termasuk sebab berjurai2 air mata to both of the couple and as a present boleh tak siap kan KU TUNGGU DUDAMU cepat….

8********
Profile Image for BillDean.
19 reviews1 follower
February 1, 2017
Ok, finished reading this in 3 hours. Well, I always will read a newly-bought novel on the same day I bought it. My thought? It's been a long time since I read, and even buy a Malay novel. Came across this when roaming aimlessly in a bookshop while waiting for a friend. So, I simply bought it after reading a few bits of it.

Just one word. Genius. This novel is the best definition of 'assumption kills'. Dear people, talk, communicate. Is it that hard to tell what's on your mind? Stop assuming. And one more thing, dear Karl, don't let me find you. If not, I'll definitely punch you! I hate his character so much! He's like every boy that wanted his parents to praise him. He wants to appear perfect and all, but in the end, failed miserably. lol

And, and, can anyone tell me if there is a man like Andi? Where on Earth can you find a man like him. He is the best definition of a cool man. No normal man will let his wife do whatever she wanted like he did. And no normal man will ever be calm even when his wife is cheating, even worst with her own brother! He's perfect minus his dark social life. But, the lacking Andi is actually one of the best character in novels. The 'new Andi' who's pious and all is too cliche. Thumbs up, author.

I don't want to comment about Elly. I can't understand her character. This novel is basically all about Andi's POV. I'm interested to know her POV. What exactly is her thoughts of 'dating' Karl? What exactly is her thoughts on suddenly U-turn to Andi? And, how on Earth she who I presume has a good family background (she had good parents!) changed to be the dark Elly? Maybe a special edition, dear author?
Profile Image for Rosniyati Othman.
220 reviews7 followers
April 13, 2016
kenapa rasa buku kali ni kurang umpph yer? maybe book before this also shows the same genre and problem? entahla..rasa macam kurang sesuatu..terkurang rempah kot..

although I feel the book is lack of "something", yet a lot of pengajaran that married couple, soon to be married can be gained. never ever let silence becomes your friend when you doubting your other half. always confront. sometimes the truth hurt but not knowing is much more hurtful!

by the by, I love this quote 'never stop flirting with your wife and never stop seduce your husband'
Displaying 1 - 30 of 38 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.