Sesungguhnya perjalanan itu bukan hanya perjalanan untuk menghiburkan hati Banginda SAW setelah terperuk dalam liang kesedihan kerana pemergian bapa saudaranya Abu Tablib dan isterinya yang tercinta, Khadijah yang menghadap Allah. Perjalanan itu ialah perjalanan mulia yang menjadi tonggak dasar kekuatan dakwah Baginda SAW dan sebagai syariat penting agama Islam.
Kisah Rasulullah saw diIsrakkan dari MasjidilHaram ke Masjidil Aqsa dan diMikrajkan dari Aqsa ke Sidhatul Muntaha - bagi saya secara peribadi, rasanya seperti di antara familiar dan tidak familiar. Saya ragu-ragu dengan diri sendiri jika saya boleh bercerita dengan baik mengenai kisah ini, kalau ditanya.
Buku ini menarik bagi saya (jika tidak dikisahkan perkataan and tatabahasa dalam buku ini yang kadang-kadang tidak berapa sesuai - editor alih bahasa, mohon perhatian anda!) Tetapi di mana ya kisah Rasulullah saw melihat golongan ahli neraka dan ahli syurga yang selalu kita ulang-ulang saat sambutan Israk Mikraj. Buku ini ternyata terlalu nipis dan ringkas untuk dijadikan rujukan.
More books recommendation on Israk Mikraj needed indeed..
Semi novel ini ibarat satu ulangkaji buat diri ini. Bahasa dan susun katanya amat mudah difahami. Masa sekolah dulu ada juga belajar topik mengenai Israk Mikraj dalam Pendidikan Islam, namun setelah sekian dihimpit kesibukan dan kelalaian alam dewasa, kisah Nabi Allah ini makin menjadi debu dalam ingatan. Tidaklah pandai diri ini untuk menyingkap kembali setelah membaca, namun rasa takjub betapa sayangnya Allah terhadap RasulNya, Dia seolah olah memujuk baginda dengan membawa baginda berjalan jalan menuju ke Arasy-Nya untuk berjumpa dengan Nabi-nabi Allah yang lain dan malaikat.
"Perasaan sedih yang menyelubungi dirinya setelah pemergian bapa saudara dan isterinya, telah lenyap atas belaian lembut Allah, saudara-saudara dan para malaikat yang menghuni tujuh langit. Bukan hanya itu, perjalanan tersebut memberikan semangat baru kepada baginda. Perjalanan itu memberikan pelajaran yang mengisahkan cerita suka duka para nabi terdahulu dalam memikul amanah Tuhan dan menyebarkan syariat Allah di bumi ini."
Disini apa yang saya faham, bermusafirlah/berkunjunglah ke mana-mana jika hati berasa sedih/sugul. Sungguh perjalanan warna warni ketika bermusafir mungkin akan membantu hati yang sedang gundah gulana kembali ceria :)
Selain itu, saya turut suka untuk memetik beberapa ayat dalam Khutbah pertama Rasullulah bagi berkongsi dengan kalian semua :)
🌼"Sesiapa yang bermaksiat kepada Allah, maka dia telah lupa diri, melampaui batas dan tersesat" 🌼"Sesiapa yang bertakwa kepada Allah nescaya Dia akan menghapuskan segala kesalahan kamu dan melipatgandakan pahala bagimu" 🌼"Maka berbuat baiklah seperti Allah berbuat baik kepada kamu dan seranglah musuh-musuh Allah" ❤ 🌼"Berjihadlah di jalan Allah dengan jihad yang bersungguh-sungguh"
Buku ini saya beli pada hari semalam, 24hb Februari sebagai peneman semasa membuat pengeposan buku. Lihat tajuknya dan blurb di bahagian belakang ia sungguh memikat.
Kisah ini menyorot perjalanan Rasulullah naik ke langit untuk peristiwa Isra' dan Mi'raj.
Mungkin penceritaannya dengan gaya novel menyebabkan saya rasa sedikit tidak selesa. Kisah sejarah dan sirah seperti ini saya fikir lebih menarik jika diceritakan dengan kaedah asal, iaitu fakta dan tepat. Ia tidak serasi dengan mod pembacaan saya tentang Rasulullah saat ia dinovelkan. Mungkin itu kelemahan saya juga.
Apapun, ia kisah yang baik. Selawat buat Baginda Rasulullah Sallallah hu alaihi wassalam.