Lelaki mata keranjang? Gelaran itu pernah tergalas di bahunya. Dan kerana kejahatan masa silam, dia terhukum dan termalu sendiri. Siapa sangka, ketika dia sudah insaf dan mahu membina kehidupan baru, dirinya dihidangkan dengan dugaan yang paling besar.
Anak ini perlukan ayahnya. Saya serahkan kepada yang berhak. Peliharalah anak ini dengan penuh kasih dan sayang. Selamat pengantin baru. - Gadis Misteri
Hadiah yang tidak terduga itu hadir meranapkan mahligai yang ingin dibina. Majlis pernikahan yang bakal berlangsung, akhirnya terhenti tanpa ijab dan kabul. Calon isterinya enggan meneruskan perkahwinan selagi misteri kehadiran bayi kecil itu tidak terungkai. Dengan tanggungjawab sebagai ‘bapa segera’, Danny terpaksa mencari pengasuh yang sudi menjaga si kecil itu pagi dan petang, siang dan juga malam. Dan pencariannya berakhir apabila dipertemukan dengan Tiara. Seorang pelajar universiti yang kesempitan wang ringgit.
“Tiara pesan susu, Pampers dengan puting susu aje, bang. Ni berat semacam aje. Abang beli stok untuk berapa bulan?”- Tiara
Semuanya berjalan lancar sehinggalah Tiara tamat pengajian semester akhir dan akan pulang ke kampung halaman. Hendak atau tidak, dia sudah tiada pilihan. Status palsu sebagai duda kematian isteri, terpaksa diakui demi meraih simpati keluarga kepada pengasuh ‘anak segeranya’ itu agar membenarkan Tiara terus mengasuh.
“Masalahnya aku tak kenal siapa gadis misteri tu? Macam mana aku nak cari dan settlekan masalah ni?” - Danny
Sementara itu pula, dia sudah berjanji untuk meneruskan misi menjejak gadis misteri yang menyusahkan hidupnya itu dengan apa cara sekalipun sekali gus membongkar misteri yang membelenggu hidupnya.
1. Megat Danish (Danny) - playboy bertaubat. Serius aku suka kisah hero ala-ala bad boy camni tapi kalau dah jadi hero kena tegas. Jangan ikut je flow, kena buat sesuatu untuk betulkan keadaan. Ada satu saat rasa nak jerit kat Danny tolong buat apa yang Kasyah cakap tu. Tapi yalah, kalau ujian DNA dibuat awal memang sampai situ je cerita ni 😂
2. Tiara. Naifnya budak universiti ni. Dipotretkan sebagai anak gadis baik-baik, tahu hukum tapi ada satu bab tu boleh pula tarik tangan Danny?
3. Ending - tak begitu solid tapi aku suka bila penulis menamatkan segala kekusutan dengan kemaafan. Maaf adalah penawar segalanya, dan itu akan buat kau reda. Mungkin.
Masa mula baca aku teringat kisah Ariana Rose sebab tiba-tiba muncul ketika akad nikah. Dan, aku rasa sangat excited. Tapi tak tahu kenapa bahagian awal cerita aku dah hampir give up. Flat. Mungkin penyampaiannya tak begitu masuk dalam jiwa. Begitu juga dengan isu yang digantung seolah-olah membiarkan pembaca yang teka sendiri -- Fatimah misalnya seakan 'habis' begitu saja, sayanglah sebab dia bisa menambah konflik cerita. Rara juga yang menjadi titik tolak cerita, tak kan semudah itu 'dipulangkan'?
Apa pun, novel ini masih boleh dihadam. Apatah lagi dengan keletah Rara. Cuma boleh diperbaiki dengan masalah ejaan & penggunaan bahasa Inggeris. Tak berbahasa asing tak mencacatkan watak dan cerita sebenarnya.
ok. cerita ni best. walaupun ada babak yang buat kita rasa macam nak cekik orang je, maknanya puan Novelis Aulia Iman memang berjayalah, kan?
danny - lelaki kacak yang pernah menjadi kasanova di masa lampaunya. cucu orang kaya, duit pun banyak. kekurangannya, dia ni lembab! kenapa? haa... nanti cerita.
tiara - gadis baik, punya cita-cita untuk memperbaiki kehidupan keluarga. lembut dan berjiwa penyayang. sayangkan anak kecil. kelemahan? lemau sangat.
nadine - tunangan danny yang batalkan perkahwinan di hari pernikahan. tapi kemudian dia yang mabuk kemamung.
pali - konon teman sekampung tiara yang menjaga kebajikan tiara. tapi sebenar ada agenda yang sangat keji.
pernikahan danny dan nadine tak jadi kerana kemunculan rara, bayi yang dikata anak pada danny. huru hara kehidupan danny. tiara dan reena pula menerima untuk bantu jaga rara selepas mereka berhenti kerja sambilan yang mereka buat untuk tampung kos kehidupan mereka sebagai pelajar.
seterusnya? cerita ni tengah siar kat tv ya? jalan cerita dan olahan memang sangat menarik. manakan tidak, pembaca akan terus ada rasa nak tahu apa jadi seterusnya, seterusnya. tak sanggup nak letak buku beb. dalam masa yang sama geram jelah dengan kisah yang ada. yelah, macam danny, apalah lembab sangat. bawak jelah rara tu buat dna. si tiara pulak, konon tegas tapi bila adik beradik buat hal, mengalah jugak sampai terpaksa bertunang dengan pali. si nadine. helllooo.... yang terhegeh sangat tu dah kenapa? ehh... banyak sungguhlah. tapi satu babak yang akak mengekek gelak bila nadine bergaduh dengan fatimah depan tiara. nasib baik tak tarik rambut. sorang girlfriend, sorang tunang dan sorang isteri. tak ke haru?
apa pun, jodoh ni rahsia Allah. tangan dah salam pak kadi pun boleh tak jadi. kalau dah jodoh, sorang kutub utara dan sorang kutub selatan pun boleh sah. sejarah silam manusia, segala kekhilafan yang pernah dilakukan bukan hak orang lain nak jatuhkan hukum. selagi dia mahu berubah, haruslah bantu bukannya diberi caci nista.
puan penulis. rara? alaa.... takkan macam tu je kisah budak kecik montel tu.. hehe... sian dia.
Novel ini aku pulun baca sebab dramanya bakal ditayangkan Disember ini. Oleh sebab sudah tahu siapa hero dan heroinnya lagi bertambah keterujaannya untuk menghadamkan isinya. Sebelum menonton dramanya, baik aku baca novelnya dulu. Orang kata, penghayatan menonton dan membaca tidak sama. Mungkin jalan cerita diolah sedikit. Ini adalah novel pertama aku baca karya Aulia Iman. Not bad. Aku mudah menghadamkannya dan ada unsur-unsur mahu meneruskan pembacaan. . Ceritanya tidaklah terlalu berat dengan adegan yang membenakkan kepala. Kisah Megat Danish atau Danny dengan Tiara. Perjumpaan secara tidak sengaja bila Danny mencari pengasuh untuk anaknya Rara. Sebenarnya Danny mahu merungkaikan siapa sebenarnya Rara. Rara muncul ketika hari pernikahannya dan majlisnya pernikahannya tidak diteruskan kerana bakal isterinya tidak boleh menerima penjelasan Danny. . Oleh sebab itulah, secara kebetulan dia bertemu Tiara. Danny mengupah Tiara untuk menjadi pengasuh kepada bayinya, Rara. Sejak itu, perhubungan Danny dan Tiara semakin akrab. Danny sudah jatuh cinta dengan Tiara. Tapi bila Tiara sudah menerima cinta Danny, sesuatu tentang Danny terbongkar. . Nak tahu apa yang terbongkar kenalah baca sendiri. . #akudanbuku #readingchallenge2018 #cabaranmembaca2018 #ulasannovel
Jalan cerita tak banyak beza dengan Dalam Diam Aku Terpikat (DDAT)..tetap dengan campur tangan orang tua dan orang luar..Dalam kisah ni :
1. Megat Danish tidak setegas Megat Daniel dalam mempertahankan rumahtangga yang dibina dan dalam memikat hati Misha in DDAT. Ini mungkin faktor ingin membetulkan dosa semalam. Menangung kifarah katanya.
2. Kata boleh hidup tanpa harta tapi tidak melakukan apa2 ke arah itu.
3. Banyak tabur janji tapi 90% tak ditepati demi memenuhi kehendak orang tua yang sedang sarat sakit dan juga banyak berahsia sehingga hati isteri terguris ya amat.
4. Tidak ambil tindakan yang tepat, cepat dan padat bagi mengatasi masalah yang ada. Almaklumlah sedang kusut pemikirannya..Kalaulah dia lakukan ujian dot..dot..dot (3 alphabet..jgn fikir bukan2 ye..hahaha), masalah yang sedia ada boleh diringkaskan. Kalau ringkas tak teballah buku ni cerita pun pendek..tak bestlah.
5. Ada juga perempuan yang tanpa rasa segan silu mengaku tak malu dengan berzina, ingin merampas harta orang dan perasan tahap langit..wow..hmm mmg ada orang macam ni ke?
Pengakhiran yang tak disangkakan oleh orang yang membuat onar dan menambahkan beban di kepala yang sungguh kusut. Yes! Ending with a twist.
Saya suka watak Tiara yang menjaga baby Rara dan juga watak Danish yang mengambil berat tentang mereka dan watak Pali yang panas baran..tapi tak boleh beat watak Daniel and Misha (eventhough penat baca sebab asyik bergaduh..sungguh..sama ego mak ai) walauapapun..tak menyesal..or might prefer watak Danish dlm DDAT.
plot menarik. cumanya ada beberapa part yang aku rasa terlalu meleret2. banyak dialog yang aku skip. contohnya masa Pali bawak keluar Tiara nk bukak puasa sama, pastu diorg gaduh, aku rasa meleret sangat. kemudian masa Danny nk terangkan hal sebenar lepas kawen, pon rasa meleret2.
ada beberapa keadaan yang kurang menarik: 1. tiara student U tapi macam naif sangatttt. 2. sebagai org berniaga, Danny patot lebih cekap. maksudnya, benda pertama dia perlu buat lepas orang tinggalkan bayi kat dia, kena terus p buat ujian DNA. ni x, lambat sungguh!
Danish aka Danny was once a playboy,who couldnt care less about the wrongs and rights in his religion and he played with girls,sleeping with them until he met nadine and fell in love with her.he changed becoming a better person.however a baby left at the mosque on his wedding day ruins everything for him.nadine walks away for good and by chance he meets reena and tiara who helps to care for the baby.
as time passes by tiara and danny fall in love.out of nowhere comes nadine wanting danny back and despite his saying he does not want her back or to marry her again,no one listens to him.this leads to him marrying tiara in secret and one issue after another pops up.will they be able to protect their love,or will danny's family and nadine win?
This entire review has been hidden because of spoilers.
Huaaaaa!! Drama ni sgtt best.. Tapi saya dah baca eBooknya. Tak nak bagi spoiler kepada semua. But for sure ade konflik lain yang terjadi antara mereka guys. Kalau nk baca eBook verison, boleh dapatkan dari link ini-- https://www.e-sentral.com/book/info/2...
Kisah Tiara dan Danny.. Pertemuan disebabkan si kecik Rara yang comel.. Danny meminta pertolongan Tiara untuk menjagakan Rara dan dalam masa yang sama Danny mencari tahu tentang keluarga Rara.. Namun hubungan mereka berliku.. Diganggu Palu, Nadine, Fatimah dan juga misteri kewujudan Rara.. Ceritanya santai dan sweet..
Buku ni best weh,serius x tipu! Buku ni pun dah diadaptasi jadi drama tapi ofcoz drama x boleh cover semua yang ada dalam buku ni. Nasib baik ada https://www.e-sentral.com/ aku dah habis baca dah even selalu xde masa nak pergi kedai buku
Jujurnya banyak skip bila baca novel ni. Dan kebanyakannya, saya hanya baca bahagian dialog sebab lagi best dan cukup padat tanpa perlu penerangan yang meleret-leret. Disebabkan itu, kuranglah jumpa kesalahan ejaan.
Novel Pujaan Hati Kanda menjadi pilihan untuk saya buat review. Memandangkan novel ini menjadi drama adaptasi , saya mengambil peluang untuk membuat satu review. Biasanya review novel saya buat di blogs eizzara eizzaty tetapi blogs tu ada masalah sikit.
Novel ini mempunyai 678 muka surat agak tebal pada yang saya yang dah lama tak membaca ni ( hihih ). Novel Pujaan Hati Kanda ini menceritakan tentang kisah Megat Danial A.K.A Danny. Kehidupan mewah yang diberikan padanya membutakan diri. Gelaran Playboy sudah sebati pada dirinya. Namun itu 2 tahun dulu. Kini setelah bertunang dengan Nedine seorang model manis dan juga usahawan muda pilihan atuk dan neneknya.
Sebuah cerita yang biasa-biasa saja. Sudah banyak karya yang seperti ini pernah ditonjolkan dalam novel-novel Melayu yang lain. Berharap penulis dapat menghasilkan karya yang lebih mencabar minda pembaca dan tidak berada di takuk yang lama.