Jump to ratings and reviews
Rate this book

Salju Kyoto

Rate this book
‘When a man truly loves a woman, she becomes his weakness. When a woman truly loves a man, he becomes her strength. This is called Exchange of Power.’

Musim dingin 2015. Kyoto.

Semuanya bermula pada malam itu. Aku cuma seorang wanita biasa yang ingin mencari sahabat yang hilang. Namun, malam itu mengubah segala-galanya. Dia muncul umpama samurai dalam persalinan kimono hitam dan sebilah pedang.

A.K, dia sang jejaka misteri. Bermata helang, beraura garang. Bersamanya, terselit amaran.

“Stay away from him.”

Tetapi, bagaimana mungkin aku lari daripadanya bila dia tiba-tiba mengumumkan bahawa aku miliknya?

“She’s my woman. You touch her... and you die.” - A.K.

Hakikat bahawa Badri sudah menjadi yakuza mengeruhkan keadaan. Dia sahabat baik yang tulus, jadi kenapa dia menghumban diri ke jalan ini?

“If you feed an evil soul, he’ll become a devil.” - Badri

Bila dua pilihan terhampar depan mata, aku akhirnya membuat keputusan muktamad. Tinggal di Kyoto dan berjuang... dengan status sebagai isteri kepada Arjuna Kaede.
Dari awal, aku sedar bahawa menjadi isteri kepada lelaki itu bukan mudah. Nyawa sentiasa di hujung tanduk. Namun, aku ialah Nailah Farafisha. Seperti agungnya cinta Nailah al-Farafishah, srikandi Islam buat suaminya, Khalifah Uthman Ibn Affan, seperti itu juga tingginya darjat Arjuna Kaede di mataku. Mereka boleh datang menyerang, tetapi bukan semudah itu untuk aku menyerah kalah. Pantang maut sebelum ajal!

“Masanya sudah tiba untuk aku jadi singa betina.” - Nailah

Tetapi, mampukah aku terus bertahan dihimpit dunia gelap yakuza? Mampukah aku menjadi penyelamat tatkala Arjuna hampir tersungkur antara prinsip dan nyawa? Apa pula yang akan terjadi kepada Badri?

Ini bukan kisah cinta semata-mata. Ini tentang pilihan, pengorbanan dan akibat. Ini... kisah aku.

749 pages, Paperback

First published March 1, 2016

103 people are currently reading
1415 people want to read

About the author

Sara Aisha

18 books469 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
862 (75%)
4 stars
173 (15%)
3 stars
68 (5%)
2 stars
20 (1%)
1 star
12 (1%)
Displaying 1 - 30 of 221 reviews
Profile Image for Nonieღserenity2bliss.
2,023 reviews377 followers
June 14, 2016
Announcement before review: N nak jual buku ni for RM19. Pada sesiapa yang berminat, boleh lar PM :)

I'm not kidding when I say cerita ni best tahap BLOCKBUSTER! 5 bintang masih tak cukup!


I couldn't ask for more sebab semuanya ada: awesome action, to-die-for chemistry (really smokin'), gorgeous setting.


Hands down, Salju Kyoto is Sara Aisha's best work to-date. Sejujurnya N tak expect dan almost tak percaya ia ditulis oleh Sara Aisha sebab novel-novel lain by Sara Aisha yang N pernah baca, N cuma kasik 3 bintang sahaja. They were good, but not quite memorable. At one point, N actually stop baca and check kulit novel just to be sure that it really was written by Sara Aisha dan bukannya by Rehan Makhtar or Melur Jelita.

Dengan novel Salju Kyoto, I could see the amount of research and effort she had put into the making of this novel. Baca Salju Kyoto seolah-olah menonton sebuah filem yang sangat mempersonakan; once you start, you just can't turn away from it.

Aside from the undeniable chemistry between Arjuna dan Nailah (kau sangat untung, Nailah!), N suka dengan debaran and the uncertainty. N tertanya-tanya, hidup ke tidak watak ini or watak itu? Ada sesiapa yang akan mati dibunuh ke? Kenapa lar kejam sangat orang tua ni, gila ke aper?

Kalau ada lemah jantung, mau...





Profile Image for Najwa in her debut era.
166 reviews17 followers
July 29, 2025
Me every time I finished an epic romance novel and questioned my decision being a single woman:


Babe! This is how an action romance novel should be written! Sampai aku-aku sekali berkerut kening baca novel ni, dengan adrenaline rush-nya. Fuh!

Okay, let's start with our heroin, I can see how strong she is and how logical her characters are. Suka Nailah sebab hidup dia bukannya lembik asyik fikir pasal lelaki yang tiba-tiba muncul dalam hidup, sejenis yang berpegang pada janji dan bukannya syok sendiri (ni paling penting). And, saya ni sejenis yang sangat tak suka POV 1 (sebab mostly penulis tak berjaya nak guna POV 1) but this one, I agree that cara penceritaan POV Nailah sangat berkesan. Boleh terbayang semua situasi sebab Nailah bukannya self-centered woman. Oh God, I like her :)

And well-well, can we talk about Arjuna Kaede now? Chef kiss duh character dia ni! Sebaris dengan Fakhrul, Ed, Raid Arjuna, Hud and TETAA (senarai hero action novel paling bergaya dan dominan dalam hidup haha). We can see how good our writer potray his character dari POV Nailah. Suka gila and sumpah sangat-sangat suka dengan kejujuran Arjuna ni. Sejenis berterus terang, menunjukkan sisi kematangan yang sepatutnya ada dalam seorang lelaki and honestly kejujuran dia nilah yang tambahkan lagi sisi peribadi misteri Arjuna ni!

And I love how our writer tak romanticizes kehidupan underground. Sejujurnya, sebagai pembaca setiap kali saya baca action-romance novel saya memang mengharapkan penulis tunjuk sisi gelap kumpulan-kumpulan underground sebab ya! We know how nasty and sick to be in mafia/yakuza/gangsterism/kartel world. Bukannya tulis sekadar untuk tarik perhatian pembaca (especially young adult) tapi sisi underground world-nya sikit je disentuh yang selebihnya tunjuk babak cinta tak berkesudahan macam mudah je nak keluar dari dunia gelap underground ni (okayh sorry nampak sikit bitter-nya kat situ haha)

Lengkap segalanya dalam buku ni, and suka pembahagian cerita yang fokus-nya sangat nampak ke arah mana. Sangat rapi ya Salju Kyoto ni. Sebelum ni baca buku penulis Chan Rak Ter... Aku Cinta Kamu and Jodoh itu milik kita tak berapa berkenan dalam hati, but this one memang ditulis dengan baik. Gaya 'show' instead of 'tell' tanpa force pembaca untuk faham the plot and characters of the novel sangatlah menjadi dalam buku ini.Watak sampingan pun, sis nak cakap kewujudan mereka sangatlah bermakna dan sangat diingati. Badri, Ryohei, Sato, Inohei (semuanyalah termasuk watak cameo hehe).

Cumanya, ada rasa sedikit keliru pada dialog, sebaiknya tulis siapa yang sedang bercakap memandangkan kita sedang baca POV Nailah.

And ada satu benda saya nak tegur, tentang dosa isteri ditanggung suami yang di-mention dalam novel ni. Pandangan ini tidak benar, saya selitkan link untuk kita fahami konsep pahala dan dosa:

1) https://www.muftiwp.gov.my/ms/artikel...

Tetapi kita kena faham, tanggungjawab seorang suami dalam mendidik isteri itu sangatlah besar dan akan dipertanggungjawabkan tindakan dan usaha suami dalam membentuk isteri supaya menjadi isteri yang baik budi pekertinya. Dan isteri juga kena faham, kepatuhan isteri dalam mentaati suami itu haruslah selari dengan usaha suami nak membentuk diri. Selagi mana suami melayan isteri sebaiknya, maka patutlah isteri mematuhi suaminya. (Lah tiber jadi sesi ceramah haha) Tiada yang lain selain kebaikan untuk penulis dan pembaca.

All I can say is that I like this novel (like love gila! Kalau boleh nak tulis artikel panjang nak review buku ni haha). Terasa betul setting tempat which is Kyoto dalam novel ni, mak lurve 🫶 and I dedicate A Thousand Years by Christina Perri untuk kisah Nailah dan Arjuna. 5 ⭐ untuk buku ini!

Me after this whenever I listen to A Thousand Years because it reminds me of Nailah and Arjuna:


When a girl is in love, you can see it in her smile. When a guy is in love, you can see it in his eyes.
Profile Image for Yuni.
257 reviews81 followers
April 3, 2016
WOW

Nasib baik memang dah mengantuk, kalau tak, memang terus sambungkan even dah pagi.

Tahniah cik penulis. Amat jarang pembaca dihidangkan dengan sisi gelap dunia realiti. Baca novel ini membuatkan yuni seperti berada di tempat kejadian. Melihat sendiri yakuza berlawan sesama mereka menggunakan katana dengan persalinan tradisi mereka. Duduk secara formal. I can imagine it.

Tahniah cik penulis kerana membuatkan yuni menghabiskan beberapa jam hanya untuk meng-google tentang yakuza. Sebab macam tak puas hati bila dapat tahu sedikit je. Not that I blame the author. I understand that. Ini bukan autobiography tentang yakuza. Tapi...bila yuni gunakan masa yuni untuk baca lebih mendalam tentang sesuatu, it means a lot. So congratulation again, miss author.

Cuma, for me, adalah lebih baik kalau penulis beritahu ayat itu adalah memang diluahkan dalam bahasa melayu atau bahasa jepun yang diterjemahkan ke dalam bahasa melayu. Kerana confuse. Ok, memang orang dalam rumah Arjuna disuruh belajar bahasa melayu kecuali Inoue-san. Tetapi tidak pada atuk Arjuna or yakumi kan? Tapi kenapa still cakap bahasa melayu? Dan dikatakan Nailah boleh bercakap bahasa jepun yang basic sebab bahasa itu bahasa ketiga ketika belajar di universiti. That fluent is basic?

Dan mungkin penulis boleh menerangkan lebih sedikit tentang ayah Badri. Not just call him as monster or manusia bertopengkan syaitan. Apa yang dia telah buat sampaikan Badri benci begitu sekali dengan ayahnya? Sebab itu juga isu penting kenapa Badri menjadi apa yang berlaku sekarang.

Confuse tentang punca Ibu Arjuna meninggal. Adakah arahan dari ayahnya sendiri or Ichiwa-kai?

Arjuna Kaede. Sorry first time tahu nama dia, terus tergelak sebab teringat tentang Kaede baba from Inuyasha. Tengah nak terbayangkan mamat kacukan ni tengah berlatih katana dengan persalinan kimono hitam, mata helang dia, terus teringat kat kaede baba. Amat2 berlawanan. XD

First time baca novel dari penulis ini. So...lepas ni kena cari pula novel2 dia yang lain. Adakah sama seperti ini feelingnya? We will see...

Profile Image for Glow.
81 reviews
August 14, 2024
Novel ni okey cuma aku tak tahu kenapa aku tak boleh nak suka sangat. Aku rasa macam ada benda kurang dan lompong. Dan watak AK tu sendiri, buat aku rasa ada benda buat aku off tentang dia. Aku tak boleh nak suka AK dan aku tak berapa nak rasa sangat chemistry between Nailah dengan AK. Just my personal opinion only.

Overall, nice read. Tapi feel baca SK ni biasa-biasa aje. Cuma tabik sebab Sara Aisha menulis dengan kajian dan olahan yang matang. Keep it up!
Profile Image for ωαη  ïzzαz.
56 reviews12 followers
November 27, 2018
Amazing!

Ya Allah,novel apa yang aku baca ni.Rasanya 10 bintang pon masih x cukup untuk mengambarkan betapa bestnya buku ni.Buku ni memang SEMPURNA.

Tanpa sedar,penulis telah membawa aku bersama ke Kyoto dan aku baru pulang dari Kyoto selepas bertemu perkatan 'TAMAT'.

Aku suka dengan tahap sweet Arjuna yg buat aku cair dan tersenyum sendiri seperti orang kurang waras,suka dengan persahabatan antara Nailah dan Badri,suka dengan kesetiaan Rhoyei dan Sato,suka dengan adegan lawan melawan.Suka SEMUANYA.

TAHNIAH penulis sebab hasilkan buku yang sangat bemanfaat dan sangat2 tepat dgn citarasa aku.
Profile Image for Sarah Azmi.
54 reviews1 follower
October 2, 2022
THIS BOOK DESERVES A 5 STARS RATE!

Though this is my first book coming from Sara Aisha, and now that i just finished it, all i feel is empty, totally empty inside, no more Arjuna Kaede and Nailah Farafisha moment, no more Sato, Ryohei, Badri, Yumiko, the Yakuza gangs, and the world setting in Kyoto, Japan. I’m going to missed this book damn much, i will definitely give this a re-read soon.

Sebenarnya, banyak nak cakap berkenaan buku ni. Even buku ni penuh dengan bab yang bagi aku terlampau banyak. Aku nampak Malay writers kebiasaannya terbitkan buku novel tebal-tebal. And between the main plot mesti akan ada beberapa chapters yang macam ‘filler chapters’ untuk menunjukkan variasi personaliti, persekitaran, dan emosi watak.

And for me, dalam buku ni, Sara Aisha masukkan filler episodes yang tak pernah aku rasa bosan untuk baca. It feels important, and it doesn’t feel draggy and nonsense at all. Thumbs up untuk itu, i really had fun reading it.

Untuk main plot, damn, i was speechless. Aku susah nak jumpa novel Melayu yang kinda thriller and action and romance. Or mungkin aku tak jumpa lagi? Ini buku pertama aku jumpa and i’m so in love with it. Setiap bibit perkataan, keadaan, moment, telah diungkapkan oleh Sara Aisha dengan sangat cantik. Aku respect betul dekat Sara Aisha sebab masukkan elemen yakuza dalam ni. And explain it very nicely yang kumpulan ni memang wujud di bumi Tokyo. As someone yang sering kali tengok drama dan anime yang berunsurkan yakuza/gang, i’m quite familiar with the yakuza system. Ada juga beberapa info yang baru, that adds up something to my knowledge.

And another thing that i memang respect tinggi adalah although this book agak dark, kita didedahkan dengan beberapa moments yang sweet antara Arjuna Kaede dan Nailah Farafisha tapi aku suka bila Sara Aisha tak terlalu focus pada romance part but instead she focused more on the issue in the Yakuza world. I bet its difficult and a challenge for her since she’s a Malaysian, and tak stay in Japan. But damn, i can tell that she did her homework and explained it better with her own imagination. I love how she never failed to add the Islamic info here, the dependent of human beings to Allah, percaya pada Tuhan dan how our faith ada kena mengena banyak dengan kehidupan kita. Its just, ugh, so beautiful lah this book.

I don’t have to touch about the characters in detail kot, i am so in love with them. From the moment i laid eyes on this book and read the synopsis, i already know i am not going to put this book down. Nama characters pun sangat comel, charming, dan sesuai dengan watak yang ditunjukkan. The romance is not too cringey, sangat respectful, sangat memahami. Its, ugh, cute. I love them and i wish to find someone as cool and respectful macam Arjuna. Cold but beautiful. And also be like someone as brave and strong like Nailah. She’s the real epitome of ray of sunshine but also deadly. Don't mess with her.

5 stars. Period. Thank you TikTok for recommending this book to me and suddenly showed on my For Your Page. Re-read is a must!
Profile Image for twiggies.
89 reviews5 followers
October 12, 2025
let’s say i have a love-hate relationship with this story. and partially, it’s my fault mungkin masa aku picked up this book, i wasn’t in the mood for this genre. tapi aku actually okay with the action scenes, but not with the romance haha😭 and i think i’ve already grown out of the “you touch her, you’ll die” trope or maybe that scene just wasn’t executed properly or perhaps it’s because the scene appeared too early, which made me question Arjuna’s actions toward Nailah. takkanlah just because dia dalam bahaya & wondering around with that ‘polos’ face kau dah rasa kau bertanggungjawab untuk selamatkan dia for your entire life. plus there wasn’t a strong reason for him to say those words, so the trope ended up feeling cringe. no declaration no talk man, gitu. so bagi aku their chemistry felt forced awal cerita, tho it got slightly better later on. lepastu Nailah’s character was a bit annoying and cocky🫩 sozzz.

but i do like the lore behind everything happening in the yakuza world that the author highlighted in this story. walaupun banyak nama yakuza yang di-mentioned surprisingly i could still follow and understand who’s who. cuma pengakhiran tu tak berapa satisfying after all those things they’ve been through lol. anyway, trivia yang penulis include sangat interesting. what a nice info.
Profile Image for Haq Raihah.
300 reviews55 followers
March 16, 2016
best! best! BEST! BEST GILERRRRR......

Aku x thu lah nk ckp mcm mane, tp novel ni memang...

SUPERB DUPERB BESTTT~~~

Bace novel ni, aku punya feeling mcm tgh tgk cite jepun(padahal aku x lah minat sgt dgn cite jepun)

Ya, aku memang x minat sgt dgn cite jepun mahupun dgn jepun. Tp aku rase...lepas aku jumpa perkataan 'TAMAT' dlm novel ni...aku dah jatuh cinta dgn jepun <3 huhu

oh Arjuna Kaede...
DIA...LELAKI SEPERTI SALJI. SILENT AND DEADLY. COLD AND BEAUTIFUL.

Salji yang bila dipandang dengan mata kasar, umpama pembunuh senyap. Tetapi bila dilihat dengan ketulusan hati, ia sangat indah. Sesungguhnya, dialah...

Salju Kyoto.
Profile Image for  Kak Zie.
370 reviews60 followers
April 5, 2016
Akhirnya!
Berjaya juga aku tamatkan kisah ini.


Aku tergemap!


Pendapat aku la, jika kisah itu adalah sebuah kisah aksi serta ada unsur-unsur cemas di dalamnya, eloklah gunakan perkataan yang biasa kita tengok dan baca. Kenapa? Sebabnya, kita dah la tengah teruja membaca, tiba-tiba sampai kepada perkataan yang kita tak pernah jumpa dan nampak, sudah pasti ia akan menjadi tanda tanya dan sedikit sebanyak ia pasti mengganggu sessi pembacaan yang sedang meruap-ruap tadi.


Apapun, tahniah buat penulis yang telah berjaya memberi satu keterujaan kepada aku untuk teruskan membaca sampai ke akhir.


Aku tergamam!

Kan senang nak faham. Heh.
Profile Image for zairaidah.
407 reviews40 followers
June 29, 2018
Naskhah yang best untuk dibaca. Siapa sangka segala watak yang ada adalah berdasarkan fakta. Aku berkenan sungguh dengan nama-nama watak yang digunakan dalam novel-novel Sara Aisha.

Perjalanan Arjuna Kaede dan Nailah Farafisha tidak seindah manusia normal yang dikelilingi ahli keluarga yang penyayang. Masing-masing yatim piatu di awal usia. Bertemu dalam keadaan yang agak tragis. ❤️❤️

Olahan yang sangat baik. Gaya hidup dan tingkah laku seorang Arjuna Kaede memang sangat kena dengan 'kejepunan'. Ditambah dengan dunia yakuza yang sudah sebati di Jepun. Sungguh aku cuma tahu yakuza terkenal dengan sifat kejam, setia dan berani mati. Tiba-tiba rindu Kyoto.. Ehh!!! 😜😜😜

p/s Dalam ni ada cameo Karn Kalahan, Dian Damia, Ryu dan Maya
Profile Image for Hida.
119 reviews12 followers
November 17, 2022
My own rate for this book : 5/5 ⭐

Apa yang aku boleh cakap : Buku ni so perfect bg aku. Cukup rasa, aku baca pun laju je, sbb takda part yg bosan 👍

Watak ml ngan fl tu aku rasa diorang sangatlah perfect for each other. Mcm biasa, watak fl dalam karya Sara Aisha mmg tak mengecewakan. Fl yg boleh stand on her own. I like that. Action scene, the storyline, the details, info2 yg ada dlm buku ni, i love almost everything about this book. Mmg deserved all the hype for me. Tak tau nak cakap apa dah sbb semuanya best. AK tu dah jd one of the most favourite ml character dan buku ni dah jadi salah satu buku yang aku akan reread balik sbb sukaaa sangaatt. ❤

Ok, lepas ni kita go into shadow series pulak 😌 #emptycanvashida
Profile Image for Don ツ .
248 reviews37 followers
August 28, 2017
Saya baca buku ni 26 Ogos, rereading it after less than a day. Masih suka. Hangover terokss. Kudos to Sara Aisha. Anyway, saya baru lepas tengok Scarlett Heart: Ryeo~ you know, such a resemblance. Betul cakap Sara~ I truly agree. Kbye.

https://i.pinimg.com/originals/a0/f2/...
Profile Image for Joy (Cheery♡Reads).
985 reviews117 followers
June 13, 2018
May 24, 2018:
Rereading

Salju Kyoto definitely deserves more than 5 starts because it has managed to hold my interest from start to finish; I did not skim or skip pages. I read every single word. The story is that fascinating.

Salju Kyoto has turned me into Sara Aisha's fan. I love her writing style because I felt like I was really in Japan and experiencing everything the heroine is feeling. The Japanese phrases made the story a lot more authentic and romantic while the yakuza, Thai and Macau triads made the story very thrilling and nerve wrecking.

One of the best parts of this novel was the ayat-ayat jiwang and phrases that just hit you right there!

I am truly thankful that Sara Aisha's is one the rare few Malaysian authors that is brave enough to venture into this kind of genre - romantic suspense. Most Malay novels in the market are dominated by romance, nothing wrong there, but it loses its appeal after awhile while stories like Salju Kyoto is really rare.

Although I already have her other 2 novels in my library - JIMK and PH - I am ashamed to admit that I have not read them and SK is my first story by this author. Therefore, I can proudly admit that my opinion and review for this story is honest and unbiased.

I am sad that I have finished this story but I am looking forward to Sara Aisha's next writing project! I wonder where will she take us readers to next? Maybe Russia? Maybe Korea? Who knows but this just makes me more excited!

P/s: I am wondering whether Ryu and Maya will get their happy ending. Sighs.....
Profile Image for Eda Eda.
177 reviews20 followers
March 13, 2022
Plot jalan cerita Salju Kyoto tak mendatar menjadikan novel ni antara novel yang tak bosan untuk dibaca. Watak Nailah Farafisha, seorang heroin yang sangat tabah dan kuat dalam menghadapi ujian dan dugaan besar. Jarang untuk jumpa watak heroin yang dominan kekuatannya. Pembaca karya SA pasti akan teruja apabila bertemu dengan watak utama dari novel sebelum dan selepas SK seperti Karn-Dian dan Ryu-Maya.
Profile Image for Mslvoe.
2,039 reviews196 followers
March 14, 2025
She nailed it!

Bila start baca F dapat bayangkan suasana kat Jepun. Sedikit banyak F dapat info tentang Yakuza
Profile Image for MissMissMiss3X Ariffin.
42 reviews24 followers
March 8, 2016
OH EM GEE OH EM GEE!!!!

SALJU KYOTO BY SARA AISYA

review

Bagi sapa yg suka buku ILUS, mungkin buku ini cocok banget ama lo semua. bagi yang suka roman², ermmm gue rasa karya ini kurang cocok ama kalian.. kakakaka

cerita aksi romantik.

1. Nailah
2. arjuna Kaede
3. badri

Jika tidak kerana badri menghilangkan diri tanpa jejak dan makcik kamsiah, nailah tidak menjejakkan kaki ke kyoto. mencari badri yang dropkan pengajiannya di jepun dan terus hilang. cuma tiap² bulan wang sahaja yg dimasukkan.

disana, kisah nailah berubah 360 darjah. dia terjebak dgn kumpulan yakuza secara tidak sengaja apa bila dia menyaksikan satu siri pembunuhan. nasib ada pemuda menyelamatkan dia dari dibunuh.

Adakah takdir yang merancang? kerana selepas itu acapkali dia bertemu lelaki itu, hinggalah dia tahu lelaki yang menyelamatkan dia bukanlah calang² orang. ARJUNA KAEDE adalah cucu kepada oyabun kumpulan yakuza yang perpengaruh, nakajima hiroshi.

Arjuna ni mcm xde hati, perasaan. membeku, mcm salji. tp bg nailah, salji itu ttp cantik.

Saat nailah berjumpa dgn badri dan menerangkan kenapa dia dtg ke kyoto, badri menyuruh nailah menjauhkan diri dr arjuna. arjuna juga memesan benda yg sama. jadi persoalannya, kenapa mereka ini? apa yg mereka sembunyikan?

Nailah ni dh byk kali nak kena dgn yakuza. arjuna yg sering selamatkan dia. sampai arjuna declare yang nailah ni hak dia.

bila nailah tahu apakah sebab badri masuk yakuza, dan kenapa arjuna sering menyelamatkan dia, akhirnya dia mengambil keputusan utk berkahwin dengan arjuna. saling melindungi orang yg tersayang. ada sebab kenapa dia buat begitu. dengan usia perkenalam x sampai sebulan, mereka berkahwin. naila menaruhkan sepenuh kepercayaan kepada lelaki itu. so pas kawen ni adelah aksi romantik. lelaki yang ganteng tidak perlu pengucapan. hanya tindakan sahaja
Profile Image for Bay.
260 reviews4 followers
October 14, 2023
a nice read for me. i adore nailah for her braveness. such a strong girl. bila semua review bgtahu yg action dia boleh bayang dalam kepala, memang betullll. aku boleh bayang each action scene. tp tu la. i expect more from the novel.
Profile Image for Zyra.
28 reviews
April 22, 2020
Okay. Abis jgk akhirnya. I love this genre. Thriller romance.

Cuma itu la, makin tua ni maybe aku lebih sukakan yang a lil bit realistic kot. Walaupun nama2 yakuza semua tu berdasarkan fakta, tp jalan cerita tu fairytales sikit lah hahaha. Well nama pn novel kan. All about fiction.

Apa2 pun aku suka cerita ni, cuma olahan ayat kalau diringkaskan sikit dengan pengurangan ulangan ayat, kurangkan gambaran ayat yang terlalu details & kurangkan pengulangan soalan seperti kenapa? Apa maksud awak? Saya tak faham? And etc etc adalah lebih baik and will got 5 stars.

Sampai aku rasa ada conversation yang panjang meleret-leret yg tak diperlukan pn. kadang2 aku rasa tak larat dh nk baca 😂

Apa pn I love arjuna and SK!
Aku membayangkan hero dlm Itaewon Class tu sebagai arjuna walaupun itu hero korea. Tp ciri2 arjuna nak sama dengan hero IC, so aku enjoy baca bila bayangkan arjuna tu dia 🤣🤣🤣
Profile Image for fyzz_records.
167 reviews16 followers
March 22, 2016
all about yakuza ...hubungan cinta antara Arjuna dan Nailah menambah perasa .. walaupun kadang2 rasa mcm xlogic but still ok .
Profile Image for Mohd Zuhri.
26 reviews6 followers
March 6, 2016
Tamat dalam jam 3:15 petang. Dalam masa satu hari.
*****

Salju Kyoto ialah naskah yang sangat hebat daripada penulis Sara Aisha yakni tidak boleh disangkal lagi. Saya beri berjuta2 bintang untuk karya ini. Sebuah karya yang sarat dengan kisah kehidupan, yang unik dan tidak klise. Tahniahhhhh!!!!!!

Bagi saya, ini novel pertama saya baca pada 2016 yang paling terbaikk dan sangat memberi kesan yang mendalam pada saya. Good job...!

****

Kalau tak kerana Mak cik Kamsah yang menyuruh Nailah mencari Badri di bumi Kyoto, Jepun... pasti segala kesulitan tidak akan berlaku. Lantas, menemukan Nailah dengan seorang lelaki berkimono hitam dan umpama samurai dalam kejadian Nailah menjadi saksi kepada satu pembunuhan yang memaksa keseluruh penjahat itu mengejarnya di lorong yang merbahaya. Semua itu terjadi gara-gara dia yang tersesat di situ!

Selepas kejadian itu, semuanya bertukar 360 darjah. Hidup Nailah sudah tidak aman. Dia seperti menjerat diri sendiri pada sebuah ancaman.

Lebih mengeruhkan keadaan tatkala mengetahui satu perkara. Bukan..... dua perkara. Dua amaran daripada seorang lelaki yang menyelamatkannya dan Badri, lelaki yang dicari-cari selama ini.

Badri... menyuruhnya menjauhkan diri dari pemuda itu.

Manakala pemuda itu menyuruhnya menjauhkan diri dari Badri. Membuatkan persoalan muncul di fikiran Nailah. Tidak mengerti apa yang dimaksudkan.

Lantas, apakah yang berlaku? Apabila mengetahui tentang fiil Badri yang sebenar di dalam satu kejadian yang ngeri.... membuatkan Nailah tidak sangka sebegitu sekali perubahan kawannya itu.

Yakuza. Badri sudah menjadi Yakuza. Benar-benar terkejut Nailah menerima kenyataan itu.

Hidup Nailah semakin tidak tenteram pabila berada di samping pemuda yang digelar AK. (Arjuna Kaede)... dirinya semakin merbahaya dan seperti nyawa dihujung tanduk.... mampukah dia bertahan? Namun.... sehingga keputusan dibuat.

Ya, Nailah ingin berjuang bersama Arjuna Kaede dalam status sebagai isteri. Tetapi... bukan semudah itu. Itu baru saja permulaan yang tidak tahu bagaimana pengakhirannya.... apakah yang terjadi?

Jangan lupa dapatkan kisah ini. Memang tak rugi beli. Malah rugi tak beli. ☺
Profile Image for shaafiiqah.
14 reviews3 followers
May 12, 2022
(5/5⭐)

Highly recommended!! Love how the author create the plot and langsung tak meleret also buku ni conflict tak berat pun and smooth je how penulis olah cerita ni

Yes I'm fall for AK but more falling in love with Nailah.Freaking in love with her character how brave she is and it's not like typical novel where the ml was mafia/yakuza and the heroin was so lembik but not to this book.Nailah she is so brave like girl crush gila dengan dia.She still fight for her husband when AK can't do something over it.She slayed it!!
Profile Image for ALIA.
33 reviews
January 16, 2018
3.5⭐️

Sejujurnya saya baca buku ni disebabkan oleh ratingnya yg tinggi di GR mengalahkan buku-buku yg lain. So, expectation terhadap buku ni mmg tinggi melangit. But unfortunately, it is not my cup of tea. The main reason is, for me, kisah percintaan (although romance is not the main focus in this book) antara NF dan AK kurang meyakinkan. Rasa tu tak sampai. Maybe it just me. But still a good book.
Profile Image for Bella RINA.
188 reviews2 followers
June 2, 2022
Huh…cerita tentang a guy from yakuza family..leave on his own but suddenly jumpa a girl yg in trouble..she in the situation wrong place and time… dont come to me looking lost and confuse..make me want to protect u…warghhh…cair terus!!! Nice story..
Profile Image for N.A.N.A.
214 reviews5 followers
April 19, 2023
Finally habis jgk. Suka sgt dgn novel ni Ya Allah. Wow sgt. Paling suka bab action lawan lawan antara geng yakuza and of course masa Nailah berlawan jgk masa di bangkok. Suka suka suka
Profile Image for Sha Mohamed.
2,519 reviews1 follower
December 2, 2017
Baru habis baca.. Really-really love it.. Nailah dan AK memang pasangan yang dasyat.. Emosi yang penulis bagi dalam cerita memang ✴️✴️✴️✴️✴️.. Macam roller coaster.. Kejap sweet tahap tak hingat.. Pastu sedih sampai meleleh-leleh air mata.. Kemudian geram rasa macam nak hempuk-hempuk je.. Best.. Suka gandingan watak yang penulis cipta, heroin walaupun perempuan melayu yang didera emosinya dari kecil tidak lemah tetapi kuat.. Walaupun cengeng tapi gagah melindungi suaminya.. AK walaupun punya aura membunuh tapi sangat nakal dan sweet habis.. Cair dibuatnya.. Sampai rasa macam.. Alah.. Dah habis ke..
#saljukyoto #saraaisha #novelmelayu #novelaksi #actionnovel #bookstagram #hobisaya #booklover #bookworm #bookreview #reviewbukuolehsha #bookreviewbysha #bacaandisember2017 #bloggerbuku #blogger #bloggerperak #blogkasihkuamani #membacajambatanilmu
Profile Image for Kdjxh.
108 reviews4 followers
March 24, 2019
Another book deserve all the stars in the sky. Hahahaa. Cukup lengkap semuanya. Romance, love, friendship, thriller.

Seganas ganas Arjuna pun tak sangka dia sangat sweet and protective macam tu.

Selembik lembik Nailah pun tak sangka dia boleh jadi kuat untuk Arjuna and Badri.

Paling suka bila Arjuna panggil Nailah "young lady..." boleh gigil tangan hahaha 😂

Apa apa pun highly recommended!
Profile Image for Fey.
226 reviews12 followers
October 29, 2020
The 39 book I read for this year.

Apa yang boleh aku cakap dekat sini,
SALJU KYOTO NI SUMPAH GEMPAKLAH WEH! BACA SK MACAM TENGAH TENGOK ACTION-ROMANCE ANIME AHHH!

I really love every single characters in this damn it's-so-great novel. Nailah, Arjuna, Badri, Ryohei, Sato and Yumiko. Tak nak suka Nakajima Hiroshi because he's a shit old-man, LOL.

Novel SK from Kak SA ni, dah lama aku nak beli and tak sangka sekarang ni aku dah habis baca dah. How fast time flies, right?

Okay, back to the characters, here I'll say about heroin and hero jelah. Tak tahu macam mana nak ulas panjang-panjang. I'm bad when it comes to review.

I love Nailah's characteristic, she's such a strong woman and the way she saved Arjuna from ______ (no spoiler here) is so badass! Nothing to say more about Nailah, but I really her character lah.

Arjuna Kaede or A.K, this man made me remembered Dheo from Dheo's karya Kak Anjell. Why? First, they really hate their own grandfather because of them, they suffered a lot. Sama-sama stoic man but dalam hati ada taman. Yeah, serious. Cuma bezanya yakuza and mafia ahaha. He's so charming and gave me that samurai vibes (iykyk), I'm just like, WHERE I CAN GET MY OWN ARJUNA KAEDE? And the way he really hate his other name, Nakajima Kaede because it reminded him to his grandfather made me really want to kill his shit grandfather.

The plot and the storyline? One word only.

GREAT!!!

Kak SA memang membuktikan yang beliau merupakan penulis wanita thriller action yang grrr... POWER🔥🔥🔥

Don't forget Karn and Damia, Ryu and Maya punya cameo in this story (SK memang suruh aku habiskan baca CRT).

Okay, tak tahu nak cakap apa lagi, so terus ke rating. I give it 4.5 stars out of five⭐⭐⭐⭐.

Dan ya, sejujurnya aku lebih sukakan MI daripada SK disebabkan Gibran ehehehe.

Apa-apa pun, tahniah dan terima kasih Kak Sara Aisha sebab buat cerita yang segempak ini *nangis terharu*.


Fey.
Profile Image for Sakura Lina.
139 reviews4 followers
June 28, 2016
Kali ni penulis membuat kelainan dengan menampilkan kisah cinta yang berkaitan dengan yakuza. Agak jarang ditampilkan oleh penulis lain. Kali terakhir aku membaca tentang yakuza adalah dalam karya RAM. Bagi aku novel ni padat dengan aksi,romantik,kasih sayang dan nilai kekeluargaan. Membaca novel ni seperti menonton cerita jepun,mungkin kerana latar belakang cerita adalah di kyoto,jepun dan kebanyakan watak adalah orang jepun sendiri. Aku asyik terbayang aktor favourite aku Shun Oguri sebagai Arjuna Kaede. Mungkin terpengaruh dengan lakonannya dalam filem Crows Zero. Aku juga tak sangka one of my favourite hero,Karn Klaharn membuat cameo dalam cerita ni. Selepas Chan Rak Ter, Salju Kyoto merupakan karya dari penulis yang aku suka. Karya lain bukan tak bagus cuma tidak memenuhi selera aku sebagai pembaca..
Displaying 1 - 30 of 221 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.