Jump to ratings and reviews
Rate this book

Islam dan Pluralisme Agama: Memperkukuh Tawhid di Zaman Kekeliruan

Rate this book
Agama tidak boleh bersandarkan kepada sangkaan (zann), spekulasi dan andaian tetapi mestilah bersandarkan kepada ilmu dan kepastian. Ilmu dan kepastian ini adalah anugerah yang diberikan oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala sebagai hidayah dan petunjuk kepada orang yang beriman. Kerana itu para ilmuwan islam sejak dahulu kala bersikap tegas terhadap golongan Sufasta'iyah (Sophists), yang terdiri daripada kelompok agnostik (al-la adriyyah) yang menafikan kemungkinan manusia memperoleh ilmu dan kebenaran; kelompok subjektivis (al-'indiyyah) yang menjadikan ilmu dan kebenaran bergantung kepada kehendak manusia; dan kelompok yang keras kepala (al-'inadiyyah) yang berkeras menolak kebenaran meskipun ianya terang dan jelas. Golongan Sufasta'iyah ini jugalah, dengan wajahnya yang baru, yang kini mencanangkan fahaman pluralisme agama dan menolak kebenaran mutlak agama Islam. Adalah menjadi tujuan utama penulisan buku ini untuk menjelaskan kerancuan dan kekeliruan yang dicetuskan oleh faham pluralisme agama ini dan meletakkan kembali sikap tegas dan jelas dalam mempertahankan Tawhid yang mencirikan agama Islam sebagai agama yang sebenar di sisi Allah Subhanahu wa Ta'ala.

Dr Khalif Muammar A. Harris merupakan Profesor Madya di Centre for Advanced Studies on Islam, Science and Civilisation (CASIS), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Kuala Lumpur. Beliau telah mendapat pendidikan di peringkat Sarjana Muda (B>A) dalam bidang Shari'ah dan Pengajian Islam di Universiti Mu'tah Jordan; M.A. dan Ph.D. dalam bidang Tamadun Islam di ISTAC, UIAM. Antara karya beliau adalah Atas Nama Kebenaran: Tanggapan KRitis Terhadap Wacana Islam Liberal (2006).

220 pages, Hardcover

First published February 1, 2013

12 people are currently reading
151 people want to read

About the author

Khalif Muammar

6 books40 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
32 (78%)
4 stars
6 (14%)
3 stars
2 (4%)
2 stars
0 (0%)
1 star
1 (2%)
Displaying 1 - 7 of 7 reviews
Profile Image for Nazmi Yaakub.
Author 10 books279 followers
March 28, 2013
Pra-Pembacaan

Selepas membaca buku beliau yang sebelum ini, Atas Nama Kebenaran Tanggapan Kritis Terhadap Wacana Islam Liberal, buku ini wajib berada dalam senarai mesti-baca khususnya di kalangan pelajar yang berada dalam pengajian Islam dalam memahami cabaran akidah dalam bentuk baru yang kian mewabak dalam masyarakat Islam masa kini.

Sekiranya modenisme berjaya menjungkir-balikkan masyarakat Islam termasuk melahirkan ilmuwan Muslim yang keliru, maka serangan pluralisme agama tidak boleh diremehkan kerana ia tidak kurang bahayanya, bahkan lebih lagi kerana ia ditambah dengan kejahilan umat Islam sendiri yang tidak mengambil ingatan daripada kesan modenisme.


Pasca-Pembacaan

Buku Islam dan Pluralisme Agama: Memperkukuh Tawhid di Zaman Kekeliruan hadir di tengah-tengah langkanya bahan dalam menjawab serangan pemikiran yang baru tetapi kurang diambil berat oleh umat Islam sekurang-kurangnya di negara ini atau diremehkan yang malangnya sikap itu dihubung kait dengan kecenderungan politik.

Dr Khalif Muammar yang kini Pensyarah Pusat Kajian Tinggi Islam, Sains dan Peradaban (CASIS) Universiti Teknologi Malaysia (UTM) memberikan tumpuan pada dua sisi penting, iaitu konsep pluralisme sendiri yang diberikan definisi berbeza-beza dan adakalanya disederhanakan dengan makna yang muluk tetapi salah, sekali gus menjawab kekeliruan yang dijadikan hujah oleh pendokong pluralisme khususnya puisi tokoh sufi terkenal, Jalaluddin ar-Rumi dan karya Ibnu 'Arabi.

Pada bahagian kedua pula, pengarang memberikan penekanan terhadap konsep tauhid dan aqidah dalam Islam yang dihilangkan nilai kebenarannya oleh pendokong pluralisme. Ini membantu pembaca yang bukan saja dapat mengetahui kesalahan dalam penghujahan golongan pluralis, bahkan menekankan kekuatan tauhid dan aqidah yang benar yang dimiliki dalam Islam.

Buku ini bacaan wajib kepada pembaca Muslim khususnya di negara ini terutama di tengah-tengah kekeliruan umat Islam dalam memahami agama mereka sendiri sehingga terpaksa melihat kepada Barat, manakala sebhagian lagi meremehkan isu aqidah ini sehingga berlumba-lumba kepada bahagian lain dalam pertahanan Islam.
Profile Image for Muhammad Zahirudin Nordin.
7 reviews
November 13, 2018
Alhamdulillah. Sebuah buku yang wajib dimiliki oleh masyarakat Islam kita dalam mengharungi arus kemodenan di dalam merungkai kebenaran sebenar Islam yang selama ini telah banyak dikaburi oleh golongan Barat faham Plurarisme agama. Intipati Tauhid adalah dasar sebenar agama Islam yang selama ini telah dianggap mudah dan sambil lewa dalam memahami dan mencari kepastian serta kebenaran dalam Islam.


‘Agama tidak boleh bersandarkan kepada sangkaan,spekulasi dan andaian tetapi mestilah bersandarkan kepada ilmu dan kepastian.’

Semoga buku ini memberi manfaat kepada yang membaca. Insyallah.
Profile Image for Aisyah Zin.
16 reviews
June 1, 2021
Kritikan yg mantap dan sangat membantu saya dalam memahami Pluralisme agama.
Profile Image for Amirul Zulkefli.
8 reviews2 followers
February 5, 2016
Buku ni ditulis untuk menjawab permasalahan tentang Pluralisme Agama. Pluralisme agama bukan isu yang baru namun telah menjadi satu yang boleh menganggu gugat akidah Islam dengan ni lahirlah buku tulisan Prof Dr Khalif Muammar pensyarah CASIS UTM.
Buku banyak menyentuh pluralisme agama yang berbentuk Transenden Kesatuan Agama-Agama (F. Schoun) yang menganggap segala agama ini 'menuju kepada Tuhan yang sama tidak kira agama mana yang dipegang' maka penulis mengkritik segala hujah yang bernas.
Buku ni boleh didapati di CASIS UTM. Buku wajib dibaca demi menjaga akidah Islam yang benar
16 reviews3 followers
October 26, 2020
Buku yang tepat pada masa kekeliruan tentang agama Islam di bumi Malaysia.
1 review
Currently reading
June 3, 2018
karena saya suka
This entire review has been hidden because of spoilers.
Displaying 1 - 7 of 7 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.