“Kalau kau boleh buat, aku pun boleh! Tunggu masanya aje!” / PRANK – ZAIFUZAMAN AHMAD
Sheila tidak percaya tentang kewujudan makhluk halus. Dia telah dicabar Joe untuk bertapa di sebuah hospital lama selama tiga jam. Kalau dia berjaya melalui ujian itu, Joe akan membayar upah sebanyak RM1,000. Malangnya, suatu malapetaka telah berlaku di mana gadis itu terbunuh. Apa sebenarnya terjadi? Adakah ia satu perbuatan prank atau benar-benar terjadi? Ataupun muslihat Joe sendiri?
Hari ni kau rampas hak orang, esok lusa, orang akan rampas hak kau. / BOURRE 304 – HASRUDI JAWAWI
Sejak ditugaskan di Bourre 304 yang terletak di Blok 3 aras empat hospital itu, hidup Izara mula diganggu sesuatu. Selain itu, pesakit pertama yang perlu dia jaga dan uruskan di Bourre 304 juga mengundang misteri. Kelibat wanita berwajah mengerikan yang seiras dengan pesakit pertamanya itu selalu mengganggunya. Apa kaitan Izara dengan pesakit yang berpangkat Datin itu?
Jururawat mana pula yang suka sangat main tarik-tarik selimut ni? / HOSPITAL MELORSARI – JULIE JASMIN
Ambulans yang sepatutnya membawa mereka ke Hospital KPJ sudah tersilap hospital membawa mereka ke Hospital Melorsari. Kehilangan demi kehilangan pesakit di Hospital Melorsari menjadi tanda tanya. Apakah kisah di sebalik kehilangan pesakit-pesakit di sini? Apakah rahsia yang tersimpan di Hospital Melorsari?
Hati-hati... jangan sampai jadi mangsa. / BILIK 13 – EBRIZA AMINNUDIN Addin Adilla merupakan jururawat yang baru bertukar ke Hospital Cempaka Suri berasa pelik apabila dia menjejaki kaki ke wad 13. Orang-orang di sana cukup berbeza sekali dengan orang-orang di wad biasa membuatkan mindanya berkecamuk memikirkan tentang mereka.
Anak kelahiran Muar, Johor ini mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Panglima Adnan, Port Dickson sebelum meneruskan pengajiannya di Sekolah Menengah Sri Rusa, Port Dickson dan Sekolah Menengah Tengku Mahkota, Muar, Johor. Minatnya dalam penulisan kreatif bermula sejak di bangku sekolah lagi. Pada mulanya, dia menulis hanya untuk main-main sahaja tetapi apabila mendapat galakan dari ibu bapa dan kawan-kawan, barulah beliau berani menghantar karya-karya ke syarikat-syarikat untuk diterbitkan. Beliau telah melibatkan diri dalam bidang penulisan novel bermula pada tahun 1994.
Sebuah novel yang mengumpulkan empat buah novelet seram bertemakan wad/hospital hasil karya empat orang penulis ternama. Ada novelet yang best, ada yang biasa2 jer...
1) Prank - Zaifuzaman Ahmad Overall: 2/5 Meter Seram: 2/5
Idea cerita ni dah ok, tapi penceritaannya kurang menarik - banyak sangat ulang-ulang dialog dan penceritaan yang sama, hilang mood pembacaan. Mengisahkan tentang Izhan dan Roy yang cuba mencari tiga rakan mereka (Joe, Sam, dan Zack) yang hilang di sebuah hospital lama selepas mereka bertiga merancang untuk 'prank' seorang gadis di situ.
Jalan cerita novelet ni terlalu slow, ambil masa jugak nak habiskan baca. Babak-babak seramnya biasa-biasa jer, dan plot twist yang cuba disampaikan dah boleh diagak dari awal. Mengisahkan tentang Izara, seorang nurse baru yang dipindahkan ke Bourre 304, sebuah wad kelas elit. Sejak itu, dia mula diganggu oleh satu entiti yang menyerupai pesakit koma yang dijaganya.
Novelet ni lebih best berbanding yg sebelum ni. Jalan ceritanya straight to the point, dan padat dengan aksi. Keseramannya pun boleh tahan. Mengisahkan tentang Zawin yang menjaga kawannya yang sakit di sebuah hospital misteri bernama Hospital Melorsari. Tanpa mereka sedari, hospital itu merupakan sarang makhluk jahat yg menyamar sebagai kakitangan hospital dan menjadikan pesakit di situ makanan mereka.
4) Bilik 13 - Ebriza Aminnudin Overall: 3/5 Meter Seram: 3/5
Novelet terakhir ni paling kuat elemen seram dan misterinya. Tapi annoying sikit dengan perangai watak utamanya. Mengisahkan tentang Addin Adilla, seorang jururawat yang baru bertukar ke Hospital Cempaka Suri. Secara tidak sengaja, dia telah menjejakkan kaki ke sebuah kawasan larangan, iaitu Bilik 13 di tingkat 13. Dia mendapati semua pesakit dan kakitangan di bilik itu berperangai aneh. Kerana perasaan ingin tahu, dia mula menyiasat misteri di sebalik bilik itu.
1) PRANK ZAIFUZAMAN AHMAD cerita ni mula dengan gear satu.... dua..... tiga..... eh?.. eh?... reverse..... reverse..... reverse..... tiga... empat.... dah?... hehe... biasalah, bila otai seperti tuan Zaifuzaman Ahmad menulis, ceritanya akan seperti tuannya juga, relax... santai.. jangan kalut.... walaupun cerita seram, macam tuannya jugak kot.. hehe.. grin emoticon sori, jangan marah ya... susunannya memang nampak simple saja tapi satu persatu persoalan terjawab. tak berbelit, tak pening nak fikir, baca jer sampai habis... haa... main-main lagi.. tengok apa yang jumpa, apa yang jadi...... prank, joe seorang penulis blog cerita seram. sheila, salah seorang pembaca diblognya seringkali memberi komen yang agak panas seperti ceritanya merepek, mengarut dan tak masuk dek akal, joe rasa panas hati dan mencabar sheila untuk bermalam di sebuah hospital lama. joe meminta bantuan sahabatnya sam dan zack untuk memerangkap gadis tersebut tetapi akhirnya dia sendiri terperangkap. dua lagi sahabat joe iaitu izhan dan roy mencari joe di hospital lama tersebut dan bertemu joe yang meracau-racau dan dalam ketakutan yang amat sangat.. apa sebenarnya berlaku?...siapa yang di'prank' sebenarnya?
2) BOURRE 3014 HASRUDI JAWAWI walaupun tuan penulis nyatakan ideanya spontan dan tidak di inspirasikan dari mana-mana karya tapi rasa seperti ada terbaca atau terlihat di mana-mana.. tapi, tak mengapa sebab cerita ni memang menarik. terasa keseramannya walaupun mungkin tidak keseluruhan.. weihhhh.... berdebar-debar jugakla di sesetengah bahagian. bunyi cicak kat siling pun buat makk terkejut naakkkk.... kihkih.... olahannya cantik, tak tersekat-sekat penceritaannya. membawa pembaca bersama-sama merasakan perasaan bersalah watak utamanya... haa... yang dok bercinta tu, janganla nak sorok-sorok... bahaya ooiii.... tahniah dik Hasrudi Jawawi, banyak kali akak terkejut terus lepuk anak akak.. hadoi!.. cuma satu jerla, cincin tu walaupun sama tapi perkaitannya tak berapa kuatlah dik. macam takde fungsi sangat... izara bercinta dalam diam dengan datuk syahreen walaupun mengetahui yang datuk itu sudah beristeri, dan dia sendiri punya teman lelaki. malangnya datuk syahreen maut dalam satu kemalangan. kebetulan izara ditugaskan menjaga datin fathia yang koma. datin fathia adalah isteri pada datuk syahreen. sejak itu dia sering diganggu. apakah kerana kesalahan yang dilakukan menyebabkan dia sering terganggu?...
3) HOSPITAL MELORSARI JULIE JASMIN hmm.... awal-awal cik puan penulis ni buat akak berhenti menyuap. kensel nak makan.. pengajaran pertama, jangan membaca buku seram sambil makan. hehe... bagus... bagus... membantu mengawal pengambilan kuantiti makanan.. sepuluh cerita macam ni mau turun 10kg sebab loya nak makan.. dik penulis, permulaan dah cantik, pergerakan cerita pun ok walaupun ada tersekat-sekat sana sini tapi masih boleh diterima dan dihadam dengan baik... makhluk entiti memang boleh dibayangkan kengeriannya. idea memang dah ada dalam kelas tersendiri, cumanya watak utama tu tak dikembangkan dengan jelas... kelebihan sebagai gadis bulan purnama cuma setakat itu. walaupun mungkin kekangan muka surat jadi penyebab utama tapi rasanya ada bahagian yang tak perlu dimasukkan.. pendapat akak jer ya... dan... haa... yang ni memang frust.endingnya tu memang frust sangat.. itu jer ke?.. adoi... sentap akak dik penulis.... sentap sangat sebab endingnya pun sentap macam tu jer.. la?.. abis dah?.. haa... terkontang-kanting perasaan akak tergantung sebab tiba-tiba, tamat???? errrkkkk... anyway, tahniah untuk cerita ini ya.. kisah apa?.. zawin, gadis bulan purnama sering diekori oleh makhluk berkelubung hitam.. dia seorang pelukis dan dalam masa yang sama bekerja di sebuah restoran.. bertemu dengan ikram, seorang pemuda yang hijabnya terbuka.. suatu hari teman sekerja zawin iaitu julia sakit dan dibawa ke hospital melorsari. di situlah, satu demi satu kejadian pelik berlaku. siapakah doktor rizki? apakah yang ikram temui di hospital itu? zawin pula, apakah yang menyebabkan doktor rizki tertarik dengannya?... sila beli buku ni beb kalau nak tahu kisahnya...
4)BILIK 13 EBRIZA AMINNUDIN buat siapa yang ikut karya cik penulis cantik ni, mesti biasa dengan gaya olahan ceritanya.. satu, paling utama ialah nama-nama watak memang cantik-cantik seperti tuan punya cerita jugak.. kedua, watak itu bercerita sendiri.. tiada naratif yang panjang lebar nak ceritakan apa yang jadi, apa yang berlaku... mungkin ada yang tak selesa, tapi i suka jer.. hehe... yang ketiga, keyakinan cik penulis biasanya boleh nampak dalam watak utamanya. peduli apa dengan orang lain kan kak Ebriza Aminnudin Novelis.. saya dah buat yang terbaik.. and this is the result.. haa... korang jangan main-main dengan penulis macam ni.. dia boleh buat apa saja kisah kalau dicabar.... hehe... tak caya??... idea cerita yang menarik, olahan pun baik, mungkin ada sedikit terkucil sana sini, tapi pengakhiran pembaca akan jumpa semua persoalan yang ditimbulkan.. addin adilla baru ditugaskan di hospital cempaka suri. banyak perkara pelik yang dia terpaksa tempuh sebagai jururawat baru di hospital tersebut. terutama bilik 13. orang di bilik 13 adilla dapati cukup berbeza tingkah laku.. dia juga banyak kali diingatkan oleh teman sekerja supaya tidak naik ke tingkat tersebut termasuklah ketua jururawatnya sendiri sehingga menyebabkan dia terpaksa bertugas di waktu malam selama sebulan sebagai denda kerana ingkar arahan. ketua jururawat di bilik 13 juga memberi amaran supaya dia tidak naik dan muncul di situ. apakah yang adilla temui dek kerana kedegilannya?..
Prank membawa kisah Joe yang tidak berpuas hati dengan sikap Sheila lantas bertindak untuk mengenakannya. Namun Joe tiba-tiba hilang bersama beberapa rakannya. Geram sungguh dengan Joe dan kawan-kawanya ni. Dah kata tempat tu tak boleh masuk namun berdegil juga. Dahlah panas baran tak boleh diajak berbincang. Angkara sakit hati akhirnya memakan diri.
Namun SH 'salute' pada Izhan dan beberapa lagi rakannya yang gigih berusaha mencari rakan mereka yang hilang. Walaupun takut namun tetap gigih dalam usaha mereka. Plot twist dia memang cantik dan wow. Penceritaannya laju.
Bourre 304 membawakan pula kisah Izara yang baru ditugaskan di wad khas Bourre 304. Dan di sinilah bermula pelbagai gangguan kepada Izara. Walaupun dapat diteka kenapa Izara diganggu sedemikan rupa namun watak Azila kekal misteri kepada SH hingga ke akhir cerita.
Rasa nak cakap padan muka je dekat Izara tu. Dah ada kekasih sibuk lagi nak curang. Bercinta dengan suami orang pula tu. Kan dah mendapat. Yang lelaki pun gatal tak cukup dengan 1. Menabur janji manis di sana sini.
Hospital Melorsari adalah antara kisah yang SH suka dalam naskah ini. Zawin seorang wanita istimewa yang mempunyai aura menarik makhluk halus. Apabila rakannya Julia keracunan makanan dan ditempatkan di Hospital Melorsari ada yang cuba memburu Zawin. Malahan di hospital tersebut juga telah berlaku beberapa kes kehilangan.
Jalan cerita menarik dan pace penceritaan juga agak laju. Cuma ada sedikit kesalahan yang agak mengganggu SH iaitu penggunaan ayat dalam bahasa Inggeris yang salah. Nak gunakan bahasa Inggeris dalam perbualan tak salah tapi biarlah perkataan yang betul. Jangan bunyi sama kira boleh je. Contoh leaving dengan living. Dan juga route dan root. Masing-masing bawa maksud yang berbeza.
Terma gadis bulan purnama yang digunakan menarik minat SH. Sifat yang digambarkan tu memang SH pernah dengar cuma yang bulan purnama tu tak pernah pula SH dengar. Memang ada beberapa ciri-ciri tertentu pada seseorang individu yang memberikan tarikan kuat untuk makhluk halus.
Bilik 13 pula membawa kisah Addin Adila yang baru bertugas di Hospital Cempaka Suri. Dia sebagai orang baru tiba-tiba tersesat di bilik 13. Namun kehadirannya di situ mengundang amarah bukan sahaja ketua jururawat bilik 13 namun juga ketua jururawatnya sendiri. Namun dek kerana degil dan ingin tahu dia sering menyelinap masuk ke bilik 13. Perangai degil dia ni buat SH rasa geram sungguh masa membaca. Rasa kalau depan mata mahu kena pulas telinga ni. Tapi kalau SH dekat tempat dia SH rasa SH pun akan buat benda yang sama. Yelah tanya orang sekeliling susah sungguh nak dapat jawapan. Bahagian yang dia tak nak dengar penjelasan Syamil tu pun buat SH menyirap. Cubalah dengar dulu orang nak cakap apa. Ni menonong je pergi.
Satu lagi yang buat SH menyirap adalah Jamal. Gatalnya tak ada ubat. Pantang tengok perempuan semua nak dicubanya. Dan isu gangguan seksual ni adalah benar dan sering terjadi di tempat kerja. Adakala mangsa takut untuk menyuarakannya kerana beberapa faktor. Dan ini menyebabkan pelaku rasa senang hati dan terus melakukan gangguan tersebut. Nasib baiklah di Addin ni jiwanya kental. Ditumbuknya Jamal gatal tak sedar diri tu.
SH suka bagaimana penulis menggambarkan kesukaran Addin untuk melafazkan kalimah suci walaupun sepatah menggambarkan beratnya gangguan yang dialami. Bukan sekadar zikir dan ayat al Quran malah dan memberi salam pun seolah-olah tidak terkeluar. Sebagai mana yang kita tahu zikir dan segala doa adalah tanda kita mengingatiNya. Namun jelas di sini mereka cuba menghalang Addin mengingati Yang Esa kerana sesungguhnya itulah tugas mereka. Melalaikan manusia daripada mengingati Allah. .
Kali ini, Wad menghimpunkan 4 kisah seram karya 4 penulis hebat. Semua cerita berpaksikan kejadian misteri dan menggerunkan di hospital. Penuh dengan plot twist yang buat jantung tak tenteram dan minda teruji!
Kisah 1: Kisah tentang satu prank yang bertukar tragedi. Sekumpulan lelaki bermain-main dengan sesuatu yang tak patut — akhirnya nyawa jadi taruhan. Seramnya terletak pada cara kematian yang ‘rare’ dan disturbing. Thriller 60% dengan rasa tak tenang hingga ke hujung.
Kisah 2: Tema kecurangan yang penuh kejutan. Plot twist bertingkat-tingkat — double twist! Gangguan yang berlaku adalah balasan atas perbuatan sendiri. Ending dia buat pembaca ternganga… siapakah dalang sebenar? Memang gempak.
Kisah 3: Cerita ini paling menyentuh hati. BFF datang untuk selamatkan sahabatnya dari tempat terkutuk. Bila rahsia terbongkar, ending jadi sangat sedih. Elemen hospital horror kuat, watak doktor dan jururawat betul-betul menggambarkan setan yang menyarungi manusia atau sebaliknya??
Kisah 4: Plot paling mengelirukan dan penuh kejutan. Mata yang dimanipulasi menjadi kunci kepada rahsia besar. Simpati buat watak utama. Akhir cerita menyentuh hati dan membangkitkan rasa puas — penamat yang tak dijangka tapi menggembirakan.
Kesimpulan: Wad bukan sekadar buku seram biasa. Ia gabungan kisah penuh pengajaran, keinsafan dan peringatan. Dari pentingnya kawal perbuatan, hargai sahabat, sehinggalah kepada perlunya pendinding diri — doa dan zikir sebagai benteng. Buku ini bukan sahaja seram, tapi juga sarat nilai dan kejutan.
Tahniah kepada semua penulis kerana berjaya goncang emosi dan minda pembaca. Buku ini benar-benar buat aku tak boleh berhenti baca. Highly recommended!
Tepat jam 8:34 malam, pengembaraan WAD berjaya ditamatkan. Huh.. Nasib baik dapat keluar dari wad. Sungguh mendebarkan... Sungguh memenatkan.
Hope semua penulis WAD berpuas hati dengan komen saya yang tak seberapa ini..
PRANK - Zaifuzaman Ahmad
Elemen seram dalam cerita ini tak banyak tapi berjaya membuat aku berhenti membaca tatkala jam dah menunjukkan lebih pukul 10 30 malam. Seram yang terasa bukan dari segi watak hantu yang keluar tapi suasana.. Penceritaan yang membuatkan aku sebagai pembaca rasa berdebar-debar.
Aku benci sikap orang yang suka prank orang lain. Suka main-mainkan orang untuk membuatkan orang rasa takut. Aku benci Joe hahaha... dalam tak sedar Joe ini sebenarnya angkuh, suka cakap besar.. ego.. tak dapat nak terima kritikan orang lain. Walau mulut tak diucap kata-kata tapi tingkah laku dah menggambarkan tingkah laku.
Part Joe datang untuk pastikan semua dah siap sedia.. aku dah terasa lain. Terasa sesuatu... Niat nak prank orang tapi diri sendiri yang kena. Padan muka.. Tak sangka betul... Memang tak sangka.. Sesiapa yang dah baca pasti tahu apa yang aku maksudkan. Yang belum baca.. sila baca... Twist yang baik..
Kesian kat Izhan dan Roy.. tak pasal2 mereka terpaksa menghadap pihak berkuasa. terpaksa melalui suasana yang menyeramkan.. Kerana ego adan nyawa yang melayang.. Ada perkara yang perlu kita percaya tanpa perlu kita alami...
Cerita yang berjaya membuatkan bulu roma aku tegak hahahah.. Bukan takut kerana hantu tapi suspen... Terasa seperti aku yang berada dalam cerita tersebut Tahniah kepada penulis!!
BOURRE 304 - Hasrudi Jawawi
Memula skali nak komen... Aku tak tahu camne nak sebut Bourre ni.. so aku baca as 'bor-re'. Sorry ye Hasrudi kalau silap sebutannya.. Overall novelet yang bertemakan dendam ni tidak mengecewakan terdapat elemen seram walaupun tidak banyak.. Walaupun watak utamanya adalah Izara tapi watak Azila tu yang macam best. Apabila Azila muncul sahaja... hati ini terdetik sesuatu... rasa macam ada something dengan dia. Bila baca sampai akhir, tebakan aku yang mengatakan Azila ini roh memang tepat. Kesian Izara... asyik dikacau sejak menjejakkan kaki ke wad Bourre 304 ni.
Novel ini digarap dengan baik.. setiap tanda tanya dirungkai di akhir cerita.. Siapa Azila dan apa kaitannya dengan Izara. Cuma punca datin Fathia koma tu macam tak clear... maybe oversedatif kerana perangai playboy suaminya or disebabkan kematian suaminya..
Dendam adalah penyakit jiwa yang parah atau bahaya.. Bukan hanya pada orang lain tetapi diri sendiri. Dendam yang dibawa hingga ke akhir hayat.. Membalas dendam pabila mati... Andai kita menemui cinta lain, berterus teranglah pada pasangan... lepaskan dia.. Jangalah curang dalam sesuatu hubungan walaupun hanya sebagai kekasih.. apatah lagi dalam perkahwinan. Tahniah Hasrudi!!
HOSPITAL MELORSARI - Juliana Mohd Yaacob Juliana @ Julie Jasmin
Pertama kali aku membaca hasil tulisannya. Memang mantap. Aku suka dengan watak gadis bulan purnama, Zawin.. dah juga Ikram, seorang lelaki yang dikurniakan kelebihan untuk melihat apa yang kita tidak dapat lihat. Jalan cerita yang smooth... Elemen seramnya terletak pada kejadian2 yang mengerikan... Masa memula baca tajuk ni.. aku tengah makan.. nasib baik tak termuntah bila doktor Rizki makan jantung orang.. Memualkan betul...
Aku suka watak Zawin yang sentiasa mengingati apa yang arwah atoknya nasihatkan... sentiasa berpegang pada kalimah ALLAH. Itulah sebaik-baiknya.. Setiap kali kita merasai sesuatu kelainan, ucaplah kalimah ALLAH.
Twist yang baik.. Betul2 aku tak sangka bahawa Zawin kehilangan juga kawannya... Memang tak terfikir walaupun terdetik kenapa Julie tak boleh keluar.. Cuma persoalannya Julie dan Noni mati disebabkan hantu kepala senget atau dimakan oleh manusia syaitan. Macam mana Ikram tak perasan yang Julie sebenar hanyalah roh??
Janganlah kita terlalu taksub pada sesuatu benda atau perkara. Setiap yang hidup, pasti akan mati.. itu adalah fitrah seorang manusia... Kita hanya akan dibangkitkan suatu hari nanti apabila tiba masanya.. Tahniah Julie...
BILIK 13 - Ebriza Aminnudin Novelis
Tajuk terakhir dalam WAD. Penat melayan kerenah Addin Adilla. Mula-mula baca Bilik 13 ni rasa kelakar sebab ada roh budak yang suka tukar-tukar barang... Lama-lama tiba dibahagian seram. Tapi disebabkan sikap Addin yang terlalu ingin tahu dan sikap yang suka ikut kata hari sendiri membuatkan rasa takut tu hilang.. timbul rasa geram dan sakit hati. Yelah mana tak sakit hati, apa yang dilarang itulah yang dibuat. Semua bende dia nak tahu.. Tapi kalau orang lain nak ambil tahu hal dia... marah plak.. Time ni rasa macam nak lekuk aje kepala Addin ni.. hahaha kak.. sorry laa ek... Namun semakin akhir, setelah Addin balik dari menemui cucu Nek Sapiah, baru lah elemen seram tu muncul bersama dengan rasa takut, lelah untuk melarikan diri. Tu pun ada rasa tak puas hati sebab Addin ni jenis tak nak dengar penjelasan orang lain.
Memang terdetik di hati kenapalah Addin tak boleh menyebut kalimah ALLAH.. kenapa dia tak cuba baca apa-apa surah apabila berhadapan dengan roh yang tidak tenteram itu... Namun persoalan itu terjawab di akhir novelet.
Kadangkala sikap ingin tahu yang keterlaluan ini akan membawa padah pada diri kita. Namun dalam cerita ini, kalau Addin tak ingin tahu, dia takkan jumpa Syammil dan Syammil takkan dapat selamatkan dia... Segalanya telah ditentukan... Tahniah buat kak Ebriza Aminnudin Novelis!!!
Tahniah buat semua penulis novel WAD.. Untuk doktor dan jururawat... pastikan WAD tidak membuat anda takut untuk ke hospital..
Overall, ada kisah yang seram dan ada yang tak berapa nak seram.
Prank - kisah joe yang nak menakutkan orang tapi dia yang terkena akhirnya.
Bourre 3014 - story yang aku paling suka dalam novel ni. Storyline yang menarik. Cuma aku agak 'kurang' bila part medical term. We are not using ECG machine to monitor patient whose in coma. Usually we use cardiac monitoring or defibrillator.
Hospital Melorsari - story about zombie doctor. Human eaten by ghost.
Bilik 13 - 1st aku nak minta maaf dgn penulis. Story paling 'pelik' aku pernah baca. Si Addin tu naive or stupid pun aku tak taulah. Setelah bermacam-macam benda pelik yang berlaku semasa kat hospital tu, tak terdetik ke rasa pelik dalam diri dia. Mungkin hati dan matanya dah dibutakan oleh syaitan. That why, bila dia tengok wanita bersalin dibunuh oleh nurse kat bilik bersalin, she still come to work the next day. So weird..
PSW ni lbih mncabar fikiran sampai terbawa² setiap watak yang ada.Adakala seolah kita berada disituasi dalam setiap plot cerita itu.Bukan setakat takut tapi kengerian yang sentiasa mencengkam jiwa.Memang seram dan ngeri sangat.Memang menyengat la...
sy setuju dengan review kak ogy, ada part yang ok tp banyak gak tersekat2 n terkucil sane sni.
cuma 1 saya nak tegur, editor pls pls pls check betul2.. ejaan salah mungkin dimaafkan, tapi ada struktur ayat yang saya kira kurang kena dengan maksud yang disampaikan dan tidak tersusun.. malah ada yang mengulang. imbuhan pun ada beberapa kesalahan. saya bukan pakar bahasa, kalau saya salah saya minta maaf. tapi sebaiknya diteliti balik. n, cuba santaikan sedikit (bukan bermaksud gunakan bahasa pasar, cuma biarkan ia 'sedikit' bebas). Ini pendapat saya, tapi mungkin ada yang boleh terima gaya bahasa begitu.
1) PRANK - ZA " Kalau kau boleh buat, aku pun boleh! Tunggu masanya aje!"
REVIEW: Honestly, saya suka cerpen ni sebab plot twist. Of course mcm cerita yang selalu kita dengar pasal hal cabar mencabar ni. Tapi ini lain sikit. Sebab apa yang kita fikir tak sama dengan apa pengakhiran cerita. Bengang jugak dengan watak Joe ni. Mamat poyo yang suka cakap besar. Tapi end up dia yang terkena lebih dari org lain. Macam ayat tu makan diri dia sendiri. Pity you Joe HAHA.
2) BOURRE 304 - HASRUDI JAWAWI "Hari ni kau rampas hak orang, esok lusa, orang akan rampas hak kau"
REVIEW: Oh, first time baca nama watak utama dia Izara terus dalam otak teringat Izara yang cantik tu. Haha. Jujurnya, saya dah boleh predict jalan cerita ni sebab mcm dah pernah baca and ada jugak movie yang lebih kurang sama mcm cerita ni. Predict tu dari segi ending dia. But still, penulis berjaya ceritakan suasana seram dan misteri. Tak senang nak bagi pembaca rasa suasana mcm apa yang ditulis. Main issue cerita ni is kecurangan curang dicurangi mencurangi. Cis, emo.
3)HOSPITAL MELORSARI - JULIE JASMIN " Jururawat mana pula yang suka sangat main tarik tarik selimut ni?"
REVIEW: Bagi saya, jalan cerita mcm ala ala cerita melayu yang Aeril berlakon. Lupa nama tajuk filem tu apa. Tapi konsep salah hospital tu sama. Betapa beraninya watak utama dia bernama Zawin. Menjalani hari hari dekat hospital yang salah. Cumanya, cerita ni ada plot twist jugak. Best. Doktor Rizki dan jururawat yang mental.
4) BILIK 13- EBRIZA AMINNUDIN " Hati hati..jangan sampai jadi mangsa"
REVIEW: Honestly,saya suka cerita ni sebabnya lain sikit. Suka cara pengceritaan penulis menceritakan pasal Addin. Addin berjumpa dengan mcm mcm org dekat hospital tu. Dan yang paling nyata, dia tak boleh sebut kalimah Allah, seolah olah macam berat betul mulut dia nak menyebutnya. Macam ada kaitan dengan kehadiran dia dekat hospital tu. Dan ada satu nenek yang menami Addin dari permulaan sampai la habis cerita.
“Projek Seram: Wad” ialah antologi seram yang ringkas tetapi padat dengan elemen cemas dan misteri, berlatar di tempat paling ‘berhantu’ dalam hidup kita iaitu hospital. Ada empat cerita berbeza, setiap satu dengan sentuhan vibe horror tersendiri.
Cerita kegemaran saya? Hospital Melorsari, saya suka bagaimana ia bermain dengan realiti dan keganjilan, seolah-olah hospital lama itu ‘bernyawa’. Suasana creepy tu memang hidup, dan saya rasa macam ‘terperangkap’ dengan watak-watak yang misteri.
Prank pula menarik sebagai pembuka, cuma bagi saya twist dia agak boleh diagak. Namun, cara penulis sampaikan suasana hospital kosong di waktu malam , cukup buat bulu roma meremang.
Apa yang buat buku ni best: pace dia laju, tak meleret. Kalau anda perlukan bacaan seram ‘cepat gigit’ tapi tetap melekat di kepala, antologi ni memang sesuai. Beberapa plot ada vibe cliché ‘wad berhantu’, tapi saya tak kisah sebab penulis pandai mainkan suasana dan gangguan.
Kesimpulan: Kalau anda suka Projek Seram lain (Flat, Lif, Train) , Wad wajib masuk koleksi. Seram dia bukan sekadar ‘hantu terkejut’, tapi lebih kepada perasaan tak selesa yang mengekori sampai habis.
📚 Bacaan: waktu malam + lampu bilik padam = lagi best.
Lina sampai sekarang rasa geram dengan Addin! Asal dia degil sangat eh?! Heheh Lina bukan nak bahas tentang kedegilan Addin je semata...So overall ceritanya taklah seram sangat tapi ada part yang Lina rasa macam boleh rasa satu badan meremang. Jadi syabas kepada ZA sebab bertungkus lumus hasilkan novel PS:Wad ini! Sebabkan novel ini, Lina rasa macam seronok pulak nak sambung baca siri Projek Seram yang seterusnya. Lina baca eBook je so syukur sangat dapat jumpa buku PS kat link ni:-https://www.e-sentral.com/search_sphi...
Bagi saya, novel nih kurang menarik minat para pembaca novel horror...Dari permulaan alur cerita pertama dia tak menarik sangat pun,macam tu jugak dengan cerita kedua...
part joe dimain2kan oleh sam dengan zack tiruan tu seram sungguh .. secara peribadi , saya mmg pantang sungguh la benda2 berunsur prank ni .. sakit pulak la hati bila tau sebenarnya sam , zack dengan sheila berpakat bertiga ..
2. BOURRE 304 - 4BINTANG
Saya teringat sebuah drama seram thailand yg ada jugak berkisar tentang kecurangan , pembalasan .. dan cincin sebagai 'watak utama'
3. HOSPITAL MELORSARI - 5BINTANG
seriau jugak kalau hospital ni betul2 wujud .. elok nak baik sakit , hilang nyawa terus jadinye
4. BILIK 13 - 5BINTANG
Sakit jiwa dengan perangai addin .. degil naif sampaikan dia x perasan orang2 kat hospital tu semua pelik2 perangainye
tahniah penulis :) siapa tak beli , rugi .. hahaha
Projek Seram Wad, the first in this genre I've actually completed in years....oh no actually I read the thrilling Panggilan Berdarah by Jeehan Mehnaz four months ago. Projek Seram WAD contains short stories of hospital horrors, depressed souls going berserk and seeking revenge, corpse eating hospital staff...I like the first one best, a reasonably hot tempered young man named Joe were planning with his good friends to prank a girl who wrote nasty comments in his blog. The story was narrated quite skillfully, leaving me with goosebumps here and then. People actually die in that story. Were they murdered? How come? Read it ya!
4 bintang untuk novel ni. Baru habis baca minggu lepas. Keempat2 cerita sangat best. Tidak membosankan. Cuma jalan cerita Prank agak membosankan sedikit. Berkisarkan kejadian misteri yg berlaku dalam wad. Buat bulu roma rasa meremang lepas ni kalau nak ke hospital. Thumbs up writer !