Jump to ratings and reviews
Rate this book

Qarin

Rate this book
Mangsa-mangsanya daripada kalangan penjenayah yang bebas daripada tuduhan salah laku. Cepat atau lambat dia akan memburu mereka. Maut akan menanti mereka. Pembunuhan kejam yang berlaku seperti bukan kerja seorang manusia. Tiada kesan dan jejak ditinggalkan oleh si pembunuh yang licik.

Bayang-bayang hitam yang mengekori Faris menakutkan Asmida, seorang gadis yang terbuka hijabnya melihat makhluk-makhluk halus itu. Asmida turut mendapat petanda-petanda ngeri mangsa-mangsa pembunuh kejam itu seterusnya. Faris pula buntu apabila mengetahui bayang-bayang hitam yang sentiasa berbisik di telinga itu adalah QARIN.

QARIN yang dahagakan darah manusia. Faris tidak akan mengikut telunjuk QARIN. Dia bukan seorang pembunuh! Apabila rahsia lama cuba disingkap, segalanya terdedah satu per satu. Faris, QARIN dan seorang lelaki yang sudah mati bernama Nazrin Shah saling berkaitan rapat.

528 pages, Paperback

First published February 1, 2016

16 people are currently reading
83 people want to read

About the author

Ilya Abdullah

45 books47 followers
Nama lain Qurratu'ain
atau Illya Abdullah (Buku Prima/Alaf21)

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
38 (34%)
4 stars
34 (31%)
3 stars
28 (25%)
2 stars
6 (5%)
1 star
3 (2%)
Displaying 1 - 30 of 31 reviews
Profile Image for Shah Si Pencinta Buku.
485 reviews42 followers
January 10, 2023
Pembunuhan yang berlaku semakin berleluasa. Mangsanya mereka yang terlepas dari tuduhan salah laku. Faris seorang peguam mula dibayangi bayang-bayang hitam dan suara aneh. Asmida yang diberikan anugerah hijab matt terbuka turut melihat bayangan hitam yang mengerikan bersama Faris.

Sebuah naskah yang penuh dengan aksi. Aksi ngeri pembunuhan tanpa belas kasihan. Ngeri sungguh kematiannya. Mati dek dibunuh makhluk hauskan darah. Darah jadi minumannya manakala jantung n daging jadi santapannya. Memang ngeri baca keadaan semua mangsa pembunuhan.

Sememangnya syaitan dibiarkan terus hidup ke akhir zaman untuk menjebak keturunan Adam sama-sama ke neraka. Bila syaitan dijadikan sahabat memang padah akibatnya.

Pembangunan watak untuk Faris ini memang bagus. Nampak perubahan untuk setiap fasa dalam penceritaan. Begitu jugak dengan watak-watak lain. Semuanya dihurai satu per satu sepanjang penceritaan. Tidak dilambakkan sekali gus.

Untuk yang sukakan cerita horror yang ada unsur ngeri boleh baca naskah ini. Tapi untuk yang senang geli, senang terbayang sila baca dengan hati-hati.
Profile Image for Aira Zira.
117 reviews4 followers
February 7, 2026
Rate : 4⭐️

Faris seorang peguam yang adil sering diganggu dengan bisikan. Dia tahu bisikan itu yang melakukan perbuatan kejam pada rata-rata manusia yang kejam juga. Berita tentang pembunuhan yang mengerikan semakin tersebar. Setiap pembunuhan yang terjadi, Asmida pasti akan dapat visual seram sebelum jenayah berlaku. Petunjuk apa sebenarnya?

Selepas satu, satu pembunuhan mengerikan yang cuba dikaitkan dengan Faris. Sedangkan Faris tahu itu semua kerja si iblis. Jawapan yang ada hanya pada Nazrin Shah. Apa pula kaitan Nazrin Shah? Bukan ke dia dah mati semasa kemalangan dengan Faris? Kat sini saya dah mula tebak twistnya. Tapi saya tertipu. Tak sangka!

Kekejaman terus berlaku, seorang demi seorang menjadi mangsa kejam. Dah lah susah gila nak tangkap pembunuhnya. Tiada bukti tiada petunjuk. Part Joehendry tu memang saya berdebar. Saya sangkakan Joehendry tapi rupanya Asmida. Ytjt. Plot berkembang laju cuma banyak jump scene kadang buat saya loading. Kena faham sendiri ye geng.

Cerita agak disturbing. Saya terbayang filem Malignant masa crime scene tu berlaku. Sebab watak blur dengan apa yang berlaku. Bangun2 je penuh darah. Seramnya bukan pada ‘mistik’ sangat tapi lebih pada pembunuhan yang berlaku. Kisah yang ada traumanya, ada psikonya. Malah ada loyanya.

Apa pun menarik. Ada lah sikit2 defect dengan banyak tiba2 terjadi. Saya side eyes je lah ye. Geng DiHantu benci sungguh Qarin dok sengih2. Saya pun terbayang sampai skip baca malam2. Dia ingat dia kelakar ke sengih2?🥴 Btw, sedap ke tu makan kari daging? Pastikan halal ye dagingnya.😆 Sekian ulasan saya.
1 review
September 27, 2016
Assalamualaikum, utk overall bagi penulis ada potensi utk jadi lebih baik.. biasalah kritikan sangat perlu utk diperbaiki lagi..

Kritik saya,
Penulis terlalu kerap menambah watak yang secara tiba-tiba muncul entah dr mana utk membantu selesaikan jalan cerita..
Lagi, pencarian tentang informasi kes oleh sesetengah watak terlalu cepat sehingga tidak tahu atas jalan mana watak tersebut boleh dapat info tersebut.. (byk berlaku)
Cerita yg tak berpaksi pada realiti, jin tak boleh membunuh.. jin sekiranya dah kuasai badan mayat tersebut akan membusuk lama2.. juga pada akhir cerita terlalu fantasi sehingga jauh sekali dari realiti dan sgt tak logik.
Ada juga sebahagian babak dimana tiada kaitan dengan jalan cerita..

Maklumat tentang Qarin dlm buku ni hanya sedikit sangat saja yg betul.. yg lain hanya fantasi dan banyak direka-reka..
Profile Image for Naylaaa_Storyyy.
42 reviews
February 7, 2026

Personal Rating : ⭐️⭐️⭐️⭐️/5

Sejujurnya, Qarin ialah novel yang buat saya rasa tak selesa — dan itu bukan benda negatif. Cerita ini bermain dengan satu persoalan besar: sejauh mana manusia sanggup berkompromi dengan sisi gelap diri sendiri, walaupun tahu akibatnya. 👻

Faris, seorang peguam yang berpegang pada keadilan, mula dihantui suara dan bayangan hitam yang semakin lama semakin menguasai hidupnya. Setiap kes yang berakhir dengan kekalahan Faris, akan disusuli kematian pihak yang menang — kematian yang pelik, kejam, dan langsung tidak meninggalkan bukti. Faris tahu, itu bukan kerja manusia. Dan dia juga sedar, bisikan yang menemaninya itulah puncanya. 💀

“Dunia ini sentiasa ada ketidakadilan, Faris. Manusia sentiasa kejar-mengejar untuk berada di atas. Untuk menjadi lebih hebat. Wang ringgit sentiasa memaukan peranan utama. - Dato’ Jamil.

Asmida pula hadir sebagai watak yang membuka mata pembaca. Seorang penulis seram dengan hijab terbuka, dia mampu melihat amaran sebelum sesuatu tragedi berlaku. Setiap pembunuhan yang berlaku, Asmida akan menerima visual menyeramkan — seolah-olah dipaksa menjadi saksi awal kepada jenayah yang belum terjadi. Apabila nama Faris mula dikaitkan dengan kes-kes ini, Asmida memilih untuk menyiasat sendiri, walaupun tahu risikonya.

Masuk pula watak Nazrin Shah — watak yang kehadirannya menimbulkan lebih banyak tanda tanya daripada jawapan. Hubungannya dengan Faris dan sejarah silam mereka menjadi kunci kepada segala kekacauan yang berlaku. Di sinilah plot mula bersimpang-siur, penuh twist, dan sesekali buat pembaca rasa pening termasuk lah saya 😆

Saya suka bagaimana novel ini beralih daripada horror biasa kepada psycho horror. Seramnya bukan sangat pada hantu, tapi pada apa yang manusia sanggup lakukan bila dikuasai bisikan. Babak jenayahnya memang disturbing, dan ada bahagian yang buat saya teringat suasana filem seram psikologi barat. Anggota badan dikerat dan leher dikelar. 🔪

Cuma bagi pendapat peribadi saya, ada beberapa watak muncul secara mendadak dan hilang begitu saja, seolah-olah berfungsi semata-mata untuk melancarkan jalan cerita. Helaian demi helaian diselak kadang-kadang terus macam. Eh? Ni dari mana 🫣

Walaupun begitu, Qarin tetap sebuah bacaan yang berani. Plot bergerak laju, penuh jump scene, dan twist yang walaupun saya rasa dah boleh agak, tetap berjaya memperdaya saya di saat akhir. Hahahahaha tapi macam dah agak sesuatu bila penulis memberi bayangan Joe nak memberitahu sesuatu pada Asmida tapi tak terbagitahu 💀👻

Kesimpulannya, untuk yang pertama kali nak baca genre seram, boleh cuba baca novel ni. Tapi untuk pembaca yang sukakan cerita seram psikologi saya rasa novel ni celah gigi je 😆

Cuma satu nasihat jelah — sebelum makan kari daging, kena tanya daging apa ya? 👻🔪
Profile Image for meenie.
350 reviews2 followers
February 8, 2026
last baca in 2016 and bila baca balik kalini rasa macam BENDA APA AKU BACA NI IHHHH

SEKARANG RASA TAK NAK TIDUR DALAM RUMAH ADA DINDING AND TAK NAK MAKAN KARI DAGING IHHHHHHH

permulaan dia fast paced. tak seram pun serious cakap. oklah ada yang seram part dia korek mayat mak dia dari dinding. tu jelah. other than that biasa je. i give 2/5 tahap seram.

some characters give me anger ye. aku MAROH! aku LELAH! IHH - slow sangat jo ni pun. ko dah berhabis nyawa dok stalk org tapi endup ayat yg ko pusing, nanti kau akan tahu jugak. ha ye- bunuh jelah aku ni jo 😞💔 faris pun satu. ada gewe perangai cam takde gewe. MISSCOM !! PLS LAH FARIS DO BETTER!!! KATA LAKI YG BELI BERAS APA NI? asmidar pula aduh slow lah 😭😭😭 benciklah aku watak slow ni rasa nak masuk buku tampor semua org takpun 2x speed dekat watak diorg ni EMOH!!!

nevertheless this story quite enjoyable. banyak betul watak related to each other ye kome..aku dah macam asal eh? zainal ni tetibee ada. takyah ada pun takpe ye kome. astu yg nancy tu kemain simpan gambar family jiran ya allah asal aku ni 😭 itu jelah kot -

gore tu ada but still acceptable. kbye habis botm yang kedua hihi
Profile Image for yanie ⋆˚꩜。.
15 reviews
February 6, 2026
Such a great read. It begins with horror elements and dives into psycho horror, with murder patterns that gave me international gore film vibes. Most questions were answered by the end, but I still want to know more about Aunt Nancy👀 The plot got a bit dizzying at times thoo.
Profile Image for Ogy Yusof.
Author 14 books107 followers
April 7, 2016
Qarin, satu tajuk yang membuatkan kita akan tertanya, bagaimana sisi gelap kita sebagai manusia?.. seperti yang dinyatakan dalam novel ini Qarin adalah jin yang dicipta Allah sebagai pendamping manusia.juga boleh dikatakan sebagai kembar manusia. watak utama, faris, seorang peguam yang sering di datangi mimpi ngeri dan ianya makin ketara bila dia kalah dalam perbicaraan di mahkamah. kebiasaannya akan berlaku kematian pada pihak yang menang kerana pihak yang menang itu sebenarnya yang bersalah.. faris sendiri takut dengan keadaan dirinya membuatkan dia bertemu dengan pakar psikatari... masalah pakar itu iaitu dr rabiatul turut menyatakan dia terbawa-bawa dengan perasaan...

asmida pula, seorang penulis novel seram boleh nampak amaran kematian.. hijabnya juga terbuka membolehkan dia nampak makhluk lain selain manusia. dia sering nampak bayang gelap bermata merah dibelakang faris.. keadaan makin tertekan bila rais, seorang peguam yang menang dalam perbicaraan melawan fairs mati dibunuh dengan cara yang sama seperti mangsa sebelum ini. polis buntu kerana kematian yang berlaku tidak meninggalkan apa-apa tanda atau jejak. asmida bertindak mahu menyiasat apa yang berlaku sebenarnya. ketika itulah muncul satu lagi watak.. nazrin shah?.. siapakah dia?.. apakah kaitan dengan semua pembunuhan yang berlaku?.. apakah pula kaitan dengan sejarah silam antara nazrin dan faris?..

maaf ya puan penulis... idea memang menarik. mana sangka qarin boleh bertindak sedemikian rupa. cumanya mungkin seperti terlalu banyak pengaruh gaya filem seram.... mungkin salah saya sebagai seorang pembaca yang banyak terpengaruh dengan cerita-cerita lain, jadinya bila baca novel ini otak banyak menerawang memikirkan unsur-unsur dalam cerita lain masuk dalam kisah novel ni.. hehe.... keseraman memang tak dinafikan ada, yelah.. cuba korang pergi kat peti sejuk tunduk ambik air dalam dapur yang gelap bila tegak haa... depan muka muncul makhluk tu.. tak terperanjat terkujat beruk dibuatnya... watak agak banyak mungkin diwujudkan untuk menampung perjalanan kisah.
Profile Image for caa.
17 reviews
February 8, 2026
pertama sekali, penulisan penulis memang mudah untuk dihadam, dan itu memang antara sebab utama kenapa saya suka karya beliau—bermula dari siri detektif vampire lagi dan untuk naskhah ini, ceritanya masih kekal menarik dan menghiburkan.

namun, tahap keseraman Qarin lebih cenderung kepada thriller/crime horror berbanding seram mistik. kalau pembaca mengharapkan gangguan jin atau elemen mistik yang kuat, mungkin novel ini bukan pilihan tepat. gangguan qarin itu sendiri, bagi saya, tidak begitu menyeramkan. sebaliknya, rasa ngeri datang daripada babak-babak gore. misalnya, cara mangsa dibunuh dengan kejam, jantung yang dirobek, daging yang dilapah dan aksi pembunuhan yang digambarkan secara terperinci yang membuatkan pembacaan terasa berat dan kadangkala meloyakan.

penceritaan bermula agak fast-paced dan berjaya menarik perhatian, tetapi apabila memasuki bahagian pertengahan, ceritanya sedikit perlahan. ending nya pula terasa agak tergesa-gesa. personally, saya juga sukar menerima ending cerita ini 😤 walaupun terdapat petunjuk awal seperti watak Asmida yang sering dipinggirkan dan dipandang pelik bersama Joe—hala tuju cerita akhirnya tidak seperti yang saya jangkakan. siapa yang benar-benar ‘selamat’, biarlah pembaca sendiri temukan tanpa saya beri apa-apa spoiler.

terdapat juga beberapa watak dan babak yang muncul secara tiba-tiba, dengan kewujudan yang terasa samar. ada bahagian yang melompat dari satu adegan ke adegan lain yang bagi saya sedikit celaru dan unnecessary. plot twist yang disajikan pula bercampur—ada yang boleh dijangka, dan ada juga yang berjaya mengejutkan saya sebagai pembaca.

walau bagaimanapun, saya tetap menikmati pembacaan Qarin. pengalaman membaca secara keseluruhan masih menghiburkan, terutamanya untuk pembaca yang gemarkan thriller ngeri dan elemen gore.

— ⭐️ personal rating: 3.8/5.
Profile Image for Ella.
794 reviews92 followers
January 11, 2017
Ingat author Coke and Sundae rupanya bukan.
Qarin kembar manusia selain roh?? Apa yg boleh saya ingat ialah susah nak jinakkan Qarin kita jadi Islam dan bila iman tidak teguh kita mudah goyah dgn hasutannya. Dan sepeninggalan kita qarin akan pergi kepada yg lain..Interesting topic during Sunday school.

Tidak jauh beza dari cerita ini..Ingat lelaki ini ada multiple split personality disorder tapi bukan. Tak dijangka watak utama sebenarnya telah lama pergi dan saya tak faham kenapa yg mengambil alih tubuhnya boleh sejahat itu. Adakah dia mempraktikkan ajaran sesat dahulu? Jahat sungguh qarinnya.

Saya ingin bersimpati dgn nasib mangsa tapi saya rasa mmg padanlah dgn diorang tu..Semuanya menggunakan kekayaan dan kuasa mereka untuk lari dari undang2 dan paling sadist dah kahwin, boleh pula merogol budak sekolah. Aside from his black market business and gundik. He is utterly a vile man. Syaitan bertopengkan manusia.

Nasib Asmida juga tidak kurangnya. Ingin menolong at last jadi korban..Bab ni saya sedih sikit. Saya suka hubungan akrab Joe dan Asmida. Sayangnya tiada jodoh. Apapun, saya suka endingnya.

Qarin Nazrin Shah tahu yg Joe amat sedih akan kematian teman karibnya made him an offer tapi was rejected by him.
Joe : Jangan cuba untuk menjadikan aku seorang yang syirik!!
Qarin : Ha...ha...ha...bagus. Hati kau memang kuat. Kita tidak akan ketemu lagi.

Joe is something else. Cara membawa diri dan perbualan tak menggambarkan kedudukan diri dia yg sebenarnya.

Petikan dari novel ini :
Selagi manusia itu mempunyai sikap tamak haloba, dengki, dendam, benci selagi itu hati mereka mudah digelapkan. Bisikan2 Qarin akan menemani mereka.

NLB
Profile Image for Sha Mohamed.
2,528 reviews1 follower
March 25, 2016
Novel Qarin karya Ilya Abdullah nie memang best..
Seriously ohsem sangat..
Penceritaan yang mampu membuatkan Sha baca non stop selama tiga jam..
Membaca Qarin nie membuatkan akal Sha berteka-teki..

Siapakah sebenarnya Nazrin Shah? Apakah hubungan Nazrin dengan Fariz??
Pembunuhan yang dilakukan sangat mengerikan..
Kepala putus.. jantung direbus..
Mayat ditanam dalam dinding..
Bila baca pembunuh tu membunuh rasa cam berlaku pada diri jer..

Yang paling tragis bila tau Asmida rupanya dan meninggal..
Ingatkan si Johendry tu yang dah mati..

Penulis memang berjaya memukau Sha untuk terus membaca..
Non-stop.. Ohsem dan terbaik..
Profile Image for xxx.
58 reviews1 follower
July 10, 2021
First time i skip a lot of part in a novel. So yeah, quite disappointed.
Profile Image for cempakadahlia _.
41 reviews
December 22, 2023
Qarin - Ilya Abdullah
◣━━━━━━━━━━━◢
➼ Faris. seorang peguam yang sangat bersinar dan sentiasa menang setiap kes yg dikendalikan, tetapi sejak kebelakangi Faris selalu kalah dan dalam kekalahan kes dia pihak lawanya akan mati dengan tragis. satu suara yang sering berbisik pada Faris u tuk membunuh orang-orang yg bergelar penjenaha yang bebas dari hhukuman. satu demi satu kejadian tragis berlaku, Faris nekad mencari kebenaran disebalik bisikan yang di panggil 'Qarin'. dalam pada Faris mencari kebenaran itu, bekas kekasihnya Nadia sering saja mengganggu Faris.

➼Asmidah. penulis novel seram dengan Hijab yang terbuka tanpa sengaja dia melihat ada sesuatu bersama-sama dengan Faris, Asmidah tegur untuk mengelakan benda itu menguasai Faris tapi lama kelamaan Bayang hitam itu semakin menakutkan hingga mengancam nyawa yang berada disekelilingnya. dan kebenaran cuba diacari untuk selamatkan orang yang berada di sekeliling Faris dan juga dirinya.

➼➔➴➵➶➴➵➶➴➵➶➴➵➶➴➵➶➴➵➶

banyak character yang membantu dalam ni mungkin orang lain punye taste 'terlalu banyak watak' but for me those character ni membantu Faris dan Asmidah dalam mencari sejarah hidup 'Qarin' dan selamatkan orang lain dari jadi mangsa 'Qarin'.

dalam ni i suke 2 character
1- Tarmizi (best freind Nadia)
2- Johendry (best friend Asmidah)

this 2 mans are so protective.
Tarmizi tahu tahap dia tak akan dapat Nadia, tapi dia jadi sahabat yang baik menasihatkan Nadia supaya 'move on' dari hidup Faris, segala apa cara dia akan buat u tuk lindung Nadia.

Johendry this man are green. tak kiralah orang cakap apa pun pasal Asmidah dia tetap pertahankan sahabat dia.dari awal perjalan Asmidah dalam dunia Hijab terbuka hinggalah hujung masa mereka tetap bersama. tapi sayang perjalan itu hanya sementara.

kifarah akan tetap ada lambat atau cepat...
menerima takdir dengan hati yang terbuka...
terima Qadaq dan Qadar dgn redha ...
selama rahsia tersimpan sampai satu masa akan terbongkar jua..
character development
asmida dan faris termasuk character yg lain cantik and built up good
as main character Faris dari awal sampai habis nampak alur yang cantik
Asmidah yang dari awl takut untuk approch dan nampak nerd samapi tengah dah nak hujugn dia berani lawan orang sekeliling.

➼➔➴➵➶➴➵➶➴➵➶➴➵➶➴➵➶➴➵➶
Gore
blood everywere
jantung tercabut
detailing how the killer do they job...
jalan cerita yang mantap
mantap akak ilya ...
Profile Image for Mini.
46 reviews1 follower
February 9, 2026
Rating: 3.9/5 🌟

Lama saya tak rasa 'disturbed' macam ni lepas habis baca satu buku.

Saya tertarik dengan konsep 'Keadilan Rimba' yg dibawa. Watak Faris sebagai peguam tu memang ngam. Bila sistem mahkamah gagal, 'sesuatu' muncul untuk ambil alih tugas menghukum.

Penulis memang tak bagi 'can' langsung dalam babak gore. Sumpah, loya tu memang ada! 🤢

Bayangkan babak daging manusia yg dimasak dalam periuk, jantung yg dirobek keluar, kepala dipenggal.. deskripsi penulis cukup, sampai saya rasa macam tengah tengok filem thriller psikologi yg sangat dark. Paling ngeri bila tahu pembunuhan tu bersih, tak ada bukti fizikal langsung. Memang licik!

Watak Asmida, sebagai 'mata' yg melihat apa yg orang lain tak nampak, beban yg dia pikul tu berat sangat. Perasaan sedih dan terkilan bila sampai ke pengakhiran watak dia tu masih terasa sampai sekarang 💔.

Pasal plot twist pula.. hmm, dua kali ya saya kena 'game' dengan penulis! 😌

Mula2 saya dah yakin sangat teka plot A, sekali penulis bagi twist lain. Lepas tu saya cuba teka plot B pula, eh sekali di pusing lagi jauh! Memang bersepai habis teori saya.

Gaya penulisan penulis pula bagi saya sangat efektif. Straight to the point, laju dan tak banyak bunga2 bahasa yg tak perlu. Direct 'tikam' ke emosi pembaca.

Saya boleh katakan bahawa buku ni satu teguran keras sebenarnya. Sejauh mana kita jaga fitrah daripada bisikan jahat dan betapa pentingnya kasih sayang dalam keluarga supaya anak2 tak 'disambar' oleh kegelapan.

Tahniah buat penulis dan penerbit atas terbitan buku ni. Walaupun saya kurang puas sikit kat celah2 penceritaan dan ada bahagian yg rasa macam terlalu laju (di-skip, tiada penjelasan). Sikit je lagi nak sempurna tapi tetap sebuah buku yg padu! 👏

Jadi, apa kaitan hubungan antara Faris, Nazrin dan Qarin tu? Nak tahu, kenalah baca sendiri! 👀

Btw, korang suka makan kari daging ke? Haa, hati2 lah ya. Saya takpa, saya suka makan kari kepala ikan je! 😝

𝘩𝘦.. 𝘩𝘦.. 𝘩𝘦..

Sekian.
Profile Image for Hamidah Effendi.
398 reviews4 followers
November 20, 2025
Qarin oleh Ilya Abdullah

Terus terang, ending buku ini memang sedikit menyedihkan.

Kisahnya mengisahkan seorang lelaki bernama Faris yang sentiasa ditemani satu bayang-bayang hitam. Setiap kali Faris bermimpi, akan ada kematian berlaku di dunia nyata. Misi cerita ini membawa kita menyelami punca mimpi itu dan asal-usul bayang-bayang hitam tersebut.

Plot twist pula bukan satu—tetapi dua kali ganda mengejutkan. Kita fikir kita sudah tahu jawapan… rupa-rupanya jauh tersasar.

Genre buku ini merangkumi misteri, thriller, gore dan mistik. Kebanyakan mangsa pembunuhan digambarkan sebagai individu yang pernah melakukan kejahatan, tetapi buku ini membuat kita tertanya—adakah ini benar cara menuntut keadilan?

Keadaan setiap mangsa digambarkan sangat ngeri.🤯

Pada awalnya, aku sangka watak Asmida membawa vibe seperti drama Korea Black, tetapi rupanya wataknya jauh lebih menyedihkan. Dengan hijab yang membolehkan dia melihat perkara ghaib, ia menimbulkan persoalan—adakah kelebihan itu membantu, atau sebenarnya satu beban yang menyakitkan?

Jadi apa sebenarnya terjadi kepada Faris? Dan dari mana datangnya bayang-bayang hitam itu?

Kesimpulannya, memang berbaloi untuk dibaca.
Profile Image for Annur Hadija.
6 reviews
June 30, 2025
I wanted to love this book, truly. The concept seemed promising, and I appreciate the attempt to merge modern elements into the story. But for me, the execution fell flat.

The language felt overly simplistic, almost like something out of a UPSR essay. I believe horror thrives on atmosphere and precision. It’s not just about what happens, but how it's told. Even if the setting is modern, the language doesn’t need to mirror everyday casualness to the point it loses depth or rhythm.

The opening pages, which should have gripped me, unfortunately turned me away. As a reader who seeks meaning, values, and craft in a book, this just didn’t resonate. It didn’t feel like a story I could respect or recommend.

That said, I don’t say this to tear down, but to express the potential that still exists. I truly believe that with more refinement in vocabulary and narrative technique, the author could deliver something great.

Thankfully, I picked up another horror novel alongside this one and it's time to turn the page and see where that journey takes me.
Profile Image for Yazlina Saduri.
1,556 reviews41 followers
April 11, 2018
Dah lama tak baca novel seram, jadi Qarin semacam 'come-back'. Tak nyesal baca. Jalan ceritanya memang ditulis jadi simple tapi sarat dengan aksi dan kejutan, straight to the point hingga adengan ngeri seperti dilakonkan di depan mata. Bagus kaedah penulisan begini, tidak membuang masa dengan bunga-bunga bahasa yang tidak perlu. Satu demi satu kisah silam diungkap membuka hijab si qarin dan tubuh yang didiaminya. Saya cuma ada satu hal yang tak jelas, tentang aunty Nancy. Mengapa dia boleh selesa tinggal bersama suaminya Leong yang hanya tinggal roh? Adakah aunty Nancy juga punyai deria istimewa seperti Asmida?
Profile Image for Mohammad Amirul Firdaus Bin Nor.
5 reviews
December 24, 2025
Saya baca ebook Qarin yang saya beli melalui Google Play Book. Terdapat beberapa kesalahan ejaan dan beberapa kesalahan lain yang agak mengganggu proses pembacaan.

Jalan cerita bagus. Ending menyayat hati.

Agak lama saya ambil masa untuk habiskan sebab ada salah ejaan, awal ayat tidak bermula dengan huruf besar.

Bahagian kata hati atau watak yang sedang bermonolog pun tidak diletakkan tanda "...." menandakan itu ialah monolog.

Mungkin kekurangan ini cuma ada dalam versi ebook dan tiada dalam novel fizikal. Itu saya tidak pasti.

Jalan ceritanya saya suka.
66 reviews3 followers
April 2, 2021
tengok tajuk pun dah seram, macam-macam ‘surprise’ penulis sediakan dalam penulisan kalini! mesti korang tertanya-tanya apa tu qarin kan? haa apa lagi pergilah baca sekarangg, eh baca kat e-book je senang! nah aku share kan link https://www.e-sentral.com/book/info/8...'
100 reviews3 followers
October 23, 2024
Notahanyauntukaku!

Sbgi ingatan utk aku.
Novel ni tiada ilmu ttg qorin klu ko suka baca novel untuk dapat ilmu juga.Cerita mengarut tentang qarin.untuk hiburan..yes ..boleh baca..tapi untuk jadikan pengetahuan please jangan terpesong.Anggap hiburan saja.
Profile Image for Kayblack.
34 reviews1 follower
November 13, 2017
terbaik jalan cerita buku ni... best...teruskan berkarya illya abdullah..
Profile Image for Marlya Azlan.
10 reviews1 follower
December 6, 2022
First time baca karya Ilya Abdullah. Aku sangat berpuas hati. Aku tamatkan novel ni dengan pelbagai emosi yang bercampur-campur.. sedih, marah, geram semua rasa. Perasaan seram tu dah tentulah, nama pun novel seram.

Pendapat aku, cerita ni sangat mudah untuk difahami. Setiap babak diolah dengan baik. Semua plot diungkap dengan teliti walau kadang-kadang buat aku pening, siapa yang ada dalam Faris? Nazrin atau Qarin?

Moral of story, kita sebagai ibu bapa sepatutnya bagi kasih sayang pada anak-anak, dan dengar luahan hati mereka. Jangan biarkan mereka terjerumus pada jalan yang tak sepatutnya. Kepada author, kudos! You had done well.
19 reviews
August 6, 2024
Wehh buku ni emmm. Menarik. Jangan percaya siapa2. Bahaya 😭
Profile Image for Mohd Taufiq.
15 reviews
June 14, 2025
Plot cerita mendebarkan, suka elemen penyelidikan berkaitan jenayah (thriller) + mistik dalam menyelesaikan kes sangat menarik.
Profile Image for Syazie Iera.
3 reviews1 follower
July 13, 2025
Maaf. Saya menjadi "speedreader" kepada buku ini dan jalan ceritanya tidak sampai ke imaginasi saya. Mungkin perlu lebih detailkan lagi tentang kehadiran si Qarin. Tentang perasaan. Tentang situasi sekeliling. Buku yg mudah tahu jalan ceritanya menyebabkan pembaca tidak teruja untuk meneruskan pembacaan.
6 reviews12 followers
August 4, 2016
It's quite bold to do a storyline which is not the norm & within the mass produce of romance genres Malay novel; with the murders being 'international', almost graphic-like. Not saying that it's wrong, but because we're not exposed to this kind of genres that much which has almost transparent & imaginable scenes especially the murders, our minds might be challenged. Maybe that's why the writer scripted it to be 'murders that can only happen overseas'.
Honestly, it didn't have that much of horror, scare effect to me, but again maybe because of age; they may appeal more to the younger generation.
For me, it's more of what we can learn from it. I thought Qarin was a name, even though it sounded familiar, but it's actually not. It goes to show how limited (or shallow) our knowledge can be as this is something that's related to religious beliefs.
Even though there was a number of misspellings & grammatical mistakes, it still is a good effort for young, local authors to be involved in horror/mystic genres & to not jump into the bandwagon of mass produce genre.
Profile Image for heril azwan.
524 reviews62 followers
June 17, 2016
percubaan yang baik untuk penulis.

saya rasa buku ni more too thriller compare horror.
cuma, ada beberapa penulis terlalu pantas sehingga tidak perasan kemunculan entiti secara tiba2.

apap pun tahniah untuk penulis.
Profile Image for Anis Khairi.
15 reviews1 follower
May 16, 2017
Personal opinion, novel nie mmg best, tak keterlaluan utk ckp ia setanding dgn novel2 mat salleh. Jln cerita agak seram n KEJAM. Gaye bahase senang n xde laa pening2 nk phm. Ad certain plots yg kalau ingt blk mesti mual. Huhu. Try laa bce.
Displaying 1 - 30 of 31 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.