Mangsa-mangsanya daripada kalangan penjenayah yang bebas daripada tuduhan salah laku. Cepat atau lambat dia akan memburu mereka. Maut akan menanti mereka. Pembunuhan kejam yang berlaku seperti bukan kerja seorang manusia. Tiada kesan dan jejak ditinggalkan oleh si pembunuh yang licik.
Bayang-bayang hitam yang mengekori Faris menakutkan Asmida, seorang gadis yang terbuka hijabnya melihat makhluk-makhluk halus itu. Asmida turut mendapat petanda-petanda ngeri mangsa-mangsa pembunuh kejam itu seterusnya. Faris pula buntu apabila mengetahui bayang-bayang hitam yang sentiasa berbisik di telinga itu adalah QARIN.
QARIN yang dahagakan darah manusia. Faris tidak akan mengikut telunjuk QARIN. Dia bukan seorang pembunuh! Apabila rahsia lama cuba disingkap, segalanya terdedah satu per satu. Faris, QARIN dan seorang lelaki yang sudah mati bernama Nazrin Shah saling berkaitan rapat.
Pembunuhan yang berlaku semakin berleluasa. Mangsanya mereka yang terlepas dari tuduhan salah laku. Faris seorang peguam mula dibayangi bayang-bayang hitam dan suara aneh. Asmida yang diberikan anugerah hijab matt terbuka turut melihat bayangan hitam yang mengerikan bersama Faris.
Sebuah naskah yang penuh dengan aksi. Aksi ngeri pembunuhan tanpa belas kasihan. Ngeri sungguh kematiannya. Mati dek dibunuh makhluk hauskan darah. Darah jadi minumannya manakala jantung n daging jadi santapannya. Memang ngeri baca keadaan semua mangsa pembunuhan.
Sememangnya syaitan dibiarkan terus hidup ke akhir zaman untuk menjebak keturunan Adam sama-sama ke neraka. Bila syaitan dijadikan sahabat memang padah akibatnya.
Pembangunan watak untuk Faris ini memang bagus. Nampak perubahan untuk setiap fasa dalam penceritaan. Begitu jugak dengan watak-watak lain. Semuanya dihurai satu per satu sepanjang penceritaan. Tidak dilambakkan sekali gus.
Untuk yang sukakan cerita horror yang ada unsur ngeri boleh baca naskah ini. Tapi untuk yang senang geli, senang terbayang sila baca dengan hati-hati.
Assalamualaikum, utk overall bagi penulis ada potensi utk jadi lebih baik.. biasalah kritikan sangat perlu utk diperbaiki lagi..
Kritik saya, Penulis terlalu kerap menambah watak yang secara tiba-tiba muncul entah dr mana utk membantu selesaikan jalan cerita.. Lagi, pencarian tentang informasi kes oleh sesetengah watak terlalu cepat sehingga tidak tahu atas jalan mana watak tersebut boleh dapat info tersebut.. (byk berlaku) Cerita yg tak berpaksi pada realiti, jin tak boleh membunuh.. jin sekiranya dah kuasai badan mayat tersebut akan membusuk lama2.. juga pada akhir cerita terlalu fantasi sehingga jauh sekali dari realiti dan sgt tak logik. Ada juga sebahagian babak dimana tiada kaitan dengan jalan cerita..
Maklumat tentang Qarin dlm buku ni hanya sedikit sangat saja yg betul.. yg lain hanya fantasi dan banyak direka-reka..
Qarin, satu tajuk yang membuatkan kita akan tertanya, bagaimana sisi gelap kita sebagai manusia?.. seperti yang dinyatakan dalam novel ini Qarin adalah jin yang dicipta Allah sebagai pendamping manusia.juga boleh dikatakan sebagai kembar manusia. watak utama, faris, seorang peguam yang sering di datangi mimpi ngeri dan ianya makin ketara bila dia kalah dalam perbicaraan di mahkamah. kebiasaannya akan berlaku kematian pada pihak yang menang kerana pihak yang menang itu sebenarnya yang bersalah.. faris sendiri takut dengan keadaan dirinya membuatkan dia bertemu dengan pakar psikatari... masalah pakar itu iaitu dr rabiatul turut menyatakan dia terbawa-bawa dengan perasaan...
asmida pula, seorang penulis novel seram boleh nampak amaran kematian.. hijabnya juga terbuka membolehkan dia nampak makhluk lain selain manusia. dia sering nampak bayang gelap bermata merah dibelakang faris.. keadaan makin tertekan bila rais, seorang peguam yang menang dalam perbicaraan melawan fairs mati dibunuh dengan cara yang sama seperti mangsa sebelum ini. polis buntu kerana kematian yang berlaku tidak meninggalkan apa-apa tanda atau jejak. asmida bertindak mahu menyiasat apa yang berlaku sebenarnya. ketika itulah muncul satu lagi watak.. nazrin shah?.. siapakah dia?.. apakah kaitan dengan semua pembunuhan yang berlaku?.. apakah pula kaitan dengan sejarah silam antara nazrin dan faris?..
maaf ya puan penulis... idea memang menarik. mana sangka qarin boleh bertindak sedemikian rupa. cumanya mungkin seperti terlalu banyak pengaruh gaya filem seram.... mungkin salah saya sebagai seorang pembaca yang banyak terpengaruh dengan cerita-cerita lain, jadinya bila baca novel ini otak banyak menerawang memikirkan unsur-unsur dalam cerita lain masuk dalam kisah novel ni.. hehe.... keseraman memang tak dinafikan ada, yelah.. cuba korang pergi kat peti sejuk tunduk ambik air dalam dapur yang gelap bila tegak haa... depan muka muncul makhluk tu.. tak terperanjat terkujat beruk dibuatnya... watak agak banyak mungkin diwujudkan untuk menampung perjalanan kisah.
Ingat author Coke and Sundae rupanya bukan. Qarin kembar manusia selain roh?? Apa yg boleh saya ingat ialah susah nak jinakkan Qarin kita jadi Islam dan bila iman tidak teguh kita mudah goyah dgn hasutannya. Dan sepeninggalan kita qarin akan pergi kepada yg lain..Interesting topic during Sunday school.
Tidak jauh beza dari cerita ini..Ingat lelaki ini ada multiple split personality disorder tapi bukan. Tak dijangka watak utama sebenarnya telah lama pergi dan saya tak faham kenapa yg mengambil alih tubuhnya boleh sejahat itu. Adakah dia mempraktikkan ajaran sesat dahulu? Jahat sungguh qarinnya.
Saya ingin bersimpati dgn nasib mangsa tapi saya rasa mmg padanlah dgn diorang tu..Semuanya menggunakan kekayaan dan kuasa mereka untuk lari dari undang2 dan paling sadist dah kahwin, boleh pula merogol budak sekolah. Aside from his black market business and gundik. He is utterly a vile man. Syaitan bertopengkan manusia.
Nasib Asmida juga tidak kurangnya. Ingin menolong at last jadi korban..Bab ni saya sedih sikit. Saya suka hubungan akrab Joe dan Asmida. Sayangnya tiada jodoh. Apapun, saya suka endingnya.
Qarin Nazrin Shah tahu yg Joe amat sedih akan kematian teman karibnya made him an offer tapi was rejected by him. Joe : Jangan cuba untuk menjadikan aku seorang yang syirik!! Qarin : Ha...ha...ha...bagus. Hati kau memang kuat. Kita tidak akan ketemu lagi.
Joe is something else. Cara membawa diri dan perbualan tak menggambarkan kedudukan diri dia yg sebenarnya.
Petikan dari novel ini : Selagi manusia itu mempunyai sikap tamak haloba, dengki, dendam, benci selagi itu hati mereka mudah digelapkan. Bisikan2 Qarin akan menemani mereka.
Novel Qarin karya Ilya Abdullah nie memang best.. Seriously ohsem sangat.. Penceritaan yang mampu membuatkan Sha baca non stop selama tiga jam.. Membaca Qarin nie membuatkan akal Sha berteka-teki..
Siapakah sebenarnya Nazrin Shah? Apakah hubungan Nazrin dengan Fariz?? Pembunuhan yang dilakukan sangat mengerikan.. Kepala putus.. jantung direbus.. Mayat ditanam dalam dinding.. Bila baca pembunuh tu membunuh rasa cam berlaku pada diri jer..
Yang paling tragis bila tau Asmida rupanya dan meninggal.. Ingatkan si Johendry tu yang dah mati..
Penulis memang berjaya memukau Sha untuk terus membaca.. Non-stop.. Ohsem dan terbaik..
Qarin - Ilya Abdullah ◣━━━━━━━━━━━◢ ➼ Faris. seorang peguam yang sangat bersinar dan sentiasa menang setiap kes yg dikendalikan, tetapi sejak kebelakangi Faris selalu kalah dan dalam kekalahan kes dia pihak lawanya akan mati dengan tragis. satu suara yang sering berbisik pada Faris u tuk membunuh orang-orang yg bergelar penjenaha yang bebas dari hhukuman. satu demi satu kejadian tragis berlaku, Faris nekad mencari kebenaran disebalik bisikan yang di panggil 'Qarin'. dalam pada Faris mencari kebenaran itu, bekas kekasihnya Nadia sering saja mengganggu Faris.
➼Asmidah. penulis novel seram dengan Hijab yang terbuka tanpa sengaja dia melihat ada sesuatu bersama-sama dengan Faris, Asmidah tegur untuk mengelakan benda itu menguasai Faris tapi lama kelamaan Bayang hitam itu semakin menakutkan hingga mengancam nyawa yang berada disekelilingnya. dan kebenaran cuba diacari untuk selamatkan orang yang berada di sekeliling Faris dan juga dirinya.
➼➔➴➵➶➴➵➶➴➵➶➴➵➶➴➵➶➴➵➶
banyak character yang membantu dalam ni mungkin orang lain punye taste 'terlalu banyak watak' but for me those character ni membantu Faris dan Asmidah dalam mencari sejarah hidup 'Qarin' dan selamatkan orang lain dari jadi mangsa 'Qarin'.
dalam ni i suke 2 character 1- Tarmizi (best freind Nadia) 2- Johendry (best friend Asmidah)
this 2 mans are so protective. Tarmizi tahu tahap dia tak akan dapat Nadia, tapi dia jadi sahabat yang baik menasihatkan Nadia supaya 'move on' dari hidup Faris, segala apa cara dia akan buat u tuk lindung Nadia.
Johendry this man are green. tak kiralah orang cakap apa pun pasal Asmidah dia tetap pertahankan sahabat dia.dari awal perjalan Asmidah dalam dunia Hijab terbuka hinggalah hujung masa mereka tetap bersama. tapi sayang perjalan itu hanya sementara.
kifarah akan tetap ada lambat atau cepat... menerima takdir dengan hati yang terbuka... terima Qadaq dan Qadar dgn redha ... selama rahsia tersimpan sampai satu masa akan terbongkar jua.. character development asmida dan faris termasuk character yg lain cantik and built up good as main character Faris dari awal sampai habis nampak alur yang cantik Asmidah yang dari awl takut untuk approch dan nampak nerd samapi tengah dah nak hujugn dia berani lawan orang sekeliling.
➼➔➴➵➶➴➵➶➴➵➶➴➵➶➴➵➶➴➵➶ Gore blood everywere jantung tercabut detailing how the killer do they job... jalan cerita yang mantap mantap akak ilya ...
Terus terang, ending buku ini memang sedikit menyedihkan.
Kisahnya mengisahkan seorang lelaki bernama Faris yang sentiasa ditemani satu bayang-bayang hitam. Setiap kali Faris bermimpi, akan ada kematian berlaku di dunia nyata. Misi cerita ini membawa kita menyelami punca mimpi itu dan asal-usul bayang-bayang hitam tersebut.
Plot twist pula bukan satu—tetapi dua kali ganda mengejutkan. Kita fikir kita sudah tahu jawapan… rupa-rupanya jauh tersasar.
Genre buku ini merangkumi misteri, thriller, gore dan mistik. Kebanyakan mangsa pembunuhan digambarkan sebagai individu yang pernah melakukan kejahatan, tetapi buku ini membuat kita tertanya—adakah ini benar cara menuntut keadilan?
Keadaan setiap mangsa digambarkan sangat ngeri.🤯
Pada awalnya, aku sangka watak Asmida membawa vibe seperti drama Korea Black, tetapi rupanya wataknya jauh lebih menyedihkan. Dengan hijab yang membolehkan dia melihat perkara ghaib, ia menimbulkan persoalan—adakah kelebihan itu membantu, atau sebenarnya satu beban yang menyakitkan?
Jadi apa sebenarnya terjadi kepada Faris? Dan dari mana datangnya bayang-bayang hitam itu?
I wanted to love this book, truly. The concept seemed promising, and I appreciate the attempt to merge modern elements into the story. But for me, the execution fell flat.
The language felt overly simplistic, almost like something out of a UPSR essay. I believe horror thrives on atmosphere and precision. It’s not just about what happens, but how it's told. Even if the setting is modern, the language doesn’t need to mirror everyday casualness to the point it loses depth or rhythm.
The opening pages, which should have gripped me, unfortunately turned me away. As a reader who seeks meaning, values, and craft in a book, this just didn’t resonate. It didn’t feel like a story I could respect or recommend.
That said, I don’t say this to tear down, but to express the potential that still exists. I truly believe that with more refinement in vocabulary and narrative technique, the author could deliver something great.
Thankfully, I picked up another horror novel alongside this one and it's time to turn the page and see where that journey takes me.
Dah lama tak baca novel seram, jadi Qarin semacam 'come-back'. Tak nyesal baca. Jalan ceritanya memang ditulis jadi simple tapi sarat dengan aksi dan kejutan, straight to the point hingga adengan ngeri seperti dilakonkan di depan mata. Bagus kaedah penulisan begini, tidak membuang masa dengan bunga-bunga bahasa yang tidak perlu. Satu demi satu kisah silam diungkap membuka hijab si qarin dan tubuh yang didiaminya. Saya cuma ada satu hal yang tak jelas, tentang aunty Nancy. Mengapa dia boleh selesa tinggal bersama suaminya Leong yang hanya tinggal roh? Adakah aunty Nancy juga punyai deria istimewa seperti Asmida?
Saya baca ebook Qarin yang saya beli melalui Google Play Book. Terdapat beberapa kesalahan ejaan dan beberapa kesalahan lain yang agak mengganggu proses pembacaan.
Jalan cerita bagus. Ending menyayat hati.
Agak lama saya ambil masa untuk habiskan sebab ada salah ejaan, awal ayat tidak bermula dengan huruf besar.
Bahagian kata hati atau watak yang sedang bermonolog pun tidak diletakkan tanda "...." menandakan itu ialah monolog.
Mungkin kekurangan ini cuma ada dalam versi ebook dan tiada dalam novel fizikal. Itu saya tidak pasti.
tengok tajuk pun dah seram, macam-macam ‘surprise’ penulis sediakan dalam penulisan kalini! mesti korang tertanya-tanya apa tu qarin kan? haa apa lagi pergilah baca sekarangg, eh baca kat e-book je senang! nah aku share kan link https://www.e-sentral.com/book/info/8...'
Sbgi ingatan utk aku. Novel ni tiada ilmu ttg qorin klu ko suka baca novel untuk dapat ilmu juga.Cerita mengarut tentang qarin.untuk hiburan..yes ..boleh baca..tapi untuk jadikan pengetahuan please jangan terpesong.Anggap hiburan saja.
First time baca karya Ilya Abdullah. Aku sangat berpuas hati. Aku tamatkan novel ni dengan pelbagai emosi yang bercampur-campur.. sedih, marah, geram semua rasa. Perasaan seram tu dah tentulah, nama pun novel seram.
Pendapat aku, cerita ni sangat mudah untuk difahami. Setiap babak diolah dengan baik. Semua plot diungkap dengan teliti walau kadang-kadang buat aku pening, siapa yang ada dalam Faris? Nazrin atau Qarin?
Moral of story, kita sebagai ibu bapa sepatutnya bagi kasih sayang pada anak-anak, dan dengar luahan hati mereka. Jangan biarkan mereka terjerumus pada jalan yang tak sepatutnya. Kepada author, kudos! You had done well.
Maaf. Saya menjadi "speedreader" kepada buku ini dan jalan ceritanya tidak sampai ke imaginasi saya. Mungkin perlu lebih detailkan lagi tentang kehadiran si Qarin. Tentang perasaan. Tentang situasi sekeliling. Buku yg mudah tahu jalan ceritanya menyebabkan pembaca tidak teruja untuk meneruskan pembacaan.
It's quite bold to do a storyline which is not the norm & within the mass produce of romance genres Malay novel; with the murders being 'international', almost graphic-like. Not saying that it's wrong, but because we're not exposed to this kind of genres that much which has almost transparent & imaginable scenes especially the murders, our minds might be challenged. Maybe that's why the writer scripted it to be 'murders that can only happen overseas'. Honestly, it didn't have that much of horror, scare effect to me, but again maybe because of age; they may appeal more to the younger generation. For me, it's more of what we can learn from it. I thought Qarin was a name, even though it sounded familiar, but it's actually not. It goes to show how limited (or shallow) our knowledge can be as this is something that's related to religious beliefs. Even though there was a number of misspellings & grammatical mistakes, it still is a good effort for young, local authors to be involved in horror/mystic genres & to not jump into the bandwagon of mass produce genre.
Personal opinion, novel nie mmg best, tak keterlaluan utk ckp ia setanding dgn novel2 mat salleh. Jln cerita agak seram n KEJAM. Gaye bahase senang n xde laa pening2 nk phm. Ad certain plots yg kalau ingt blk mesti mual. Huhu. Try laa bce.
Kali pertama saya membaca karya hasil nukilan Ilya Abdullah. Saya puas hati sangat... Saya menamatkan novel ini dengan pelbagai emosi.. Sedih, marah, geram.. Dah tentulah seram dan juga ngeri.. Loya dan mual pon ada. Dah lah saya ni jenis baca masa makan. Nasib baik tak muntah tau!! 😷😨😭😤😱😧😱 Huh byk emo icon tu.. Giler ooo rebus jantung manusia..
Setiap babak dikembangkan dengan baik. Jalan cerita yang mudah untuk difahami.. Siapa Faris.. Apa kaitan dia dengan Nazrin Shah. Semua diungkap dengan teliti dan baik walau ada masa pening gak.. Siapa yg ada dlm badan Faris. Nazrin or qarinnya..
Suka dgn watak Asmida. Kelebihan yg dia ada.. Kadang2 membuatkan dia dalam ketakutan. Memang tak disangka begiti pengakhiran Asmida. Kesian dan sedih. Joe plak tetiba dpt melihat roh. Mungkin kerana hubungan rapatnya dengan Asmida... Kalau ler masa mayatnya ditemui, ayah asmida.dpt melihat roh nyer mesti lagi best.
So, gambar wanita kat cover tu saya assume gambar mak nazrin. Hope betul ler.. Opss lupa plak... Suka dgn watak hantu cantik..
Hidup ini mestilah berpegang pada jalan yang benar. Allah sahaja tempat kita mengadu dan meminta pertolongan. Kita sebagai ibu bapa, berilah kasih syg pada anak2, dgr luahan mereka.. Jgn biarkan mereka dihasut oleh qarin..
Well done dan tahniah kepada penulis Qarin, Ilya Abdullah.