Kuala Dua, mengangkat tema "puja pantai" yang menjadi amalan tradisi masyarakat di Kampung Setiu. Oleh sebab punca rezeki penduduk Setiu amat bergantung kepada laut, maka penunggu laut harus dipujuk dengan mengorbankan seekor kerbau balar pada setiap tahun dan disertai dengan pelbagai permainan yang melibatkan judi dan pertunjukan kebudayaan yang pada waktu-waktunya mengakibatkan berlakunya perkara-perkara maksiat. Kepecayaan karut ini cuba dibanteras oleh Ustaz Mat, seorang pendatang yang bekerja sebagai penjaul daging dan juga guru mengajar Quran. Usaha Ustaz Mat mendapat tentangan daripada sekelompok masyarakat yang terlalu percaya kepada perkara-perkara tahayul. Berjayakah Ustaz Mat menbanteras kegiatan khurafat itu?
Menarik! Pertentangan antara ajaran Islam dengan kepercayaan khurafat (puja pantai). Bila lalu saja Pengkalan Gelap, Setiu, mesti akan teringat latar yang digarap oleh pengarang dalam novel ini. ✨