Jump to ratings and reviews
Rate this book

Kabut

Rate this book
Gempar!
Tiga pembunuhan berprofil tinggi berlaku. Di daerah dan waktu berbeza. Mangsa dibunuh dengan amat kejam. Menggunakan alat dan seksaan-seksaan yang amat mengerikan. Dua kes awal menemui jalan buntu. Kes ketiga ditutup selepas suspek utama yang dianggap pembunuh ditemui mati lemas di dalam kejadian bot pancung karam.

Selepas dua tahun, ketiga-tiga kes pembunuhan berprofil tinggi itu disiasat semula. Kini semua orang adalah suspek utama. Semuanya mempunyai motif untuk melakukan pembunuhan tersebut.

Juita mungkin membunuh demi Hanif dan hambatan pengkhianatan silam.
Hanif mungkin membunuh demi cita-cita dan penghormatan.
ASP Zaini mungkin membunuh demi pangkat dan trauma silam.
Inspektor Rahmat mungkin membunuh demi meraih jawatan dengan usaha sendiri.

Sejak itu pelbagai kejadian berlaku. Syak mengesyaki berleluasa. Yang menyiasat disiasat dan yang disiasat menyiasat. Yang mengejar dikejar dan yang dikejar mengejar. Tipu daya licik beraksi dan penyeksaan serta pembunuhan berlaku lagi.

Siapa pembunuh sebenar? Apa motifnya? Mari bersama menyiasat di dalam naskhah yang mendebarkan ini…

528 pages, Paperback

First published March 1, 2016

6 people are currently reading
38 people want to read

About the author

Fitri Hussin

17 books18 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
30 (45%)
4 stars
23 (34%)
3 stars
10 (15%)
2 stars
2 (3%)
1 star
1 (1%)
Displaying 1 - 21 of 21 reviews
Profile Image for Hilmi Isa.
378 reviews29 followers
July 8, 2016
Terlebih dahulu,saya ingin mengucapkan tahniah kepada tuan penulis Kabut,Fitri Hussin,atas kelahiran novel keempat beliau bersama rumah penerbitan Alaf 21. Insya-Allah,diharapkan beliau akan dapat menghasilkan lebih banyak karya bersama Alaf 21 di masa hadapan.

Berbeza dengan novel beliau yang sebelumnya iaitu Rakus,kali ini penulis mengetengahkan genre thriller di dalam novel beliau yang terbaharu ini. Genre yang sama di dalam novel Katarak,juga hasil tulisan Fitri Hussin.

Secara keseluruhannya,saya lebih menyukai Kabut berbanding Rakus. Saya merasakan tema cerita,gaya penyampaian cerita dan plot cerita lebih baik dan kemas di dalam Kabut. Cuma,saya merasakan penulis mungkin terlalu banyak menggunakan naratif dalam menyampaikan ceritanya. Malahan,terdapat beberapa babak yang lebih baik digunakan dialog untuk menyampaikan cerita secara lebih berkesan. Babak imbas kembali juga berjaya 'menipu' saya. Saya tidak menyangka bahawa Megat,Borhan dan Lomu merupakan orang yang sama.

Saya juga sukakan isu ateisme yang diketengahkan oleh penulis. Sesuatu isu yang bukan sahaja dihadapi oleh umat Islam sahaja. Tetapi,hampir menjadi fenomena seantero dunia,terutamanya di dalam menghadapi cabaran kehidupan moden yang semakin mencabar dan menyaksikan kejatuhan akhlak dan moral secara beransur-ansur di kalangan umat manusia. Cuma,mungkin sejarah kenapa Borhan boleh menjadi seorang ateis yang tegar boleh diperdalam dan diperincikan. Putus cinta dan perasaan dikhianati semata-mata seperti tidak cukup kuat,sekurang-kurangnya pada pandangan saya,untuk menyebabkan seseorang itu berubah menjadi seorang ateis.
Profile Image for Shah Si Pencinta Buku.
467 reviews46 followers
May 17, 2024
3 buah kes pembunuhan memeningkan pihak polis. 2 kes menemui jalan buntu manakala kes terakhir ditutup kerana suspek utama didapati telah meninggal. Namun setelah bangun dari koma semasa menyiasat kes ketiga, ASP Zaini tetap meneruskan siasatannya. Dan demi mengembalikan keyakinan tunangnya, Hanif juga memulakan siasatan untuk ketiga-tiga kes.

Jalan cerita sangat menarik dan laju. Penceritaannya sangat jelas seolah-olah sedang menonton. Dapat dilihat bagaimana satu per satu babak berlangsung. Tapi geram bila dapat tahu motif sebenar si pembunuh. Motif macam tu pun boleh yea.

Kelakar bahagian ASP Zaini dan Hanif saling mencurigai dengan alasan yang hampir serupa. Nasib tak saling berbunuhan je.

Tapi SH rasa polis dalam naskah ni memang sungguh perlahan dan tak ada naluri penyiasat. Yelah biasanya kalau tengok drama ke atau baca novel penyiasatan ke mesti polis atau pengawai penyiasatnya tidak terlalu bergantung pada bukti tetapi juga naluri mereka untuk mendapatkan lebih bukti. Tapi rasa menyirap dengan polis dalam ni yang ikut telunjuk si pembunuh. Geram tau. Tak tahu berapa bakul perkataan lembab SH bagi dekat polis dalam naskah ini.

SH suka dengan garapan penulis untuk watak pembunuh ni. Nampak sangat licik dan manipulatif. Dia sangat pandai dan kejam. Ada je idea dan cara yang boleh dilakukannya supaya pihak polis tidak mengesyakinya.
Profile Image for Ogy Yusof.
Author 12 books107 followers
December 19, 2016
peerghhh.... dapat pun bernafas lega bila jumpa perkataan TAMAT di mukasurat 516. dah nak sampai helaian terakhir tuan penulis Fitri Hussin masih buat pembaca dok berfikir dan berfikir dan berfikir... sebuah kisah thriller dan saspen yang amat mengujakan sepanjang pembacaan. walaupun suspek sebenar dapat di agak masuk pertengahan pembacaan tapi.. haa... tapi pembaca macam tengok wayang, rasa nak jerit jer "WEEEIIHHHH!!!! ORANG TU JAHAT LAA!!"

ada ketika sampai diri sendiri keliru dengan pembacaan, terpaksa cari tuan penulis untuk terangkan apa sebenarnya, bayangkanlah betapa teruk emosi pembaca diheret sama. korang nak ke tengok macam mana kepala mangsa di kerat dengan gilotin?.. gilotin ni macam pisau pemotong besar la. kalau biasa tengok movie epik ada benda nih.. tak pun nak ke tengok sendiri macam mana perut di robek lepas tu cangkuk di masukkan dalam perut dan usus di tarik keluar?.. ngeri dok terbayang. paling sadis kulit di lapah, badan dibalut dengan zink dan dipanaskan zink itu. dah macam kena salai.. tak cukup kejam, tikus di ikat kat zink dan zink itu dipanaskan.. korang bayangkanla perut yang tak berkulit tadi dirobek digigit dengan tikus yang kepanasan tadi.. aduhai.... SADIS dan AMAT KEJAM!!

tiga kes pembunuhan berlaku.. dibunuh dan di seksa, tapi pembunuhnya tidak dapat ditangkap. cuma pada kes ketiga, suspek yang dianggap pembunuh mati lemas bila bot pancung yang dinaiki karam. hanif, wartawan yang rasa bersalah sebab namanya dijulang sebagai wartawan hebat sebenarnya sekadar hebat bila diberi informasi oleh informer yang tidak diketahui. dia mula menyiasat kembali tiga kes tersebut.. asp zaini pula setelah sedar dari koma tidak percaya yang kes tersebut selesai. dia mula menyiasat apa yang berlaku. mereka berdua membuat tuduhan menghala sesama sendiri. tapi, setelah di amati, ada suspek lain yang terlibat sebenarnya. suspek itu berada berhampiran sahaja!..

tahniah buat tuan penulis kerana mengarap kisah ini dengan penuh teliti dan kemas. pada awal pembacaan tertanya jugak, apa motif kisah remaja dan kanak-kanak sekolah terselit sama?.. rupanya, laaa..... mana sangka yang ramai itu sebenarnya satu.. dan paling tak disangka, agama jadi mainan.. langsung tak meleret, langsung tak meleweh, teruja sepanjang pembacaan dan otak sama berfikir pantas... tahniah untuk KABUT yang amat sesuai buat siapa yang sukakan kisah genre sebegini.. last, KABUT itu, TIDAK KERUAN, KELAM, KACAU BILAU, DILINDUNGI; yang mana lebih sesuai untuk kisah ini ya tuan penulis?..
Profile Image for Ai Ar.
19 reviews5 followers
Read
June 11, 2016
Ulasan dari Ai Bee Ar

Tajuk : KABUT
Penulis : Fitri Hussin Novelis
Genre : Thriller / Aksi
Terbitan: Alaf 21

PRO
1. Menepati genre.
2. Perjalanan cerita mendebarkan.
3. Setiap watak digambarkan dengan jelas dan ada fungsi yang penting. Jangan abaikan setiap watak.
4. Jawapan yang tidak dapat diduga pada setiap persoalan siapa suspek utama sebenarnya.
5. Susunan ayat-ayat pada dialog yang melibat emosi watak sangat berkesan.

KONTRA
Ejaan
1. m/s 3 – ‘bolek’.= boleh
2. m/s 200 – ‘eajah’= wajah

Pemilihan Perkataan
1. m/s 291 – ‘Onyang’ = Moyang (lebih tepat) **Perkataan ‘Onyang’ yang digunakan adalah perkataan dari dialek Negeri Sembilan (Rujuk: Laman Web Pusat Rujukan Persuratan Melayu dipautan prpm.dbp.gov.my).

Pengulangan Ayat
1. Ayat yang sama iaitu “ALLAH mencampakkan ilham” telah diulang sebangyak 3 kali. Ayat mungkin boleh disusun atur semula tanpa mengganggu maksud yang ingin disampaikan.

Situasi
1. Kes Ustaz Latif

Pada bab 29 di m/s 173 menyatakan 3 kawasan yang disyaki iaitu Kebun Bunga, Hutan Simpan Bukit Panchor dan Hutan Simpan Teluk Bahang.

- Terdapat 3 kawasan yang disyaki, tetapi penulis terus memfokuskan kepada tempat kejadian yang tepat pada perenggan seterusnya, tanpa menyatakan hasil pencarian di 2 tempat yang lain.

Kes Inspektor Rahmat
2. Pada bab 63 di m/s 351 hingga 353

- Inspektor Rahmat gagal mengecam suara hanif dan tidak dapat membezakan antara susuk tubuh Hanif dan Borhan sedangkan dia kenal, pernah berjumpa dan pernah berkomunikasi dengan kedua-dua tersebut.

ULASAN

Sebuah kisah thriller yang menakjubkan. Watak antagonis yang terdapat dalam kisah inilah yang telah menjadikan karya ini sangat menarik. Seorang yang sangat teliti dalam setiap perancangan yang akan dilaksanakan. Walaupun pada peringkat awal saya mengalami sedikit kekeliruan berkenaan “Kes 1”, “Kes 2”, “Imbas semula 1”, “bahagian 1” dan seterusnya….. tetapi kekeliruan itu telah berjaya dijelaskan pada pertengahan cerita. Tahniah buat penulis atas kejayaan menterjemahkan apa yang dimaksudkan dengan ‘thriller’ yang sebenarnya.

BINTANG
4.8/5

***Setiap pembetulan ejaan dan penggunaan perkataan telah saya maklumkan kepada penulis.
Profile Image for Salman Ahmad.
4 reviews
June 22, 2016
Novel Thriller Alaf 21 yang terbaik. Dah lama ignore Alaf 21. Kalau jenguk novel RAM je. Tapi novel ni buka mata aku nak cuba novel thriller Alaf 21 lain.

Profile Image for Atie Attyra.
64 reviews5 followers
August 17, 2016
KABUT..
Memang penat baca novel ini. Sebab ianya memerlukan daya ingatan utk mengingat watak dan hubungkait antara imbasan dan waktu sekarang.

Kejam.. X berperikemanusian..
Itu yang aku rasa.
Hanya kerana dendam.. Dan menyalahkan takdir yang ditetapkan Allah.
Tak sangup rasanya membaca bagaimana mangsa diseksa. Terasa kesakitan itu.
Terasa penat menyiasat untuk tau siapa pembunuh yang sebenar.

Review jalan cerita rasanya tak perlu.
Biarkan saja pembaca tahu sendiri bila membaca novel ini.
Nanti kurang kick kalau x tau kan...

Lupa nak cakap eh tulis..
Jalan cerita yang laju dipermulaan novel.
Kemudian agak lenghty or slow dr tengah cerita hingga ke akhir novel.
Agaknya penulis mahukan pembaca mengikut setiap action yg pihak polis or penjahat buat.

Overall memang mantap novel hasil karya Fitri Hussin Novelis.

TAHNIAH!!
Setiap manusia yang hidup didunia ini telah ditakdirkan mempunyai cerita mereka sendiri.
Kita hanya mampu merancang dan berusaha namun Allah jua yang mengizinkannya berlaku atau tidak. Takdir Allah adalah sebaik-baik cerita kehidupan.
Profile Image for heril azwan.
524 reviews62 followers
August 18, 2016
novel kedua daripada penulis yang saya baca selepas #rakus, nyata pilihan yang tepat!

naskhah yang tidak mengecewakan, plot yang disusun kemas dan persoalan dijawap satu per satu mengikut logik yang sepatutnya.

seperti #rakus, kabut juga dibahagikan kepada 3 bahagian, iaitu imbas kembali, kes2 yang terjadi & 2 tahun berikutnya, di mana semua persoalan mula terjawap 1 demi 1. dan, seperti #rakus juga, terdapat plot twist yang mengejutkan dan akhir cerita yang memang tersasar jauh. memang diluar jangkaan, penulis bijak mengaitkan dengan sesuatu yang lebih besar, bukan sekadar pembunuhan.

cuma, pengakhiran mungkin sedikit ringkas, bagaimana ASP Zaini mendapat ilham untuk setiap persoalan. Secara peribadi, saya kurang berkenan dengan kehidupan sosial ASP Zaini. Saya lebih mengharapkan Hanif yang menjadi hero.

Tahniah untuk penulis, antara novel thriller tempatan yang begitu kemas garapannya dan tidak terlalu terikut-ikut dengan cara barat!.
Profile Image for Sha Mohamed.
2,523 reviews1 follower
May 10, 2016
Pembunuhan demi pembunuhan..
Gaya membunuh yang dasyat..
Peperangan diantara pembunuh, wartawan dan polis..
Klu demi klu ditinggalkan di sepanjang cerita.. Mengikut perjalanan cerita menyebabkan terasa gemuruhnya hati.. Berteka teki siapakah pembunuh sebenar..
Seksaan kepada mangsa seolah-olah real.. Kejam dan sadis, tiada rasa pada pembunuh.. Ngeri dan meloyakan.. Macam2 yang dimasukkan dalam novel ini tapi jalan ceritanya tersusun walaupun klu berterabur merata alam.. Saat pembunuh sebenar terbongkar kebenaran mula datang menjengah.. Memang ohsem dan terbaik.. Cerita bergerak laju sehingga saya tidak terasa namun saat penghujung menampakkan diri baru terasa seperti kenapa cepat sangat..
Tahniah Encik Fitri Hussin untuk thriller yang ohsem..
Profile Image for Mohd Iqbal.
20 reviews
March 29, 2016
Thriller yang mengujakan.

Jarang bagi saya membaca thriller dalam bahasa Melayu, tapi sinopsisnya benar-benar menarik minat saya. Buku keempat dari Fitri Hussin, tapi yang pertama bagi saya.

Plot yang agak kemas, dan penceritaan yang cermat.

Bila sudah mula dibaca, agak sukar untuk diletakkan. Sentiasa mahu tahu apa yang akan terjadi.

Kombinasi di antara thriller dan aksi yang meletup!

Terbabooooo!

Profile Image for akusipeminatbuku.
264 reviews33 followers
June 2, 2018
Novel ini aku beli masa PBAKL2017. Lama betul peram baru berkesempatan untuk baca. Kisah thriller yang tidak mengecewakan. Percaturan konflik antara mencari kebenaran dan keadilan.

Dalam kisah ni, aku rasa takde main hero, cuma ada watak jahat yang mendominasi keseluruhan cerita. Kenapa aku cakap macam itu sebab pegawai penyiasat yang handle kes-kes bertukar ganti. Lebih menunjukkan bagaimana pasukan polis bekerjasama dalam menyiasat kes tersebut.

Watak jahat pula menjadi watak utama yang mencorakkan jalan cerita. Dia berjaya mengawal dan memanipulasi orang-orang disekelilingnya. Dia kelihatan baik pada mata orang sedangkan dialah yang menyebabkan semua kacau bilau dan huru hara.

Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua. Itulah perumpamaan yang sesuai dengan pengakhiran hidup Borhan.

Hanif dan Juita menjadi mangsa keadaan. Kesian kat mereka. Borhan memang gila!

Jadi kalau korang suka kisah penyiasatan polis dan pembunuhan bersiri buku ini memang sesuai.
Profile Image for Hanisah.
52 reviews1 follower
July 31, 2025
Scene-scene pembunuhan diceritakan dengan sangat detail. Kajian yang banyak telah dijalankan penulis. Sangat seriau lebih-lebih lagi part tikus tu. Tapi sedih juga sebab yang kena tu, nampak macam bukan yang paling patut kena. Tapi begitulah bila penjenayah dah gila.
Menarik plot di mana dua watak tu syak kepada each other. Kelakar pun ada.
Saya rasa penulis terlampau bergeliga untuk saya. Banyak informasi, plot, foreshadowing yang dibentangkan, sehingga tak tahu mana satu adalah realiti. Terutama bila penjenayah bagitahu sebab dia masa bunuh mangsa, tapi eh, lepas tu lain? Tapi lepas tu lagi lain. Dekat semua orang dia cakap lain.
Ada beberapa bab yang saya rasa hanya filler. Macam masa dua orang tu sempat riding, masak-masak.
Overall, nice book. Boleh recommend kepada orang yang suka gory dan thriller.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Yazlina Saduri.
1,547 reviews41 followers
July 14, 2018
Puas hati, betul betul kaw. Teringin juga nak cari kelemahan cerita, sebab cerita thriller pembunuhan biasanya ada lompong sana sini. Kabut bagi saya almost perfect, kalau ada lubang nak pertikai pun, kecil sangat, kehebatan mengatasi jauh. Penulis berjaya grip nafsu membaca buku yang agak tebal ni, tak sampai 8 jam selesai. Plot teratur, aksi melàntun sana sini, pembunuhan ngeri diperincikan begitu teliti, complicated namun tidak memeningkan... yang terasa hanya nafas turun naik berselang seli tatik nafas lega dan tahan nafas gemuruh dari awal hingga akhir. Watak-wataknya pun hebat belaka, baik yang salah mahupun yang benar. Kejahatan akhirnya dilumpuhkan bisu oleh yang haq. Nak sampai ke part happy ending tu, phewww otak berpinar. Bacalah Kabut !
Profile Image for Hamidah Effendi.
359 reviews2 followers
November 17, 2025
Kabut oleh Fitri Hussain

Cerita ini mengisahkan seorang lelaki yang memburu mangsa-mangsanya demi melunaskan dendam lama yang membara sekian lama.

Genre: psikopat, gore, misteri.

Novel ini memberi vibe “catch me if you can”. Pembaca dibawa menyelusuri teka-teki untuk mencari siapakah sebenarnya pembunuh gila ini.

Dalam masa yang sama, penulis selitkan kisah masa lalu yang muncul sebelum setiap pembunuhan berlaku — membuatkan kita terus tercari-cari penyelesaian setiap puzzle yang ditinggalkan.

Menariknya, kita melihat POV seorang pembunuh yang gila dan kejam. Dendam terakhirnya memang buat diri rasa nak istighfar — peringatan halus bahawa manusia bila tersesat dalam amarah, boleh hancur habis.

Serius menarik melihat bagaimana seorang psikopat merancang, memanipulasi dan mengawal segala yang ada di sekelilingnya.
Profile Image for fatihah.
22 reviews4 followers
January 21, 2025
(21/1/2025)✓
Buku yang membawa cerita yang sangat berat. Dan perlu mengingati dengan baik supaya dapat mendalami ceritanya. Menunjukan tentang kekejaman sifat manusia yang tidak mempunyai perikemanusian. Terdapat beberapa bahagian yang agak slow dan memerlukan kesabaran untuk membacanya. Apapun ini karya yang agak baik dari Alaf 21.
Profile Image for Nurina Feeza.
30 reviews5 followers
June 26, 2016
Satu kisah thriller yang berlainan dari apa yang saya pernah baca sebelum ini. Novel thriller ALAF 21 memang tak pernah menghampakan! Cuba baca dan rasai sendiri. Kenapa saya mention macam tu? Sebab bila dah mula baca novel ni, memang tak boleh letak, nak tahu kesudahan di hujung cerita. Cara pembunuhan mangsa yang sangat kejam dan nampak real. Yang paling saya tak boleh lupa, bila lelaki balaclova (betul tak ejaan ni?) siat kulit Inspektor Rahmat. Sampai sekarang, saya masih terbayang scene tu. Betul-betul real! Setiap scene yang ditulis oleh penulis ternyata mampu mendebarkan pembaca. Penyeksaan demi penyeksaan yang sangat2 kejam! Klu-klu yang diberi membuat kita juga berusaha untuk menjejaki siapa pembunuh sebenar. Keseluruhannya? Saya kasi 5 bintang!!! Untuk penggemar novel thriller, saya suggest novel Kabut dan Jangan Percaya karya Syaida Ilmuna! Baca dulu, rasai sendiri, barulah rasa thriller tu meresap masuk dalam diri. hehehe....
Profile Image for Nur Ainn.
68 reviews1 follower
April 28, 2017
sepandai2 tupai melompat,akhirnya jatuh ke tanah jua...setelah berteka-teki sape pembunuh sbnr,akhirnya tertngkap jugak,pelbagai helah terancang akhirnya makan diri dan siapa pembunuh itu??silalah baca......BEST!!
Displaying 1 - 21 of 21 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.