Kalau baca buku ini dan hang langsung tak tersenyum atau ketawa, hang boleh denda aku. Apa-apa saja. Kalau hang tipu, hang berdosa. Masuk neraka. Padan muka hang.
Buku yang sangat ohsem.. Pengalaman dan coretan yang disampaikan berjaya meninggalkan kesan.. Walaupun secara santai dan simple namun impaknya luar biasa.. Malah sangat menghiburkan dan mampun mengundang tawa di mulut Sha.. Nice cikgu..
Pengalaman guru yg mengajar di Sarawak. Lucu dan byk nasihat yg boleh diguna pakai dlm kehidupan dan urusan harian. Cuma lagi best kalau setiap cerita disusun mengikut tarikh. Sbb kdg2 aku kompius ngn isi cerita yg 'melompat2'.
Kecekalan dan kesanggupan seorang guru yang sudi menabur khidmat di pedalaman sememangnya wajar ditabik hormat. Namun begitu, buku ini sangat membosankan. Dari helaian hadapan ke helaian belakang, tidak banyak keunikan dari segi catatan pengalaman guru di pedalaman. Tidak kurang juga entri yang langsung tiada relevan dengan tajuk buku (misalnya entri 69, kisah 'selamat berjimak'. Apa kejadah?!).
Paling sukar diterima akal ialah ratusan 'quote' diri sendiri yang menutup setiap satu entri. Sedikit poyo di situ. Quote entri 56 diulang lagi dalam entri 77 (mungkin terlepas pandang). Berbanding buku 'Anekdot' yang pernah saya baca, tiada peningkatan dari segi kualiti.
Apa sebab Buku Pojok terbitkan buku ini, hanya Tuhan sahaja yang tahu.
sesekali luang masa baca buku anekdot macam ni memang best.. Tergelak sorang-sorang jer.. Kali ini kisah cikgu yang bertugas di sarawak.. Ada jer kisahnya yang mencuit hati.. Dengan terlebih perasannya, dengan kejam dia, dengan prihatin dia, dengan malu simpulnya... Carilah.. Memang best.. Setiap anekdot ada mesej yang hendak disampaikan. Serius best!! Tahniah buat tuan penulis untuk ilmu yang berharga dan pengalaman yang dikongsi bersama.. Apa lagi.... Cariler...
Buku pertama habis baca pada tahun 2018. Buku anekdot ini sebenarnya dah dibeli dari tahun lepas masa PBAKL2017. Dah lama, tapi tak baca-baca. Bukan apa queue list panjang sangat.
Fuh, akhirnya habis baca. Dulu aku pun bercita-cita nak jadi cikgu, tapi rezeki bukan ke situ, jadi kerjaya cikgu hanya tinggal impian. Aku suka baca anekdot ni, melihat apa yang seorang cikgu lalui. Bila bacakan, 'oh macam ni ye, jadi cikgu.' Kadang kala aku terfikir, mungkin kerjaya ini tidak sesuai dengan sifat aku, sebab itu Allah tak buka jalan ke arah situ. Percaturannya yang terbaik.
Baca buku ni, ada gelak ketawa, kadang-kadang rasa Cikgu Sofuan ni sengal juga la, hahaha. Ini buku anekdot ke-2 yang aku selepas 'Cikgu Kelas Sebelah'.
"Berdirinya saya di sini kerana tidak ada kerusi." kahkahkah...satu kelas gelakkan cikgu. Dengan aku sekali tergelak terbahak-bahak baca. Sebenarnya Cikgu Sofuan ni bagi nasihat kat anak muridnya, tapi sebab nasihat berbaur lawak, kena lah gelakkan.
Tahniah cikgu, terus menulis dan mendidik anak bangsa supaya menjadi manusia yang berguna.
Sebuah anekdot yang bersahaja tetapi jika menghayati maka dapatlah pengajaran dari setiap kisah yang dikongsi. Ayat yang paling terkesan di hati adalah "semua orang mampu memberi pengajaran,tetapi tidak semua orang mampu memberi kefahaman".
sebuah anekdot santai dari seorang guru muda yang mengajar di sarawak, di tulis secara santai - menggabungkan kisah di sekolah, persekitaran dan di rumah sewa beliau.
diakui ada yang boleh bikin ketawa, ada yang agak serius, tapi masih santai dan semua diakhiri dengan madah yang mengajak kita berfikir. dalam ketawanya, masih mampu mengajak pembaca berfikir sejenak, sambil memahami tugas seorang guru. dapat dilihat kematangan (atau lebih tepat kesempoian) beliau dalam menangani telatah anak2 murid seharian, yang mungkin sesetengah orang tidak mampu untuk hadapi. apa, ingat jadi cikgu senang ke?? saya sendiri mengagumi profession perguruan, kalau saya memang tak cukup sabar nak menghadapi anak2 murid ni.. hehe
mungkin lepas ni perbanyakkan kisah di bilik darjah seperti tajuknya.
Kalau aku ada cikgu macam ni masa sekolah dulu, confirm aku tak selalu ponteng kelas, lepak bilik sakit. haha.. Jarang ada cikgu muda yang sangat-sangat passionate dengan kerja dia zaman sekarang ni. My mom was a teacher, guru besar lagi. She always merungutkan cikgu2 sekolah dia yang banyak buat perangai, jadi cikgu sebab dah takde choice dah. Tapi, Cikgu Sofuan ni punya cerita memang buat aku rasa sangat2 untung murid2 dia tu dapat cikgu best macam ni. I bet kalau masa hari guru, he even beat pengetua pun dapat anugerah guru paling popular atau terima hadiah paling banyak.
"Dalam Bilik Darjah" tulisan Cikgu Sofuan Saadon menyebabkan saya tertawa sendirian. Terkadang, apabila membacanya di dalam tren, sengaja saya buka halaman yang saya baca agak besar, biar sesiapa yang berdiri di sebelah saya dapat tumpang baca.
Anekdot bersifat "loyar buruk" ini bukan sekadar mencuit hati tetapi turut punya peringatan dan pengajaran tersendiri.
Sesuatu yang saya kagumi ialah semangat guru muda ini melahirkan "Dalam Bilik Darjah". Baca dari satu kisah ke satu kisah yang lain dan hiruplah keazaman beliau.
Lambat sikit habis baca bukan nya apa. Sebab baca sikit-sikit. Nak hiburkan hati. Buku yang meneman Siz dikala Siz rasa down sebab buku ini mengingatkan Siz pada zaman Siz mengajar di sekolah asrama dan juga pengalaman menjadi warden asrama. Ada beberapa anekdot yang lebih kurang sama jalan cerita dengan pengalaman Siz dulu. Memang rindu sangat nak mengajar. Buku ni sesuai untuk semua, terutama kepada bakal-bakal guru! Tahniah kepada penulis sebab buat Siz gelak tengah2 malam!
Buku ni aku baca waktu dalam kandungan (maksud aku buku ni belum print) cikgu sofuan rasuah aku kain batik sarawak suruh aku tulis prakata. ha ha
Takdelah bab rasuah tu, buku ni memang bagus untuk pelajar membaca isi hati cikgu bahawa betapa jujurnya cikgu cikgi yang ada di dunia ini, juga bagus di baca oleh guru besar untuk membantu cikgu cikgi melalui mesej yang tersirat.
Kisah-kisah yang diceritakan oleh soerang guru yang berkhidmat di salah sebuah sekolah di Sarawak. Kisah-kisah pendek yang memberi pengajaran dan menceritakan realiti dan latar kehidupan masyarakat sebenarnya melalui murid-murid sekolah. Ada terselit lawak-lawak tetapi memberi kesedaran kepada pembaca sebenarnya. 10/10 for me. Recommended!!
Kelakar dan menghiburkan.Sebuah anekdot daripada seorang guru yang bertugas di pedalaman Sarawak yang mengisahkan tentang kehidupan sehariannya bersama anak-anak muridnya di sekilah menengah di Daro,Sarawak.
Buku yang mengimbau balik zaman persekolahan dulu. Catatan pengalaman seorang guru yang sempoi dalam jenakanya. Terus teringat cikgu-cikgu dahulu yang selalu menjadi favourite pelajar kerana jenakanya yang selamba. Paling suka nota kaki di setiap akhir catatan. Part ni memang x pernah gagal nak senyum sorang2.
Garapan santai kisah sehari-hari seorang guru. Sebuah anekdot yang mencuit hati. Setiap kisahnya diakhiri dengan kata-kata yang menjentik jiwa dan minda. Satu naskhah yang sesuai dijadikan hadiah hari guru... Huhuhu
Saya suka cerpen, buku pendek, pengalaman. Malangnya buku ini seolah olah cuma catitan blog yang kadang kala tiada hala tuju. tiada plot yang teratur, malahan tidak sebegitu lucu juga. I read with a straight face most of the time.
Memoir seorang cikgu yang mengajar di Sarawak. Sekali-sekala baca buku macam ni best jugak. Menarik kisah-kisah dalam buku ni. Ada yang kelakar, ada yang tak berapa nak faham sangat motifnye.
Banyak cerita yang dikongsi oleh Cikgu Sofuan Saadon sepanjang tempoh pengajarannya di sebuah sekolah di Sarawak. Genre penulisan yang ringan mudah untuk dihadam.
berkisar anekdot seorang guru yang mengajar di sekolah menengah di bumi kenyalang. bacaan santai yang sesuai dibaca oleh mereka yang ingin menyelami kehidupan seorang guru di borneo.