Kalau bukan kita yang pujuk diri sendiri, siapa lagi?Aku harap kau juga mampu pujuk diri kau sendiri nanti sebab akan ada masa kau hanya ada diri sendiri sahaja.
saya bukan membeli buku ini selepas kes beliau, malah tidak mengikuti twitter beliau pun.
ketepikan segala macam kes/twit2 beliau, baca sebagai sebuah buku dari padangan seorang pembaca, seperti buku2 lain.
sepanjang pembacaan, banyak pujukkan penulis untuk diri beliau, menghargai apa yang ada n lebih kurang pedulikan kata2 orang. tapi, apa yang diperhatikan, kebanyakkan kisah hanya mengenai kegagalan beliau dalam beberapa siri percintaan, bertemu dengan orang yang salah, dan gagal menghabiskan degree! and, she is just 24!!
dik, awal lagi umur kau untuk fikir pasal kahwin, boifren bla bla bla - and then just say ko da hidup terlalu lama untuk memahami ranjau hidup ini, terlalu banyak dugaan dalam hidup!
ada antara kata2 penulis mengenai drama2 melayu yang kerap memaparkan hero yang kaya, ensem n wat-so-eva, disamping isu penampilan beliau yang gemuk - tapi kita kena sedar hidup ini banyak pilihan. banyak je cite lain ko boleh tengok dik.. aku sendiri jarang tengak drama melayu atas alasan yang sama, but still ada je rancangan lain yang boleh ditengok. ya, orang memang pandang rupa tapi untuk apa kita kekal dalam kelompok itu? seperti kata2 beliau sendiri, move on!
bukan membenci atau menambahkan luka, just for me - media sosial is not for u dik! move on. just jalani hidup seadanya, yakin dengan ketentuan Tuhan (seperti yang kau momokkan)! persetankan followers suma tu, populariti yang kau nak... sebab, akhirnya hanya kita sendiri yang menghadapinya.
kita tak boleh nak asyikkan kata orang tak faham, orang tak ada dalam kasut kita, the truth is yes, so why should we bother? kenapa masih nak menempatkan diri dalam kelompok yang bukan kita??
untuk penulis, be mature! ya, masyarakat sekarang memang sakit jiwa, tapi begitu juga kita - kerana kita sebahagian daripada masyarakat.
Tidak dapat dinafikan, buku ini cantik. Layout berwarna-warni menyedapkan mata memandang. Dari segi isi, random. Sekali pandang macam buku motivasi. But hard to tell with the intermingling of both positive and negative vibes. Penulis banyak menekankan betapa manusia sering melihat diri sebagai 'center of the universe'. Kecenderungan yang sedikit sebanyak memberi tekanan pada hidup dan boleh membawa kepada depresi. Tabiat negatif yang semua orang patut elakkan. Saya setuju. Namun, penulis sendiri tidak henti-henti meroyan tentang kerjaya, pelajaran (tiada ijazah), penampilan (gemuk) dan status belum berumahtangga (baru berusia 24 tahun). Really?! Come on, girl!
The last 50 pages were so good. You did great, Arlina. Continue being yourself and inspire people. You're stronger than what you let people think you are. <3
Pujuk menampilkan sisi peribadi penulis, jadi terdapat elemen negatif yang datang daripada pengalaman hidup dan sudut pandang tertentu yang cuba beliau sampaikan.. Ini boleh menjadi satu kekuatan jika berjaya membuat kita sebagai pembaca merenung dan berfikir, tetapi boleh juga terasa berat dan menganggu jika negatifnya terlalu menonjol atau berulang..
Penulis membawa pembaca lebih dekat dengan realiti emosi yang beliau alami.. Walau bagaimanapun, keupayaan penulis untuk mencetuskan pemikiran kita pada perkara tertentu menunjukkan bahawa mesejnya berkesan walaupun bukan semuanya..
Dunia kita adalah pentas kita sendiri. Pelakonnya kita. Jangan tiru pentas org lain. Berbahagialah dengan flow cerita pentas kita. Kerana, ia tetap istimewa untuk kita dan asing bagi yang lain
'pujuk.' saya ambil dan masuk dalam bakul. Sebab apa? Mungkin masa itu saya berasa melankolik, al-maklumlah, diri sedang berseorangan di tengah-tangah pesta buku antarabangsa. Mungkin juga saya merasa ingin tahu tentang apa yang ditulis, mungkin juga saya ingin mencari jawapan untuk persoalan yang kadang-kadang timbul. Mungkin saya harap dapat memujuk diri setelah membelek buku ini. Entahlah.
Agak penat juga untuk memujuk diri, saya lebih suka bila langsung tak perlu pujuk memujuk. Jadi saya cuba untuk cari kegembiraan.
Arlina memang berani dengan perhatian yang datang dengan terbitan buku ini. Saya mungkin tidak. Bila baca pujuk, saya tahu yang saya tidak keseorangan. Walaupun apa yang kita alami jauh berbeza, itulah manusia, tiada yang sama.
Honestly, aku suka sangat buku ini. Sebab Arlina perempuan, aku pun perempuan.
Aku boleh relate dengan apa yang dia tulis. Takde degree, single lagi dan etc.
Dan Arlina menulis sesuatu yang lain dari kebiasaan.
Contohnya perempuan seringkali dimomokkan sebagai lemah dalam filem, tapi bagi Arlina ini bukan sesuatu yang sepatutnya berlaku. Cuba script writer buat sesuatu yang lain sebab perempuan kuat sebenarnya.
Kalau kau terluka, kalau kau tak berjaya dalam cinta, kalau masih mencari diri, buku ini untuk kau, kawan.
Pujuk... khas buat semua wanita, tak kirala single atau available. Jgn rendahkan maruah kita. Buku ni sgt jujur. Ada buku indie penerbitan lain, bila baca rasa fake. ' Oh, aku target kawin umur 35, tapi umur 23 aku dh jd isteri org'. Oopss.. ter review buku lain plak.. Dlm Buku Arlina ni, at least bg harapan untuk single2 di luar sana. Jgn kawin sbb desperate nk berteman. tahu mmg adakala rasa sunyi.. tp percayala.. Allah tentu beri yg terbaik, pd mass dan ketika yg betul.
Sungguh membaca naskhah nukilan Arlina Banana ini, sangat terkesan. Dipenuhi dengan kisah motivasi tentang bagaimana perjalanan hidup Arlina Banana yang kita tahu mengalami depression. Pujuk merupakan koleksi kata-kata motivasi yang bagi saya sedikit sebanyak mungkin membantu menimbulkan semangat baru dalam jiwa terutama anak muda ataupun perempuan. Tidak sahaja bercerita tentang diri Arlina juga ada menyelitkan tentang orang sekeliling yang mudah menjatuhkan hukum. Dan ya, tiada diselitkan tentang impian penulis tentang valet...kelakarkan. :p
Apa-apapun naskhah tipis ini punyai isi yang padat. Tahniah buat Arlina Banana!
"Dalam hidup ni, ada hari yang kau gembira gila sampai kau lupa yang kau pernah kecewa.
Dalam hidup ni juga, ada hari yang kau kecewa gila sampai kau lupa yang kau pernah gembira.
Dalam hidup yang sama ini, kadang-kadang kau tak tahu apa yang kau rasa sebab kau dah tak mampu nak izinkan hati kau untuk merasa segala jenis perasaan.
Kau pun tak tahu berapa hari Tuhan hadiahkan untuk kau. Kau tak tahu hari apa kau akan pergi. Kau tak tahu berapa hari lagi kau ada di sini."
Overall buku ni best larh jugak. Banyak kata-kata yang memberi semangat dan menyedarkan aku serta tak kurang juga yang terkena di batang hidung sendiri. Suka design buku ni pada setiap muka surat serta design cover buku ni. Paling favourite adalah kata-kata ni:
"Di setiap liku-liku kehidupan, aku bersyukur sebab masih tersisip sedikit harapan. Aku tahu di setiap ujian dan dugaan, Tuhan tak akan tinggalkan aku keseorangan. Aku harap nanti di masa hadapan, bila aku dihimpit pelbagai beban, aku masih lagi boleh teruskan hidup sebab aku tahu aku ada Tuhan."
Hanya yang pernah mengalami situasi serta merasa perasaan yang sama seperti penulis sahaja yang faham. Tak sangka aku akan menyukai buku ni. Banyak kata-kata dari Cik Arlina yang aku setuju 100%. Dan aku lihat Cik Arlina ini berfikiran di luar kotak serta seorang yang sangat kreatif. Sungguh aku menyukai ayat-ayat dia dia dalam buku ni.