Jump to ratings and reviews
Rate this book

Untuk Buat Anda Terkesan

Rate this book
Ini bukan buku kuliah perubatan
bukan juga kitab tabib handalan
tapi sejenis ubat jiwa buat para manusia.

Manusia ni macam-macam

Manusia ni macam-macam ragam, mereka suka tanya soalan pelik-pelik, namakan anak dengan nama yang peli-pelik, buat perkara pelik-pelik. "Wei, aku nak jadi macam hanglah!" Ada ke patut nak jadi macam aku, dasar tak bersyukur langsung! Kadang jenuh aku nak jawab satu-satu soalan diaorang. Hidup ni taklah sesusah mana, asal kita set dalam kepala apa yang kita nak, sudah. Kadang ada perkara yang bagi kita tak penting, tapi tidak bagi dia. Berapa orang like status Facebook pun, boleh jadi perkara yang penting baginya. Haih, macam-macam ragam manusia ni. Mungkin manusia perlukan UBAT untuk tidak bertindak pelik-pelik.

Apabila demam, kita akan mencari Panadol sebagai ubat. Sebetulnya ubat bukanlah menyembuhkan, tetapi sekadar melegakan. Hanya Allah SWT yang berupaya untuk menyembuhkan sesuatu penyakit.Begitu juga dengan kisah-kisah dalam buku UBAT ini.

184 pages, Paperback

First published January 1, 2016

4 people are currently reading
9 people want to read

About the author

Sofuan Saadon

7 books7 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
5 (20%)
4 stars
14 (56%)
3 stars
6 (24%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 6 of 6 reviews
Profile Image for Ogy Yusof.
Author 12 books107 followers
November 13, 2017
sebuah buku motivasi yang penyampaiannya begitu santai tapi amat padat dengan ilmu dan pengajaran. cikgu Sofuan Saadon, buat siapa yang sering ikuti hasil taipannya di FB pasti faham dengan olahannya yang begitu bersahaja dan mencuit rasa. kaitan dirinya dengan keadaan sekeliling dan adakala penyampaiannya lucu buat kita senang nak ingat apa yang diperkatakan.

pemulaan kisah ayam goreng dan kucing, kisah nama dan pangkat pun dah buat pembaca tertarik untuk meneruskan pembacaan. belum masuk kisah memberi, kisah adik beradik, kisah cinta, kisah mencuba... banyak lagi buat kita akan sama tergerak memikirkan betapa banyaknya perkaitan dalam kehidupan seharian.

banyak perkara positif yang kita boleh tanamkan dalam kehidupan ini. segala yang berlaku bukanlah sia-sia. bila buruk datang melanda, ambilnya sebagai pengajaran supaya tidak berlaku lagi. apabila baik datang menyapa, seharusnya bersyukur dan jangan sesekali riak dengannya. terima kasih buat cikgu untuk buku sebegini, kerana sudi berkongsi ilmu dengan pembaca...
Profile Image for Aina (Elfbookstagram).
23 reviews6 followers
February 22, 2021
Untuk Buat Anda Terkesan (UBAT) by Sofuan Saadon
.
.
Buku motivasi kedua yang dibaca pada bulan Februari. Tak sangka bulan ini ada juga buku non-fiction yang aku baca😅. Mungkin nak relax2 dlu sebelum sambung dgn novel yang lebih berat?
.
Buku ini sedikit sebanyak dapat membetulkan niat dalam menjalani rutin harian kita. Mentaliti manusia berubah sedikit demi sedikit sama seperti perubahan zaman. Ditambahkan lagi dengan kelebihan media social yang tanpa kita sedar, sebenarnya niat kita sudah terpesong jauh daripada landasannya.
.
"Saya suka melihat kawan-kawan update story/status di media sosial kerana saya akan tahu yang mereka masih bernyawa". Deep bukan ayatnya?
.
Banyak lagi cerita yang dikupas dalam buku ini, tentang pengagihan duit gaji, tentang cara kita menilai orang disekeliling kita, kedudukan pangkat darjat kita dan banyak lagi.
.
Semua topik yang dibincangkan itu mempunyai kisah2 benar yang dilalui oleh penulis sendiri. Bak kata orang, berdakwah bukan hanya menyampaikan point2 penting sahaja, tetapi pengalaman yang ada juga perlu dikaitkan.
.
Buku UBAT ini bukanlah bersifat "menyembuhkan" tetapi at least boleh "menguatkan" akal fikiran dan membetulkan niat kita di masa akan datang❤️🥰
.
Rating: 9⭐
Tahniah diucapkan kepada penulis kerana menghasilkan naskah yang boleh memberi input kepada pembaca. Walaupun rasanya dah ketinggalan jauh sebab diterbitkan pada tahun 2016, tetapi segala info di dalam ini sangat berguna👍
Profile Image for Eisya.
188 reviews4 followers
November 7, 2023
3.5*

Ayat yang digunakan santai dan mudah difahami.
102 reviews2 followers
December 15, 2020
Suka dengan kata-kata dan teguran sinis penulis. Ada nasihat yang ditulis santai sampai rasa tergelak. Ada yang terkena batang hidung sendiri dan .sentap
Profile Image for Ainnudin Ja'far.
116 reviews1 follower
April 22, 2018
Satira penulis terhadap pelbagai ragam kehidupan manusia hinggan kadangkala ia tertalu mencuit hati...penulisan yang cukup bersahaja namun ia begitu terasa akan kebenarannya malah kadangkala agal menusuk perasaan...
Profile Image for Chekemdotty.
39 reviews3 followers
December 30, 2016
Nipis sangat lah cikgu buku ni.Dalam sejam setengah je saya dapat habiskan..

Buku motivasi yang sempoi.Memang tak mengantuk baca kecuali lah kau memang mengantuk tahap petala ke lapan.Yang tu,kalau baca komik Shin Chan pun tak guna.Konpem tertidur jugak.Hahaha..

Ok.Buku ni best.Ringkas,padat dan banyak nasihat tapi apa yang penulis nak sampaikan kita akan dapat dalam suasana yang tenang.Contoh pun mudah je.Kalau kau baca buku cikgu ni yang lain,aku rasa yang ni paling skema kot.Yang lagi dua tu,memang rasa macam nak hantuk kepala kat dinding sebab aku rasa penulis dia bukan macam cikgu,tapi lebih kepada penulis komik.Hahaha..

Ok cikgu.Jangan berehat lama sangat dari bidang penulisan.Buku cikgu semua saya dah baca.Lambat keluar,cikgu jugak yang menyesal nanti.Lambat dapat duit royalti.Nanti lambat jadi orang kaya.Hahaha!!Cau dulu..
Displaying 1 - 6 of 6 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.