Iman Zaman seorang novelis seram tersohor, sudah tidak mampu menulis cerita seram lagi. Semuanya bermula setelah dirinya mengalami masalah rumah tangga dengan isterinya, Diana. Dalam diam, Iman mengesyaki Diana curang. Namun, Diana tetap membantu Iman mencari sebuah rumah sewa di kawasan pedalaman semata-mata ingin membantu Iman menyiapkan karyanya.
Di rumah disewanya itu, Iman telah menjumpai senaskhah manuskrip lama yang belum lengkap. Dia mula bercadang untuk memplagiat karya itu. Sejak itu, Iman sering diganggu pelbagai kejadian seram dan aneh. Termasuk kehadiran seorang lelaki yang menyuruh Iman menyiapkan segera manuskripnya.
Siapakah lelaki misteri yang sering mengganggu Iman? Adakah dia wujud? Apakah misteri yang sebenarnya di sebalik manuskrip itu? Apa yang pasti, manuskrip itu seperti menyimpan seribu rahsia yang terpendam.
“Tidak! Kau tak wujud! Kau iblis! Kau setan! Berambus! Jangan ganggu aku!” -Iman Zaman
“Sudah aku katakan, dia memang tidak boleh dipercayai tetapi kamu lemah dengan mainan nafsu kamu sendiri.” -Yasril
“Kalau aku mati, aku akan bawa kau sekali jantan tak guna!” –Faten Suhanna
Writers block, tekanan hidup (kecurangan isteri) plus lack of sale from his recent novel, awaken his schizophrenia nature which has been lying dormant for some time. It became worse with all those delusional thought and rosella drinks.
A few mangsa yg tak bersalah. Keluarga Naim dan Brado. Watak Naim..menyampah. Saya tak kesian langsung dgn cara kematian Brado and Dania. They deserved worse than this. Tak suka awal2 minta cerai. Brado ni sayang ke tidak isteri dan anak dia? Diana ni dah tahu ada affair ngan laki orang, give way lah sikit ngan isteri dan anak Brado..kalau sanggup ada affair mesti sanggup bermadu..kalau sanggup bermadu..jgn jadi tamak..dia ni harap muka je cantik..hati kurang jambu. Brado pula action sado and macho gitu..before Diana pun dia dah banyak affair dgn perempuan lain..terkena pula dgn Yasril. DID Iman. Eeww..! Gory details.
Punca kecurangan..entahlah. Macam2 andaian saya buat dlm otak kecil saya. Will Iman be captured or will Yasril kill him? Hmmm..3.5* sebab macam pernah baca somewhere lah cerita ni..Mungkin lain penulis..jln cerita hampir sama..
Iman Zaman seorang penulis yang sedang mengalami masalah 'writer's block' mengambil keputusan untuk bertukar angin dan menginap di sebuah banglo yang agak jauh di pendalaman. Namun masalah ketiadaan idea tidak juga selesai. Hinggalah dia terjumpa satu manuskrip misteri dan merancang untuk memplagiat karya tersebut.
Sebuah naskah yang menarik yang menampilkan kisah mistik dan juga 'mental illness'. Ada beberapa plot twist yang menarik dan tidak disangka. Namun misteri di sebalik kebun roselle SH dah dapat teka apa yang terjadi.
Perkembangan watak Iman sangat cantik digarap oleh penulis. Perubahan yang tidak datang secara drastik tetapi berlaku secara bertahap dan bersebab. Tekanan untuk menyiapkan manuskrip dan juga masalah rumahtangga antara faktor yang memberi impak atas kesihatan mental Iman. Faktor pemakanan yang tidak terurus dan pengambilan bahan yang tidak bersih juga memberi impak kepada kesihatan mental Iman.
Kecurangan yang melibatkan rakan sekerja boleh dikaitkan dengan situasi dunia nyata. Semakin banyak kes curang yang melibatkan rakan sekerja dapat kita dengar dan lihat. Cuma antara yang menjadi persoalan adalah kenapa Badro sangat beria-ia mendapatkan Diana. Walhal Badro sudah sering menjalin cinta dengan wanita lain tanpa ada ikatan rasa. Itu adalah antara pertanyaan yang bermain di minda SH ketika membaca naskah ini. Untuk di pihak Diana ia jelas menyatakan sebab di atas kecurangannya.
Segala perbuatan jahat yang cuba disembunyikan adalah ibarat menutup bangkai gajah, baunya akan tercium juga. Semuanya akan terbongkar juga suatu hari nanti. Tak kisahlah apa bentuk kejahatan sekalipun. Sama ada pembunuhan, penipuan, kecurangan dan sebagainya.
Dan tema penipuan yang dibawakan di dalam naskah ini iaitu kecurangan dan plagiat adalah satu perkara yang tidak harus dilakukan oleh siapa pun jua. Plagiat yang sering menjadi kesukaan para pelajar terutamanya di institusi pendidikan tinggi seharusnya tidak diamalkan. Jika menjadi tabiat amalan plagiat ini akan berterusan hingga ke alam pekerjaan. Plagiat hasil titik peluh orang lain dan mendapat penghargaan itu adalah sangat tidak beretika namun sering terjadi.
karya yang tak mampu menghilangkan kekaguman terhadap letusan margasatwa. namun, ianya adalah sebuah karya yang tak kurang menariknya. tahniah buat tuan Saidee Nor Azam atas penghasilan MANUSCRIPT ini. perjalanan kisahnya mungkin ada sedikit tersangkut-sangkut tapi penyudahnya memang menarik. lama juga nak tunggu babak-babak saspen sebenarnya. dok membayangkan gedebuk-gedebak jantung bertalu-talu teruja tapi hampir penghujung barulah terasa perasaan itu...
iman zaman, seorang novelis seram yang kebuntuan idea yang segar dan tidak mampu menghasilkan novel yang hebat. diana, isterinya menyarankan dia tinggal di banglo sahabatnya, lucy agar di situ iman mampu menulis dengan lebih baik. namun tujuan sebenar diana hanyalah kerana mahu bersama skandal gelapnya, badro. iman terlalu baik mempercayai isterinya..
di banglo itulah bermula gangguan terhadap iman. bermula dengan bunyi yang tiba-tiba ada dan seterusnya kelibat seorang wanita yang menyanyi.. tambah lagi hasil pertemuannya dengan sebuah manuskrip, iman semakin terjebak dengan rahsia sebenar banglo tersebut. tanpa di sangka dia terperangkap dengan kejadian aneh dan faten suhanna... faten suhanna, watak di dalam manuskrip itu seperti mahu memberitahu iman sesuatu. terdetik juga pada iman, kenapakah jalan cerita yang ada dalam manuskrip itu seperti sama saja dengan perjalanan kisah hidupnya?.. dan, dia di beri amaran agar menyiapkan manuskrip yang terhenti itu untuk menghilangkan segala masalah dan gangguan terhadap dirinya.. berjayakah iman?... bagaimana pula kisah faten suhanna itu?. realiti atau sekadar imaginasi?.. tapi, siapa yang dalam imaginasi sebenarnya?..
haaa.... hambik... pening tak?.. hehe.. keseraman sebenarnya agak kurang, tapi kengerian yang digambarkan mampu membangkitkan perasaan ingin habiskan pembacaan. ada sedikit mendatar di beberapa bahagian tapi masih boleh di hadam dengan baik.. all the best untuk seterusnya tuan penulis!..
Sebuah novel yang sangat menggerunkan.. Jalan cerita yang sangat mengujakan.. Setiap pembunuhan kepada watak-watak dilakukan dengan penuh teliti dan terperinci.. Membaca aksi pembunuhan seolah-olah melihat pembunuhan itu berlaku.. Kesian Iman, kerana terlalu jauh dari Allah, hidupnya huru-hara.. Kerana bunga roselle, jiwa dan fikirannya kacau bilau.. Antara realiti dan fantasi tidak terdapat batas yang terang.. Iman seolah-olah hilang dalam nyata namun tidak juga nyata dalam fantasi.. Naskah yang sangat luar biasa dari penulis Saidee Nor Azam.. Kecurangan dalam hubungan suami isteri memang mampu mengundang petaka yang dasyat. Nyawa tidak berdosa menjadi taruhan.. Watak seperti Diana dan Badro memang jahat dan wujud di dunia nyata. Pembalasan yang mereka terima memang setim
Karya pertama aku baca dari Saidee Nor Azam. Sejujurnya aku baca pun sebab tajuknya agak menarik.
Okay, sebenarnya bagi aku buku ini fun tapi kena banyak bersabar sebab.. watak Iman ini sedikit slow atau susah hendak menerima kenyataan. Banyak kali jugalah aku terpaksa maki dia sebab slow betui. Tapi aku faham and aku rasa watak dia paling kesian dalam buku ini.
Si iman ini ada isteri namanya Diana. Lets just say she deserve everything? aku agak geli baca POV diana and her man sebab aku tak boleh brain pemikiran orang macam dia. kenapa kau tak cukup? and bayangkan bazir hidup kau untuk jantan yg heartless. Kenapa aku cakap heartless? kena baca.
Banyak perkara jadi dalam novel ini sampaikan aku rasa macam aku menonton drama pun ada. Oh warning ya, gambaran gore memang sedikit terperinci jadi kalau kau budak tak biasa, jangan nak mengada. Kang lain pulak!
Penulis ini memang berjaya hidupkan watak dia especially Diana and si Bahalol itu, kita boleh rasai ya betapa jijiknya nafsu diorang sampai lupa dah semua benda. aku taknak spoil banyak ERGH tapi aku geram ( :゚皿゚)
Plot twist dia? aku tak rasa plot twist sangat sebab aku dah agak tapi pengupasan plot twist itu yang buat aku macam nak tarik rambut. Betapa lamanya si Iman ini deny sampai aku sendiri tertanya betul ke dia ini?
Ending? Okaylah but kinda sad tbh.
Pengajaran dia: Jangan sakitkan orang lain dengan perbuatan kita sendiri hanya kerana kita takut nak hadapi kedepannya (aku pun sama) ( ・ε・)
Lepas satu satu. Selalu bila tak faham, akan dijadikan sebab untuk page turner. Tapi sayangnya buku ni buat saya rasa okay lah tak faham pun nak buat macam mana hahahahha. Mungkin reading slump. Mungkin dah terlalu baca banyak cerita hantu sampai part yang patutnya takut saya tak takut.
Cerita yang punya banyak pengajaran. Sebagai seseorang yang punya masalah, cubalah selesaikan dengan cara mengubah persekitaran, atau berbincang dengan yang tersayang. Bagi kita yang disisi, berilah sokongan kepada yang tersayang dalam apa-apa jua bentuk keadaan.
"Kenapa awk dtg lewat hari ni??" soal Mej Faisal pada Sjn Azhar. "Maafkan sy tuan, Sy kesiangan pg td" jelas Azhar pada pegawainya. "Apa yg awk buat malam tadi? Awk tahukan kita ada tugas penting hari ni?? Sy gagal menjalankan tugas sy kerana awk!!" bentak Mej Faisal. "Sy terpaksa menamatkan bacaan sy pada sebuah novel Tuan" jelas Azhar. "Sy tahu awk minat baca novel, tapi jgn jdkan ia sbgi alasan bodoh awk utk awk dtg kerja lewat!!" sergah Mej Faisal. "Ia bukan sekadar novel tuan, ia sebuah novel yg tak ada noktah, tak ada 'full stop'..berhenti membaca novel tu akan membuatkan sy rasa sy mengkhianati penulisnya...jalan cerita yg digarap sgt mudah difahami....pertama kali sy membaca novel tanpa wujud kerutan didahi.....kesinambungan kisah disetiap bab dicoret dgn kemas dan teratur....tiada imbas kembali yg memerlukan sy membuka halaman yg sebelumnya..... cuma dipenghujung cerita terdapat pengulangan situasi.....mungkin penulis kekeringan ilham utk menamatkan coretannya......tp ia tidak sedikit pun mengganggu keseluruhan cerita...ia sebuah karya yg wajib dibeli dan sgt berbaloi utk dibaca..." jelas Azhar secara terperinci. "Sudah!!! Sy tak mahu dgr lagi komen awk..Keluar dah buat kerja awk!! bentak Mej Faisal. "Baik tuan" Sjn Azhar bangun dan mengundurkan diri sblm melangkah keluar ke pintu. "Sjn Azhar...tunggu!! Apa tajuk novel yg awk baca tu? Siapa penulisnya?" soal Mej Faisal.
Plots dlm novel nie? It's blow my mind! Sy sgt2 suke bce cerite yg berkonsepkn writer's block yg sibuk mencari ilham. Huhu.
Ad kesempurnaan pada penulisan; tp ad jgk laaa termiss ckit2, here n there but its still awesome. Owh yea, disebabkn sy nie bz n always xdpt nk habiskan bacaan in one sitting, possibility utk 'mencampuradukkan' watak n perwatakan tu ada. Haha.. but nk bg credit kt penulis novel nie sbb slalo remind pembaca siapa watak and ap perhubungan watak tu dgn watak2 yg lain.
Owh, last page novel nie penulis ad ckp yg kisah nie kisah benar n diadaptasi ke novel. Scary jgk tu. Ptt la rse mcm ad daya tarikan nk bace novel nie.
Aku baca ilham penulis dari rakan maya yang ada masalah mental-halunisasi. Dari awal aku baca sampai akhir jalan cerita seperti movie 'secret window pelakon jonny Deep berlakon tahun 2004'. Sama cuma beza :
🔦Tambahan watak faten, naim, tukang kebun, hasnah(isteri badro yang curang) dan anak amir, lucy dan pegawai polis ada dua.
🔦Tanaman jagung tukar kepada kebun rosselle.
🔦Badro yang curang tu bukan kawan baik Iman tapi kawan sekerja tempat wife dia Diana.
🔦Badro dalam buku ni ada wife dan anak, dalam movie si curang single tapi nak mengatal isteri orang.
🔦Watak faten dibunuh oleh suami dan rakan pembunuhan adalah cerita tambahan yang tiada dalam movie.
🔦Bukan guna rumah sendiri tapi dalam buku ni rumah sewa.
🔦Tak ada tukang kebun uruskan tanaman dalam movie.
🔦Tak ada scene langgar2 or tembak2 yang plot orang lain. Sebab movie fokus hanya pada halusinasi,ambik hasil orang lain, isteri yang curang.
📌Tapi jalan cerita isteri curang,halusinasi, seram, pembunuhan dan masalah mental tu sama.
🏁Dicadangkan baca buku ni sampai habis dan jangan tengok movie secret window atau buku karangan stephen king - secret window & secret garden..
Walau nampak sama jalan cerita tapi penulis tulis cerita dengan gaya sendiri & tambah plot lain. Namun aku akan terbayang ada watak nampak sama - Yasril ( gaya dan pemakaian), penulis rambut panjang, x terurus dan berkaca mata)..isteri curang rambut perang..aksi buat seram2 tu aku jadi hilang sebab aku terbayang movie tu so sorry tiada feel di situ)..hilang seram2 ghost2😅
Tapi aku suka part pembunuhan Diana dan Badro.Padan muka mereka..ini Yasril wei bukan Iman.beza dengan movie..dalam movie tak ada scene melampau pembunuhan tu semua..tapi dalam buku adalah berbeza..walaupun geli tapi puas..geram tgk mereka..suka2 je buli Iman..
Kisah rumah agam yang menyimpan misteri dengan peninggalan manuscript yang masih belum siap.. Akhirnya dijumpai oleh penulis yang menyewa rumah agam tersebut untuk mengeluarkan novel baru.. Rupanya rumah agam, manuscript dan kehilangan penulis asal sentiasa berkait rapat dan penulis baru yang baru menyewa rumah agam tersebut jadi mangsa apabila cuba menyelami manuscript tersebut..
Hubungan suami isteri yang hanya tinggal menunggu retak membuatkan si penulis novel kesunyian dengan kecurangan si isteri akhirnya membawa padah pada hubungan mereka..
Misteri pokok roselle di belakang rumah merungkai segalanya apabila rangka penulis asal manuscript dijumpai tetapi terlambat disebabkan air roselle tersebut membuatkan penulis baru itu berhalusinasi dan turut membunuh isterinya serta teman lelaki tanpa sedar..
Watak pembunuh dalam manuscript terus menguasai minda penulis baru tersebut.. Walaupun berjaya menyiapkan novel manuscript, penulis itu masih tidak menyedari bahawa isterinya telah mati dibunuh dan ditanam d bawah pokok roselle..
Air roselle tumbuh dengan subur dibajai darah dan mayat manusia..
👍 Penulis novel ini.. Jangan ada pembaca yang banned air roselle lepas baca novel ni.. 😂😂
Kisah kecurangan rumahtangga, pengkhianatan persahabatan, prinsip penulisan dan skizofrenia disentuh dalam kisah ini.
Writer's block yang menimpa Iman, membawa dirinya ke sebuah rumah yang berhantu. Di sana terungkai kembali tragedi lama yang cuba disembunyikan di perut bumi kebun roselle. Penemuan sebuah manuskrip yang belum selesai di rumah itu telah mempengaruhi sepenuhnya perjalanan hidup Iman. Hidupnya jadi kacau-bilau dengan keadaan rumah yang berhantu, dan dirinya yang pernah menghidap skizofrenia. Tekanan hidup akibat kecurangan isterinya memburukkan lagi suasana.
Kisah yang dipenuhi misteri, seram dan konflik. Kesudahannya penuh dengan tragedi.
sebagai seorang yang meminati genre psycho sebegini, novel ini adalah antara yang baik pernah saya baca. Maybe ada sedikit influence daripada filem The Window lakonan J.Depp, tetapi this book is quite good actually.
permulaan yang slow, no doubt. Tapi build up plot dan character agak baik. Seronok apabila author berjaya merangsang perasaan kpd setiap watak dalam karya ini. Sebagai mana rasa kesian terhadap Iman dan benci terhadap Brado dan Diana.
Best novel ni.. congrats kpd Saidee yang berjaya hasilkan karya seperti ini. 4 star.
FUH, first time rasanya baca buku encik Saidee Nor Azam ni.
Awal² rasa tak puas hati sebab tak tahan dengan watak² yang tidak bermoral, tapi puas hati giler bila baca sampai penghujung.
Seram yang meremang jugalah. Dah lama tak baca buku seseram ni. Seram campur puas hati. Ending yang memuaskan jiwa saya hahaha.
Plot twist dia pun mantap jugalah. Plot dan alur jalan cerita yang kemas dan teratur. Suspen dia tak turun² dekat setiap muka surat. Saya jadi kurang sabar nak tau ending dia. Memang betul² memuaskan.
Secara keseluruhan, buku seram paling mantap pernah saya baca alhamdulillah.
Buku yang menarik. Konsep cerita dalam cerita (dalam cerita?). Genre horror, paranormal, slasher. Ada beberapa scene yang agak gory. Cerita yang mempersoalkan antara mimpi, fantasi dan realiti. Tapi agak berulang. Saya tertanya jika watak-watak Iman yang lain itu, sebenarnya personaliti dia yang juga terpisah. Secara jujurnya, cerita yang cukup baik untuk pembacaan, tetapi jalan cerita seperti sudah boleh dibaca. I guess, unsur-unsur paranormal yang dimasukkan itu memberikan sedikit kelainan kepada cerita yang dibawa.
This entire review has been hidden because of spoilers.
One of my favorite book by Saidee. Seram jugak cerita ni. Tapi saya kesian dengan main character dia. Apa2 pon, recommended untuk dibaca di waktu lapang. Agak scary. Thumbs up!